ahh ai menangis teruk lepas tengok drama luerd kattiya. hancurnya hati tengok episod akhir. terasa macam baru semalam je tengok cerita ni tak sangka dah 20 tahun berlalu. tak silap ai drama ni sebenarnya tayang tahun 2003, tak pun 2004 camtu. okay nevermind tahun bila takde hal pun. haih, tak sangka cerita ni ada pengakhiran yang sedih. hari ni ai dapat tengok balik cerita ni, adalah orang bagi.. hehehe
sad ending give a long lasting impression
yeah, betullah kata Kudo Hina dalam Mr. Sunshine. sad ending selalunya beri kesan paling mendalam pada kita semua. sebab ia terlalu sedih, jadi kita akan selalu teringat-ingat pada sad ending itu. begitulah kehidupan ini, setiap orang akan menghadapi sad ending mereka yang tersendiri. tak semua orang dapat happy ending, hanya Disney sahaja yang berikan happy ending pada wataknya. tapi dalam realiti, kita semua mendapat sad ending sebenarnya.
kisah luerd kattiya ini tragis tapi sebenarnya realistik. dari awal lagi kita sudah tahu yang Anothai dengan Dara / Dalla takkan bersatu sebab perbezaan darjat mereka. tapi kita tetap menaruh harapan yang diorang akan bersatu. mengharapkan magis dan miracle untuk mereka. akhirnya, kita mendapat pengakhiran yang kita sendiri tidak jangka. haih, menangis teruk ai. masa umur 5-6 tahun dulu emosi depan tv dengan family. tak sangka anothai kena tembak camtu masa dara naik takhta. masa tu kecik lagi tapi emo la jugak walaupun tak paham apa pun erti cinta. sekarang dah dewasa double menangis. menangis kerana kisah cinta tak kesampaian, menangis kerana anothai sanggup berkorban nyawanya untuk mempertahankan negara dia. bukan kaleng-kaleng sifat patriotik yang ada dalam diri anothai. dia memang seorang lelaki sejati. hebat..
lagu ost dramanya memang touching beb. ai suka gilerr dengan lagu ni, menyentuh perasaan & sangat tender. sejuk telingaku mendengar. takde nak menjerit-jerit soprano bagai. so santai & touching at the same time. lurveee sangat
คู่ไม่ควร - ศิรศักดิ์ อิทธิพลพาณิชย์
translation ~
It's like we're in different skies, different classes
Oh love, I have never dreamt that it could fly across the sky Because you're a star Because I'm a common man But tonight a star floated down from the sky to the earth with love bathing my heart I know I'm not good enough as my heart dreams to be Even though you say you love me, I'm still dismayed Because you're so valuable but I'm nothing I just have this heart for you No matter how much I love you, how much I love you Every breath is still too less to give to you Because I don't have enough Just thinking about it, I always feel hurt My heart that I have for you is still too less This starlight has never faded out of my heart and you, who is like my dream, can you hear me? Even though it is so dark that I can't see any path But in my heart, there is still starlight But in my heart, there will be only you forever............
apa yang ai belajar dari cerita ni?
ai belajar yang kehidupan antara dua darjat ini sangatlah menyedihkan, sangatlah menyakitkan. hancurnya hati terpisah kerana keadaan kita. kita tak boleh nak ubah jalan hidup kita hanya kerana status sosial kita. walau sayanglah macam mana kita dekat seseorang itu, berkorbanlah setara mana pun kita, hakikat status sosial kita ini langsung tak dapat diubah. kita terpaksa terima kenyataan perlu teruskan hidup berdasarkan status sosial kita. selagi negara kita berada di dalam pemerintahan monarki, selagi itulah status sosial masih wujud. sedangkan UK pun masih ada kerajaan monarki, inikan pulak kita. hanya Amerika dan negara-negara yang mengamalkan liberasi sahaja yang tak akan pernah hadap apa yang kita hadap. tragisnya hidup kita semua..
ai paham perasaan aom phiyada kenapa dia tak mau berlakon dengan tik dah. cerita ni terlalu sedih, hancur hati kita. kalau kita yang penonton ni pun menangis bagai nak rak inikan pulak dia yang berlakon. kalau dia terus berlakon jugak dengan tik, mesti kita semua akan teringat-ingat. kesedihan drama ni terlalu besar. lebih tragis dari drama moon lover scarlet heart. inilah hakikat sebenar rakyat marhaen dengan kerabat diraja. kita hanyalah tanah di bumi, mereka adalah bintang di langit. sungguh tinggi perbezaan darjat antara kita dengan mereka.
