August, Moon Cake, Autumn and Crisp Cinnamon Rolls and Ice Cream Choux

 it's august !

flag, songs, independence day, celebration, marching and such

everything is wrapped in one season of august 


Hello everyone ~

it's been a while since i tulis a new post on this blog. tenggelam lama sangat dekat tiktok, and then back to forum, and then twitter. lepas tu, bizi dengan hidup sendiri. and sometimes, tenggelam dalam perasaan sendiri and tak mampu menulis kat sini. so, i'm just driving around here and there. ke mana-mana sahaja asalkan fikiran tenang. duduk rumah pun asyik kena marah dengan mak je. sighhhh


okay let me put something on my blog ~

                Maher Zain ~ Paradise ( Acapella version )


this is my favorite song. yang ni versi soothing. yang satu lagi versi happy & ada music. but for today let me share you soothing version one. sebab ai feel gloomy and nak sentimental

eh tapi malam ni kan malam kemerdekaan engko kena patriotik

shadap youuu

ini belog ai suka hati ai le nak letak lagu hape nak fefeeling hape. nyibuk je ketuk kepala ngan senduk baru tau yachh

okayyy fineeee nak patriotik sangat enn nak hepi la hape nahhh lagu vibe sikit

                 Maher Zain - Paradise | Official Audio

nyampah uols

hahaha macam la ada orang komplen kekekekeke

i love august

really... i love august. and i hate september. no matter what happen, i hate september. i love august alllllll in my lifeeuuuu

august tenang, tak banjir macam disember, tak panas bebeno macam mei-jun, takde la stres and hectic macam oktober-november. just calm calm je, panas pun tidak, sejuk pun tidak, banjir pun tidak, apa pun takdak, duit pun takdak. mari kita berhuhu di sini  〒▽〒  (>人<;)


                             



my cousin once said, 

     lebih baik kita dapat sugar daddy walaupun member tu tua. at least, he can pay the bills for us. tak perlu bersusah-payah study sana sini, cari kerja sana sini and then end up tak ketahuan hala dalam hidup. very the miskin, today, tommorrow and forever

okay that's makes sense tapi sorryyyyyy

ai tak mau you hadap muka datuk tua hari-hari. lepas tu kena kejar ngan mak datin & kena smash dengan her sebab merampas shuben she

          TAKDE MAKNENYEEEE

tapi tulerr.. takde duit uolsss

haih ~

maaybe i should move to another place dan tidak stuck forever dekat kampung. kelate ni adalah tempat yang you tak akan dapat job walaupun seribu tahun you menunggu dekat sini. i don't know why, majikan dekat sini susah sangat nak beri kerja dekat orang sekeliling walaupun we youngster sanggup downgrade diri sendiri untuk terima kerja gaji rm 1100. yess... rm 1100 itu tangga gaji kat sini baby. kalau rm2k tu manager kat sini pun belum tentu dapat tangga gaji centu. oh well..... 

        Kelate ~

inilah negeri darul serambi mekah yachh

bayar pekerja pakai iman. bukan duit. bila staf komplen, dikatanya kena ikhlas bekerja. lepas tu bos duk pakai merc, alphard sana sini. buat rumah sebesar-besar alam sana sini. tambah bini sana sini. including * cough * * minister * here

ohhh wellllll..... kerajaan bulan pilihan rakyat kelate yang duduk dekat Kay elle yachhhh. engko duduk dekat sana merasa kehidupan serba sempurna. kami kat sini serba tak sempurna and have to fight walaupun untuk sebutir beras. bila musim mengundi, yang kelate duk kat luar lagi tagune tu balik sini undi bulan. weols kat sini undi bukan bulan tapi get nothing. pointless gilerr

rasa nak tamporr je kelaterians yang duduk luar tapi balik mengundi kelate

please kerajaan pusat, ejas sikit bab mengundi ni. biar every person dalam malaysia ni diwajibkan mengundi di tempat duduk mereka masing-masing. jangan ikut ic ataupun tempat lahir. tapi ikut tempat diorang bermastautin sekarang. biar diorang tahu kerajaan undian diorang yang termasyhur tu cemana perangainya, cemana pentadbirannya. biar diorang merasa

