Cahaya Di Celah Awan

mencari apa itu indah terasa seperti mencari butir permata di celahan batu-batu cerah yang cantik berkilauan

mungkin ia teristimewa di mata semua orang kerana nilainya yang sungguh tinggi melebihi batu-batu yang lain

namun bagiku ia masih sama seperti batu-batu cerah yang biasa

tetap istimewa walaupun batu-batu itu tidaklah bernilai tinggi

kerana keindahan itu bukanlah datang dari berapa tinggi harga sebutir batu itu

namun betapa bahagianya kita saat memegang batu itu

itulah nilai keindahan yang sebenar

sederhana tapi membahagiakan :)


hai, apa khabar semua orang? selamat malam ku ucapkan kepada pembaca. hehehe sudah lama tak menulis kat sini. asyik menulis puisi pendek je dan kadang-kadang merempan sikit. kali terakhir menulis panjang-panjang rasanya adalah post tentang october and me. haih.. cepatnya masa dah berlalu. dah masuk november dah. semoga kali ini kehidupan kita akan jadi lebih baik walaupun sudah masuk penghujung tahun. mudah-mudahan.. 🍂🍃🍁


       waktu itu berlalu bersama angin,

      tanpa disedari semuanya telah berlalu pergi


terasa sekejap je kan masa berlalu? pejam celik pejam celik tiba-tiba dah berada di tahun 2022. rasanya macam baru je berada di tahun 2006, lepas tu masuk tahun 2010. tiba-tiba dah berbelas tahun berlalu. rasa sekejap je masa berlalu. pantas seperti angin..

rasa macam baru semalam je ai mengalami kesusahan demi kesusahan. tak sangka hari ini ai sudah sampai di sini. ada yang terpaksa ditinggalkan di belakang, menjadi kenangan di dalam hidup. ada yang tetap terus bersama menjalani suka dan duka di dalam kehidupan. itulah kan yang dinamakan hidup? ada yang kita perlu tinggalkan di belakang, ada yang mampu kita bawa bersama-sama ke hadapan. dan kadangkala.. ada yang menanti kita di hadapan tanpa kita ketahui. itulah yang dinamakan kehidupan, selalu misteri, seperti sebuah buku. diselak satu persatu helaian kertas itu, namun kita tak tahu apa yang ada di setiap helaian yang seterusnya. begitu jualah hidup kita :)


sepanjang beberapa tahun ini, ai memendam dan menyimpan kesakitan demi kesakitan di dalam hati. akhirnya ai lepaskan ia pergi dengan kemarahan dan kesedihan. move on di dalam keterpaksaan. akhirnya, setelah beberapa tahun ai berjaya jua move on dengan cinta yang tidak kesampaian. itulah yang dinamakan cinta pertama

ai sangka, ai telah move on sepenuhnya kerana ai sudah tidak ingat dia. tidak lagi menyebut namanya lagi, dan tidak lagi mahukan dia. ai sangka ai sudah lupakan dia sepenuhnya. namun bila ai berborak kembali soal ini dengan bff ai, baru ai sedar ada satu perkara yang ai lupa buat. 

        memaafkan

ai lupa untuk buat perkara ini ketika ai di dalam proses move on. kerana waktu itu segala perasaan bergelombang bersama di dalam jiwa. rasa sakit, rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa dilukakan, kesedihan yang berpanjangan, dan segala perasaan berpusar bersama di dalam jiwa. mana mungkin perkataan memaafkan mampu masuk bersama-sama di dalam jiwa? kann..

siapa je boleh maafkan orang yang pernah mempermainkan kita?

tak ada.. mana mungkin.. sedangkan haidar dalam cerita Sindarela pun tak dapat maafkan rania yang telah mempermainkan dia walaupun dia suka sangat pada rania, apatah lagi kita

kerana kita masih manusia biasa

ada hati dan perasaan. kerana itulah kita sukar untuk memaafkan. kerana kita dilukai sehingga berdarah hati ini, sakitnya itu tak terkata. kerana itulah kita tak mampu memaafkan orang yang pernah melukai kita.

namun, bff ai cakap dekat ai.. jika dia berada di tempat ai, dia akan maafkan lelaki itu. tak guna simpan dendam, nanti diri kita sendiri yang sakit. lebih baik memaafkan dan melupakan, nanti hati kita akan lapang. ai pada mulanya susah nak terima apa yang dia kata. tapi ai bermuhasabah diri. and then, ai amik masa yang lama untuk cuba maafkan orang yang pernah melukakan hati ai. perlahan-lahan..

ai tak paksa diri ai maafkan dia on the spot

ai cuma berusaha slow-slow.. takde nak rushing-rushing paksa hati ini maafkan orang itu ini. biarlah ia datang dengan perlahan-lahan. slowly but surely..

akhirnya hari ini ai telah mengenal apa itu erti memaafkan

benarlah apa yang bff ai cakap, dengan memaafkan dan tidak menyimpan dendam hati kita akan berasa lapang.

