Winter Heart ❄

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 walau sejuta tahun akan datang,

takkan pernah lagi memilihnya

walau hanya sesaat

takkan pernah berpaling kepadanya lagi..

rasa sakit di hati ini takkan pernah terpadam walau seribu tahun menanti

kerana itulah yang dinamakan perempuan

kita memang susah nak maafkan seseorang bila orang itu menghancurkan hati kita

sedangkan satu ketika dulu kita meletakkan sepenuh harapan kepadanya

menyerahkan jiwa dan raga kepadanya

namun akhirnya dicampak begitu sahaja

siapa yang mampu kembali kepada orang yang pernah menghancurkan hati kita?

mana mungkin..


benarlah kata orang,

dalam hidup seorang perempuan.. 

pasti ada seorang lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya dan menjadi orang yang menghancurkan hatinya

kerana dialah.. perempuan itu tidak lagi mampu percaya pada cinta

kerana sungguh menyakitkan dipatahkan hati menjadi seribu

manakan mungkin kita mampu mempercayai kembali cinta yang baru

walaupun orang berkata di dalam dunia ini ada 7 bilion orang yang menghuni

namun mereka tetap membawa kesakitan yang sama

apalah guna untuk kita percaya kepada cinta

jika akhirnya kita akan dipermainkan sama seperti dahulu

lalu ditinggalkan pergi setelah mengharapkan cintanya sepenuh hati

biarlah selamanya hati ini dingin dan membeku

agar tiada lagi patah hati

agar tiada lagi ditinggalkan pergi

biarlah keseorangan dari permulaan hingga ke pengakhiran

dari berdua pada mulanya akhirnya sendirian di pengakhirannya


takkan pernah kembali 

walau seribu tahun dia menantiku kembali

akan ku berpaling

tidak lagi memandangnya lagi

walau untuk seribu tahun akan datang

tak akan pernah ku memilihnya lagi

akan ku melangkah pergi..




 suddenly want to cry

but I don't know why..


okay..

today ai saje-saje duduk di atas sebuah sofa kecil dekat rumah nenek ai

and then suddenly terimbas kenangan 12 tahun lalu

pertama kali ai jatuh cinta dalam hidup setelah meningkat remaja..

and that guy at that time duduk atas kerusi yang ai duduk tu waktu tu..

suddenly ai recall balik apa yang terjadi

and then my eyes tiberr je bergenang

i dono why..

tak tahu nak explain cemana

he already married with love of his life

happy dah dia sekarang & ai pun dah terima kenyataan yang jodoh ini bukan milik kita

ai dah lama dah tak ingat dia, lupakan dia

but suddenly today ai rasa nak nanges..

entahlah..


maybe i was so sad.. perhaps because of the period. itu yang tetiba sedih


entahlah..


i hope i will never see him again

or at least will never remember him again..









mencari apa itu indah terasa seperti mencari butir permata di celahan batu-batu cerah yang cantik berkilauan

mungkin ia teristimewa di mata semua orang kerana nilainya yang sungguh tinggi melebihi batu-batu yang lain

namun bagiku ia masih sama seperti batu-batu cerah yang biasa

tetap istimewa walaupun batu-batu itu tidaklah bernilai tinggi

kerana keindahan itu bukanlah datang dari berapa tinggi harga sebutir batu itu

namun betapa bahagianya kita saat memegang batu itu

itulah nilai keindahan yang sebenar

sederhana tapi membahagiakan :)


hai, apa khabar semua orang? selamat malam ku ucapkan kepada pembaca. hehehe sudah lama tak menulis kat sini. asyik menulis puisi pendek je dan kadang-kadang merempan sikit. kali terakhir menulis panjang-panjang rasanya adalah post tentang october and me. haih.. cepatnya masa dah berlalu. dah masuk november dah. semoga kali ini kehidupan kita akan jadi lebih baik walaupun sudah masuk penghujung tahun. mudah-mudahan.. 🍂🍃🍁


       waktu itu berlalu bersama angin,

      tanpa disedari semuanya telah berlalu pergi


terasa sekejap je kan masa berlalu? pejam celik pejam celik tiba-tiba dah berada di tahun 2022. rasanya macam baru je berada di tahun 2006, lepas tu masuk tahun 2010. tiba-tiba dah berbelas tahun berlalu. rasa sekejap je masa berlalu. pantas seperti angin..

rasa macam baru semalam je ai mengalami kesusahan demi kesusahan. tak sangka hari ini ai sudah sampai di sini. ada yang terpaksa ditinggalkan di belakang, menjadi kenangan di dalam hidup. ada yang tetap terus bersama menjalani suka dan duka di dalam kehidupan. itulah kan yang dinamakan hidup? ada yang kita perlu tinggalkan di belakang, ada yang mampu kita bawa bersama-sama ke hadapan. dan kadangkala.. ada yang menanti kita di hadapan tanpa kita ketahui. itulah yang dinamakan kehidupan, selalu misteri, seperti sebuah buku. diselak satu persatu helaian kertas itu, namun kita tak tahu apa yang ada di setiap helaian yang seterusnya. begitu jualah hidup kita :)


sepanjang beberapa tahun ini, ai memendam dan menyimpan kesakitan demi kesakitan di dalam hati. akhirnya ai lepaskan ia pergi dengan kemarahan dan kesedihan. move on di dalam keterpaksaan. akhirnya, setelah beberapa tahun ai berjaya jua move on dengan cinta yang tidak kesampaian. itulah yang dinamakan cinta pertama

ai sangka, ai telah move on sepenuhnya kerana ai sudah tidak ingat dia. tidak lagi menyebut namanya lagi, dan tidak lagi mahukan dia. ai sangka ai sudah lupakan dia sepenuhnya. namun bila ai berborak kembali soal ini dengan bff ai, baru ai sedar ada satu perkara yang ai lupa buat. 

