it's been a while since i'm not writing any entries to my blog. i've been writing a few before, but at last those entries got archived instead of published here. sorry, my mood swing ruins everything. so, at last i'm not writing anything.
so, before we start let's check out my favorite song as our music background. enjoyy ãū(^▽^*)))
so, assalamualaikum and hai everyone. apa khabar? hehe ai di sini khabar baik. khabar baiklah sangattt. hahahaha
first of all, cantik tak header blog ai? cececece saje nak suruh puji. sebenarnya dah lama ai hapdet tapi baru hari ni tulis entry sejak masuk tahun 2023 ni kan. so baru sekaranglah ai nak gebang. cehh
bukan mainlah hari tu janji nak hapdet setiap gambar kahwin puteri azemah namun harommm takde satu pun ai hapdet. choiii sangat
* tapi sebenarnya bukannya ai tanak hapdet tapi ada banyak benda yang jadi time tu so akhirnya ai lupa nak hapdet *
cehhh alasan ~
yela puteri kawin time bulan januari. waktu tu ai dengan family kalut dengan banjir. so, hari - harilah ai tengok jendela tiap malam nak check air banjir sampai tak kat rumah. fuhhh selamat langsung tak sampai. sebaliknya rumah mak sedara ai je yang tenggelam. nasib baik kitorang tak pergi ke sana. kalau tak konpem stuck tak boleh masuk rumah diorang terus sebab banjir uolss. bersyukur gila sebab kitorang tak gelabah nak pindah. tapi untuk orang lain yang rumah tenggelam tu kesianlah. rumah cousin ai tenggelam sampai tinggal satu tingkat je. dahlah dia tengah pantang. bayangkanlah dari rumah dua tingkat tinggal setingkat je habis banjir. nasib baik bomba datang selamatkan diorang. hai kesiann.
ceh dah masuk bulan puasa patutnya ai borak pasal puasa tapi pergi borak pasal banjir pulak. ala saje nak cerita biarlah ~
selamat berpuasa untuk semua umat Islam di atas dunia ini. semoga ibadah puasa pada tahun ini diterima oleh Yang Maha Esa. marilah kita semua menginsoff bersama-sama jangan buat dosa bulan-bulan puasa cenggini baiklah kita beribadah. habis puasa kembalilah uols jadi syaitonirrojimm kembali. cehhh hahahaha
bulan-bulan puasa macam ni apa yang korang selalu buat? ai sebenarnya plan nak buat juadah untuk dijual dekat gerai. tapi sampai hari ni tak terbuat-buat lagi. ai pergi survey tengok apa yang orang dah jual dekat kedai. hmm dah ramai uols orang yang jual puding karamel. so, ai tak bolehlah nak jual puding karamel jugak. kena cari plan lain untuk jual juadah time puasa. dekat raya nanti nak jual biskut pulak. hehe harapnya ai dapat juallah apa-apa time puasa ni. jangan hangat-hangat taik ayam pulak. nyampasss dengan diri sendiri yang beria-ia nak buat itu ini last-last nan hado. choiii sangat
hari tu ai ada tengok satu drama kat tv3 ni. drama pun not bad jalan cerita lain daripada yang lain. so ai follow la sekali sekala. pastu ada satu scene tu hero meluahkan perasaannya. touching jugak la cara dia luahkan perasaan tu. pastu ai rasa macam familiar je dengan apa yang dia kata. puas ai recall kat mana ek ai pernah dengar ayat ni. pastu sekarang baru ai ingat. laaaaa tu ayat yang ai tulis dalam salah satu entry ai,
haiii macam sama je dengan ayat yang ai tulis dalam entry ni. ada dekat part yang ai tulis,
" ai nak lelaki tu suka dekat ai bukan sebab ai berdoa siang malam agar Tuhan jodohkan ai dengan dia. bukan jugak sebab ai baca doa pengasih paksa-paksa dia suka dekat ai. tapi ai nak dia suka dekat ai seikhlas hatinya. cinta yang datang dari lubuk hati dia sendiri. tiada siapa pun yang paksa dia. tapi dia sendiri yang jatuh cinta dengan ai, "
