Indah

Mencari yang indah itu umpama mencari sebutir bintang yang diimpikan di langit gelap dipenuhi dengan jutaan bintang

Takkan pernah ditemui walau sejuta tahun mencari

Kerana takkan pernah ada yang sempurna

Takkan pernah ada yang satu-satunya

Takkan pernah ada yang berbeza

yang ada hanyalah yang terbaik

Cuma terserah pada kita untuk memilih yang mana

yang kelihatan sempurna segalanya

atau yang kelihatan sederhana namun mengisi segenap jiwa

Sederhana namun menyenangkan

Takkan mungkin dapat dicari yang sempurna

Kerana semakin dicari semakin bertemu yang lebih baik lagi

Carilah yang biasa-biasa sahaja

kerana yang sederhana itu sudah mencukupi

Takkan buat kita mencari yang lain lagi

kerna kita telah menemui ketenangan yang berpanjangan

takkan mampu ditukar ganti dengan permata yang berkilauan

Hanyalah insan yang tertentu sahaja yang berjaya menemuinya

insan yang tidak mencari yang indah

Namun merasakan keindahan di dalam semua perkara

termasuklah di dalam perkara yang kecil

Itulah erti sebenar sebuah keindahan

Dirasakan dengan jiwa bukan dengan pesona yang penuh tipu daya

Kerana yang sejati itu kekal abadi

Yang palsu itu akan pudar ditelan waktu

Pilihlah mengikut pandangan hati

Bukan yang dipuji manusia

Kerana hatilah yang dapat merasai getar perasaan

Sebuah keikhlasan yang tidak terlihat dengan mata kasar

Namun dapat dirasai dengan hati

Indah itu dirasa di jiwa

Bukan terlihat di mata


Love, Lea




0 Comments