        memaafkan

ai lupa untuk buat perkara ini ketika ai di dalam proses move on. kerana waktu itu segala perasaan bergelombang bersama di dalam jiwa. rasa sakit, rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa dilukakan, kesedihan yang berpanjangan, dan segala perasaan berpusar bersama di dalam jiwa. mana mungkin perkataan memaafkan mampu masuk bersama-sama di dalam jiwa? kann..

siapa je boleh maafkan orang yang pernah mempermainkan kita?

tak ada.. mana mungkin.. sedangkan haidar dalam cerita Sindarela pun tak dapat maafkan rania yang telah mempermainkan dia walaupun dia suka sangat pada rania, apatah lagi kita

kerana kita masih manusia biasa

ada hati dan perasaan. kerana itulah kita sukar untuk memaafkan. kerana kita dilukai sehingga berdarah hati ini, sakitnya itu tak terkata. kerana itulah kita tak mampu memaafkan orang yang pernah melukai kita.

namun, bff ai cakap dekat ai.. jika dia berada di tempat ai, dia akan maafkan lelaki itu. tak guna simpan dendam, nanti diri kita sendiri yang sakit. lebih baik memaafkan dan melupakan, nanti hati kita akan lapang. ai pada mulanya susah nak terima apa yang dia kata. tapi ai bermuhasabah diri. and then, ai amik masa yang lama untuk cuba maafkan orang yang pernah melukakan hati ai. perlahan-lahan..

ai tak paksa diri ai maafkan dia on the spot

ai cuma berusaha slow-slow.. takde nak rushing-rushing paksa hati ini maafkan orang itu ini. biarlah ia datang dengan perlahan-lahan. slowly but surely..

akhirnya hari ini ai telah mengenal apa itu erti memaafkan

benarlah apa yang bff ai cakap, dengan memaafkan dan tidak menyimpan dendam hati kita akan berasa lapang.

hari ini, saat ai membuka mata melihat cahaya mentari yang terbias di celah-celah awan yang tidak berhenti menurunkan hujan. hati ai berasa sungguh lapang. selama bertahun-tahun ai berusaha untuk move on, ai tak pernah rasa perasaan seperti ini. rasa yang tenang dan mendamaikan. rasa bebas dan bahagia. tidak lagi rasa terhimpit dan sakit, tidak jua terasa perit dan selalu ingin menjerit. yang dirasakan adalah kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. seperti memandu di kawasan kampung yang dikelilingi sawah. tenang dan mendamaikan..  :)

untuk korang yang tengah move on, ai sarankan untuk maafkan orang yang telah meninggalkan korang. walaupun ia sakit, walaupun ia perit, rasa macam tak adil je kenapa kita kena maafkan dia sedangkan dialah yang melukai kita. hakikatnya, kita maafkan seseorang itu bukanlah bermakna kita bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan oleh dia. tapi sebenarnya adalah untuk melepaskan segala kesakitan yang terpendam di dalam jiwa. saat kita memaafkan seseorang, kita bukanlah membenarkan segala kesalahannya terhadap kita. tapi sebenarnya adalah kita melupakan segala apa yang orang dah buat pada kita. dan mengeluarkan segala kesakitan yang berselirat bersama urat saraf di dalam badan. saat ia keluar bersama kemaafan, hati kita tidak lagi terasa sesak dan sendat. akhirnya kita bebas dari segala kesakitan, segala kebencian, segala kesedihan yang selama ini berada di dalam jiwa kita sehingga tidak tertanggung rasanya. akhirnya kini kita bebas.. kerana kita tidak lagi menanggung segala bebanan itu

kepada awak yang pernah melukai saya suatu ketika dahulu, saya ingin katakan satu perkara sebagai tanda perpisahan. saya maafkan awak :)

satu ketika dahulu saya pernah menyayangi awak, dan akhirnya saya dilukai dengan harapan yang palsu sehingga saya benci awak separuh nyawa. hari ini, saya tidak lagi menyayangi awak, tidak lagi terluka, tidak lagi membenci, tidak lagi mengingati. yang ada di dalam jiwa hanyalah ketenangan dan kemaafan. semoga saya akan menemui kebahagiaan saya akhirnya suatu hari nanti. jika tidak di sini, mudah-mudahan di sana sehingga ke syurga :) 

untuk awak, saya doakan semoga Tuhan merahmati hidup awak sekeluarga, memberi kebahagiaan yang berpanjangan untuk awak sekeluarga. walaupun ada onak dan duri, semoga Dia mudahkan segalanya untuk awak. seperti mana Dia telah memudahkan saya menjalani hidup ini, menghadapi kesakitan ini. tak ada lagi dendam di dalam hati saya. saya terima dan saya redha dengan takdir ini. cukuplah setakat sebagai sahabat sahaja ;)

cuma.. saya tak mahu lagi bertemu dengan awak. jika kita berselisih, semoga saya tak akan pernah nampak awak lagi. kerana.. saya ingin menjaga hati saya dari terluka lagi. dan kerana saya ingin menjaga hati di pihak sana agar dia tidak terluka seperti mana yang saya rasa. biarlah saya sahaja yang menanggung kesakitan ini. jangan dikongsi kesakitan ini pada perempuan lain, kerana ia sungguh tidak terkata. tak ada jawaban yang boleh diberikan akan segala persoalan ini, tak ada kata yang mampu merungkaikan segala kesakitan ini. hanyalah Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasakan. jangan diuji lagi rasa ini pada orang lain. cukuplah hanya saya seorang sahaja..

