Lama tak tengok drama melayu zaman dulu-dulu. Tak sangka tv9 ulang balik drama Diari Ramadan Rafique dekat tv masa bulan puasa baru ni. ai pun apa lagi, marathon la cerita tu hari-hari. lepas tu repeat pulak tengok dekat youtube since tv tak boleh nak tengok hari ni sebab astro potong bill. eleh astro ni, lewat sehari je bayar terus potong. tak menyempat-nyempat ! nyampahh sis
rasa macam baru semalam je kita sambut raya tetiba hari ni dah nak dekat raya haji. wuihh.. pejam celik pejam celik very the pantas youuu tetiba dah Jun. terkezut siss
kad raya pun ai tak hantar kat sesapa baru ni. kemain la janji nak hantar kat orang tu orang ni, nak hantar dekat nenek sedara kat kl dia dah lama tak balik beraya kat kelate. so, kunun lah nak hantar. pastu seminggu sebelum raya ai pun pergi la kedai buku
" bang kad raya ada tak? "
" kad raya dah takde dah zaman sekarang ni dik, "
whuttt??
sudah pupus rupanya kad raya zaman sekarang. tak ku sangka ~
so berhuhu jela balik rumah pastu tengok kad raya yang ada. sikit je ada tak cukup nak hantar dekat orang tu orang ni. last - last ai tak hantar kat sesapa senang cerita. adil kan uols? ahahahaha
takpe you, nanti tahun depan ai tempah kad raya siap-siap. puasa pun tak sempat ai dah tempah kad raya. cewwahh mengalahkan tempah kad kahwin pulak. kekekeke
ai tempah khas dari zimbabwe you yela kat malaysia susah sangat kan nak dapat kad raya. kita tempah jauh-jauh terus. terbaik dari ladang hahahahaha. lepas tu ai siapkan cop mohor sekali biar setiap kad tu ada cop khas dari ai. cewwahh mengalahkan perdana menteri pulak ai ni nak ada cop mohor segala hahahaha
raya dah habis baru kau nak cerita pasal raya lea oi
sajerr uols raya dah habis baru nak update. di musim panas sejuk tetiba hujan ribut di bulan jun ini ai fefeeling ingin update entry kat blog bercerita pasal raya. yela raya la takkan nak update pasal nek semah kahwin tiga kali pulak. haiyyaaa nenek sudah naik pelamin tiga kali kita di sini masih single. di sini single, di sana single, di sinun single semua orang single. yang di luar pulak mencaras laki orang. yang di sini mengupas kulit buah rambutan makan di pangkin petang-petang sambil tengok pakcik sapu sampah lepas tu bakar. santai ~
kenapa kita perlu mencaras laki orang kalau kita boleh memilih untuk bertenang dan makan buah-buahan dulu? musim buah dah datang baiklah kita makan buah dari mengusik pokok orang punya. 8 bilion orang di dalam dunia ini takkanlah takde yang single ~
kita kena cuma cari je dan berusaha yang terbaik. cuma jangan over , karang orang cabut. kalau ada jodoh, adalah, kalau takde, sabarlah.
mari kita beraya sambil ber oh yeah dengan Yuna chuols 🎶🎶🎙
Yuna - Raya Oh Yeah [Official MV]
ai terdengar lagu ni masa drive keluar cari barang-barang nak prepare raya baru ni. rasa macam best pulak lagu ni, ai ingatkan Yuna baru release lagu ni untuk raya tahun ni. sebab dapat jugak update yang dia release lagu baru. la, bukan rupanya. ini lagu dari tahun 2013 uols. dah sepuluh tahun ai tell you. kalau lagu yang baru tu ai kena cari. kejap ai pergi cari.