      GIVE US KELANTANESE A LIBERATION & INDEPENDENCE PLEASE

kalau rakyat korea boleh fight dan dapat independence seperti sekarang selepas hidup beratus tahun di dalam kasta yang menghunjam dan menyeksa hidup diorang. macam Mr Sunshine. why kitorang tak boleh dapat benda macam tu? we deserve it too

but of course... mengamuklah kelantanese yang duduk kat luar tu tak dapat balik mengundi kelate la kennnn

macam la keluar parti politik tu keluar agama. over betul   (¬_¬ )o   (一︿一+)o   ( ̄﹏ ̄;)


okay tenang, tenang baby

meh dengar lagu baru. i mean takde la baru sangat..

here we go ~

          Letto - Sebenarnya Cinta


      









sebenarnya august ni bulan arwah atuk ai meninggal. so everytime datang bulan ni, ai akan menyendu la sikit. family ai ada la sikit-sikit. tapi kitorang berpegang pada prinsip, jangan meratap pada orang yang sudah pergi. yang pergi biarlah pergi. kita di sini perlu teruskan hidup. jangan nangis, jangan meratap, jangan berkabung, kuatkan semangat

so yeah ~

ai boleh kuat semangat sebab benda camtu la

but now bila ai dah besar, dah tahu untuk fikir cara sendiri. ai pilih untuk berkabung and reminisce the memories about him. pergi ke tempat-tempat yang dia selalu pergi, pergi makan segala makanan yang dia suka, live like how the way he lived, and berpegang pada prinsip yang dipegang olehnya..


      


baru-baru ni birthday dia, 1 June. so... ai membebel lamaaaa dah arwah ayah ( we call him as ayoh.. well kelate katakanss ) tak mai menjenguk Lea dalam mimpi. nyampahhh sangatt

and then a week later he came into my dream. melawat ai ehehehehehe

Lawat ponnnnnn

ingatkan tanak melawat    🤭

untuk bulan ogos ni.. dia tak datang lah. usually kalau hari ulang tahun kematian dia, dia akan melawat anak-anak dia instead. my aunt selalunya akan mimpi lerr dia bila hari ulang tahun kematian dia. cucu-cucu dia pulak time birthday dia jerr.. oh well.. masa tahun terakhir dia hidup, 2004, 2 months before he died. he requested to celebrate his birthday along with his grandson yang lahir birthday sama dengan dia. we sambut lerr birthday diorang anak beranak siap dengan kek and lilin bagai. he looked so happy. arwah moyang ai, mok pun ada sekali. semua orang hepi lerr hehehehe... two months later, di bulan august, he died...

akhirnya dia pergi jua.. yela orangnya heavy smoker. bila dah menginsof tak mau smoke, tua-tua dapat lerr penyakit paru-paru. hmmm

it's okay.. at least he dah capai semua yang dia nak. lagipun dia dah tua. takkan la nak hidup sampee bila-bila kottt. hengko kenapa yachh

okay la at least i have memories with him walaupun 6 tahun jerr.. okay la boleh la dari takde

jangan shedih shedih

lagipun dia suka melawat cucu-cucu dia time birthday dia. okay lettew kitorang boleh mimpikan dia time hari jadi dia. while anak-anak dia time hari ulang tahun kematian dia. boleh lerr dari takderrr. ehehehehe...

ai rasa syahdu la time macenggini. tapi okay la biasalah hidup ni. bila kita terasa susah, tak ada orang faham kita and orang sekeliling suka judge. we tend to reminisce someone yang sudah tidak ada. dia lah yang ada di sisi kita dulu and buat kita hepi, bantu kita untuk bangun. sekarang bila dia dah tak ada, bila kita berada dalam kesusahan, kita rindu nak dengar kata-kata nasihat dia and motibasi dari dia. yelah yang hidup ni kejam sangat, suka merendah-rendahkan orang sana sini. baru cakap sikit je dah kena marah. suka merendah-rendahkan kita and cakap kita ni pemalas sebab nampak macam tak berusaha, tak bekerja dan berjaya ada duit ada kereta, rumah macam diorang.