selamat tinggal ku ucapkan kepadamu wahai cinta pertamaku  (✿◡‿◡)


thank you for reading my entry


ai tahu entry ini quite sedihlah jugak. tapi itulah dinamakan hidup? tak apalah.. setiap orang ada bahagian masing-masing. ai harap, korang juga menemui kemaafan di dalam hidup korang. walaupun ia sungguh menyakitkan, agak brutal untuk kita hadapi semua itu.. satu masa nanti kita akan menerima kenyataan jugak. dan waktu itu, barulah kita akan mengerti erti sebenar cinta. dan waktu itu, kita akan menemui cinta baru. yang lebih baik dari yang sekarang, yang lebih baik dari yang lepas, yang pernah kita rasakan itulah cinta teragung untuk kita. walhal ia hanyalah satu persinggahan di dalam hidup kita. cuma kita sahaja yang tidak sedar. saat kita menemui cinta yang baru, dan akhirnya cinta itu menjadi kenyataan di dalam hidup kita. itulah yang dinamakan jodoh, itulah cinta sejati kita, cinta yang teragung untuk kita. bersabarlah sehingga kita sampai ke saat itu. jika kita tidak sempat menemui cinta itu di sini, percayalah sudah tersimpan cinta sejati di akhirat sana. cinta hakiki milik Tuhan itu adalah lebih teragung dari segala-galanya. cukuplah hanya Tuhan bagiku ;)

jangan biarkan kesedihan dan rasa kebergantungan membuatkan kita sanggup melakukan perkara di luar batas sehingga melukakan orang lain semata-mata demi kepuasan diri kita

yang tersimpan di sisi Tuhan itu lebih baik jauh dari yang kita harapkan

hanyalah iman kita yang mampu mengawal kita ke mana arah tujuan kita di dalam hidup

jangan tersalah pilihan :)


thank you for reading

i hope you like it !

see you next time   \^o^/


xoxo

Lea  <3



soundtrack of the day #


          Marsha - Yang Terbaik


          Taylor Swift - Back To December


         Bunga Citra Lestari - Ingkar


         Ning Baizura - Selagi Ada..


        Geisha - Sementara Sendiri














             


































 mata terpejam erat

tangan digenggam kejap

hati terasa hangat

seperti mentari membakar sang awan sehingga bergumpal di atas langit nan biru

hendak melangkah ke hadapan serasa tidak berdaya

ingin mengundur ke belakang serasa tidak berani

akhirnya terpejam erat mata ini

berguguran dedaun yang merimbun

membawa rasa pergi bersama angin yang mendatang

kelopak bunga luruh di sekeliling

luruh jatuh di atas tangan yang dipegang kejap

terselit di celah jari halusku ini

tidak tahu apa yang mampu ku ungkapkan

tidak tahu apakah arah yang harus ku tuju

tidak terlihat peta yang berbingkai

tidak terjumpa jalan atau denai

hanyalah sebuah anganan yang berpaksikan keinginan yang kuat

datang bertiup di celahan dahan

berguguran bersama bebunga harapan

jika ada arah yang jelas dapat ku tuju

semoga sampai jua aku ke destinasi itu

jika tiada arah yang jelas dapat ku tuju

semoga terbias cahaya mentari menyusup di celahan pohon yang tinggi menjulang

membawaku pergi merentasi benua mencari erti bahagia

ada sinar di sebalik kegelapan malam yang berpanjangan

ada cahaya yang tersuluh di sebalik kegelapan yang terselindung di sebalik pintu yang tertutup erat