ish takde punnn. cis ni mesti dah tertukar dengan aina abdul. ataupun yuna fans je yang eksaited kunun kunun yuna nak release lagu baru raya nanti. cehh tertipu
takpe, lagu ni pun best jugak. sempoi je ~
inilah lagu raya yang paling sempoi ai pernah jumpa setakat ni. selalunya lagu raya yang ai dengar sedih mendayu melalak bagai nak rak pulanglah anakku di hari raya. anakmu sudah kehilangan ibu bapa aku anak yatim piatu musafir di hari raya. waduhh.. apa ke touching lagu raya cenggini ai nak masak pun tiberr rasa sayu dengar lagu raya yang sungguh sentimental. kenapa la lagu raya zaman dulu-dulu sedih sangat? apa yang diorang sedih kan tu? bukan ke dulu - dulu raya lagi meriah ke, jem pun takde la teruk macam sekarang sebab zaman dulu orang selalunya naik bas, kereta api balik kampung. zaman sekarang, semua orang dah ada kereta masing-masing. dah macam satu kewajipan pulak ada kereta setiap sorang. padahal okay je kalau takde kereta, public transport kan ada? sebab tu lah jalan makin jem, sebab banyak sangat kereta kat jalan raya. wahai kerajaan, bring it back public transportation to us! bas mini, segala public transportation yang ada dalam dunia ni mohon wujudkan jugak kat malaysia ni. kan best kalau malaysia macam kat london, ada tram lah, bas lah siap ada jalan khas untuk kenderaan awam. takde la sesak macam malaysia ni. kalau malaysia ni kan ya rabbi sakitnya hati menghadap jem. itu belum lagi cuaca panas lepas tu bila bukak radio lagu punya lah tak sedap penyanyi over confident menyanyi tarik suara tinggi-tinggi padahal suara macam itik serati. eiiiii ai rasa nak hon beratus kali tau
bukan sebab marah jem teruk kat depan tapi sebab penyanyi zaman sekarang suara lebih teruk dari itik serati. dari mana confident mereka dapat sampai boleh jadi penyanyi? mohon bagi sikit confidence tu dekat ai, ai pun nak jugak.
so, bila dengar lagu yuna ni ai rasa santai je. panas cuaca pun tak terasa sebab lagu sempoi sangat. ai tak sangka lagu ni ada sejak 2013 lagi. tak pernah dengar pun selama ni waima kat tv. kenapa baru sekarang lagu ni muncul? underrated betul
kalau dulu-dulu di zaman ai muda mudi baru remaja, ai tak gemar sangat lagu yuna. muziknya tak masuk dengan jiwa. so ai jamming lagu korea je, lagu english pun susah nak masuk ke dalam jiwa kecuali greendays, fort minor, enrique iglesias. cerewet sungguh
tapi sekarang lagu yuna betul-betul masuk ke dalam jiwa. rasa relatable je dengar lirik lagunya, lagu pun santai. takde stres berdentam dentum suara high note bagai konon nak tunjuk vokal tapi akhirnya dengar macam menjerit je. sakit tau telinga dengar penyanyi cenggini menyanyi. ai dah tobat nak dengar lagu aina selepas telinga ai rasa perit lepas dengar lagu dia. suara dia menjerit uols, bukan vokal terbaik macam penyanyi zaman dulu. insaf sis tak mau lagi dengar suara penyanyi macenggini. demi kesihatan telinga ai lebih baik kita dengar suara penyanyi yang santai-santai je. haaa ni adalah tu fans aina buat thread berkajang-kajang kat twitter kritik sesiapa saja yang tak boleh terima style penyanyi idola diorang. lantak pi la kat hampa. setakat fans aina pejam mata je, tiada siapa yang boleh lawan fans bts. yang tu next level punya garang, salah sikit je sentap. hati tisu sungguh
lagu yuna sangatlah relatable lepas tu lirik dia takde la jiwang sangat tahap bersemut. nak muntah pelangi you dengar lagu yang liriknya jiwang sangat ni. geli geleman tau tak
kalau nak share lagu ni dekat crush ke apa takde la kan malu sangat sebab jiwang. lagu dia straight to the point. kalau kita ni jenis susah nak luah apa yang kita rasa dekat lelaki sampai diorang salah sangka dengan kita. bolehlah pilih mana-mana lagu yuna lepas tu share dekat dia. tu je cara nak sampaikan apa yang ai rasa dalam hati. takde lah dia nak marah dengan ai lagi
tapi tulah, ai sekarang ni single. tak dapat nak share dekat sapa-sapa lagu yuna fevret ai ni
korang pulak macam mana? masih single lagi ke uols?