ORANG KALAU DAH HIDUP SENANG TU MUDAH SANGAT NAK MEMANDANG RENDAH DEKAT ORANG YANG HIDUP SUSAH DAN SUKA SUKI JE KATA KITA NI PEMALAS LANGSUNG TAK BERUSAHA HANYA KERANA KITA SUSAH NAK DAPAT KERJA


hampeh betul hadap orang macenggini. kena tinggal dengan laki ko yang provide the table untuk ko kang baru tahu. tapi ai tahan diri dari memaki diorang macem tu. kang maki kang mau bercekau kitorang kat situ. jadi ai pilih untuk.... BERSABORRRRR

walaupun dalam kepala ai ni ai dah tamporrr diorang beratus kali baru puas hati

my grandma selalu berpesan dekat ai

  " Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. walaupun perut menggelegak, maintain senyum dan teruskan aje dengan hidup ni walaupun rasa nak tampar je orang dekat depan kita. biarkan.. biarkan diorang nak kata apa. biarkan... kita jangan cari gaduh. tetap tenang-tenang. nanti esok lusa.. okaylah tu kehidupan kita. siapa tahu kat depan sana kita akan jumpa kesenangan ? kita tak tahu apa yang akan jadi. jadi, bersabarlah. orang nak kata tu biarlah. bukannya dia duduk kat tempat kita pun. hari ni kita susah, esok lusa siapa tahu kita akan senang ? orang macam diorang tu, belum tentu selamanya senang. mana tahu di masa depan diorang pulak yang susah ? haaaa masa tu kita cakap je padan muka dia. nak sangat mengata orang kann.. kan dah merasa. hidup ni tak selamanya susah, tak selamanya senang. tak ada benda yang mudah di dalam hidup ini. jadi, bersabarlah.. "


and then ai tengok diorang, walaupun ada segala-galanya tapi diorang nampak tak bahagia. suka menyibuk tepi kain orang. suka masuk campur hal orang sana sini. kata hidup kaya raya, berjaya, habis tu kenapa sibuk-sibuk dengan hal orang ? hmm rupanya diorang tu yang tak tenang sebenarnya. kalau diorang bahagia dan berjaya macam yang diorang duk bangga-banggakan, kenapa masih menyibuk hal orang lain dan suka mengawal kehidupan orang ? nampaknya apa yang diorang kata pada ai ni sebenarnya bukanlah mewakili diri ai.. tapi sebenarnya mewakili diri diorang yang tak pernah rasa puas hati dan tenang di dalam hidup diorang. jadi ai memilih untuk, lepaskan apa sahaja yang diorang kata. jangan biarkan semua itu menguasai hidup ai. biarlah diorang nak kata, janji ai tahu apa yang ai nak buat dalam hidup ni. walaupun kadang-kadang ai selalu bertemu dengan kegagalan.. 


every failure teaches you how to stand again, how to keep walking even though life is full of hardships and misfortune


and maybe tak lama lagi ai akan jumpa kesenangan tu selepas menghadapi kesusahan dan caci maki, hinaan orang sekeliling yang judgemental pada orang yang tak berjaya macam ai...
maybe ~


          Azfar - Akan Ku Jumpa (Lirik Video)


              NIDJI - Laskar Pelangi (Official Music Video)


kita kena bersabar bila hidup ini tidak berpihak pada kita. mungkin hari ini hidup ini tidak berpihak kepada kita, tapi siapa tahu esok lusa hidup ini akan berpihak pada kita pulak dan memberi kita kesenangan ?
just keep going and keep walking...








maybe kita perlu hadap kesusahan dulu barulah kita akan menghargai kesenangan bila ia datang. mungkin kita perlu terseksa dahulu supaya kita akan mengerti nikmat kebahagiaan dan ketenangan bila ia datang. mungkin kita perlu jatuh berguling-guling dulu, terperosok jauh ke bawah tanah supaya kita tahu macam mana untuk bangun. dan supaya kita tidak lagi meninggi diri bila kita kembali terbang ke atas. mungkin kita perlu menghadapi kegagalan dahulu barulah kita belajar bagaimana untuk menjadi orang yang benar-benar berjaya. orang yang tak pernah jatuh, tak pernah susah tak akan tahu apa itu kegagalan, apa yang kurang pada diri diorang dan apa yang salah dan silap di dalam hidup diorang. jadi kita perlu gagal berkali-kali dahulu, kecewa dahulu, menangis dahulu barulah kita tahu apa itu nikmat kehidupan. barulah kita tahu bagaimana untuk mengawal hidup kita sepanjang hayat kita setelah kita banyak belajar dari kegagalan kita yang lalu. jadi, begitulah maksud kesusahan di dalam hidup kita..