ada harapan yang tergantung di langit

di sebalik tangis yang tidak berbunyi


seperti berjalan di atas titi yang kecil

ku rentasi air laut yang membiru ini dengan langkah yang kecil

namun dengan tekad yang kuat

awan yang memutih memayungiku dari kepanasan

ku panjatkan kesyukuran kepada Tuhan

jika ada harapan dan impian yang luas terbentang di hadapan 

ku harapkan ia menjadi sebuah kenyataan

seperti layang-layang yang terbang tinggi di langit biru

terbanglah daku meneroka bumi

bersayap seribu bertongkat biru

biarkan anganan menjadi bintang yang berkerlipan di langit

biarkan cita-cita menjadi bulan yang menghiasi malam

hanyalah Tuhan yang maha tahu akan isi hati seseorang

seperti cahaya mentari yang menyinari bumi

ku sinari seluruh kehidupanku dengan anganku, mimpiku, harapanku & tekadku

cahaya mentari yang terselindung di sebalik awan

ditemani oleh pelangi yang berwarna - warni

jika benar mimpi

akan jualah menjadi kenyataan

selagi ada tekad dan kecekalan





Newer Posts Older Posts Home

☄️ 🌈 Pintu Gerbang 🎍 ⛲ 🎠 🎐 🪅 🎡 🎢

Tidak lari gunung dikejar, tidak hilang cinta di hati ~ Lea ~


Kepada Lelaki & Suami Orang Di Luar Sana 🔪🗡️⚔️😤😤

TIADA RUANG UNTUK KAMU NO MATTER WHAT HAPPENS. AI TAK AKAN PILIH KAMU. HANYA LELAKI BUJENGSSSS SAHAJA. ANAK TERUNA ATAU DUDA ONLYYYYYYYYY. BUJANG SAHAJA. KALAU BUJANG SENANG SILA PERGI TERJUN SUNGAI SANA BIAR KENA NGAP DENGAN SI BUJANG KAT DALAM TU 😤😤😤😤🥊🥊 ........ hanya lelaki single sahaja walaupun lelaki itu biasa-biasa. lebih baik bernikah dengan lelaki sederhana walaupun tak kaya asalkan bukan suami orang. daripada bernikah dengan lelaki kaya raya tapi shuben orang uolzzz. sila benamkan diri kamu ke dalam lumpur. saya tak mahu shuben orang no matter what happens. lebih baik pilih fattah amin walaupun duda macam amira othman tu. daripada melukai diri sendiri dan memilih shuben orang walaupun kaya. tak semua orang memilih kekayaan. ada orang memilih ketenangan dan kebahagiaan hidup sahaja walaupun sederhana. kehidupan yang aman dan damai makmur sentosa lebih baik walaupun simple daripada kehidupan yang kaya raya mewah dengan harta tapi hati tak tenang. walaupun diri sendiri terluka, lebih baik sendirian di sini daripada menambah luka dengan berdiri di sebelah suami orang. sendirian lebih bagus berbanding menyeksa diri hanya kerana cinta dan harta. biarlah sendiri asalkan tenang dan damai. ai percaya pada Tuhan, Dia akan menjaga ai dan akan selalu menganugerahkan cinta dan kasih sayang yang melimpah ruah dari segenap arah. biarlah ai tenang di bawah payungan-Nya dan jikalau ada jodoh biarlah yang datang itu single sahaja. bukan suami orang, bukan milik orang, bukan tunang orang, bukan kawan orang, bukan boyfriend orang. sendirian berhad sahaja. very simple. so, please go away people ~ .... shushhh shussshhhhhhhh .......

🍃 ❄️ wishlist for 2026 ~ 🪻🕊️🤍💌

  • 🤍 menulis manuskrip novel, buku & drama dan menghantar ke publisher & stesen televisyen
  • 🕊️ beli piano kecil atau organ whatever the name it is and learn to play piano dalam keadaan sakit macam ini.. well at least my tangan boleh bergerak.... 🥹 🙂 🎹
  • 🤍 learn to fight back and never let anyone crushed you again to the ground. tampar muka dia bila dia tampar muka kita. pulas tangan dia bila dia pulas tangan kita. jangan lagi lemah semangat dan baik sangat dengan orang. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali ~
  • 🕊️ buka kafe bila dah sihat nanti and make a delicious and prettiest cakes ever berserta kopi yang sedap-sedap. jangan lemah semangat dan kuatlah supaya dapat mencapai impian 🌟✨🍰🍮🎂☕
  • 🤍 to let everything go with the flow and tak perlu lagi stres terlalu memikirkan keadaan. biarlah semuanya dilepaskan pergi dari tangan walaupun hakikatnya diri sendiri bersedih hati. dan biarlah takdir menentukan di mana arah tujuan semuanya ini. let everything goes smoothly with the flow and wind 🍃
  • 🕊️ hakikatnya tak mahu kahwin, tak nak kahwin, tak akan berkahwin. but sighh.... if jodoh sudah datang ai redha dan belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka yang penting jangan shuben orang, suami orang, tunang orang, kawan orang, boyfriend orang dan milik orang 😤😤🔪🔪🗡️⚔️. anddddddd jangan merampas hak orang, boyfriend orang nanti semuanya akan berbalik pada kita. hari ini kita buat orang menangis kerana nak bina bahagia kita. esok lusa kita pulak yang menangis seperti mana kita buat dekat dia walaupun anak kita dah berderet. so janganlah menzalimi orang. biarlah single daripada merampas milik orang lepas tu cakap semua ini jodoh. banyak cantik muka kome 😤🔪🥊🔫🪃
  • 🤍 untuk tidak lagi menangis pada tahun ini dan tidak lagi overthinking walaupun hidup ini terasa sempit. biarlah kali ini semuanya dipulangkan semula kepada pemilik asalnya dan semuanya diletakkan di tempat yang asal dan di tempat yang sepatutnya. tak perlu lagi menghukum diri dan meletakkan semuanya di atas bahu sendiri. biarlah semua orang bertanggungjawab di atas apa yang mereka buat, bukan kamu yang bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. biar kali ini, mereka yang menangis, mereka yang overthinking, mereka yang tak boleh tidur malam, mereka yang tak tenang, mereka yang ketakutan. kamu pula tenang, aman, dan boleh tidur malam. biarlah mereka take accountability and be responsible for what they've done. they are the one who hurt you the most, not you, you never hurt them, neither know them or even meet in person. let them live in the ocean and swallow every drop of tears they've given to you all this time ~
  • 🕊️ this year, my wishlist is not to let myself being stress over everything. jangan stres dengan diri sendiri, jangan stres dengan orang, and if people have their own problem don't let them ruining your own life and peace. it's their life, their problem, why should i be the one yang kena stres dengan masalah dia dan hidup dia ? it's not my job to control your emotion, clean up the mess you have done and clear things up also solve your own problem. tak ada cop hakim negara kat dahi ai yach sampeeeee ai kena stres and fikir itu ini to solve their problem and make a way out for them. it's should be the one who tanggung that problem and life to figure it out by themselves. let them berdikari, breathe and feel the feeling and everything. they are the one who should figure out everything this and that. while us just bertenang and tak perlu lagi overthinking. we deserve to get a peaceful sleep at night without being overthinking and walk on a daylight with calm and peace. stop stressing yourself nanti jatuh sakit macam ai selepas hadap chronic stress. live your life peacefully and never let everything controlling you sampai you tak boleh bernafas. if anyone out there datang meminta tolong, just guide them and show the way out but never take the accountability and be responsible for their own life. tak perlu pegang controller, biar diorang yang pegang controller hidup diorang dan bertanggungjawab di atas kehidupan mereka sendiri. we only just guide them and show the way out. this is my wishlist for this year. happy 2026 ✨💌🕊️🤍🕺
  • 🤍 🤲🏻 semoga Ramadhan tahun ini ai dikurniakan rezeki untuk pergi ke mekah untuk buat umrah 🤲🏻🥺🥹. berdoalah dengan penuh keikhlasan semoga dimakbulkan walaupun simpanan belum mencukupi. banyak ujian yang melanda ai sepanjang tahun 2025 dan awal tahun ini. rasa nak runtuh je diri sendiri dan kalau boleh nak aje hidup ini tamat snap it out seperti Thanos. but sighh hidup ini tak semudah itu. semoga dimurahkan rezeki untuk ai walaupun ai masih sakit dan tak mampu bergerak sangat untuk pergi ke Mekah, Madinah dan sebagainya untuk umrah. siapa tahu ai ada rezeki tahun ini berpuasa di mekah, amin ya Rabbal Alamin. mudah-mudahan ~ 🥹🤲🏻

