hujan dan ribut membadai sekejap petang tadi. banyaklah jugak pokok tumbang, tapi keadaan masih okay lagi. hmm
waktu syahdu malam-malam macam ni terasa nak dengar lagu favourite pulak ~
tenang-tenang je dengar suara Liyana Fizi, soothing je macam dengar air sungai yang mengalir tenang. rasa macam baru semalam je dengar dia menyanyi. pantas masa berlalu..
rindu sangat waktu itu ~ after all, life must go on. lupakan yang lama, mulakan yang baru. cherish your life 🥀
okay semalam bukak forum baca gosip shila amzah. walaupun ai tak pernah ada id dalam forum, tapi best jugaklah membaca hencapan acik - acik forum. tajam tapi berasas dan kadang-kadang kelakar gilerr hahahaha
bila baca gosip shila ai mean ~
ya auwloh bantuin nabila ya auwloh astaghfirullah apa kebenda aku baca ni hoiiiiii
![]() |
| malu melihat kebodohan selebriti sampai nak pejam mata tak nak bukak bukak dah |
kenapa shila macam tu? kenapa kenapa kenapa
ni bukannya zaman myspace nak melalak begitu lagi shila oi. aduhai dah macam bbnu bercinta pulak padahal dah keluar anak sorang kot. umur pun bukannya muda, lain la kalau sebaya Aqish. haaaa yang tu logiklah kann nak berdrama cinta airmata cinta agungku merentasi benua aku cinta padamu saja sanggup ku renangi lautan kismis. haiyyaaa shila shila
takpe la asalkan kau bahagia shila oi huhuhu
ingatkan chuols dah putus breakup setelah lima purnama sang dewata dan sang dewi purnama menyulam cinta menjalin asmara di bawah pohon bunga syahdu di kala malam bulan mengambang. hampir saja ai nak suggest dekat shila mohon nyanyi lagu Bintang Kehidupan dekat dia dengan buat video upload dekat youtube pakai baju dress labuh lip lap lip lap DSV menyanyi bersama tongkat sakti fairy godmother Cinderella di bawah pohon willow. maklumlah shila sudah tamat tempoh untuk berfeeling menjadi Cinderella dia terpaksa bersara kena jadi fairy godmother baru sesuwaiii
dengan heshtek Shibai ai memang dah imagine shila buat video waktu malam dengan kabus yang berasap sana sini sambil feeling menyanyi lagu
malam - malam aku sendiri
tanpa cintamu lagi oh oh oh oh
hanya satu keyakinanku
bintangkan bersinar
menerpa hidupku
bahagiakan datang
lalu maskara dia pun menjejeh dekat pipi kerana linangan air matanya yang mengalahkan air terjun Niagara Fall. tudiaa imaginasi netizen terhadap seorang shila yang sentiasa berdrama di dalam cinta. mengalahkan budak sekolah darjah lima je fesyennya dalam bercinta. ai kenot brain
tapiiiii
plot twist rupanya chuols
rupanya diorang dah hupgrade relay diorang dari kanak-kanak ribena bermain pondok-pondok kini diorang bertunang yalzzz. salah sangkaan kita semua youuuu. ini semua sungguh drama. tipah tertipu bang, tipah tertipu..
