banyak yang dah berlaku sejak Januari sehingga Disember
dalam tahun ini, banyak sedih dari gembira
banyak duka dan lara berbanding tawa
dan lebih sedih lagi bila Tuhan uji dengan fitnah manusia dan kekejamannya
ai ingat dia dah berubah dah tak nak aniaya ai lagi
tak sangka rupanya taubat dia bukanlah taubat nasuha tapi taubat sambal belacan
penipu besar rupanya dia
lebih sedih apabila akaun twitter ai dan akaun whatsapp ai kena hijack
akaun twitter ai Puteri Kayangan @ thislove moon dah kena rampas dengan musuh ai
she berlakon konon-kononnya berubah tak nak aniaya ai dah
rupanya dia dah ada planning yang lebih kemas dan terancang
akaun twitter ai sudah dirampas oleh dia dan dia tulis macam-macam dekat sana
buruk-burukkan orang sana sini
menyamar menjadi ai instead of showing herself up on the twitter
rupanya kawan itu tak pernah berubah
she masih lagi aniaya ai dulu kini dan selamanya
To my dearest follower dekat Twitter.....
especially orang yang suka follow ahkak Puteri Kayangan yang banyak mulut mengalahkan si burung murai 🐦 di sana....
ai nak cakap yang akaun twitter ai sudah kena rampas dengan musuh ai
she menyamar menjadi ai sejak bulan julai ogos maybe
she menyamar jadi ai dan sesuka hati menggunakan akaun twitter ai secara berleluasa
dia sendiri pulak insecure tak berani pun guna akaun sendiri letak gambar sendiri dekat twitter
rampas hak orang pulak
mentang-mentang la ai ni popular dekat sana
terus dia dengki dan ambik akaun twitter ai dan hijack
perasan nak jadi Puteri Kayangan konon
padahal diri sendiri nan hado
kepada twitterjaya ........... mohon unfollow je akaun twitter lama ai Puteri Kayangan @ thislove moon
sebab itu bukan lagi ai
ai dah lama dah tak guna akaun tu sejak kena rampas
so sekarang ai cuma guna blog je
nanti bila ai dah sihat dan kuat semangat..... ai bukak akaun twitter baru... ai dah trauma nak guna akaun lama ai 😔🙏🫂
ada satu perkara besar yang telah terjadi pada ai sejak sebulan lalu
ai tak tahu la uols percaya ke tidak benda-benda macam gini....
tapi ai terpaksa cakap jugak untuk selesaikan masalah dan bersihkan nama ai
ai sebenarnya kena sihir teruk dengan bekas kawan baik ai
benda ni dah lama berlaku dan kitorang sekeluarga dah berubat sana sini
beberapa tahun lepas sheols berjanji dengan kami yang dia akan berhenti sihir ai
so ai sekeluarga percaya la cakap dia dan pilih untuk berdamai
tapi rupanya dia pura-pura je sebenarnya
kitorang sekeluarga kena kelentong teruk dengan she
tak sangka she masih maintain sihir ai sampai ke hari ini
she telah rampas akaun twitter ai dan tulis macam-macam dekat sana untuk memburuk-burukkan nama ai
saja nak buat ai nampak jahat dan teruk biar semua orang benci
lepas tu dia guna akaun whatsapp ai dan tulis macam-macam dekat sana
hancur musnah hidup ai kena fitnah teruk begitu dengan dia
ramai orang menyumpah ai dan mencaci ai teruk gilerr
tapi ai bagitau mama ai yang ai tak tulis macam-macam seperti itu
pastu mama cakap dia percaya ai bukan macam itu
and then she cakap dah dah jangan nangis dah
lepas tu ai keluar bilik and then bam ai terus histeria dan dush dash dush dash
so mama on the spot call every family members
and then one of my family yang pandai berubat datang rawat ai
rupanya bekas sahabat baik le yang buat ai cenggini
huhu
and then my family members datang tidur sini risaukan kitorang
ai pulak tak boleh bangun terus pengsan knock down lepas berubat
start dari hari itu...................................