🕊️ 🌙 Peganglah Pada Setipis Harapan ☄️ ☀️ ⭐ 🌟

Jangkaan manusia tak akan sama dengan takdir Tuhan, Manusia menjangkakan kegagalan, Tuhan memberikan kemenangan ~ Lea ~


🕊️ Hati Seorang Perempuan 🥀 🤍

  • Suki Low ~ Terlerai 🥀 🎶 🎵

Manisnya Cinta Di Cappadocia 💕 💌 🤍 🕊️

Manisnya Cinta Di Cappadocia   💕  💌  🤍  🕊️

Little Women

  • Women and Their Principle and their liberation note ✨ 📜 🖋️ ✒️ 📃

One More Chance 🌾🍂🪻🌧️

i'm wondering.... adakah seseorang itu layak mendapat peluang kedua di dalam hidup kita? especially when everything goes wrong in the past because of the circumstances and timing is not right. wondering why... have you ever be in the place when one of their family members asking you to forgive him and comfort you that every person in this world is not perfect and they also have their own shortcomings, mistakes and weaknesses. when they asked you to forgive and let everything go with the wind. and also learn to realize that every pieces of life not all of that perfect and better in anyway you've ever seen it. everyone has their own mistakes and sometimes without realizing they hurt the people around them. wondering why his family members ask you to forgive him and learn to make peace 🕊️. have you ever learned to forgive someone in your life ? 🌾🍂 will you ever forgive someone even only once in your lifetime ?

symphony in january 🌾 🪻

in my dearest she called me hard.. in my devastated she called me butterfly... in my sentimental she called me fighter... in my despicable she called me lover of someone's heart.. in my crushed heart she called me window of cantabella.. in my ringing ears she called me train of life.. in my insanity she called me the braves lion heart.. in my dreams someone hold my hand and pull me out from the train of hardship and then jump off to the sea drowning inside the ocean but survive from the crazy passenger... in my passage of time she called me tomorrow is yours.. in my lion heart a beautiful life is ahead of time and no one will ever touch it even they tried so hard to crushed it and crumple it so i will never touch it... in my independence heart i will achieve every dreams of mine and will get every little pieces of abundance and happiness and the one that crushed my life will going off the rails and jump off to the cliff.. let the sunshine find their own ending and show them what is the meaning of life... and then.... the lion heart princess live bravely happily forever after while looking up to the sky standing bravely on the mountain. 🏵️ 🌻 🌼 ☀️ ⛰️ 🏔️ 🌺 🪷

🍂 🌾 🌱 a poem of my heart 💖 🥀 🪻

🍂  🌾  🌱  a poem of my heart   💖  🥀  🪻

After all, Love will always be Love..

After all, Love will always be Love..

A Woman's heart 🥀

A Woman's heart 🥀

Man and their Foolishness

Man and their Foolishness

sun & shine ☀️

sun & shine ☀️

and sometimes you have to figure out by yourself 🌜

and sometimes you have to figure out by yourself  🌜

Garden Arch 🎠

life is short, the world is wide, i want to make some memories 🌺 🛫 🪁

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Rainbow with the Cloud 🌈☁️

  • ►  2026 (8)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2025 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2023 (9)
    • ►  October (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
  • ▼  2022 (32)
    • ►  December (2)
    • ▼  November (4)
      • Salju Di Hatiku
      • cry my river, cry
      • Cahaya Di Celah Awan
      • bayu
    • ►  October (1)
    • ►  September (14)
    • ►  August (10)
    • ►  July (1)

🍂 POPULAR POSTS 🍁

  • 1 februari : it's me, my birthday 🎈🎂
  • membebel di hari ini ~

Tanglung Hati 🎐

  • Barbie 1
  • Chit chat 4
  • Cinta 12
  • filem 1
  • flowers 1
  • flowers wither away 2
  • forevermore 1
  • Healthy Lifestyle 1
  • Heartbreak 6
  • Independence 2
  • Inspirasi 2
  • Jodoh 4
  • Kamera 2
  • kimura takuya 1
  • Life 21
  • Poem 17
  • puasa 1
  • Puteri Kayangan 1
  • raya 1
  • Reminiscence 12
  • Santai 1
  • Senaman 1
  • Sindarela 1
  • Terengganu 1
  • the december 7
  • Travel 1
  • Warna Di Kanvas 1
  • winter in july spring in my heart 3