macam tulah lebih kurang yang ai tulis. sorry ai tak boleh recall detail yang ai tulis. korang pergi baca sendirilah. so i was like, wow penulis skrip ni tulis sebijik-sebijik apa yang ada dalam blog ni ke dalam skrip dia. wahhh, hebatnya penulis kat malaysia ni ya? bukannya nak perah idea sendiri tulis karya hasil usaha sendiri. sebaliknya ambik hak orang lain, copy paste sebijik sebijik lepas tu letak dalam manuskrip sendiri. and then claim itu yang awak tulis. amboiiiiiiii
patutlah ramai novelis buat setting blog diorang tiada siapa boleh copy apa yang diorang dah tulis. supaya tak jadi kes macam nilah. orang copy hasil karya diorang lepas tu publish buat karya sendiri tanpa izin penulis. mudah ye orang malaysia cari makan ye? hmmmmmmm
nasib baiklah cerita tu takdelah popular sangat. kalau tak ai angin jugak sebab scriptwriter copy hasil tulisan ai. walaupun entry ai tu bukanlah cerita pasal novel atau cerpen. cuma cerita pasal apa yang ai nak buat kalau ai jatuh cinta dengan seseorang tapi tetaplah terasa sedih jugak bila orang ambik hak kita tanpa izin ni kan? hmm nak buat macam mana lah kann. ai pulak penulis blog yang biasa-biasa je. tak popular sangat dan belum ada nama macam Fatin Liyana ke Hanis Zalikha ke cane. so, kalau ai merempan pun takde gunalah jugak. membazir air liur je, baik ai maintain cool dan move on. kecuali kalau diorang ambik separuh dari karya ai, haaaa yang tu memang nak kena sebat dengan batang buluh lemang. siap kau scriptwriter aku kerjakan (╯°□°)╯︵ ┻━┻
rupanya, masih ada jugak orang baca blog walaupun zaman sekarang blog dah tak berapa popular dah. walaupun ai jarang-jarang menulis, tapi ada jugak ye orang yang datang berkuntum kat sini. bila ai bukak forum, ada jugak macik-macik bawang yang guna perkataan yang ada dalam blog ni. ada yang tahu nama bamteen, nickname untuk putera brunei kita. cehh.. diam diam ye engkorang semua..
tapi mungkinlah sebab ai ada promote dekat twitter ai blog ni, so adalah orang datang melawat. mungkin vvip pun pernah datang melawat kat sini. yela, zaman dulu popular tau blog ni especially blog fatin liyana. ai ingat lagi kak FL cakap Dato' Rais Yatim suka jenguk blog dia. beliau sendiri yang mengaku dkt FL. so ai think, ramai je orang yang masih baca blog. cuma tak hype macam dulu je. yela, sekarang yang lagi popular tu TikTok, Youtube, reels on IG dan sewaktu dengannya. orang lebih fokus untuk buat video berbanding menulis. so, orang tengok apa yang lebih cepat jela sekarang. tengok video dekat tiktok masa tak sampai pun 60 saat. tapi kalau baca blog, lama jugak orang habiskan masa. sebab selalunya penulis tulis entry panjang-panjang. so sebab tulah kot orang dah jarang baca blog.
lain orang, lain minatnya
bagi ai, orang yang suka tengok tiktok, youtube short etc adalah orang yang sentiasa keep it up with trend. orang mudalah biasanya.. tapi makcik-makcik pun tengok jugak tiktok. benda macam tu lebih in dan lebih pantas. bila dah habis trend tu, orang akan berhenti main tiktok lepas tu berpindah kepada trend yang baru pulak.
orang yang suka baca blog pulak bagi ai, orang yang intelektual. orang yang tak suka dengan benda remeh dan terlalu happy sangat. kadang-kadang diorang nak tengok sesuatu yang memberi pandangan yang baru untuk diorang. untuk menambah ilmu lah lebih kurang. alah, macam bapak-bapak yang suka baca suratkhabar. walaupun orang dah tak baca suratkhabar, diorang masih beli lagi. sebab bagi diorang, dalam suratkhabar ada segala benda dalam tu. lepas tu, maklumat sudah ditapis oleh kerajaan dan berita tu diterbit setelah dipastikan kesahihan berita tu. tak macam media sosial, berita belum tentu sahih diorang dah pergi sebar. last-last semuanya fitnah rupanya. tak ke rosak reputasi orang yang kena fitnah tu bila semua pakat pergi sebar dekat media sosial masing-masing?