hari ini, saat ai membuka mata melihat cahaya mentari yang terbias di celah-celah awan yang tidak berhenti menurunkan hujan. hati ai berasa sungguh lapang. selama bertahun-tahun ai berusaha untuk move on, ai tak pernah rasa perasaan seperti ini. rasa yang tenang dan mendamaikan. rasa bebas dan bahagia. tidak lagi rasa terhimpit dan sakit, tidak jua terasa perit dan selalu ingin menjerit. yang dirasakan adalah kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. seperti memandu di kawasan kampung yang dikelilingi sawah. tenang dan mendamaikan..  :)

untuk korang yang tengah move on, ai sarankan untuk maafkan orang yang telah meninggalkan korang. walaupun ia sakit, walaupun ia perit, rasa macam tak adil je kenapa kita kena maafkan dia sedangkan dialah yang melukai kita. hakikatnya, kita maafkan seseorang itu bukanlah bermakna kita bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan oleh dia. tapi sebenarnya adalah untuk melepaskan segala kesakitan yang terpendam di dalam jiwa. saat kita memaafkan seseorang, kita bukanlah membenarkan segala kesalahannya terhadap kita. tapi sebenarnya adalah kita melupakan segala apa yang orang dah buat pada kita. dan mengeluarkan segala kesakitan yang berselirat bersama urat saraf di dalam badan. saat ia keluar bersama kemaafan, hati kita tidak lagi terasa sesak dan sendat. akhirnya kita bebas dari segala kesakitan, segala kebencian, segala kesedihan yang selama ini berada di dalam jiwa kita sehingga tidak tertanggung rasanya. akhirnya kini kita bebas.. kerana kita tidak lagi menanggung segala bebanan itu

kepada awak yang pernah melukai saya suatu ketika dahulu, saya ingin katakan satu perkara sebagai tanda perpisahan. saya maafkan awak :)

satu ketika dahulu saya pernah menyayangi awak, dan akhirnya saya dilukai dengan harapan yang palsu sehingga saya benci awak separuh nyawa. hari ini, saya tidak lagi menyayangi awak, tidak lagi terluka, tidak lagi membenci, tidak lagi mengingati. yang ada di dalam jiwa hanyalah ketenangan dan kemaafan. semoga saya akan menemui kebahagiaan saya akhirnya suatu hari nanti. jika tidak di sini, mudah-mudahan di sana sehingga ke syurga :) 

untuk awak, saya doakan semoga Tuhan merahmati hidup awak sekeluarga, memberi kebahagiaan yang berpanjangan untuk awak sekeluarga. walaupun ada onak dan duri, semoga Dia mudahkan segalanya untuk awak. seperti mana Dia telah memudahkan saya menjalani hidup ini, menghadapi kesakitan ini. tak ada lagi dendam di dalam hati saya. saya terima dan saya redha dengan takdir ini. cukuplah setakat sebagai sahabat sahaja ;)

cuma.. saya tak mahu lagi bertemu dengan awak. jika kita berselisih, semoga saya tak akan pernah nampak awak lagi. kerana.. saya ingin menjaga hati saya dari terluka lagi. dan kerana saya ingin menjaga hati di pihak sana agar dia tidak terluka seperti mana yang saya rasa. biarlah saya sahaja yang menanggung kesakitan ini. jangan dikongsi kesakitan ini pada perempuan lain, kerana ia sungguh tidak terkata. tak ada jawaban yang boleh diberikan akan segala persoalan ini, tak ada kata yang mampu merungkaikan segala kesakitan ini. hanyalah Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasakan. jangan diuji lagi rasa ini pada orang lain. cukuplah hanya saya seorang sahaja..

selamat tinggal ku ucapkan kepadamu wahai cinta pertamaku  (✿◡‿◡)


thank you for reading my entry


ai tahu entry ini quite sedihlah jugak. tapi itulah dinamakan hidup? tak apalah.. setiap orang ada bahagian masing-masing. ai harap, korang juga menemui kemaafan di dalam hidup korang. walaupun ia sungguh menyakitkan, agak brutal untuk kita hadapi semua itu.. satu masa nanti kita akan menerima kenyataan jugak. dan waktu itu, barulah kita akan mengerti erti sebenar cinta. dan waktu itu, kita akan menemui cinta baru. yang lebih baik dari yang sekarang, yang lebih baik dari yang lepas, yang pernah kita rasakan itulah cinta teragung untuk kita. walhal ia hanyalah satu persinggahan di dalam hidup kita. cuma kita sahaja yang tidak sedar. saat kita menemui cinta yang baru, dan akhirnya cinta itu menjadi kenyataan di dalam hidup kita. itulah yang dinamakan jodoh, itulah cinta sejati kita, cinta yang teragung untuk kita. bersabarlah sehingga kita sampai ke saat itu. jika kita tidak sempat menemui cinta itu di sini, percayalah sudah tersimpan cinta sejati di akhirat sana. cinta hakiki milik Tuhan itu adalah lebih teragung dari segala-galanya. cukuplah hanya Tuhan bagiku ;)

jangan biarkan kesedihan dan rasa kebergantungan membuatkan kita sanggup melakukan perkara di luar batas sehingga melukakan orang lain semata-mata demi kepuasan diri kita

yang tersimpan di sisi Tuhan itu lebih baik jauh dari yang kita harapkan

hanyalah iman kita yang mampu mengawal kita ke mana arah tujuan kita di dalam hidup

jangan tersalah pilihan :)


thank you for reading

i hope you like it !

see you next time   \^o^/


xoxo

Lea  <3



soundtrack of the day #


          Marsha - Yang Terbaik


          Taylor Swift - Back To December


         Bunga Citra Lestari - Ingkar


         Ning Baizura - Selagi Ada..


        Geisha - Sementara Sendiri














             


































0 Comments