Snowball 🔮 ☃ ⛄

SUBSCRIBE & FOLLOW

2023 🎐

waktu yang berlalu itu terasa sebentar. seperti daun yang berguguran dari pohon lalu jatuh ke tanah. terlihat perlahan, namun rupanya jatuh dalam sedetik waktu. ~ Lea ~

Advertisement

ye cik kiah nak tanya apa ? 💌 🦋 🐣

Name

Email *

Message *

🐦 Birds Chirping 🕊

📬 Ringing Bell : Senandung Hati 🍭

While reading my blog, don't forget to play the music I've posted on the blog. Senandung Hati untuk kamu :) . My favourite song yang soothing & healing at the same time. Lagu-lagu yang indah yang melatari suasana mampu membuai jiwa saat membaca blog Lea. Kalau playlist tak jadi, tekan dekat bahagian hujung sebelah kanan playlist yang tertulis SCM Music Player. Nanti ia akan bawa ke tab baru dan playlist lagu pun boleh dimainkan dekat situ. Tadaaa.. akhirnya bolehlah korang dengar lagu yang Lea dah susun cantik-cantik \^o^/ For better result, dengarlah lagu guna headphone atau earphone. Lebih touching :) . Hope you like it. Enjoy! ♪(^∇^*)

Light in the heart 🌠

Bukanlah bait-bait kata yang menyentuh hati manusia. Namun kejujuran & keikhlasan dari hati yang menghubungkan antara jiwa manusia. Apa yang datang dari hati akan sampai kepada hati manusia yang menerimanya. ~ Lea ~

Maple Leaf Fall From The Tree 🍁

Perhaps, a sincere prayer can change your whole life ~ Lea ~

Tomorrow And Forever ⛅

cry like no other tomorrow, cry as much as you can.. as much as you want.. smile like this world is yours, smile like sunshine, as if you have never been in the hardest life.. as if tomorrow is yours.. as if the future is forever.. cry and smile :) ~ Lea ~

❄ Snowflake In The Garden 🌼

Kalau cinta katakanlah cinta, tidaklah orang tertanya - tanya. Kalau rindu katakanlah rindu, tidaklah orang tertunggu - tunggu.

Heart 🥀

Cinta itu tak boleh dipaksa.. Hanya kerana orang itu mencintai kita.. Tak semestinya kita perlu terima dia.. Hati ini tidak boleh dipaksa.. Cinta itu hadir di dalam keikhlasan.. Bukan di dalam keterpaksaan.. ~ Lea ~

Kunang-kunang Berterbangan Di Langit Malam 🌙 🌠

Cinta sejati itu umpama kelip-kelip. Ia tak berada di tempat yang ramai. Ia jauh dari orang. Ia berada di tempat yang gelap. Ia berada di dalam kesunyian malam. Di dalam kegelapan malam itu, ia mula bercahaya berterbangan menerangi langit malam. Dan hanya orang yang tertentu sahaja yang dapat melihatnya. Orang yang terpilih. Itulah cinta sejati. ~ Lea ~

SAVINA & DRONES - My Home (Eugene's Song)

Close your eyes and hear, Inner voices within, My heart, for all is unknown.. So maybe lie, Shows better life for our days, It's more than meets the eye.. When the stars fly away, The shadow next to me, Is the only one standing with me.. One day will they come, Back to places they belong, I believe that day will come.. Say that everything, Will be fine after all, I will always be here.. Say that when it's time, It'll be deeper than before, I will always be here.. Close your eyes and see, With your eyes of your heart, One that is within my heart.. So tell me why, Is this only way for our days, It's more than meets the eye.. I just wanna know, Within one hope, If you will ever see it.. I just wanna know, One thing that is all, If our days will be back.. Say that everything, Will be fine after all, I will always be here.. Say that when it's time, It'll be deeper than before, I will always be here..

Favourite Cinderella's Story 👠 🩰

  • Sindarela
  • A Cinderella Story
  • Puteri Impian

About Love 💌

  • Kata penyemangat dari Song Hye Kyo : untuk orang yang kehilangan cinta

Beauty Inside Out

Beauty Inside Out
Kecantikan itu datang dari hati, bukan dari wajah ;)

Seindah Budi Bahasa

Seindah Budi Bahasa
Wajah yang cantik akan pudar ditelan waktu, akhlak yang baik akan sentiasa kekal selamanya dan tak akan pernah pudar ditelan masa (✿◡‿◡) . Baik hati, baik budi ;)

Love Quote 💌

Ketika kita sungguh menyayangi seseorang, maka perasaan itu tidak hanya menetap di hati, tetapi juga di bola mata kita. ~ Tere Liye ~