rabak mata ai tengok anothai kena tembak lepas bendera yasothorn naik berkibar. hancurnya hati ai beb. kalau ai jadi dala, mau ai lari dari coronation pergi ke arah anothai. lari keluar je dari istana atau at least biar ada di sisi dia sebelum dia mati. tak sanggup beb naik takhta sebagai ratu tapi laki yang kita sayang sepenuh hati kena tembak waktu kita ditabalkan. uuuuu mau meroyan ai kalau ada di tempat dala. sangatlah sedih melihat puteri dala berada di atas takhta sebagai seorang ratu, tapi kehilangan segala-galanya hanya kerana takhta. kalau korang berada di tempat puteri dala, apa pilihan korang? adakah korang pilih anothai atau takhta?
penulis terlalu kejam buat anothai dengan dara macam ni. ai tahulah anothai tu rakyat marhaen jurr tapi kot ye pun janganlah chuols buat anothai camni dekat dala. aduhai kejamnya penulis. lebih kejam dari penulis drama moon lover scarlet heart & mr sunshine. berhati dingin sungguh punya penulis.
dari sudut pandang puteri dala, baru ai paham perasaan puteri raja. kalau diberi pilihan, diorang pun ingin kehidupan yang biasa-biasa je. apa peduli pasal naik takhta ke tidak. yang penting dapat hidup bahagia dengan orang yang tersayang, itu dah lebih dari cukup. ibunda dara aka permaisuri hepi betul bila tengok anak sulung dia naik takhta jadi ratu kerajaan yasothorn. tapi dala..
ai belajar dari pandangan mata dala yang penuh kesedihan, kita janganlah jadi manusia yang selfish. push anak-anak kita untuk memegang kuasa hanya kerana cita-cita kita. tengoklah, walaupun cita-cita ibunda dala tercapai dapat melihat anaknya naik takhta. dala pulak hatinya hancur lebur kerana kehilangan orang yang dia teramat sayang. terpaksa turunkan tandatangan sendiri di atas kertas hukuman terhadap anothai. kejamnya kehidupan ni.
pilihlah untuk menjadi orang biasa, jangan terlalu selfish untuk menjadi queen atau push anak kita untuk menjadi queen. lihatlah apa yang terjadi pada puteri dala
kalau ai diberi pilihan, ai tak mahu kehidupan macam tu. biarlah kahwin dengan orang biasa-biasa sahaja supaya anak-anak ai tidak menghadapi kehidupan macam dala. mungkin ai beruntung dapat kahwin dengan anak raja ( contoh je ni beb haha ) ala-ala filem puteri impian walaupun puteri nora reject tengku faizal. tapi anak-anak ai nanti, mereka tak akan beruntung. masa depan anak-anak kita kalau kahwin dengan orang yang akan naik takhta, masa depan mereka bergantung pada takhta itu. walaupun mereka jatuh cinta dengan orang biasa-biasa, mereka tak akan dapat menggenggam tangan orang yang mereka hajatkan. semuanya semata-mata demi takhta. akhirnya kita akan tengok anak kita berada di atas takhta dengan orang lain, orang yang selayaknya semata-mata demi takhta. anak kita pula matanya berkaca-kaca tidak mampu menerima takdir terpaksa berpisah dengan orang yang mereka cinta. dan sekarang mereka berada di sisi orang yang mereka langsung tak cinta. terasa mahu runtuh je hidup mereka berada di atas pelamin di sisi orang lain walaupun rakyat disekeliling semuanya meraikan. waktu itu, barulah kita sedar rupanya dalam hidup ini kebahagiaan itu bukanlah terletak pada kesempurnaan, tapi terletak pada kesederhanaan. waktu itu, kita nak putar balik masa kembali ke waktu kita anak dara dan reject bakal suami kita pun dah tak boleh. sebab kita sendiri yang tak fikir panjang. nampak je orang kaya datang melamar kita, terus mata kita jadi kelabu. tak fikir apa yang akan terjadi pada anak-anak kita di masa hadapan. bila kita dah dapat semuanya, barulah kita sedar apa itu kebahagiaan..