hampeh je kita melayan drama cinta bbnu dari orang yang berumur 30an ni uols. haih
malu betul dengan international fans, shila ni ada fans dari seluruh dunia kot. koreans tu ramai gilerr suka dekat shila, yelah kan lagu-lagu dia kan best. nasib baik diorang tak paham bahasa melayu. imagine lerr kalau diorang faham bahasa melayu, mau berjemaah dikecamnya hoi. aduhai shila shila
lagu dah okay, karier dah naik balik, perangai masih tak berubah. takpelah asalkan shila bahagia. shila harap korang faham
mohon ambil baldi everyone
inilah pentingnya edukesyen uols. patutlah nenek ai sebat kitorang paksa kitorang belajar pandai-pandai. kalau malas belajar dia paksa kitorang kahwin, malas belajar sangat kann. uishhhh menggelupur ai terus study tak tidur malam. tak mau chuols kahwin kahwin ni aipp. ai seram tau nak kahwin awal-awal ni uols ai seramm. eiii tak mau la saya uuuuu nawwrrrrr
now bila dah besar tengok orang sekeliling barulah ai faham, duit tak boleh beli class. walaupun orang cakap duit adalah segala-galanya, segala-galanya memerlukan duit. tapi bagi ai, education boleh membentuk jati diri seseorang. tak semestinya perlu sambung study sampai master phd, at least diploma pun kira baguslah kan. ada education yang bagus, akan jadikan kita lebih matang dalam kehidupan. campaklah kita kat mana-mana pun, kita boleh survive dan kita tak buat benda merepek-repek ni sebab kita adalah orang yang berpelajaran. kita tahu baik buruk, mana yang boleh, mana yang tak boleh. kalau tidak, jadilah macam influenza influenza di luar sana
sanggup buat content bodoh semata-mata nak dapat views dan duit
maruah tolak tepi asalkan duit datang mencurah-curah dari atas sampai ke bawah. duit pun dapat, attention pun dapat. haih... sayangnya kehidupan orang zaman sekarang. kehidupan yang berlandaskan harta benda. semua orang sudah berubah menjadi materialistik dah zaman sekarang. dah tak ada orang yang amalkan konsep kesederhanaan. kalau ada pun, kena kutuk dan direndahkan oleh orang lain sebab hidup simple.
well, tak semua orang mementingkan kekayaan
setiap orang ada definisi kebahagiaan tersendiri. kita tak sama, kau nak naik Porsche, aku nak naik bas je. so kau tak boleh paksa orang lain hidup have have macam kau hanya kerana kau rasa kekayaan itu adalah punca kebahagiaan. setiap dari orang yang ada di dalam dunia ini, ada impian masing-masing dan ada definisi kebahagiaan masing-masing. tak semua orang inginkan kehidupan yang mewah
definisi kebahagiaan dalam hidup ai adalah kesederhanaan. sederhana itu membahagiakan
kita tak perlu mengejar di dalam hidup ini semata-mata nak mendapatkan kebahagiaan.
kejar wang, kejar harta, kejar pangkat, kejar lelaki kaya, kejar segalanya sampai sanggup gadaikan maruah diri
apa salahnya hidup santai-santai sahaja, tidak mengejar dan tidak juga dikejar
sempoi je hidup, macam zaman dulu-dulu era 2000an. sebelum masuk tahun 2010 ke atas. sangatlah simple kehidupan zaman dulu. takde pun orang nak kejar itu ini sampai sanggup buat apa sahaja asalkan menjadi perhatian orang. walaupun tak dinafikan masih ada artis yang kejar kerabat sampai bergaduh sesama sendiri semata-mata nak jadi kaya. opss
tapi kalau nak compare kehidupan zaman dulu dengan sekarang jauh bezanya
dulu-dulu, hidup sempoi je. petang balik sekolah buat kerja rumah lepas tu tengok tv. lepas asar keluar rumah pergi bermain dengan kawan-kawan. main sampai comot muka tu peduli apa serabai ke tak mekap ke asalkan dapat main puas-puas. takde la nak control cun nak ayu sepanjang masa depan lelaki semata-mata nak ada boyfriend. balik rumah sebelum maghrib mandi lepas tu solat, sambung buat kerja rumah atau pergi tuisyen. lepas settle semua tu, kita bukak tv tengok drama best-best. drama sindarela la, nur kasih la, emil emilda la. drama slot samarinda dulu-dulu semuanya best-best. ost diorang pun best, takde nak recycle lagu sama macam drama zaman sekarang. satu lagu recycle 10 drama. choiii
habis drama masuk tidur, lepas tu ulang lah rutin kehidupan tu. takde la nak bergelek tiktok segala. lebih over bila buat content youtube sampai buat orang sekeliling tak selesa tak menceroboh privasi orang. kesiannya orang zaman sekarang. tak salah nak buat vlog, tapi jangan sampai menceroboh privasi orang. dan jangan sampai expose diri sendiri dari hujung rambut sampai hujung kaki. simpanlah sikit, takkan la nak share dekat semua orang biar satu dunia tau apa benda yang kita buat sehari-harian dalam hidup. malulah sikit korang, kenapa sampai macam tu sekali orang expose diri sendiri dekat internet semata-mata nak dapat attention orang? ai sungguh sedih tengok orang zaman sekarang berubah sampai macam tu sekali. sudah tiada lagi kesederhanaan di dalam diri, yang ada hanyalah diri sendiri yang tak tau malu asalkan dapat apa yang dia nak.
