Salju di bulan Disember, Bunga di bulan Januari, Memoir di bulan Hati

 jom mengkome dengar lagu lama-lama ni. sedap jugekk

                            Headwind - Suraya

yang ni pulak version remix 

                            Headwind - Suraya

penat jugak hari ni hmm

haih dah nak masuk 2025, pejam celik pejam celik tetiba dah nak masuk 2025 dah ? tak sangka betul yachh

rasa letih betul, memang badan ai sangatlah letih. pergilah ke klinik memang doktor tak bagi pun ubat untuk keletihan ai. kata doktor, ai letih sebab otak ai, fikiran ai. doktor cakap depression ai terlalu teruk that's why ai letih teramat sangat. tiada ubat untuk itu. hanyalah ai sendiri sahaja ubat untuk semua itu. bila mental ai stabil, tiada lagi sakit-sakit di tubuh. kepala ai yang sakit so that's why badan ai sakit-sakit. doktor cakap kerana apa yang ada dalam kepala ai ni tak boleh nampak di mata kasar. ia nak tonjolkan diri dan ia tunjuk sakit-sakit tu dekat tubuh ai di tempat yang paling random. nampak macam ada sakit yang kronik tapi sebenarnya dalam kepala ai yang sakit. sebab itu badan ai asyik sakit-sakit. itulah sebabnya uols ~

hmm kalaulah ai boleh balik ke masa lalu

ai nak duduk kat sana walaupun sekejap

hidup di masa kini banyak buat ai menangis dan bersedih hati

hari-hari meneruskan hidup ni macam berjalan ke hadapan dengan kaki yang terikat kemas oleh batu yang sungguh besar dan berat. rasa berat dan terseksa yang teramat sangat untuk meneruskan kehidupan. how i wish i could end everything soon. ai dah penat menghadap semua ni. sungguh penat

kalau boleh ai ingin pilih kematian over kehidupan

this world dah tak beri apa-apa kebahagiaan untuk ai dah

orang kata, pergilah berjalan-jalan, luas mata memandang, sedih pun hilang

pergilah makan-makan, ada banyak makanan sedap. jangan mati lagi, ada banyak makanan sedap yang kamu belum cuba

ai pergi buat semua benda tu

pergi berjalan-jalan sana sini, drive sana sini

makan sana sini, tempat-tempat viral ai pergi, kafe-kafe menarik dan popular ai pergi

tapi akhirnya semua tu langsung tak beri kebahagiaan untuk ai

ia cuma beri kebahagiaan untuk korang yang sihat walafiat, yang tak ada penyakit depression

tapi bagi orang macam ai, bawaklah sampai pergi new york city pun, ai tetap tak jumpa kebahagiaan tu

walaupun dah berjalan tengok tempat-tempat baru, tengok suasana baru

semua tu tak beri sebarang kebahagiaan untuk ai

sebab ai tahu, bila ai balik nanti ai tetap akan pulang ke tempat yang sama

tempat yang buat ai rasa sedih yang teramat sangat dan sangat-sangat ingin escape dari semua ni

jadi, apa gunanya buat semua benda tu kalau akhirnya tetap pulang ke tempat yang buat kita banyak menderita ?

semua itu sungguh kosong bagi ai ~

makanlah makanan paling sedap di dalam dunia ini, dekat restoran taraf michelin sekalipun

tetaplah terasa berpasir dan sungguh pahit di tekak ai

akhirnya semua makanan yang ai beli tu dibuang ke dalam tong sampah

waima makanan fevret ai pun, tetap terasa pahit di tekak ai dan rasa sungguh tak sedap

akhirnya semua itu dibuang ke dalam tong sampah

tiada siapa yang mahu makan

sedihnya ~


                