melihat mata puteri dala yang berkaca-kaca itu sungguh menyakitkan bagi ai. walaupun ini hanyalah drama, ia jugak boleh menjadi satu pengajaran untuk kita
duit boleh dicari, tak semestinya kena kahwin dengan anak raja atau mana-mana orang kaya. kita pun boleh berusaha sendiri. tapi kebahagiaan anak-anak kita tak boleh ditukar ganti. walaupun kita ada harta seluas dunia, kita tak akan mampu mengubah kehidupan anak kita kalau mereka terikat pada takhta seperti puteri dala. jadi.. lebih baik kalau kita pilih untuk berkahwin dengan orang yang biasa-biasa je. sekurang-kurangnya dia tak akan merana macam puteri dala. harta kita boleh cari, tapi kebahagiaan anak keturunan kita tak boleh ditukar ganti..
now i realize, kehidupan kita sebagai rakyat marhaen ni sebenarnya dah lebih dari cukup. cukup sangat dah..
mungkin tak sekaya puteri raja tapi at least kita tak hadap kisah yang sedih seperti puteri dala dan anothai. kerana kita rakyat marhaen, kita tak ada masalah untuk jatuh cinta dengan orang biasa macam anothai. kita boleh jalani kehidupan kita seperti biasa dan berkahwin dengan lelaki seperti anothai kerana kita tidak terikat pada mana-mana status sosial. bayangkan jika kita adalah puteri atau putera raja. kita tak akan mampu bersama dengan anothai, kerana dia hanyalah rakyat, kita pula bintang di langit. tak akan tercapai oleh sesiapa pun kerana terlalu tinggi. now, ai bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang biasa. sekurang-kurangnya ai tak perlu menangis kerana cinta yang berbeza darjat. terperangkap di dalam sangkar emas dan tak dapat apa yang diimpikan kerana perbezaan darjat.
apa yang ada pada takhta sampai kita tak boleh memiliki hajat yang sederhana sahaja?
whyyy
hidup ini memang sungguh tidak adil..
after all, ini hanyalah pandangan ai sahaja. prinsip hidup ai sahaja.. kalau korang tetap dengan prinsip hidup korang nakkan lelaki berharta dan kalau boleh ada takhta. tak kisah pun anak-anak korang kena paksa kahwin dengan pilihan bapak dia walaupun dia taknak. yeah.. you do you sistahh. anak you bukan anak ai. untuk ai, kebahagiaan anak keturunan ai jauh lebih penting. harta boleh dicari, ai boleh usahakan. tapi kebahagiaan anak-anak ai, ia tak boleh ditukar ganti. so, ai pilih kebahagiaan anak cucu keturunan ai sebelum diri sendiri. kita ni hidup tak lama pun. apa yang ada pada material sampai hati kita buta tak nampak pada derita anak kita sendiri?
huhu sorry ai emosi tengok drama luerd kattiya. sis tak boleh nak control anger & sadness. sedih betul dengan takdir diorang berdua. tragis sangat
hukhuk 🤧
ada lagi cerita cinta yang tragis giler macam drama luerd kattiya ni. tapi kdrama lerr..
tajuk ceritanya adalah :
Moon Lover Scarlet Heart Ryeo
Queen For Seven Days
The Red Sleeve
Mr. Sunshine
Queen For Seven Days |
The Red Sleeve |
The Red Sleeve |
Mr. Sunshine |
quotes of every drama 💖
korang tengoklah drama ni lepas tu korang bermuhasabah diri la especially pada ladies yang duk terkejar-kejar anak raja dekat ekuestrian tu. chuolss, tengoklah drama moon lover scarlet heart terutamanya. lepas tu korang belajarlah dari semua drama ni. semuanya sungguh sedih. betul-betul buat kita humble dan reflect pada diri sendiri. drama moon lover tu memang sakit, memang perit.. tapi worth in a lifetime. walaupun tengok sekali je seumur hidup, korang akan belajar banyak benda melalui drama tu. drama moon lover lah yang buat ai belajar apa itu kehidupan. drama luerd kattiya apatah lagi. tapi yang paling teratas adalah drama mr. sunshine. inilah drama paling tragis tapi ai tak akan pernah serik untuk tengok dan ai akan selalu ulang tengok drama ni sampai ai mati. drama ni ada sangat banyak pengajaran. tengoklah drama-drama ni uols.