apalah guna zaman sekarang kita ada serba serbi, teknologi tinggi tapi masing-masing seperti sudah tiada maruah diri. sangat-sangat sedih melihat keadaan masyarakat zaman sekarang berubah dan hilang jati diri sendiri. semua orang sudah berubah ~
sebagai orang yang old school, ai pilih untuk berhibernasi. masuk di dalam sarang sendiri, putuskan segala hubungan dari dunia luar. tak perlu ada ig, tak perlu ada fb, tak perlu ada social media, kalau ada pun mungkin twitter jer la. shutdown terus dari semuanya. mungkin nampak macam seorang yang membosankan dan kesunyian, tapi hidup di alam realiti lebih baik dari hidup di alam maya. sekurang-kurangnya takdelah buat benda bodoh lah kann semata-mata nak dapat attention. dan takdela jadi keyboard warrior mengutuk orang sana sini, bergaduh dengan orang sana sini. tenang - tenang je hidup di alam realiti
hidup simple dan buat apa yang kita suka tanpa perlu on kan handphone buat content. sederhana saja menjalani kehidupan. hidup je macam zaman 2004, 2005, sempoi je takde henpon canggih tapi happy je hidup. bebas tanpa handphone berjahit di tangan. nak pergi mana-mana pergi je, bila pergi jamuan off kan data atau wifi lepas tu simpan phone dalam handbag. borak-borak dengan orang sekeliling, tambah-tambah raya ni lama dah tak jumpa sedara mara yelah bertahun PKP sebab covid. bila dapat jumpa ni, off je handphone tu borak puas-puas dengan diorang. bila nak ambil gambar barulah buka phone balik
haih tenang je ~
simple kan hidup ai?
sampai mama ai complaint kenapa nak hidup macam tu? semua orang aktif dengan sosmed share kehidupan masing-masing tapi anak dia sorang ni off segala social media pulak. hidup tanpa content. lulz
takpelah, ai suka je dengan kehidupan yang macam ini. sangat privasi ~
takde orang tahu ai buat apa, ai makan dekat mana, ai pergi mana, ai bercinta dengan siapa, ai belajar dekat mana. semuanya rahsia, private sangat sebab ai dah tak ada social media dan tak contact langsung dengan sesiapa. hidup sederhana sahaja
sekarang ai hanya ada blog dan twitter sahaja, itupun sebulan sekali baru buka hahahaha. sebab lebih suka dengan kehidupan yang realistik ni. tak ada sesiapa tahu apa yang kita buat, dan kita pun tak perlu tunjuk apa yang kita sedang buat. tenang je ~
cuma kekurangan dari semua ni ai telah terputus hubungan dari semua orang including seseorang. confirmlah dia hilang arah bila ai lenyap terus dari alam maya. macam mana dia nak cari ai. sorry not sorry
kita tak semestinya perlu ada semua benda di dalam hidup ini hanya kerana orang lain ada. semua orang ada, jadi kita pun perlu ada jugak apa yang diorang dapat hanya kerana nak hidup bahagia dan dapat validation dari semua orang. kita masih boleh hidup bahagia walaupun tak ada apa yang orang lain ada
tak perlu kejar pun trend atau apa sahaja yang ada dalam dunia ni. kalau nak, dapatkan ia secara santai-santai saja. tak payah terlalu try hard dan push diri sendiri semaksimum mungkin semata-mata nak dapatkan apa yang kita nak. dalam hidup ni kita kena belajar untuk tenang - tenang saja, santai - santai saja walaupun hidup ini takdelah bahagia sangat. tapi, relaks ~
kenapa kita perlu mengejar kalau kita boleh je berjalan tenang-tenang je? kan sampai jugak ke destinasi dan dapatkan apa yang kita nak. laju - laju nak pergi mana sis? nak berpindah ke planet marikh ke sampai asyik terkejar-kejar je dalam hidup ni?
