Hai
Selamat berkenalan uols
![]() |
| * kekenyangan melantak daging korban * |
warghhh at last berjaya jugak buat blog. dah lama sebenarnya ai nak buat blog. tapi tak terbuat jugak sebab laptop takde. dulu pernah la buat zezaman sekolah menengah dulu tahun 2011 camtu. buat blog pasal kpop, yela dulu kan sesapa yang ada fanpage Suju, DBSK etc perghh memang gempak gila lah. ceh kononnya
![]() |
| walaupun sebelas tahun berlalu ai masih cintakan u.. ecececece |
lepas tu bersawang la blog tu sampai ke hari ni. confirm dah kena delete dengan blogspot sebab dah lebih sepuluh tahun dah chuolss. ofkos la khuenss
pastu dalam 2018 camtu buatlah pulak yang baru. hmm sama je bersawang camtu sebab internet ai siput. so sedih kalau nak hapdet blog ni uols. terkubur agaknya belog tu hahaha
so now ai dah ada blog baru
selamat berkenalan uols and ai mengucapkan selamat hari raya haji bagi umat islam. semoga ibadah korban kita tahun ini diterima oleh-Nya.

chakk ^^
okay first thing first pasang lagu Amy Mastura - Kembalilah dulu nak bagi feeling. ai tengah pasang lagu ni pukul 2 pagi cenggini. baru lerr feeling uols hahahaha
ai tak boleh nak tidur awal macam selalu sebab kena jaga mama dan mek yang sakit. okay mek ni maksudnya nenek dalam loghat kelantan. ore kelate weols panggil nenek sebagai mek. boleh jurr chuols nak panggil Grandma dekat nenek sendiri. aww fefeeling englandd gittew walhal hidungmu hidung jambu. perah santan sangat :P
mula-mula mama ai yang jatuh sakit. dua hari sebelum raya uols dia migrain lepas tu nak masuk toilet, sekali kaki dia terseluk masuk ke dalam jamban jenis cangkung tu haa.. apo lagi youu berdarah la uols. nebes tak nebes weols ni. nasib baik la pak su ai balik raya awal kali ni. dia baru je balik dari masjid solat jumaat nak lelap mata kejap. sekali dengar kakak dia menjerit berdesup la brotherr pergi menyelamatkan kakakmu yang kesakitan itu. paksu pun apa lagi bawak la mama pergi ke hospital. berjam-jam jugak diorang bertapa dekat hospital dalam lebih kurang lepas solat jumaat balik rumah pukul 2 pagi. gempak sisturr beratur menunggu nak dirawat ni. nasib baik la ai tak bercita-cita nak jadi doktor. mau lerr ai menyesal kalau jadi doktor berpuluh jam dekat wad langsung tak boleh nak balik macam sepupu ai sorang tu.
lepas tu kaki mama pun berbalut la tapi takde la sampai patah. ok ok jurr tapiiiiii tak boleh nak jalan. mengengsot je dia uols. hmm.. ai la yang jadi misi dia. time raya adik beradik dengan anak sedara yang volunteer jadi misi dia. lepas semua orang balik ai dengan mek yang jadi misi.
tapiiiii
tiberr la pulak nenekku sakit jari. masa dia potong daging korban jari dia terkena la sikit pisau. mula-mula dia tak perasan pun. lepas tu tangan dia start sakit and nampak la luka. mek ai okay jurr buat lek wat pis. tak payah pergi hospital katanya padahal macemmm la ai tak tau dia tu jenis takut jarum uols hahahaha. sepupu ai yang lain datang la melawat sempena raya. bila dia tengok jari nenek yang bengkak ni dia terus snap gambar lepas tu wassap dekat adik dia yang doktor tu. adik dia hapooo lagi suruh mek datang rumah cepat. dia akan rawat nenek. ofkos la diorang terus amik mek pergi ke rumah diorang nak rawat tangan mek ni. perghh seriau uols tengok gambar sepupu ai dengan isteri dia rawat tangan nenek. mek kata tak bius pun sebab mek dah tua takut effect teruk. so diorang rawat luka cam biasa lerr hidup-hidup gittew. doktor la katakan. patut lerr mek takut benorr nak pergi spital ponn. ceni rupanya bila pergi jumpa doktor. diorang akan rawat habis-habisan tanpa belas kasihan. heartless habis langsung tak bius janji pesakit sihat chuolss. yang pesakit ni dah nak pitam tengok doktor korek itu korek ini nak buang luka. hahahahaha saborr jela
so now ai menjaga dua orang la
sorang sakit kaki tak leh nak gerak
sorang sakit tangan tak boleh nak buat apa-apa
sayalah misi mereka
huhuhuhu
lepas ni nak kena gerak mek bangun dari tidur suruh makan ubat. berdedikasi uolss cucu mek sorang ni hahaha. terpaksa ku korbankan tidur nak menjaga dua orang ni. mama tak boleh nak gerak pergi memana. kena ambik itu ini tengah malam-malam buta pun sebab tuannya lapar tapi tak boleh nak gerak. mek pulak nak pakai baju pun tak boleh, sikat rambut apatah lagi. huhu dugaan.
takpe la chuols selama ni diorang jaga ai hari ni ai jaga diorang pulak
sambil fefeeling berblog ni ai jaga diorang. sekejap je korban tidur ni nanti diorang sihat boleh la tidur awal balik. asalkan diorang cepat sembuh itu yang lebih penting
ah gittew doa seorang insan yang tulus uolss
apa pun ai harap diorang cepat sembuh. susah hati semua orang, kudrat ai ni apalah sangat nak menjaga dua orang perempuan. mujurlah mak sedara datang nak jaga gilir-gilir. kalau tak KO jugak ai hehehe. thank chiuuu mak sedaraku :3
okay sampai di sini saja post pertama ai. kita jumpa next time pulak
engkorang tu nak melantak daging korban tu jejage sikit kang naik kolestrol susah uols. masuk hospital nanti kang baru tau. beringat lah ye tak kira tua muda. sakit ni dia tak pilih usia tau. kalau nak sakit tu dia datang jugak secara tiba-tiba takde angin takde ribut. so beringatlah selalu. gittew pesanan khidmat masyarakat iols
heshtek #RayaKaliNiJanganLupaDiet
ahaks
jangan mareee
okayy bye uols kita jumpa lagi
XOXO