                                        


begitulah kehidupan

tak ada apa yang menarik dalam dunia ni kalau kaki kita masih tercengkam di tempat yang sama

walaupun kita dilimpahkan dengan kemewahan, semua tu langsung tak memberikan kebahagiaan kerana kita tetap terikat dan terantai di tangan orang yang mengawal kita seperti boneka

dunia ini hanyalah mimpi

mimpi ngeri bagi orang yang tak mampu terjaga 

mimpi indah bagi orang yang tak berpijak di bumi yang nyata

kalian berada di awangan kerana itu kalian tidak mengerti akan kesedihan kami

kami berada di bumi yang nyata kerana itu kami mengerti pahitnya kehidupan

dunia ni bukanlah tempat yang baik untuk kita semua, banyak sedih dari gembira

dekat sana nantilah tempat yang baik untuk kita semua, sentiasa bahagia abadi selamanya

cuma, 

untuk menunggu sampai ke alam sana kita perlu terseksa sehabis daya dulu

barulah akhirnya kita gembira di alam sana

itu kalau takdir kita bernasib baiklah...


well... life is life

you are you

whatever happens, let's slide with courage and bravery even though you're not confident yet

life is not worth fighting for

but still fine to cherish for

stop chasing and running

just walking ~


have a good day everyone and i wish you a happy new year

walaupunss hidupku ini terumbang - ambing dan tidak semenggah

tapi itulerr nak buat macem mane enn

sabor aje lerr

goodnight gais

semoga yang baik-baik saja untuk uols


lurve for all of you yang sudi membaca belog ai

ehek ehek


thanks for reading ;D


xoxo

Lea <3




















happy new year gais from abe abe hensem kiterr 2pm





































2 Comments

  1. Hi there, Cuya singgah sini.

    Cuya pernah ada kawan yang ada masalah mental. Dia sakit skizofrenia, sama macam apa yang awak tulis... dia buat apa2 pon happy cuma sementara je. Dia akan jadi tak happy balik.

    I hope you will find the right medicine to cure you. Ingat, tiada sakit yang tiada ubatnya... kecuali mati memang tiada ubat. Anggaplah sakit yang kita alami ni adalah penghapus dosa kita. Sakit itu tandanya Tuhan sayang pada kita. Semua orang pasti diduga dengan sakit.

    Moga Tuhan akan sentiasa memberi ketabahan dan kesembuhan pada awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... terima kasih cuya.

      yea, sy memang dah didiagnos dgn doktor sy ada depression. tak sampai tahap skizo la tapi. sy ada depression & anxiety. dua-dua kronik. punca sebab kehidupan masa lalu lah. dah dapat appointment doktor tapi paham-pahamlah orang depress ni macam mana. memang out kalau bab time management ni. dahlah kena ikut waktu kalau pergi appointment. so sy cuma follow doktor psikiatri dan psikologi dekat online je. tiktok dan twitter. kat sana ramai doktor pakar yg bantu pesakit mental ni. tak semua orang ada keberanian dan kekuatan untuk pergi klinik. untuk pergi klinik kita perlu ada semangat. diri sendiri pun lazy macam mana nak pergi. cuma bergantung dekat doktor yg ada melalui online je. diorang memang banyak membantu.

      tapi kamu semua juga kena paham, jangan paksa kami untuk teruskan hidup hanya kerana awak rasa hidup ini adalah satu kemestian. memaksa orang terus hidup ni macam tuang air racun ke dalam mulut kitorang. daripada bagi kata-kata semangat macam tu lebih baik kalau kamu semua bawak kitorang pergi berjalan-jalan, makan-makan tengok dunia luar. kadang-kadang orang tak semestinya nak dengar nasihat especially bila nasihat itu tidak diminta. dah banyak sangat dah nasihat sana sini sampai jadi overwhelming. cubalah menjadi orang yang mendengar pulak, jangan jadi orang yang hanya tahu bercakap je tapi tak tahu memahami. sy sendiri dah serabut dapat banyak sangat nasihat dari orang sekeliling. semua orang hanya tahu nak bercakap je, sibuk nak nasihat itu ini. tapi takde seorang pun yang cuba belajar untuk mendengar, memahami dan bayangkan diri sendiri berada dalam kasut tu. masing-masing hanya nak suruh orang bangun je tapi tak pernah nak rawat luka di kaki orang yang jatuh. begitulah kehidupan ~

      Delete