ai lumpuh
lumpuh satu badan dari hujung rambut sampai hujung kaki
😔🥹
menangis mama dengan nenek tengok keadaan ai camni
di umur 27 tahun begini pada penghujung tahun 2025.....
ai diuji dengan fitnah dan penganiayaan orang, sampai lumpuh
orang itu nak bunuh ai sebenarnya
tapi Tuhan lindung dan berakhir sebagai lumpuh
berat ujian ini
tapi ai redha....
hati ai hancur kena fitnah kena aniaya macam ini sampai jadi lumpuh
tapi setelah beberapa minggu ai pun akhirnya terima kenyataan
ai pilih untuk bertenang dan santai
instead of bersedih hati dengan semua ini
ai pilih untuk santai dan makan-makan sambil tengok tv
ai disuap oleh mama ai, my grandma dan my aunt
ai dah tak mampu nak suap diri sendiri
baru sekarang je boleh suap sendiri
tapi disebabkan ai lumpuh tak boleh nak bangun
so makanan dan minuman asyik tumpah-tumpah je
so mama and grandma ai stres tengok centu last last diorang suap ai balik 🤣🤣🤣🤣
motif dia sihir ai sampai lumpuh ni sebab ada seseorang nak datang meminang ai.......
jadi dia tak nak tengok ai bahagia jadi member sihir ai kalau boleh nak bagi mati
tapi allah lindung ai .... ai cuma kena sampai lumpuh je......
boleh le dari mati terus yach
at least ai masih boleh bergerak jugekk sikit-sikit walaupun lumpuh
huhu
idk about meminang
ai dah tak tahu siapa sebenarnya yang nak datang meminang
ai sendiri dah shockethhhh dan trauma dengan keadaan ai sekarang
ai punya memori lost teruk sampai ai tak boleh ingat apa-apa lagi....
so ai pilih untuk tenang dan santai
tak perlu fikir apa-apa lagi
kalau betul ada orang datang meminang..... semoga allah memudahkan untuk ai sekeluarga
kalau tidak.... semoga allah gantikan yang lebih baik
ai doakan semoga ada orang datang meminang ai betul-betul
biar dia rasa
buat jahat sangat dekat orang kann
biar hengko terjojol mata tu haaaaaa tengok ai dipinang orang walaupun lumpuh
sakitnya hati ai Tuhan sahaja yang tahu 😤
kalau boleh bila ai dah sembuh nanti boleh berjalan ai nak flying kick si setan tu
jahat nau
hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ai
bila ai cuba bangun try panjat guna almari tv
ai tak mampu......
tak mampu nak bangun.......
sekarang baru ai faham apa itu perasaan orang yang lumpuh
hanya Tuhan sahaja yang tahu kesedihan orang yang lumpuh itu
dari boleh berjalan ke sana ke mari
drive sana sini
akhirnya ai jatuh terbaring dan makan minum disuap oleh mama
semuanya diurus oleh family
macam William dalam cerita Me Before You
kesedihan itu sungguh besar dan tidak terkata
tapi orang sekeliling banyak bagi semangat pada ai dan minta ai berjuang jangan putus asa
masih panjang lagi masa ai di depan
masih banyak lagi tempat yang ai belum jejak
masih banyak lagi cita-cita yang ai belum capai
ai kena kuat semangat dan fight semua ni
biar akhirnya ai boleh berjalan balik dan hidup seperti orang biasa
my family minta ai untuk berehat dan bersantai je jangan fikir apa-apa lagi
akhirnya ai tenang dan belajar untuk menerima kenyataan
ai redha dengan semua ini
walaupun berat ujian ini di umur yang sangat muda
baru je umur 27
dah hancur begini hidup ai
tapi ai redha
kerana berbelas tahun ai dah kena aniaya dengan bekas kawan baik ai tu
macam-macam dia dah buat pada ai sampai hancur lebur hidup ai
tak dapat pergi sekolah.... tak dapat masuk universiti..... tak dapat kerja...... sampai jodoh pun kena sekat dengan dia
semuanya menggunakan ilmu khurafat tu la chuolss
ai pernah cakap dekat my uncle ai nak buat report polis sebab jahat sangat dah dia ni
tapi he cakap kita tak ada bukti nak buat semua tu
diorang dah guna ilmu khurafat macam tu bukti macam mana kita nak bentang pada polis ?