     Susah dahulu.. Senang kemudian.....


semoga selepas ini ai akan menemui kesenangan, menemui cahaya di hujung jalan setelah lama berada di dalam kegelapan malam yang panjang, semoga ada sinar matahari yang terbit di ufuk timur setelah penat berjalan sepanjang malam yang gelita. semoga selepas ini, ai dapat mencapai segala cita-cita dan tidak lagi perlu terheret dan diheret oleh orang lain yang tidak puas hati dengan hidup diorang lalu meletakkan beban mereka di atas bahu ai sehingga ai tak boleh maju ke depan selagi ai tak letak beban itu ke bawah. semoga selepas ini, tiada siapa lagi menghalang-halang ai, dan menghancurkan segala cita-cita ai hanya kerana dia dengki dengan ai dan tak puas hati dengan ai. tak mahu ai berjaya dan lebih dari dia. semoga selepas ini ai tidak lagi terkongkong dengan mak yang konservatif dan keras kepala. hanya fikir dia je dan selalu rasa dirinya betul. terlalu narsistik sampai tak sedar ramai orang di sekelilingnya terseksa dengan dia dan letih menghadap kemarahannya yang terpendam dalam jiwa hanya disebabkan seorang lelaki yang pernah hancurkan hidup dia. semua tempat dia laharkan kemarahan dia sehingga dia tak sedar orang sengsara kerana dirinya sendiri. semoga selepas ini ai tidak lagi letih, tidak lagi kecewa, tidak lagi perlu drive sana sini untuk tenangkan fikiran dan mencari kebebasan jiwa hanya kerana hidup ai ini sempit dan penuh dengan prejudis manusia dan kawalan orang sekeliling yang hanya tahu satu jalan je yang perlu ai lalu, dan suka menafikan cita-cita ai hanya kerana pilihan ai dan perjalanan yang ai pilih itu tidak sehaluan dengan jalan yang diorang lalui.


semoga selepas ini ai mendapat kebebasan, kemerdekaan, LIBERATION


itu sahaja impian ai


ai tak perlukan kekayaan di dalam hidup ai

bukan juga prince charming untuk menyelamatkan ai

ai cuma perlukan diri sendiri dan kebebasan

dengan kebebasan, ai boleh buat apa sahaja yang ai suka dan mencapai segala cita-cita tanpa perlu dihalang oleh sesiapa

dengan diri sendiri, ai tak perlukan sesiapa lagi untuk berjaya di dalam hidup dan tak perlu bergantung pada sesiapa sampai terhutang budi dan terpaksa membalas budi diorang sepanjang hayat setiap kali diorang menuntut segala budi yang pernah ditabur sehingga tidak fikir yang ai ni juga manusia biasa. kenapa perlu menabur budi kalau akhirnya akan mengungkit dan suka menuntut orang datang melutut kepada mereka hanya kerana sering menolong orang? nampak macam menghambakan orang pulak

hajat ai tahun ini adalah...

    Kebebasan

semoga ai dapat kebebasan dan tak perlu lagi dikongkong oleh orang, dikawal oleh orang, dipijak oleh orang, direndah-rendahkan oleh orang. enough is enough

let me live my life and you do yours

jangan sibuk-sibuk mengawal hidup orang hanya kerana kamu fikir kamu betul dan kamu ada hak

menyampah betul dengan orang yang macam itu

and unfortunately, orang macam itu datang dari family sendiri

diorang fikir diorang ada hak untuk mengawal hidup orang hanya kerana diorang darah daging and ada hak dan tanggungjawab. you siapa nak kawal hidup orang ? hanya kerana ai ni takde bapak dan takde adik-beradik, tak semestinya orang boleh buat sesuka hati dalam hidup ai. dah macam monyet dah sorang-sorang. menceroboh hidup orang lepas tu merosakkan suasana sekeliling.