sempena dengan pengiran mateen yang dah nak kahwin ni & korang semua frust menonggeng perlukan tisu untuk menangis. ai suggest korang tengok semua drama yang ai list kan. tengok jugak drama luerd kattiya tu chuolsss. walaupun susah nak cari drama thai yang lama-lama ni. tapi ai nak korang cari jugakkk. cari sampai dapat lepas tu tengok. betul-betul bermuhasabah diri beb. haih.. sedihnya kisah hidup mereka semua
hidup ni memang tak adil la kan?
ladies.. korang yang menangis frust menonggeng putera mateen kahwin dengan orang lain.. please tengok cerita ni. luerd kattiya aka the princess. cerita ni memang banyak pengajaran walaupun cerita ni dah lama. cerita ni memang fevret ai dari dulu sampai sekarang. sekarang asyik drama korea je sampai ai sendiri muak tengok drama korea. bila tengok drama ni balik, wahh so refreshing. rasa macam kena siram dengan air sejuk je kat mata. terus cerah mata ai hahahahaha. best tengok drama thai lama-lama, sangatlah realistik. simple, tak over dan terlalu sempurna macam drama korea. lepastu thai pulak budaya diorang lebih kurang sama dengan kita. so, terasa lebih dekat di hati. drama korea pulak, ai tak nafikan drama diorang best. tapi kadang-kadang ai rasa macam sempurna sangat sampai tak ada flaw. langsung takde kekurangan, takde raw feeling & kadang-kadang tak realistik. so sebab tu ai lebih prefer drama thai, drama philippine dan drama melayu. mungkinlah drama asean skripnya tak sekuat drama korea, tapi skrip drama asean lebih realistik & raw. nampak natural je bila berlakon. tak over the top dan sempurna sangat macam drama korea. so, ai lebih prefer drama asean. lebih touching & lebih realistik.
haih.. cepatnya masa berlalu. macam baru je sambut tahun baru 2004. tiberrr dah 2024. sekelip mata betul yachhh
putera mateen pun dah nak kahwin esok lusa. hmm tak ingat tarikh bila dia nak kahwin. ni pun satu, rasa macam baru semalam je baca news dekat youtube yang dia nak kahwin. ehhhh tiberrr esok lusa dah beb dia nak kahwin. terkojut sisterr (⊙o⊙)
macam baru semalam je ai baca news tiberr esok lusa member nak kahwin. pantasnya masa berlalu ..
tapi macam sunyi sepi je, takde pun orang raikan. dulu masa dia datang sukan sea kat kay elle dolu dolu kemain yach semua orang sambut dia. wahh bestnya ingat time tu 2017 semua orang hepi je. suasana happening gilerr. tiberr 2019 covid datang habis semuanya sayonara. akhirnya kita semua jadi sedih & longlai dalam hidup. dah takde dah aura happening macam dulu. yea.. memang orang masih excited. tapi nak compare dengan tahun 2017 dulu dengan sekarang 2024, semua orang nampak macam down je. kengkadang macam pura-pura hepi. including me.. haihh..
dimana energy semua orang? kenapa semuanya nampak sedih? kuatkanlah semangat yachh.. ai pun sedih jugak huhuhuhu
haih kalaulah ada mesin masa, ai nak naik mesin masa tu kembali semula ke tahun 2017. tahun sebelum adanya covid. hepi je time tu, takde sedih-sedih macam sekarang. covid ni memang bagi effect kuat betul dekat kita semua. tengoklah berapa juta orang mati sebab covid, ramai orang yang sengsara. ai pun kena jugak covid tapi tahun lepas lerr, waktu semua orang dah vaksin. okay la sikit masih boleh bertahan. chuols yang tak kena covid chuolss memang kebal beb. covid ni macam chicken pox, semua orang wajib kena. tapi yang tak terkena chuolss memang bernasib baik. tahniah yach
okay apa-apa pun ai nak ucapkan ribuan tahniah pada tuanku mateen. ohooo tahniah brader dah nak menikah dah tahun ni. walaupun berita dia nak kahwin agak sendu tak hype macam dolu-dolu, takpelah biasalah hidup. orang hype dia dulu sebab waktu tu member masih single & available. ramai lerr nak mencuba nasib. sekarang dah taken chuolsss
✨ jutaan tahniah kepada tuanku mateen dan dayang anisha. semoga Tuhan memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas kamu berdua 💗 . semoga bahagia sehingga ke akhir hayat & di dunia & akhirat 🕊 🕊 🕊 ✨🌟🌠💖💫