jadi akhirnya ai terpaksa terima jua semua itu dan berdoa pada Tuhan agar Dia selesaikan semua ini
akhirnya ai makin sihat dan okay
kitorang ingatkan semuanya dah berakhir
rupanya tidekkksss
haihhh
penghujung tahun begini tiba-tiba diuji seperti ini dalam sekelip mata
semua orang terheret
hancur lebur hidup ai dan family ai
my uncle yang jauh datang melawat ai
buat pertama kalinya dalam hidup ai, ai melihat dia menangis
tak pernah lagi ai tengok dia menitiskan air mata
waima masa arwah atuk ai meninggal dia tak nangis pun
tapi bila dia melawat ai dan melihat ai merangkak keluar dari bilik air
terbaring kat tempat tidur seperti orang lumpuh
menitis air mata dia
sedihnya tidak terkata........
tak ada seorang lagi yang tahu tentang keadaan ai
my family sembunyikan sebab ai kena fitnah teruk sampai semua orang benci dan menyampah dengan ai
jadi mama malu dan tak mahu nak fikir apa-apa dah
lebih baik fokus pada merawat ai instead of memikir untuk membersihkan nama
kesihatan ai jauh lebih penting berbanding apa yang orang kata......
ai pun pikir cenggitu le
bila orang datang rumah baru diorang tahu kenyataan sebenar yang berlaku pada ai
satu kisah yang sedih
sekarang ai dah makin sihat sikit dan tangan dah boleh bergerak
boleh le ai menulis blog kat sini
ai dah trauma nak bukak twitter dan whatsapp
biarlah ai recover dan menjauhkan diri dari semua itu
kalau boleh ai tak mahu bukak dah akaun twitter puteri kayangan tu
kalau nak bukak twitter, ai bukak yang baru
jahat sangat manusia cenggitu sampai begini dibuatnya pada ai.......
huhuhuhuhu
hari ini di pengakhiran tahun 2025 ini ai pilih untuk menulis
menceritakan keadaan sebenar apa yang telah terjadi pada ai
bukanlah untuk memohon simpati
tapi untuk memohon doa
dulu-dulu ai selalu memohon doa pada ustaz-ustaz, ustazah dekat social media bila diorang nak pergi umrah
so ai tulis le doa ai pada diorang supaya mereka mendoakan ai dekat sana nanti
selalunya diorang memang doakan
so hasil berkat doa diorang dan semuanya yang mendoakan ai akhirnya ai beransur-ansur sihat 🥰🌾
tapi ai dah tak lama buat semua tu
akhirnya hari ini ai menulis di sini setelah ai jatuh tersungkur begini
ai tak mampu nak tulis dekat twitter sebab ai malu dengan fitnah yang dilemparkan oleh orang itu di akaun ai
jadi ai pilih untuk menulis di sini
di sini di blog ai
ia adalah satu ruangan peribadi untuk ai
dah lama ai bukak blog dan selalu mencurahkan rasa di sini
jadi tak salah untuk ai berkongsi kisah duka di sini
siapa tahu kamu yang membaca blog ai pula yang mendoakan ai
ai tak mintak banyak
ai cuma minta untuk doakan ai
semoga Tuhan menyembuhkan ai dan menyelamatkan ai dari segala-galanya
semoga segala kejahatan makhluk dikembalikan semula kepada mereka
semoga mereka yang menzalimi ai pula kali ini yang viral dan satu malaysia tengok muka diorang apa yang diorang dah buat pada ai
nak hancurkan hidup ai sangat
pergilah... pergi.....