terkejar-kejar untuk habis belajar cepat-cepat
terkejar-kejar untuk dapat kerja yang bagus
terkejar-kejar beli kereta mewah padahal baru sebulan dapat gaji
terkejar-kejar nak kahwin padahal umur baru setahun jagung
terkejar-kejar nak dewasa cepat padahal umur baru je belasan tahun
terkejar-kejar trend dan gaya kehidupan zaman sekarang
apa yang orang lain ada, kau pun nak juga walaupun kau tu papa kedana
nak hidup lebih dari orang lain
nak attention dekat dia sorang je
nak dapat semua benda dalam sekelip mata, taknak bersusah payah berusaha dapatkan apa yang dia nak
terus nak jadi tai tai, nak kahwin dengan orang kaya kaya je padahal diri sendiri boleh je bina legasi sendiri dan kaya di atas hasil usaha sendiri
tapi taknak, semuanya nak dalam sekelip mata je. petik je jari terus dapat
kehidupan yang sungguh instant
ai tak suka kehidupan yang macam ni. ai tak boleh relate dengan kehidupan yang macam ni. walaupun kehidupan instant ni dah jadi sebahagian dari hidup masyarakat, ai masih tak boleh menerima kehidupan instant mee segera yang asyik terkejar - kejar ni. apa salahnya kalau kita hidup dengan realistik, nak dapatkan sesuatu kita perlu berusaha dulu, bersusah payah dulu pulas diri sendiri pulas keringat sendiri nak dapatkan apa yang kita nak. ambil masa tapi hasilnya lebih dari yang diusahakan dan mungkin jugak kekal berpanjangan. sebab kita sabar berusaha mendapatkan apa yang kita nak walaupun ambik masa bertahun-tahun. tak semuanya kita boleh dapatkan dalam satu malam je. tak logik langsung
simple dan realistik
inilah prinsip kehidupan ai. hidup macam zaman dulu-dulu, pakai walkman, guna handphone biasa-biasa je tak payah guna iphone. nak ambik gambar guna kamera asli, biar mahal pun beli kamera tu asalkan puas hati, pakai polaroid pun okay je. tak rely on social media je, ada banyak lagi medium yang ai boleh guna untuk tahu trend terkini. tak payah susah-susah posing sini sana nak upload dalam ig, tak payah over practice itu ini nak bergelek depan handphone lepas tu post dalam tiktok. tak interact dengan mana-mana stranger dekat dm, kang kena scam mampus ai. hidup macam dulu - dulu je, ringkas, sederhana tapi bahagia. memang rugi tak ada semua tu, memang rugi tak ikut trend buat semua benda yang orang buat, memang rugi tak beli handphone mahal-mahal, show off dekat semua orang. pakai barang branded from head to toe semata-mata nak nampak classy. you masih boleh dapat kehidupan yang berkualiti tanpa buat semua benda tu
nak pakai handphone mahal - mahal sebab you yang nak pakai handphone tu. hati ini sendiri yang nak bukan sebab orang paksa
nak pakai baju cantik - cantik sebab you yang nak nampak menarik depan cermin. rasa happy je pakai baju yang cantik menarik tertarik kau memang da boom. tak semestinya kena pilih high end fashion semata-mata nak nampak bergaya macam supermodel. pakai yang murah-murah takde jenama pun okay, asalkan you selesa
sederhana saja
biarlah ai dengan kehidupan ai, diorang dengan kehidupan diorang. mungkinlah ai macam terputus hubungan dengan semua orang. tapi sebenarnya ai masih orang yang sama, cuma ai takde apa yang korang ada. kalau nak jumpa ai, datang sajalah jumpa ai, masih macam dulu boleh borak-borak. cuma, ai sahaja yang tidak mahu join masyarakat zaman sekarang hidup di dalam kehidupan yang instant. ai pilih untuk menjadi orang yang oldschool. simple tetapi bahagia.
percayalah cakap ai, kehidupan macam ni best tau. walaupun agak membosankan bagi orang lain, tapi kebahagiaan yang you rasa lebih real, lebih authentic dan lebih lama rasanya berbanding dengan kehidupan instant tu. bahagia tu banyak tapi rasa sekejap sangat je. kehidupan yang macam ini lebih baik. lebih berpijak di bumi yang nyata, dan kita tidak expose diri kita pada orang sembarangan. tiada stranger yang tahu apa yang kita buat di dalam kehidupan sehari-harian. sangatlah privasi
kalau korang adalah sejenis yang lapar attention, percayalah cakap ai. you tak perlu buat benda bukan-bukan untuk mendapat attention orang. kalau kita seorang yang ada aura, orang akan pandang kita walaupun kita tak buat apa - apa pun. automatically diorang bagi attention dekat kita sebab kita ada aura, memancar-mancar keluar dari diri kita. tak payah try hard pakai baju merepek semata-mata nak dapat perhatian. karisma tu sudah ada di dalam diri kamu.