kesian kan orang zaman sekarang? belum apa-apa lagi dah kena viral. entah betul ke tidak kita tidak tahu. orang pun hentamlah dekat media sosial masing-masing nak tunjuk terpaling. teruk sangat buli siber zaman sekarang ni. so sebab tu, masih ada orang yang stay dekat suratkhabar including me. bagi ai, suratkhabar tu semuanya ada. ai boleh tambahkan ilmu pengetahuan setiap kali baca suratkhabar. ai tak pernah miss beli suratkhabar sehingga ke hari ini sebab ada banyak maklumat yang bagus dalam tu. ai ingat lagi, cousin ai selalu pesan pada ai selalulah baca suratkhabar Inggeris. itu adalah salah satu cara untuk ai menambah kosa kata ai dalam bahasa Inggeris. kerana pesanan dialah ai jadi power dalam English. walaupun ai jarang tengok drama atau movie English sebab not cup of my tea. tapi ai masih boleh terer dalam english sebab selalu baca NST, The Star. ai punya spelling pun okay sebab suratkhabar ia tunjuk ejaan yang betul untuk setiap perkataan Inggeris tu. so uols, bacalah suratkhabar english untuk tambahkan vocabulary uols.
so bagi ai, orang yang masih baca blog ni tergolong dalam golongan konservatif. diorang tak suka ikut trend. sebaliknya diorang selesa menjadi diri sendiri dan berada di dalam kelas tersendiri. masih suka membaca dan mencari perkara ilmiah dengan cara tersendiri. kalau nak terhibur sekali sekala pun diorang masih memilih bahan pembacaan. so that's why masih ada orang baca blog. orang yang macam dioranglah yang menyumbang view dekat setiap blog. diorang nak cari sesuatu yang baru tanpa perlu mengubah identiti mereka.
sebab itulah ai tak suka guna bahasa rojak sangat dalam blog ai. ai masih guna juga sebab ai nak make sure blog ai nampak santai dan ringan. tak nak bagi orang terbeban dengan apa yang ai tulis. biarlah korang gelak-gelak je setiap kali baca blog ai. tapi masih dapat ilmu pengetahuan and tambah kosa kata dalam bahasa Melayu. ai memang make sure setiap apa yang ai tulis ikut piawaian bahasa melayu. kalau tersalah ejaan ai pergi edit dan post balik yang baru. penatlah jugak baca entry sendiri panjang-panjang nak cari ejaan yang salah. tapi takpe, ai perlu buat time tu je supaya nampak perfect. takdelah ai bagi ajaran sesat kat korang main hentam je tulis. lagipun ai tak tahu siapa yang baca blog ai. what if orang yang baca blog ai ni adalah orang yang ada kedudukan tinggi? let's say orang yang educated, orang yang berkepentingan dalam negara. mesti dia ada pandangan tersendiri bila baca blog ai.