biasalah hidup ni, kita kena patah hati dulu kena tinggal hadap fasa lonely sendirian tanpa teman. lepas tu baru jumpa yang baru. mungkin, sebab Tuhan nak ajar kita erti kehidupan. sebabkan patah hati ini kita belajar untuk menghargai cinta yang akan datang di masa hadapan. sebab kita dah rasa sakitnya putus cinta, bergaduh dan tak berbaik kerana kebodohan masing-masing termasuk jugak ego kita. akhirnya kita belajar untuk menjadi orang yang lebih matang dan lebih cool untuk handle soal cinta di masa akan datang
mungkinlah ~
takpelah, kita buat relax wat peace je dengan hidup ni. tak perlu gabra uols, orang lain nak kahwin kita pun nak kahwin. takpe, tenang - tenang semua. tak lari gunung dikejar uols. kejar-kejar ni nak pergi mana? kang kita jugak yang menyesal sebab terkejar sangat sampai terlepas pandang pada orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. hidup ni kena rasional, belajar lah tinggi mana pun buatlah pilihan yang rasional. jangan ikut kata hati dan jangan ikut kemarahan kita. marah tu sekejap je. bila dah habis kemarahan kita, akhirnya kita yang menyesal buat keputusan terburu-buru macam tu. waktu itu baru kita tahu orang yang kita marahkan sangat itulah orang yang paling kita sayang. tapi dah tak berguna dah kita jugak yang tinggalkan dia. so, makanlah balik keegoan kita tu ha
cehhh tetiba jadi profesor cinta pulak dekat sini hahaha
takpe chuols, kalau ada rezeki ai bukak agensi mencari jodoh. since zaman sekarang krisis single makin meningkat sama dengan suhu negara malaysia ni ha. kalau bukak agensi mencari jodoh ni mau masyuk sisss. semua orang single, yang berkahwin pun jadi single balik tak menyempat tunggu raya bulan puasa pun cerai jugak. kalau bukak agensi mencari jodoh ni mau berpusu-pusu orang datang sis especially andartu dan bujang lapok. ramai yang nak mohon servis you. tak payah dah jadi scammer buat bisnes konon berjuta-juta tapi hakikatnya tipu orang sana sini lepas tu makan duit haram. kaya di atas derita orang lain. bahagia ke hidup kaya raya di atas air mata orang yang kau zalimi tu? geram tau orang cenggini
so lebih baik buat bisnes yang memberi perkhidmatan dekat orang walaupun belum tentu kaya macam lavida denova di syukri di kaya ya habibi segala mv merepek keluar dekat youtube sungguh tidak tau malu. tiberr
merapu sungguh post ai tulis ni. langsung tak linear dia punya jalan cerita. bersimpang siur sungguh cerita yang ai tulis ni. segala topik boleh masuk dalam satu entri ye sister
cakap pasal jodoh, raya baru ni semua orang dah start citerr pasal jodoh. hadoi, masing - masing tak menyaborr nak kahwin. apalah salahnya single, boleh explore dunia dan capai segala cita-cita. ini, settle down awal sangat tak ke rugi umur tu. muda- muda dah kahwin, pergilah cari ilmu dulu, bina karier & explore dulu dunia. jalan-jalan sana sini, cuba segala benda baru yang kita tak pernah buat selama ini. berkawan dengan segala jenis manusia dalam dunia ni. kenal-kenal dengan orang itu, orang ini. biar luas pemandangan, biar luas pemikiran. tapi itulah, siapa la kita nak menghalang orang dari nak kahwin. kalau diorang dah gabra sangat, biarkan jelah. cakap pun tak guna. orang dah menggelupur nak kahwin uols ~
itu dari sudut orang single, dari sudut orang yang dah kahwin pulak yang ai jumpa. ramai yang sedih, ramai yang broken, ramai yang di hujung tanduk dan ada jugak yang dah bercerai. melihat sedara mara yang dulunya happy dan hidup tenang je masa single, sekarang berubah menjadi sedih dan termenung sana sini. rasa sedih sangat tengok diorang. kenapa teruk sangat ujian diorang dapat pasangan yang tak berguna sampai macam tu sekali diorang menderita? padahal diorang ni baik kot, ai rasa ai tak pernah jumpa lagi orang sebaik dan sesabar dia dalam dunia ni. tak sangka dapat jodoh yang sebaliknya pulak. menderita selepas berlaki padahal masa single happy happy saja. ai tak tau nak cakap apa dekat dia since ai pun single. kang tersilap cakap ada jugak yang kena kang. haih, kalaulah ai dah grad dah ada degree law bolehlah ai tolong dia. ini, baru je nak masuk belajar tak mampulah nak tolong dia bagi nasihat pasal perkahwinan. incase lah kan kalau dia nak proceed ke arah mahkamah etc. kalau dulu, kitorang ada uncle yang jauh sikit jarak sedara mara tu yang kerja lawyer syariah. tapi sayang dia dah meninggal sebab kanser. kalau dia masih hidup, confirm ai pergi jumpa dia and mintak nasihat dengan dia untuk tolong bff ai ni. kalau nak harapkan bff ai ni, memang apa pun tak jalan. diri sendiri pun dia tak mampu nak tolong, macam mana dia nak cari jalan untuk melangkah keluar dari derita? kita jugaklah kan yang kena tolong dia sebab kita lebih waras dan lebih tahu cara nak selesaikan masalah yang tak tertanggung olehnya. tapi sayang, arwah dah takde. tak bolehlah ai nak mintak tolong dengan dia huhuhu
ada perbezaan berborak dengan orang yang single dengan orang yang dah kahwin
orang yang single waktu ai berborak dengan diorang masa raya baru ni, kesulitan diorang cumalah jodoh. tanya pasal kerja, okay je gaji pun bagus. cuma kadang-kadang bos tak guna aniaya pekerja sendiri. kereta dah ada, kerjaya dah ada, rumah pun bakal ada, cuma jodoh jelah yang tak ada. adalah jugak derita dan masalah diorang yang lain. cuma biasalah hidup, ada suka dan dukanya..
