As Long I Love You

 As Long I love You


matahari bersinar terang di sebalik awan yang memutih

cahaya yang terbias di celah-celah daun

menyinar di wajahku

aku berjalan di bawah pohon yang berpuput lembut

angin yang berlalu menggugurkan dedaun ke tanah

perlahan ku pijak dengan langkah yang kecil

tersenyum melihat dedaun yang berguguran

mengingatkanku tentang kamu


aku menanti sinar cinta terbias masuk ke dalam hatiku

seperti mana sinar mentari terbias di celah awan menyinari bumi yang luas

namun tak ku duga bunga-bunga yang harum berguguran di telapak tanganku

oh inikah cinta?

jika ini cinta yang tak pernah terduga,

semoga ia akan kekal selamanya

sukar bagiku andainya ia berlalu pergi diterpa angin kencang ketika hati ini mulai terikat dengannya

biarlah cinta ini cinta sejati

berakhir di pelaminan, persada cinta yang diharapkan


burung-burung berjalan dengan langkah kecil

mengiringiku di dataran yang luas

ada yang memberi mereka makanan

namun sudah namanya merpati

dibiarkan saja terlihat jinak

jika dikejar terbang tinggi meninggalkan kita sendiri

di dalam kawanan burung-burung ini

aku terbayang berjalan sendirian ke arah kamu

dengan senyuman manis di wajah

aku berjalan ke arahmu yang menantiku penuh setia

bunga-bunga harum berguguran dari pohon yang tinggi

mengiringiku berjalan ke arahmu bersama sejambak bunga di tangan

kau hulurkan tanganmu saat aku sampai di hadapanmu dengan senyuman 

aku menggapai tanganmu lalu berdiri di sebelahmu

terasa erat genggamanmu seperti sudah seribu tahun kau menantiku

aku memandangmu dengan pandangan yang redup namun penuh dengan cinta yang tak terungkapkan

sungguh lama ku menantimu setelah onak ranjau kehidupan telah ku tempuhi

akhirnya ku temui cinta sejati yang ku harapkan 

dan ku inginkan

kamu memandangku dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan 

memandang anak mataku dalam-dalam

sehingga melayang jiwaku ke awan biru

tergugah dengan pandanganmu itu

angin yang berpuput lembut

menerbangkan gaun labuhkan di tanah

hampir sahaja kain veilku di kepala tercabut bersama mahkota bunga

namun kau membetulkan kembali mahkota bunga di kepalaku

lalu menolak lembut rambutku di celah telinga

tak pernah hilang senyumanmu terhadapku

walaupun hanya sesaat

kerana kau merinduiku walaupun sebelum ini kita tidak pernah bertemu

kerana aku merinduimu walaupun sebelum ini aku tidak pernah mengenalmu

kerana kau menyayangiku walaupun sebelum ini kita tidak pernah jatuh cinta

kerana aku mencintaimu walaupun sebelum ini aku tidak pernah mengangankanmu

mungkin inilah dinamakan cinta dan jodoh pertemuan

walaupun sudah melayang hati ini ke langit lalu jatuh berkecai di tanah dipermainkan insan

saat bertemu dengan jodoh yang ditentukan Tuhan

akan jua tersenyum kembali menerima cinta sejati yang tak pernah dibayangkan

cinta ini mungkin kali ini akan berakhir di syurga

walaupun kita berdua pernah menderita dilukai cinta yang lama

mungkin kita akan menemui kebahagiaan setelah kita bersama

kerana aku adalah milikmu

kerana kamu adalah milikku

kerana kita adalah saling melengkapi

kerana kita saling mencintai setulus hati


As Long I Love You

As Long You Love Me


tak ada apa lagi yang mampu menggugah kita berdua

selagi kita masih percaya antara satu sama lain

kaulah cinta sejatiku

akulah cinta sejatimu

dan kita berdua adalah cinta terakhir untuk kita  <3


Love,

Lea <3




  to my forever love <3


GOBLIN 도깨비 Soundtrack 03 Various Artists - First Love 처음사랑





0 Comments