Salju Di Hatiku

 walau sejuta tahun akan datang,

takkan pernah lagi memilihnya

walau hanya sesaat

takkan pernah berpaling kepadanya lagi..

rasa sakit di hati ini takkan pernah terpadam walau seribu tahun menanti

kerana itulah yang dinamakan perempuan

kita memang susah nak maafkan seseorang bila orang itu menghancurkan hati kita

sedangkan satu ketika dulu kita meletakkan sepenuh harapan kepadanya

menyerahkan jiwa dan raga kepadanya

namun akhirnya dicampak begitu sahaja

siapa yang mampu kembali kepada orang yang pernah menghancurkan hati kita?

mana mungkin..


benarlah kata orang,

dalam hidup seorang perempuan.. 

pasti ada seorang lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya dan menjadi orang yang menghancurkan hatinya

kerana dialah.. perempuan itu tidak lagi mampu percaya pada cinta

kerana sungguh menyakitkan dipatahkan hati menjadi seribu

manakan mungkin kita mampu mempercayai kembali cinta yang baru

walaupun orang berkata di dalam dunia ini ada 7 bilion orang yang menghuni

namun mereka tetap membawa kesakitan yang sama

apalah guna untuk kita percaya kepada cinta

jika akhirnya kita akan dipermainkan sama seperti dahulu

lalu ditinggalkan pergi setelah mengharapkan cintanya sepenuh hati

biarlah selamanya hati ini dingin dan membeku

agar tiada lagi patah hati

agar tiada lagi ditinggalkan pergi

biarlah keseorangan dari permulaan hingga ke pengakhiran

dari berdua pada mulanya akhirnya sendirian di pengakhirannya


takkan pernah kembali 

walau seribu tahun dia menantiku kembali

akan ku berpaling

tidak lagi memandangnya lagi

walau untuk seribu tahun akan datang

tak akan pernah ku memilihnya lagi

akan ku melangkah pergi..




0 Comments