Sindarela 💌

Dalam hidup, cinta boleh datang dan pergi.. Ketawa kerananya, senyum kerananya, menangis semahunya.. Sakit... Bermula dengan persahabatan, segelintir pula cuma sedar bila ia hilang.. Semata-mata untuk rasa dihargai, ada yang percaya cintanya untuk selamanya.. For some of us, finally we realized that life is not a deal and need to start over.. Demi sebuah impian, tak salah untuk kita berkorban.. Bila mana hati kita rapuh menghadapi realiti, nangis, nangis semahunya, tapi jangan biarkan hati kita terus rebah... Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang, kita tetap tidak boleh buat penilaian.. In life, we have to learn to let go and keep on moving, the more you wait the more time you waste.. Bermula dengan hati, angan dan mimpi, sebesar mana pun kedudukan kita, segagah prinsip mampu goyah, kerana cinta, kerana kita manusia biasa, mudah lemas bila cintanya lemah.. Kita harus kuatkan hati, percaya naluri.. Just admit it, lafazkan.. "cinta, aku mahukan dia" ~ Zoela ~

Love poem : Redup Mentari ⛅

Sinar matahari menyinar di celah-celah daun. Terbias oleh bunga-bunga yang bergantungan di celahan dahan. Angin berpuput lembut. Membawa angin pagi yang mendamaikan jiwa. Burung-burung mulai berterbangan di udara. Hinggap di dahan pohon sebentar. Lalu berterbangan sesama mereka mencari rezeki. Indah suasana tidak tergambar rasanya. Menanti di bawah pohon. Bunga-bunga berguguran layu ke tanah. Harum mewangi sekeliling halaman. Awan yang berarak pergi itu membawa bersama kasih di hati. Jika ada rindu, tersemailah ia ke dalam hati dihujani kasih yang dikirimkan. Jika tiada jodoh, beraraklah ia pergi ke mentari senja. Tenggelam di sebalik malam yang mulai melabuhkan tirai

🍁 🛩 🪁 My Trivia 💌 🌷 📬

  • lurveeeeee fried chicken ( well kfc dah boikot soooo... berpindah ke ayam lain )
  • hate teh, anything about teh memang benci betollll. especially teh susu, aiyookk hanyir la kat tekak ai uols. but kalau makan biskut tawar cicah teh o yang itu ai suka 😋
  • suka layang-layang tapi dah besar rasa malu nak main layang-layang walaupun shukeeee. ehek ehek. my wishlist adalah suatu hari nanti bila ai kahwin ada suami ada anak ai nak main layang-layang dengan diorang 🥰 🪁
  • peminat walkman tegarrrrr dulu, kini dan selamanya
  • susah nak makan, tak suka makan, payah nak makan. alangkah bagusnya kalau dalam dunia ni kita tak perlu makan. ai memang tak ada selera. sejenis makan sekali sehari jerr huhu
  • suka dengar lagu. kalau sebelum tidur itu memang wajib! kena pakai earphone atau headphone untuk dengar lagu fevret sebelum tidur. kalau naik bas jalan jauh memang sepanjang perjalanan ai dengar lagu walaupun tidur. memang sangat sukakan muzik
  • sangat sukakan headphones. since ai suka dengar lagu so ofkos ai akan beli headphones setiap masa. seorang headphones collector. tapi idok le beli setiap bulan yachh
  • seorang peminat kopi tegar. walaupun selalu sakit perut dan ada masalah perut. kopi memang tak pernah miss walaupun selalu kena bebel dengan doktor. my wishlist adalah nak bukak kedai kopi sendiri and brew sendiri kopi ittew
  • sukakan alam, suka pada tasik, pantai, bukit bukau, ladang teh, taman, bunga-bunga dan flora dan fauna. ai suka healing kat tempat yang tenang camtu walaupun membosankan. ia sangat nyaman dan damai, tenang dan lapang je pemikiran ai dan jiwa ai
  • sangat bencikan city especially tempat yang sibuk gilerr macam Kuala Lumpur. ai sanggup reject tawaran uni dekat kl sebab ai tak suka tempat yang stres dan crowded macam tu. ai suka tempat yang lapang, tenang, nyaman dan penuh dengan alam. bukannya hutan batu. hate it so much - > CITY
  • tak suka sayur, like mehhhhhh. plizzzz la benci gila kott. especially bawang, taugeh, ya hampun dua ketul ni memang ai benci gilakk dalam dunia ni. jangan bagi ai makan sayur plithhhh
  • bercita-cita untuk menjadi Doraemon. ehek ehek itu impian sejak kecil hahahahahahaha. senang kalau jadi Doraemon ni nak apa-apa je seluk poket besar tu. kalau nak pergi mana-mana seluk je poket amik Pintu Ke Mana Sahaja. kalau pagi nak brekpes dekat Edinburgh, tengah hari pulak tetiba nak pergi makan hamburger dekat New Jersey, tetiba petang nak jenjalan dekat Tasmania. bukak je pintu ke mana sahaja tu hah shiuuuuuuuuu sekelip mata boleh sampai tak payah naik flight. kalau nak pergi ke masa lalu atau masa depan naik je Mesin Masa. best kannnnn ?
  • suka pada benda yang tinggi-tinggi especially aktiviti yang mencabar adrenalin dan sesuai untuk orang yang anti gayat. sangat lurvveeee naik flying fox, apa saja yang mencabar adrenalin termasuk skydiving. my dreams adalah nak pergi skydiving seluruh dunia dengan my husband. mohon my husband nanti in future seorang yang anti gayat.. you jangan you kalau you gayat ai tanak tawen dengan youuuuuuuuu

🌷 🪷 Fairytale and life 🎠 ✨

🌷 🪷  Fairytale and life  🎠 ✨
it's not a misery if you can't have your handsome prince & pretty glass shoes. life comes in the best way more than what we expected to be. the real fairytale is not holding hands with a handsome prince charming walking on the aisle. but, standing bravely on your feet & achieve your dreams with a big smile and a lion heart. only brave people with a lion heart will get the real fairytale ending in the life ✨💫 ~ Lea ~