tulisan kita mencerminkan siapa diri kita. apa yang kita tulis mencerminkan apa yang ada di dalam diri kita. apa yang kita fikirkan di dalam hidup kita
so, sesiapa sahaja yang membaca blog ai dan blog orang lain. mereka boleh judge personaliti ai melalui tulisan ai walaupun kita semua tak pernah berjumpa. so sebab tu kita perlu careful dengan apa yang kita tulis. terutama sekali jika melibatkan orang yang terkenal ke atau orang yang ada protokol. sebab tulah ai kadang-kadang archive post ai sebab ai rasa apa yang ai tulis melanggar protokol dan mencemarkan imej seseorang. lebih baik ai simpan sifat gila-gila ai sorang-sorang. jangan nak sebar. relaks sisturr
tapi ai rasa gembira jugak sebab setakat ni ai belum pernah disaman sebab tulis entry yang kelakar tentang orang yang high profile. hehe thanks TM sebab tak saman ai walaupun ai suka tulis entry yang kelakar pasal tuanku. saje nak melepaskan stres. takdelah semua orang stres tengok muka dia yang garunk tu uols. ye dak? hehehehe
nanti ai hantar kad raya kepada bamteen tahun ni. tapi kena carilah dulu kad yang cantik-cantik barulah boleh hantar. barulah gempak gittew. kalau boleh ai nak cari kad raya yang ada lampu-lampu lip lap ada lagu raya segala. barulah wow bila tm bukak kad raya ai nanti. cewwahhhhh
ai patut hantar kad raya dekat anuar zain jugak uols, ai kan peminat dia? aiseymen kena cari alamat ni uols kalau nak hantar sekalipun. ajommm lerr kita hantar kad raya dekat kerabat diraja dan artis-artis fevret kita. mari kita kenangkan kembali zaman dulu-dulu yang selalu hantar kad raya kepada semua orang. klasik sangat ~
sempena bulan puasa ni ai nak pasang pelita dekat sekeliling rumah nenek ai. selama ni kitorang tak pernah pun pacak pelita pasang sempena puasa. so tahun ni ai decide nak pasang pelita nak kasi meriah bulan puasa. lepas tu nak gantung lampu raya lip lap kasi cantik rumah nenek ai tu hehehehe. mungkin tahun ni tahun last ai berpuasa dengan nenek. lepas ni ai akan sambung belajar, lepas tu sibuk dengan kehidupan sendiri dan eager nak capai cita-cita. mesti ai busy sampai tak sempat nak balik kampung. nak dekat raya baru boleh balik kampung. so ai nak sambut puasa dengan cara yang meriah sekali. biar terasa bulan Ramadan tu. aicewwahhh
![]() |
| selamat ~ hariiii raaaayaaaaaaa~~ ten tenet net ten ten tenet net ðķ |
teringin jugak nak hantar kad raya dekat oppa oppa ai macam Nichkhun 2PM ke dan 2PM member yang lain. tapi mengenangkan jyp yang eksyen tak pernah terima hadiah peminat so ai lupakan jela. Nichkhun tu dahlah dekat je duduk kat Thailand je, lagi senang nak hantar kad raya. tapi ai tak tau cemana cara nak hantar kad raya dekat dia. mungkin kena tanya fan Hottest, diorang akan guide ai untuk hantar kad raya dan gift dekat Nichkhun. harapnya boleh hantar...
hmm apa kata ai cuba hantar kad raya dekat Alden Richard? abang lesung pipit kita dekat Filipina tu walaupun dia bukan islam. sajerrrr fefeeling hantar kad raya dekat dia uols. hahahahahahahaha perasannnnnn
* perah santan *
kalau tak boleh hantar ai redooooo. hantar sajelah dekat artis-artis kita dan putera raja kiterrr uolss. ah gitchewww. kot kot la ai dapat duit raya dari tm aicewwaahh boleh ai gebang kat semua orang time raya nanti. * konon sangat *
takpe chuols, belum cuba belum tahu. mari kita tengok tm balas tak kad raya ai & dia kasi tak duit raya kat ai. nanti ai hapdet dekat sini. TUNGGUUUUU ~
ala asyik citer pasal tm je dahlah ai bosan sebut nama dia. taperr taperr chuols lepas ni ai tulis pasal Nichkhun pulak biar penuh blog dengan nama dia je. maklumlah fan hard die Nicks sejak 2011 lagi uolsss. mari kita berfan girl dengan oppa oppa kita pulak. cehhh
![]() |
| ye lepas ni kita cakap pasal abang mata sepet pulak. saham tm sudah jatuh dah bosan dah sebut nama dia. mari kita berfan girl dengan oppa oppa kita pulak |
![]() |
| oppa oppa saya 2PM forever ~ |
![]() |
| ye macik Nichkhun sepuluh kali ganda lebih hensem dari tuanku mateen. ye saya tau macik sebab tu saya setia pada Nichkhun dulu kini dan selamanyerrrr ~ |
ai teringin nak buat akok sempena bulan puasa ni kan. pastu ai gugel la cara buat akok. mak aiii ~ susah gilerr nak buat akok ni uols. kena cari sabut kelapa la, kena ada tempat pembakar la, lepas tu kena ada alat yang tutup akok tu uols. waduh waduh rumit gilerr cara pembuatan akok ni. belum lagi time membakorr tu maunya ai buat drama soap opera menangis di depan akok mengibas-ngibas asap yang berkepul-kepul kena mata ai yang cantik lagi somell ni.