berhentilah kejar attention orang, manusia ni sekejap je diorang punya suka kat kita. masa suka, melambung-lambung pujian diorang bagi dekat kita. bila dah tak suka, hinaan tu datang dari segenap arah. akhirnya kita jugak yang stres, yang kecewa. sebab kita dah try hard, dah cuba yang terbaik untuk dapatkan perhatian diorang, cuba puaskan hati diorang. tapi akhirnya semuanya serba tak kena. akhirnya mental kita jugak yang rosak. kerana kita hidup di atas perhatian orang, bukan di atas kaki sendiri
jadilah diri sendiri
kalau you jadi diri sendiri, ada prinsip tersendiri, usahkan b40, t20 pun pandang korang. bukan setakat malaysian, seluruh dunia bagi attention dekat you bila you menjadi diri sendiri, ada aura, ada karisma. orang rasa wow tengok you, lebih wow bila mendengar you bercakap. ada prinsip, ada karisma yang tersendiri. waima mekap pun tak mampu nak buat orang berkarisma seperti ini. kerana ia ada di dalam diri sendiri.
kita jangan kejar attention orang, biar orang yang kejar kita
dan percayalah, menjadi centre of attention ni tak best langsung. rasa rimas sangat-sangat orang bagi perhatian dekat kita. terlalu popular walaupun kita takde pun buat apa-apa. bagi ai, lebih baik hidup tanpa attention orang dan tak popular langsung daripada menjadi orang yang popular. tinggi tau expectation orang pada kita bila kita ni popular. sampai nak bernafas pun tak boleh. jadi, kalau korang ni sejenis tak popular, tak payahlah try hard nak popular sis. tak ada faedah pun you
percayalah cakap ai
kenapa ai cakap macam ni? sebab ai sendiri seorang yang popular. popular sejak lahir, stres betul bila hidup di dalam attention orang ni. setiap gerak geri kita jadi bualan orang. nak bernafas pun tak boleh. kalaulah ada cara macam mana nak buang attention orang dah berubah menjadi tunggul yang takde pun orang peduli. ai sanggup buat you, asalkan ai hidup tenang aman damai tanpa perhatian orang. tak perlu jadi orang yang popular, jadi orang yang biasa-biasa je. tenang sangat ~
haih, tapi ai takkan mampu dapat semua tu. memang dah ada di dalam diri ai sejak lahir. dalam realiti popular di kalangan semua orang, bila bukak social media pun popular jugak sampai artis pun jadi fan ai. terbalik pulak, sepatutnya ai yang jadi fan diorang sebab diorang kan artis. tapi tidak, diorang pulak yang jadi peminat ai dan ikut segala gerak geri ai. last-last ai shutdown everything, buang segala-galanya, putuskan hubungan maya ni dan hidup sederhana je. nasib baik waktu tu ai tak pernah post gambar sendiri. takde la orang kenal ai, tapi masihlah jugak popular walaupun takde sekeping gambar pun ai post dekat social media. hmm kalau dah nama popular ni uols, kau buatlah macam mana pun, sembunyi la macam mana pun orang tetaplah jumpa kau dan beri attention kaw kaw punya
ishh rimasnya aduhai ~
sekarang lebih tenang, hidup biasa-biasa je. walaupun dah tak dapat attention dari sesiapa sebab ai berhibernasi, tapi ai tenang sangat-sangat. tak perlu lagi menjadi trendsetter atau idola kepada sesiapa sahaja. tenang - tenang je hidup sederhana seperti orang biasa. bila tengok orang lain bergelek depan handphone nak buat tiktok, gelak jelah tengok diorang. bila tengok orang lain usaha sungguh-sungguh nak dapatkan perhatian dari orang yang diorang suka terutama sekali artis, senyum sajalah. orang zaman sekarang memang sifatnya suka mengejar.