okay sorry ai include je sekali semuanya review pasal drama luerd kattiya & ucapan tahniah pada putera mateen. sorry chuols kisah puteri dala dan anothai di atas tiada kena mengena dengan tuanku mateen. bukannya uols ada bercinta dengan mana-mana rakyat marhaen pun nak sedih touching bagai sebab cinta tak kesampaian. uols dah kehulu kehilir dengan anisha selama ni macam belangkas so tiada istilah cinta tak kesampaian macam puteri dala dan anothai. yang di atas cuma bercerita pasal drama jeww. jangan mareeee hehehehe
okay gais kali ni pendek jurr post ai. dah tengah malam buta ni ai pun mengantuk. nanti ada masa ai update. sebenarnya ai ada jugak nak tulis pasal putera mateen nak kahwin tak lama lagi. saje nak throwback balik waktu budak-budak perempuan terkejar-kejarkan dia waktu 2017. ai nak buat entry kelakar sebenarnya nak mengimbau balik kenangan. tapi ai pergi tengok drama luerd kattiya pastu ai sedang broken sekarang ni. menangis uols tengok drama ni. ai perlukan energy balik untuk hepi & proses balik kepala ni lepas tengok drama sedih namampos ni yach. hari tu ai tengok drama mr sunshine, makkkk
sebulan ai tak move on wehh. sebulannn
selama sebulan ai menangis sebab drama mr sunshine. memang tak boleh berhenti nangis. ingat je nama eugene choi dengan go aeshin ai terus menangis. teruk gilerr ai punya sedih tu beb. broken mengalahkan putus cinta. korang mesti gelak la kan apa la tengok drama pun nak menangis kerrr
haaa korang pergi tengok dulu drama mr sunshine lepas tu baru korang boleh sembang
make sure tengok drama tu sampai habis dari episod satu sampai akhir. jangan skip
dan... selamat menangis uolss
okay apa-apa hal ai dah berjaya tulis entry untuk ucapkan tahniah pada tm. nama jurr fans tapi senyap sunyi jerr blog langsung ai tak ucap tahniah. sampai hati kiterr kann
eh takde la ai bizi takde masa nak bukak blog. tahun baru je baru ai dapat bukak blog
sowi everyone ai bukan protes yach tak setuju tm nak kahwin. banyak lah sisturr kau ingat aku ni umur 14 tahun ke nak hentak-hentak kaki kat lantai bagai tak bagi tm kahwin? tapi tak dinafikan la masa ai umur 15 tahun ai broken gilerr beb bila tahu Baekhyun bercinterr dengan Taeyeon. ahewww macam lerr ai akan kahwin dengan Baekhyun. tapi serius ai tak tipu ai broken chuolss oppa Exo bercinterr dengan SNSD. sendu much
pastu bila ada sorang budak ni lock herself dalam bilik air and then commit suicide ai was like
" haiii cam hape je nak broken idol couple dengan orang lain "
sejak hari tu ai bermuhasabah diri & tak lagi sedih bila fav ai bercinter atau berkahwin
ai support saje uols apa saje yang korang nak buat. asalkan korang bahagia..
itu dah lebih dari cukup untuk ai
setiap orang ada kehidupan mereka masing-masing. siapa kita nak menghalang mereka dari mencapai impian mereka dan settle down? mereka jugak manusia biasa perlukan kasih sayang
diorang pun nak jugak kahwin ada anak, bawak anak jalan-jalan, naik motor pusing-pusing bawak anak bersiar-siar. hujung minggu pergi zoo, lepas tu pergi makan-makan. makan makanan yang sedap-sedap.
kehidupan ni terletak pada kesederhanaan
takkanlah korang tak nak buat semua benda tu? sampai bila korang nak cling pada idols, artis, anak raja korang? korang tak nak ke ada kehidupan sendiri? find a purpose in your life. don't let your sick mind invade peoples' privacy & hurt them until they no longer find solution except lost themselve into an imaginary world. lebih teruk, suicide..
stop it already
jangan aniaya orang uols
nak minat tu pun berpada-padalah. janganlah sampai kacau kehidupan peribadi orang
get a life everyone
hidup ni dah cukup keras. jangan lukakan orang lain lagi. semua orang dalam dunia ni dah susah, mereka dah cukup sedih. jangan tambahkan kesedihan dalam hidup diorang. please be kind, okay?