pergi hancurkan hidup orang lagi
ai nak tengok sampai mana diorang boleh buat
macam lah diorang tu Tuhan nak menentukan nasib hidup orang
jahat sungguh
ai berdoa semoga mereka yang menzalimi ai hancur lebur
biar diorang pulak masuk penjara kerana aniaya orang sampai macam ini sekali
sampai lumpuh ai dibuatnya........
😔
hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya ai
macam cerita Nenek Kebaya
macam mana Intan Sari menganiayai orang sana sini
macam itulah yang terjadi pada ai
ai hanyalah Samsiah yang dizalimi oleh Intan Sari
huhu
https://youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIuaxB5FMy_67cg7hb8mN6_xX&si=L20ZUzsV7Iz0GEgy
~ Drama Nenek Kebaya ~
ai dah tak boleh nak fikir apa lagi dah
sedih pun sudah
marah pun sudah
mengamuk pun sudah
stres pun sudah
menyumpah pun sudah
depress pun sudah
akhirnya lepas semuanya dan akhirnya guwlss sudah bertenangssss
guwlss sekarengsss memilih untuk santai dan makan-makan
marathon segala drama di tibi tiga
🤣
complain pelakon pelakon kayu dan mekap terlebih tebelsssss cucuk botoks sana botoksss sini sampai muka tak natural
seriau ai tengok muka diorang
kitonyo nok tengok drama buke nok tengok muko cucuk botoks
tak boleh ke uols sebagai artis jadi natural jeww
ai tahu uols nak nampak glamzz depan light kamera action
tapi tak payahlah sampai berbotoks-botoks ni
aduhaiiii kiterrr nak tengok pelakon menjiwai watak
bukannya wajah keras kejung menjiwai tv
haaaaaaaaa kan dah complain
🤣🤣🤣🤣
takperr takperrr ai akan sambung complain drama drama tv next time di sini
hari ini ai nak cakap pasal ai jerr
ai cuma nak santai dan bersabar sahaja
ai anggap ujian ini sebagai cuti-cuti Malaysia dari Tuhan
maybe ai ni terlalu stres sangat dan selalu fikir itu ini
akhirnya Tuhan uji ai cenggini
walaupun berat sampai tahap nak membunuh
ai pilih untuk bersabar dan bertenang
manusia ni sampai mana je dia boleh menang
guna ilmu khurafat
kalau berani sangat kenapa tak datang berdepan dengan ai
cakap depan-depan muka ai apa masalah kau sebenarnya..... apa yang kau tak puas hati sangat mangkuk
cakap cepattttttt
tapi tidekkkkk
demerrr memilih untuk jadi pengecut baling batu sembunyi tangan
buat orang pandai
tapi nak berdepan dengan ai takut pulak
diorang ni macam Camilla dengan Puteri Diana la
aniaya macam-macam dekat Puteri Diana
last-last walaupun sampai ke kubur dihantarnya Puteri Diana tu
tetaplah jugak Puteri Diana tu disanjung dan disayangi semua orang
bersinar terang walaupun sudah hampir 30 tahun puteri pergi
yang si makcik tu walaupun dah jadi kuin sorang pun tak heran dengan kewujudan dia
haaaaaaaaa nak sangat kannnn kau rasalah
padan muka ~
camtulah musuh ai tu
sampai mana sangat la dia boleh buat ai
sampai ke bulan ? planet Marikh ? jupiter ? exodus ? angkasa lepas ?