* L'OrÃĐal Paris, kerana dirimu begitu berharga ~ *
* ala ala maya karin promote sabun jenama Loreal dekat tv. tiberr pulak buat iklan sabun depan tempat membakar akok hahahahaha *
hahahaha akhirnya ai kensel. tapi takpe, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. kalau ai jumpa alat yang buat akok tu nanti ai beli. lepas tu cuba buat. cewaahhhh jiwa kelantan sangat ~
![]() |
| bergenang air mata syawal kalau terkena asap ni uols |
pastu ai kononnya nak buat ketupat palas. ala zaman sekarang kan kat youtube ada je semua benda. kita tengok jela tutorial cara membuat ketupat palas. camne cara nak bentukkan sampul ketupat dari daun palas tu. pastu nenek ai cakap tak usah kau nak berangan Lea oi. mek ni dari zaman muda setara kamu sampai ke tua belajar cara nak simpulkan daun palas tu sampai ke sudah tak jadi. akhirnya give up. inikan pulak kamu
ai pulak macam alaaaa baru je nak try buat. nenek ai cakap, dulu arwah moyang setiap kali raya dia akan buat ketupat palas. dia akan simpulkan sendiri daun ketupat palas tu lepas tu buatlah ketupat rebus dalam periuk besar dekat halaman rumah. nenek jela yang tak pandai buat ketupat. ilmu tu tak menurun dekat dia. kena la redooo. alaaa kalau ai tau awal-awal arwah mok pandai buat ketupat ai belajarlah dengan dia masa dia masih hidup dulu. mesti dia boleh ajar ai sampai pandai. hmm sudah terlambat uolsss. bersabarlah sistahhhh
* bergenang air mata syawal *
pastu ai konon-kononnya nak buat lemang. cari buluh, gulung dengan daun untuk lemang, lepas tu bakar depan rumah nenek. pastu nenek ai ketawakan ai.
" siapa nak carikan buluh tu? kamu ada tanam pokok buluh kat hutan ke? "
choiiii mek ni potong stim betullah. ai taulah kitorang takde tanam pokok buluh, dahlah takde orang lelaki dalam family ai. tapi apa salahnya nak berangan kann? mintaklah sesapa tolong carikan buluh tu untuk ai. siapa tahu ada orang yang boleh carikan untuk ai kannnn
tapi tulahh, berangan jelah sisterr. berangan itu percuma uols
ai haraplah satu hari nanti ai dapat buat semua benda ni. mungkinlah ai dapat pergi ke mana-mana and belajar dengan makcik-makcik cara nak buat ketupat palas, lemang , akok, rendang, dodol dan sebagainya. in future mungkin. kita tak tahu apa yang ada di depan sana. so marilah kita bertenang dan tidak menggelabah :)
okay sampai sini sajalah ai menulis. ai pun nak makan supper kejap esok kan puasa. so kenalah isi perut. semoga korang suka dengan entry ni. sorry ai dah lama tak tulis entry. ai ada je tak pergi mana, cuma takde mood nak tulis kat blog. hari tu nak tulis pasal majlis kahwin puteri azemah. pastu busy ngan banjir, lepas tu busy membaca gosip sol sol dan puteri sarah. perghhhh gilerr kentang gosip diorang. terus overshadow majlis kahwin PA hahaha. ai memang hangin dengan samdol tu uols. walaupun ramai orang lelaki bekap dia, ai tetap hangin dengan dia sebab gantung PS tak bertali. aniaya anak-anak sendiri. ai taulah perasaan tu sebab mama and ai dah kena semua tu 25 tahun lepas. ai pun masa kecik-kecik kena jugak macam anak-anak PS. so ai tahulah perasaan ps. memang sol seorang lelaki yang pengecut. ai harap putera fevret ai tuanku mateen jangan nak buat perangai macam syamsul. kalau dia buat perangai macam tu memang tak cukup