mengejar sesuatu yang tidak pasti sehingga melelahkan diri sendiri
terpulanglah kepada korang nak hidup macam mana. ai suka kehidupan yang sederhana, tak over, biasa - biasa saja tapi masih bahagia. mungkin korang suka di dalam kehidupan instant dan attention, yeah silakan sis asalkan kau bahagia. ai tak boleh paksa korang untuk hidup sederhana macam ai dan korang jugak tak boleh paksa ai untuk hidup macam korang. biarlah kita relaks relaks hormat pendirian masing-masing asalkan kita bahagia. cuma, jangan sampai merosakkan diri. itu saja pesan ai
mungkinlah satu hari nanti ai bukak youtube channel ai sendiri, upload video dance cover lagu korea favourite ai. atau mungkin jugak ai buat yt channel yang menunjukkan tempat-tempat best untuk kita pergi, kedai makan yang best - best. ai suka ambik gambar dan buat video, mungkin itu bakat ai. boleh digunakan untuk buat content youtube, tapi mungkin ai takkan expose muka ai. pakai mask je sebab ai seorang yang private orangnya, cukuplah korang setakat tengok apa yang ai tunjuk, tempat mana yang best untuk korang pergi, kedai mana yang best nak pergi makan itu dah cukup. asalkan maklumat tu sampai itu dah cukup, tak payah nak tau rupa tuan badan youtuber. kalau korang tau pun korang nak buat apa? nak say hi peluk cium ai ke you? heyyy ape ni uols
malu la ai hahahaha
okay sampai sini saja la ai berborak. muncul kat blog ni sekali sekala je ek, tapi masih jugak yang datang baca.
herrr macik macik forummer pun ada datang menyinggah sini ye. ingat ai tak tau ke
hehehe
silakan masuk macik, ai tak pernah join berforum sebab malas nak gaduh dengan acik forum lain yang kadang-kadang mereng suka gaduh dengan orang sana sini. jadi silent reader jela cukup. nak berforum pun segan, semua orang dalam tu dah veteran, ai muda lagi.
tiberr pulak cakap pasal forum ni kau dah kenapa lea
apa-apa jelah asalkan ai bahagia. lulz
apa - apa pun, hidup ni bersederhanalah dalam semua perkara. kita jangan over dalam membuat sesuatu benda, nanti kita sendiri jugak yang merana. sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu, elok ke tidak kita nak buat ni. apa manfaat yang kita akan dapat, apa kesan yang akan terjadi kalau kita buat. fikir dulu masak-masak sebelum post apa-apa dekat internet. ingat, sekali kita post selamanya kekal dalam internet. jadi janganlah kita buat apa sahaja yang kita nak tanpa berfikir dahulu. nanti kita jugak yang susah di masa hadapan. jadilah orang yang bijak di dalam hidup
EDUCATION IS IMPORTANT
gittew ai buat kempen pendidikan itu penting demi masa depan masyarakat supaya menjadi orang yang lebih berwawasan. cewwahh
hidup ni biarlah ada budi pekerti dan ilmu yang tinggi
barulah dihormati dan tidak dipergunakan oleh orang sekeliling
duit boleh dicari, tapi ilmu itu tak semua boleh dapat
jadilah orang yang berwawasan dalam kehidupan, tak pandai tak apa asalkan kita rasional dan pandai mengemudi kehidupan kita
orang tak pandang kita sebab rupa kita, tapi sebab budi bahasa kita
you ain't pretty because of your face, but because of your words, manner and wisdom you bring in your life
orang bukan benci kita sebab kita tak cantik, tapi sebenarnya kita tak cerdik
itu je
jangan kejar lelaki kaya, kejar kerabat semata - mata nak hidup selesa, jadi tai tai
tapi binalah legasi sendiri, hasil usaha sendiri, penat lelah sendiri, lepas tu jadilah tai tai di atas usaha kamu sendiri. orang pun kagum kerana kamu membina kekayaan di atas usaha kamu sendiri. kamu sendiri yang bina legasi sendiri
tapi, apa yang paling penting di dalam hidup ini bukanlah kemewahan dan kesenangan yang berpanjangan
menghargai apa yang di dalam hidup dan menjalani kehidupan dengan penuh sederhana itulah kebahagiaan yang sebenar
tak perlu mengejar, tidak perlu dikejar
sederhana sahaja
kebahagiaan itu sebenarnya terletak kepada kesederhanaan ;)
thank you for reading
hope you like it !
XOXO
Lea <3
the real definition of a charismatic person
jom santai-santai dengar lagu ni je. tak payah stres ~
bukak radio lepas tu menarilah puas-puas dengan mop atau penyapu di tangan. fefeeling macam Beyonce uols hahahahaha
Acha Septriasa - Berdua Lebih Baik