heloooooooooooo angkasa raya ni bukan milik engkauuu
ini milik Tuhan
sekali Dia cakap Ya
haaaaaaaa terus everything snap it out sekelip mata
petik jari hilang segala-galanya
ai percaya Tuhan selalu ada dengan ai
walaupun ujian ini sungguh berat bagi ai.........
ai cuma memohon satu perkara je pada pembaca-pembaca blog ai
mohon doakan ai kepada Tuhan untuk segala-galanya
itu sahaja
ai tak mintak banyak
ai cuma mintak doa je
tak kiralah uols beragama apa sekalipun
ai raikan korang semua
because everyone is manusia biasa jugak kan
kita tetap ada darah yang sama, mengalir darah yang sama walaupun berbeza negara, berbeza bangsa, berbeza agama
kita tetap ada darah yang sama mengalir dalam tubuh kita
bila pergi hospital doktor misi tak tanya kita bangsa apa agama apa
mereka cuma tanya darah kita jenis apa
jadi walaupun kita berbeza warna kulit
darah kita tetap sama
ai tetap meraikan doa-doa dari korang semua walaupun berbeza bangsa
sesungguhnya ini adalah ujian yang berat
ai rasa macam dah ditekan rapat sampai ke lantai
bila dalam keadaan macam ini.....
ai menyesal kerana tak kahwin dan selalu tolak lelaki sana sini
kalaulah ai kahwin dan ada anak
at least mama ai tak keseorangan andai ai meninggal dunia
sekarang bila dah berada dalam keadaan macam ini....
ai rasa sedih kerana tak sempat beri mama cucu untuk sambung warisan dia dan menemani dia bila ai dah tak ada nanti
betullah kata orang,
bila dah terhantuk baru nak terngadah
bila dah kena macam ini barulah ai bermuhasabah diri dan menyesali diri sendiri
sekarang barulah ai terhegeh-hegeh untuk bukak pintu hati ai
buka pintu pagar di dalam hidup ai
tapi sayangnya, bila ai buka pintu pagar tu sekarang....
semua orang sudah pergi 🍂🍃🌾
dah ramai sangat lelaki yang ai reject walaupun bertahun mereka tunggu
lelaki pun ada perasaan
akhirnya mereka pergi.......
dan masuk ke dalam rumah yang dibuka pintu pagarnya
yang tidak jual mahal dan keras hati macam ai
ai pun paham perasaan diorang
kita tak boleh nak paksa lelaki stay dan tunggu kita je
diorang pun ada perasaan
akhirnya diorang pun pergi ~
bila ai terjaga dari mimpi dan mula bermuhasabah diri
semuanya sudah pergi
walaupun ai sudah ikhlas membuka pagar
sudah tiada lagi orang yang menunggu di depan pintu pagar itu
walaupun hanya sekadar berdiri sebentar
walaupun hanya sekadar lalu lalang
semuanya sudah pergi
semuanya sudah tiada
akhirnya kosong dan sepi di depan pintu pagar ai ini
tiada lagi di sisi
perit rasanya hati ini
tapi ai anggap tiada jodoh
mungkin bukan mereka jodoh ai
sebab itu semuanya menghilang dan pergi dari hidup ai
bahagia dengan kehidupan masing-masing dengan orang yang ikhlas menerima mereka
satu pengajaran yang besar dan perit untuk ai
jadi perempuan ni janganlah keras hati sangat
nanti menyesal ............. ~
sekarang ni ai redha dan tenang dengan semuanya
walaupun sedih bila ai buka pagar seorang pun tiada di depan pintu
ai anggap tiada jodoh
walau apapun
ai akan terus biarkan pagar itu dibuka
tidak mengapa andai tiada sesiapa di depan sana
yang penting ai sudah buka pagarnya
cuma hidup ini janganlah mengharapkan
kalau ada orang datang masuk nak ketuk pintu pagar
ai terima dia masuk
kalau tak ada.....
ai redha......