orang yang dah berkahwin pulak, bila berborak dengan diorang mata tu nampak sedih je. bila tengok macam mana diorang mengurus rumahtangga diorang baru ai tahu kenapa kesedihan tu ada di mata diorang. diorang tu macam hamba abdi je, semua benda letak atas kepala dia. semua benda dia kena urus. pasangan diorang pulak langsung tak buat apa-apa kerja. ai rasa nak tumbuk je muka pasangan diorang bila tengok diorang berperangai macam raja. tergamaknya korang buat pasangan korang camni. mana hati perut korang ha? nak kahwin tu sebenarnya nak dapatkan bibik untuk diri sendiri rupanya. bukannya sebab nak bahagia bersama-sama sehingga ke syurga. manusia oh manusia
ada yang bercerai walaupun tak sampai 5 tahun berkahwin, ada yang bercerai setelah 15 tahun bersama
hidup ni memang tak pernah dijangka
memang sedih kan tengok pasangan yang kita sangka bahagia bercerai berai jugak akhirnya
bila tengok orang sekeliling bercerai berai, barulah ai sedar kebahagiaan tu tidak terletak pada pasangan kita. tapi pada diri kita sendiri. hidup ni bukan fairy tale, happily ever after macam cerita disney. ramai yang kecundang di tengah jalan, dan ramai yang bertahan dan makan hati selama bertahun-tahun menanggung pasangan yang membuatkan mereka menitiskan air mata di setiap malam. sedihnya kehidupan
akhirnya ai sedar, orang yang single inilah sebenarnya lebih bahagia dari orang yang berkahwin. orang yang berkahwin tu nampak sweet dekat media sosial sebab nak cover je. hakikatnya realiti tak sama dengan apa yang ditunjukkan dekat media sosial
jadi, kita yang single ni usahlah bersedih hati kerana kita belum berpunya lagi. mungkin Tuhan melindungi kita dari bersama dengan orang yang tak berguna. sebab itu jodoh kita belum sampai walaupun umur kita semakin meningkat
bertenanglah, tak lari pun setiap apa yang telah ditakdirkan di dalam hidup kita. cuma belum sampai masa sahaja lagi. satu masa nanti, ia akan bergolek datang ke depan kita bila sudah sampai masa jodoh kita. inshaa allah
mungkin bukan sekarang, mungkin bukan selepas ini, ia akan sampai di waktu yang tepat
berdoalah kepada Tuhan agar jodoh kita sampai di waktu yang tepat dan kita mendapat jodoh yang terbaik. bukannya jodoh dari neraka, kalau jodoh seperti itu minta dijauhkan
biarlah kita dilindungi dari mendapat jodoh yang menyakiti kita
hidup ini terlalu sekejap untuk bersama dengan orang yang sentiasa menyakiti kita tanpa belas
hidup ini hanya sekali, ia tak akan lagi berulang untuk kita di masa depan
kalau yang sekarang itu menyakitkan, lepaskanlah dia agar kita tidak terseksa buat selama-lamanya. hidup ini adalah satu pilihan. apa yang kita pilih menentukan masa depan kita. jangan rugikan masa bersama dengan orang yang melukakan kita
pilihlah yang terbaik, pilihlah diri sendiri dan anak-anak lebih dari orang lain. jodoh itu adalah milik Tuhan. berdoalah kepada Nya agar mendapat jodoh yang membahagiakan kita. bukan yang membuat kita menderita. lepaskanlah tali yang menjerut tangan kita kerana tak semua tali itu mampu menyelamatkan kita dari derita
kadang-kadang sendirian itu lebih bahagia dari segalanya
bersabarlah duhai hati
pilihlah diri sendiri sebelum mengorbankan diri pada orang yang tidak pernah menghargai
kerana hidup ini hanyalah sekali, tidak akan berulang lagi kembali
bahagia itu terletak pada tangan kita sendiri
so, choose wisely
untuk kebahagiaan diri kita jugak, dan untuk orang lain ;)
be strong okay ladies & gentlemen
beranilah dalam membuat keputusan yang akan mengubah hidup kita
jangan menjadi kejam pada diri sendiri semata-mata kerana pengorbanan
Tuhan tak suka pada orang yang menzalimi dirinya sendiri
berpautlah pada Dia dan berusahalah mengubah takdir kehidupan dengan doa dan usaha yang datang tulus dari jiwa
inshaa allah, Dia akan menolong kita
percayalah padaNya :)
thanks for reading 🌹
xoxo
Lea <3




0 Comments