to tm, walaupun ramai yang protes. ramai yang benci dan kutuk tuanku macam-macam. i hope you will be okay. tak semua fans tuanku ni teruk. ye, memang kat ig tu diorang kutuk tuanku bertubi-tubi. kat tt, youtube & any other platform pun sama. tapi, tak semua fans tuanku macam tu. ada je yang baik-baik, cuma kitorang diam-diam je dalam gua. tak mahu associate dengan fans yang mereng macam diorang tu. kalau kitorang berbunyi pun nanti kitorang yang kena serang balik. baik diam je buat hal sendiri. dari jauh kami mendoakan kesejahteraan tuanku dunia akhirat. walaupun private life tuanku tu agak social sikit. kitorang tak mau bizibodi. setiap orang ada kehidupan masing-masing. hiduplah berpandukan hati kita sendiri. mungkin kita ada silap dan salah. tapi selagi namanya manusia, kita masih ada peluang untuk berubah dan mengubah hidup kita sendiri. bak kata puteri diana
Lead by heart, not by head
so, ai doakan tuanku bahagia di dalam kehidupan tuanku yang seterusnya. walau dengan siapa pun tuanku berkahwin, saya sentiasa memberi sokongan moral kepada tuanku. dalam hidup, kita tak boleh tentukan kehidupan orang lain hanya kerana kita rasa pilihan kita itu betul. kita perlu beri kebebasan pada orang lain untuk memilih apa yang mereka nak. sedangkan kita sendiri pun tak suka bila ada orang masuk campur dalam hidup kita & menentukan arah tuju hidup kita. inikan pulak orang lain. so, begitulah prinsip ai di dalam hidup ini
apa saja pilihan tuanku, siapa sahaja yang tuanku pilih untuk dijadikan isteri. saya sokong sahaja walaupun ramai fans yang benci. asalkan tuanku bahagia. pilihlah apa yang ada di dalam hati tuanku. bukannya apa yang fans tuanku suruh. seorang pemimpin perlu mengikut gerak hatinya sendiri. kalau dia lebih memilih untuk mendengar kata orang lain. dia tidak cukup kuat untuk memimpin. macam mana dia nak memimpin orang kalau dia sendiri tak tahu how to figure out & membuat pilihan yang terbaik dalam hidup? jadilah macam puteri diana, dia tahu apa yang dia nak dan dia sangat jelas dengan apa sahaja yang dia buat. dialah definisi pemimpin yang sebenarnya. jadilah macam puteri diana, barulah tuanku dapat menemui kebahagiaan yang tuanku cari. walaupun puteri diana berakhir dengan takdir hidup yang tragis. tapi sepanjang kehidupannya dia dah hidup sepuas-puasnya. kehidupan yang memberi inspirasi untuk kita semua :)
semoga tuanku dan dayang anisha akan bahagia selepas ini. kalau tak ada fans yang suka, masing-masing benci dan sakit hati. biarlah saya menjadi salah seorang yang merestui tuanku dengan dayang anisha. mungkin golongan yang merestui tu minoriti je, tapi at least adalah dari takde. saya doakan kebahagiaan untuk tuanku dunia dan akhirat ;D
semoga allah melimpahkan rahmat dan berkat kepada perkahwinan tuanku & mempermudahkan segalanya. apa sahaja yang tuanku akan harungi selepas ini semoga semuanya dipermudahkan oleh Tuhan dan Dia membantu tuanku dari segenap arah. semoga selepas ini tuanku dapat tersenyum ceria balik seperti dulu-dulu. usahlah bersedih hati lagi, biarlah apa orang nak kata. hidup ini hanyalah sekejap saja. make each day count. satu hari nanti, netizen akan lupakan semuanya. diorang tu bizi nak catch up dengan story yang terbaru pulak. biarlah netz tu.. hehe
to ladies, remember this ..
okay everyone, ai dah takde idea nak tulis apa lagi. nanti di hari lain kalau ada masa ai hapdet entry ni kasi better sikit biar lebih jelas dan lebih funny. itu kalau ada masa lerr
kalau takde, sorry ~
hikhik
okay, thank you uols for reading ^^
see you next time
byeeee ~
xoxo
Lea <3 🌹
p.s.
patutnya anisha kawen dengan saya bukan dengan mateen. dia cantik sangat ai tak boleh terima semua ni. naurrrr
* hoi kau perempuan lah mek ya banyak la kau nak kahwen sesama perempuan. cubit kang *