🌻 🍂 🏵️ living in the moment 🌤️ 🍁 🌼

🌻  🍂   🏵️   living in the moment   🌤️  🍁  🌼
sometimes, it's better to live in the moment instead of planning for our own future. although life mean is keeps going, but we have to take a rest and enjoy the moment. living for a future that is uncertain will makes us keep gripping on the life that we don't even know will it brings us to the best destination. or perhaps will pull you down & you crash into the ground in the blink of an eye. just keep thinking about that will make us anxious. just live your life freely and feel the feeling ✨ 🌈 ~ Lea ~The Princess Switch

🌸 Sakura in November 🌸

yang datang itu cinta, yang pergi itu rindu, yang hilang itu kasih, yang kekal itu sayang ~ Lea ~

Snow Flour At The Garden ☃ 🍜 🥧 🍱 🥞 🧇 ❄ ⛄

  • Azie Kitchen
  • Azlita Masam Manis
  • benjaminthebaker
  • Che Nom
  • Cooking with Chef Zaidah ~ Lady Zai 🥘🍝🍲
  • Cooking with Kian
  • Emojoie
  • Glorious Table
  • HidaMari Cooking
  • Limau Nipis
  • Maangchi
  • Majalah Rasa
  • memasak with Khalilwhid
  • Nino's Home
  • Seonkyoung Longest
  • tiarathyme
  • Turkuaz Kitchen
  • 小高姐的 Magic Ingredients

🎠 Loceng Dalam Taman 🎡 🥀

Senandung Hati 🎵 💕 💜

🎠 my wishlist ~ ( purple heart ) 🕊 🦢 ✨

  • 🦋 paragliding dekat seluruh malaysia & seluruh dunia
  • 🦋 skydiving dekat seluruh malaysia & seluruh dunia
  • 🦢 try benda baru & benda yang tak pernah buat selama hidup ni
  • 🦢 membina sebuah rumah inggeris yang vintage dekat cameron highlands
  • 🦢 buka sebuah kafe dekat cameron highlands & batu feringghi, penang
  • 🦢 travel ke NYC, philadelphia, manhattan, canada lepas raya tahun depan
  • 🦢 buat travelog guna kamera sendiri & post dekat my youtube channel
  • 🦢 belajar figure ice skating & speed ice skating even though it's too late dari segi umur
  • 🦢 tak nak kahwin awal, kalau boleh taknak kahwin 😤. nak enjoy my life, capai segala cita-cita & travel seluruh dunia secara solo sepuasnya
  • 🦢 nak ambik lesen pilot, walaupun tak berjaya menjadi commercial pilot ai tetap nak fly the plane walaupun the small one 🛬🛫
  • 🦢 nak berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain, usaha di atas titik peluh sendiri tanpa mengharapkan duit orang lain
  • 🦢 to make each day count
  • 🦢 nak ambik lesen scuba diving & menjadi diver profesional
  • 🦢 kumpul duit sendiri dan pergi umrah februari-mac tahun depan di bulan puasa ~
  • 🦢 if i get married in future, i will further my studies in degree or master to oversea ( whenever & wherever i want to go ) with my husband. it was my secret dreams since i was young * cough * * 14 years old girlzz* * ehek ehek * . plith my future husband don't further master plith yet. wait for me bebeh 🙈 lezzgooo to america together-gether in future as an international students babe 💞💞

Bangau Mencari Ikan 🦩 🐠 🐟

Little Fairy In The Flowerland 🌷

My photo
Lea
a simple girl who loves baking, playing guitar, loves music & drama. lives somewhere in malaysia with a lot of wau bulan, always enjoys writing and reading books. a romantic person & love the classics. loves to write poems ;) quite a membebel girl hahahaha xD
View my complete profile

🦜 Birds and Flowers In The Garden 🌺 🌼 🌷

  • Tiara Fazlin
    -
  • Peringatan buat saya dan kamu
    -
  • Fatin Liyana
    -
  • Blushing Cheeks
    -
  • Comments on: 5 Pilihan Minuman Coklat Paling Lazat Wajib ‘Try’ Di Malaysia!
    -
  • mindbodygreen
    -
  • NaSa
    -
  • Diva MY
    -
  • Resep Olahan Pisang dan Tepung dengan Bahan yang Simpel - Food Fimela.com
    -
  • RASA - Jenama Masakan Sejati Anda
    -
  • SirapLimau.com
    -
  • JLML718’s 2PM BLOG
    -
Show 10 Show All

Popular Posts

  • Kabut Membelah Awan
  • Lova
  • Indah
  • August, Moon Cake, Autumn and Crisp Cinnamon Rolls and Ice Cream Choux

Pin In My Heart 💘

  • Barbie 1
  • Chit chat 4
  • Cinta 12
  • filem 1
  • flowers 1
  • flowers wither away 2
  • forevermore 1
  • Healthy Lifestyle 1
  • Heartbreak 6
  • Independence 2
  • Inspirasi 2
  • Jodoh 4
  • Kamera 2
  • kimura takuya 1
  • Life 21
  • Poem 17
  • puasa 1
  • Puteri Kayangan 1
  • raya 1
  • Reminiscence 12
  • Santai 1
  • Senaman 1
  • Sindarela 1
  • Terengganu 1
  • the december 7
  • Travel 1
  • Warna Di Kanvas 1
  • winter in july spring in my heart 3

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template