tanah ai maki dia. putera tak putera, ai peduli apa. kalau dah aniaya perempuan ini tak adil uols. maunya ai baling telur kat kepala dia chuolss. so mohon tm jangan ikut jejak langkah syamsul ye. tuanku jangan gedik jadi lelakitak berguna seperti dia. kalau dah tak suka dekat partner sendiri, lepaskan dia dengan baik seperti lelaki sejati. be gentleman okay? cehhhhhh macamlah dia baca apa yang ai bebelkan dekat dia. tapi kalau dia baca, haaaa ingat tau pesan dari fans tuanku ni. jangan jadi lelaki tak berguna macam retis mesia ni. time nak beria la ajak perempuan kahwin. bila dah tak mau, buang je macam tu. apalah korang ni, kalau tak mahu lepaskan jelah cara baik. kita kan ada undang-undang? ni tidak, perangai macam orang tak beragama je. waima non muslim pun gentleman je dengan perempuan. kenapa lelaki melayu buat kita macam ni ek? haih sedih ai tengok nasib PS dan semua perempuan sewaktu dengannya. kadang-kadang ai rasa tak mau kahwin je, single jelah senang. ambik anak angkat untuk bina kehidupan. tapi kadang-kadang, nak juga ada family lengkap, ada husband, ada anak sendiri. tapi tulah takut dengan lelaki zaman sekarang ni. haih... harapnya ai dapat jodoh yang baiklah uols. janganlah yang perangai macam jahanam seperti lelaki tagune di luar sana. dasar jantan kabaret.
haih panjang pulak bebelan ai dekat lelaki spesies sol sol ni haha. yelah, kita kan perempuan mestilah kita rasa kecewa and rasa ragu-ragu untuk berkahwin. takut terkena macam PS, syu dan perempuan yang tak bernasib baik tu. kita pun tak tau kann macam mana nasib kita sendiri di masa depan kan? hmm ~
harap-harap ai dapat hasben yang baik, hensem dan gentleman. semoga dia tak aniaya ai seperti mana mama ai kena. mama ai sampai sekarang tak kasi ai jumpa papa. punya la trauma dan benci dekat ex hasben tu uols. sedih jugaklah tak dapat nak jumpa dengan papa tapi ai hormati perasaan mama. mungkin waktu yang akan menentukannya...
okaylah, sampai sini sahaja ai bercerita. tengok, segala cerita ai nak bagi tau. langsung takde kaitan antara satu sama lain hahahaha. semoga korang enjoy baca entry ai kali ni. ala saje nak melepaskan stres. bolehlah korang gelak-gelak baca blog ai ni kann? takdelah stres manjang baca orang menghentam sana sini dekat internet. kadang-kadang cuci mata and menghirup udara segar baca blog ai yang funny ni. cehhh masuk bakul angkat sendiri. hahahaha
okay, kita jangan stres-stres. kita tamatkan blog hari ini dengan lagu fevret ai time raya. semoga korang suka <3
Bunkface - Anugerah Syawal ( Akustik )
bonus :D
Parodi lagu Senandung Hari Raya
salam ramadan untuk semua orang, semoga ibadah puasa kita diterima oleh Tuhan dan kita berubah menjadi orang yang lebih baik dari segi spiritual dan mental. jangan lupa pakai baju raya cantik-cantik tahun ni tau korang. biarlah kita sambut raya dengan penuh meriah kali ni. tahun lepas kita dah beraya secara mengejut. raya lepas-lepas pulak kita tersekat dengan covid. biarlah kali ni syawal kita lebih bermakna. semoga kita semua dapat beraya dengan insan tercinta. selamat menyambut bulan puasa uols dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin ððð
thanks for reading
XOXO
Lea <3










.jpg)







.jpg)
.jpg)
.jpg)















0 Comments