sekarang ai fight, tutup segala pagar dan terkam balik diorang yang cuba merendah-rendahkan ai. tahu pulak takut bila kena marah dengan ai. haaaa tahu pun kau ~

hanya kerana kita ni family tak semestinya kita ni rapat setiap masa

learn to respect people and not crossing their boundaries

sekali lagi datang, memang ai ngap masing-masing yang suka menceroboh hidup orang

kadang-kadang, orang macam ni kita perlu tampar dengan kenyataan. tak semestinya kena bergocoh dan bergaduh antara satu sama lain. kadang-kadang cakap dengan santai je tapi ayat itu tegas, boleh buat orang ketar dan takut dengan kita. tulang-belulang tu terasa bergegar bila dengar kita bersuara dan jujur pada diorang. baru diorang tahu tinggi rendah langit dan bumi

jangan berdiam diri bila orang pijak kita

kita kena FIGHT

orang tampar kita, kita tampar dia balik. orang hentak muka kita ke meja, kita hentak muka dia balik ke meja. orang sindir-sindir kita, perli dan kutuk kita, kita kutuk dia balik dan kata terus terang pada dia pasal kekurangan dia. orang patahkan tangan kita, kita patahkan tangan dia balik. orang tarik jari-jemari kita dan pulas dan patahkan, kita tarik balik jari jemari dia dan pulas dan patahkan

Bagi diorang rasa balik segala perbuatan diorang

Diorang buat kita takpa, bila kita balas balik perbuatan diorang tahu pulak menangis

sekarang, rasalah balik perbuatan korang tu

Now, I choose Revenge

I choose Justice over everything

jangan lemah, jangan biar orang pijak

FIGHT BALIK DENGAN PENUH MARUAH DAN KEADILAN

dengan cara yang bersih dan penuh undang-undang

tak perlu menjatuhkan diri sendiri dan jadi macam diorang

Stay CLASSY dan tetap menuntut bela walaupun diorang tu melawan kita balik dan diorang lebih berkuasa

sebenarnya bukanlah diorang tu yang berkuasa

TAPI KITA JE YANG LEMAH, BAIK HATI SANGAT DAN BERDIAM DIRI DENGAN KEKEJAMAN DIORANG

sekarang..

RASALAH BALIK APA YANG KAU DAH BUAT PADA ORANG

bertanggungjawablah di atas perbuatanmu sendiri

sekarang..

rasalah balik setiap titis air mata saya, setiap kesakitan saya, setiap derita saya, setiap kelelahan saya, setiap kesedihan saya, setiap perit yang mencucuk-cucuk jantung saya, setiap hembus nafas saya yang terasa sendat, sempit dan menekan dada saya

Hari Ini,

       RASALAH BALIK KEKEJAMAN KAMU ITU

Darah untuk darah, Tulang untuk Tulang, Kuku untuk Kuku, Daging untuk Daging, Gigi untuk Gigi, Mata untuk Mata, Tangan untuk Tangan

Inilah balasan untuk segala kekejaman kamu

SEKARANG,

        Rasalah balik apa itu KEADILAN


Itulah perjuangan ai tahun ini

Tidak lagi lemah semangat, tidak lagi membiarkan orang memijak ai, tidak lagi membiarkan langau-langau itu berterbangan di sekeliling ai. Hari ini, ai tebas segala langau-langau itu. ai pegang senapang, dan fight untuk kemerdekaan dalam hidup ai. kalau opah-opah zaman dulu boleh je pegang senapang gajah dengan baju kurung kedah berkain batik fight penjajah di zaman penjajahan. kenapa kita sebagai anak cucu dia tak boleh buat benda yang sama ? kita mungkin tak angkat senapang untuk menembak penjajah. tapi kita boleh angkat  ' senapang '  halimunan dan melepaskan tembakan kepada setiap orang yang menjatuhkan kita. iaitu, dengan jiwa dan semangat kita sendiri. itulah senapang gajah untuk kita hari ini

       FIGHT FOR YOUR INDEPENDENCE 


                Srikandi Merdeka: 9 Wanita Pejuang Kebebasan di Malaysia





the membara girls,

Lea  🤺


    








































0 Comments