2026 sudah nak masuk
2025 sudah nak berakhir
tepat jarum jam pukul 12 nanti dah macam Cinderella gittewwwwwww
bunga api akan meletup-letup di udara
dan akhirnya semuanya tamat bila malam menjelma
tiada lagi bulan Disember 2025
yang ada adalah bulan Januari 2026
selamat tinggal tahun 2025
selamat datang tahun baru 2026
ai mulakan tahun baru ai dengan lumpuh dan sakit begini
tak lama lagi hari jadi ai bulan Februari 2026
di umur 28 tahun pada Februari 2026
ai mulakan dengan lumpuh dan sakit begini
ai redha walaupun menitis air mata ai nanti di depan kek
walaupun sedih.... ai percaya ada yang lebih baik di depan sana
maybe ujian ini mengajar ai apa itu erti kehidupan
pengajaran dan pengalaman untuk ai seumur hidup ini
mana ada orang dapat pengalaman lumpuh begini
tak semua orang dapat
sedih sangat-sangat
tapi ai terima ujian ini dengan hati yang besar
mungkin ujian ini menjadi pokok untuk ai
ditanam di dalam hidup ai di usia 27 tahun
akhirnya tumbuh meninggi dan menjadi pokok yang kuat dan gagah
bersinar dengan cemerlang dan gemilang
bersama bunga-bunga yang cantik memenuhi pokok
dan luruh berguguran ke lantai menjadi permaidani yang cantik
ini adalah ujian yang berat
tapi ai anggap ujian berat ini sebagai pokok yang mula tumbuh di dalam hidup ai
tegak berdiri suatu hari nanti bersama bunga-bunga yang cantik dan harum mekar mewangi
ai percaya yang Tuhan selalu ada untuk ai
alam semesta juga sentiasa ada untuk ai
ombak bergulung
awan berarak
angin bertiup
hujan membasahi bumi
tanah merekah
gunung tegak berdiri
ujian ini akan berakhir juga
dan seperti hari ini
ia tak akan diulangi lagi selepas ini
tiada lagi 31 Disember 2025 selepas ini
hari ini akan menjadi hari semalam
dan suatu hari nanti ia akan menjadi sejarah di masa hadapan
dan bila ai baca balik blog ai
baru ai sedar ujian ai ini adalah untuk meneguhkan ai dan menguatkan ai
mungkin ada sesuatu yang lebih besar sedang terbentang di hadapan
kita tak tahu apa yang ada di hadapan sana
janganlah bersedih hati terlalu lama untuk hari ini
kerana hari ini akan pergi
hari esok akan datang kepada kita
jadi janganlah bersedih hati lagi
mari kita raikan pengakhiran tahun ini Disember 2025 dengan hati yang lapang dan tenang
walaupun airmata bercucuran di pipi
dan mari kita menerima permulaan tahun baru Januari 2026
hello Januari 2026
goodby Disember 2025
semoga selepas ini, yang baik-baik aje yang datang untuk ai
kalau ada sesuatu yang kurang baik datang kepada ai
semoga ai tabah dan kuat semangat menghadapi semua ini
dan semoga dilenyapkan segala kesengsaraan ini
dan diganti dengan perkara yang lebih baik
cukuplah segala derita ini
berilah pengakhiran untuk segala-galanya
dan berilah kebahagiaan untuk ai
untuk setiap makhluk yang menzalimi ai
berilah pengajaran yang setimpal untuk mereka
biar diorang dapat balik apa yang diorang buat pada ai
dan biar semuanya dikembalikan kepada mereka
biar kali ini mereka yang menangis
dan ai doakan semoga mereka semua terseksa dunia akhirat
biar semuanya mendapat neraka dunia dan neraka akhirat
zalim sangat kan......
cukuplah sampai di sini........
terima kasih kerana membaca blog ai
ai doakan semoga korang semua mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat
selamat tahun baru uols 🫶🏻
xoxo,
Lea 🌾

