salam aidiladha everyone !
may allah grant you paradise for those yang ambil bahagian korban daging. untuk chuols yang tak amik bahagian, selamat menjamu selera uolss hehe
raya tahun ni sendu sikit. ala biasa la raya haji what do you expect.. bukannya macam raya puasa ada 30 hari raya. so.. sendu la raya haji sebab sambut dua hari je and kebanyakannya tak balik kampung pun kecuali kalau yang ada cuti panjang & ambik bahagian korban. barulah diorang balik. haih... i miss everyone
okay hari ni ai nak cerita pasal filem korea yang ai tengok, The Devil's Deal
seriously, sungguh sakit hati dengan ending cerita ni tapi memang real pun kan dalam realiti banyak kes macam tu. walaupun sakit hati dengan ending cerita ni, masih tak boleh lawan ending Asura : The City Of Madness. yang tu next level punya gila
the devil's deal ai tengok dekat astro first, nampak je muka Cho Jin Woong dekat poster on the spot ai beli. memang dia favorite actor ai la lepas tu ada Lee Sung Min & Kim Moo Yeol yeahh memang confirm citer ni mesti mantap punya.
okay cerita ni best not bad, tapi kurang umphhh. tak sampai pun expectation ai, ingatkan bagus rupanya tidak. ada yang kurang sikit dalam cerita ni. well, tak semua skrip tu bagus seperti apa yang diharapkan. tapi bolehlah worth watching. cuma lakonan Lee Sung Min kurang kick tak macam selalu. kurenggg sikit dalam cerita ni, mungkin expectation ai tinggi sangat kot. yelah dah tengok dia berlakon sejak zaman King 2Heart lagi of course la ai expect yang terbaik dari dia. mungkin dia terlalu fokus dekat cerita Reborn Rich so untuk cerita ni macam kurang sikit..
untuk Cho Jin Woong as usual lakonan dia memang mantap 🌟
betul-betul berkelas punya ~
memang rasa kena betray dengan dia dalam cerita ni. tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat orang yang dah tolong dia untuk jadi politician. dasar politikus pandai berjanji tapi akhirnya khianati semua orang yang dah berkorban untuk dia. memang sampah masyarakat betul. choiiii
cerita ni memang sesuai dengan nama tajuk. betul-betul devil sanggup aniaya orang biasa demi kepentingan diri. untuk jadi righteous person kena ada tempatnya, dan yang penting kena ada kuasa. kalau takde semua tu jangan jadi baik tak bertempat. nanti dipijak lumat macam ulat je, hati kering sungguh. memang betul-betul kena betray semua orang dalam cerita ni. ai memang sakit hati dengan Jeon, kenapa dia bodoh sangat pergi balik dekat bos dia yang dah buang dia & buat dia macam anjing kurap. tagune betulll
arghhh ai betul-betul marah dengan cerita ni
apa pun cerita ni masih tak boleh lawan cerita The Gangster, The Cop, The Devil. cerita ni paling best untuk ai dari pengarah yang sama untuk citer devil's deal. the gangster lagi mantap lepas tu ending dia memang puas hati sangat. memang power betul orang korea buat cerita. setaraf dengan filem hong kong zaman dulu. bayangkan kalau malaysia boleh buat cerita macam ni ~
haihhh dalam mimpi jelaaaa
antara filem korea pasal gangster, ai paling suka cerita Asura : City Of Madness. mindblowing sungguh jalan ceritanya. memang next level takde sape boleh challenge penulis skrip yang mampu olah cerita yang gila macam ni. hebat sungguh penulisnya, ai sendiri tak tercapai ke tahap tu.
tapi yang paling classic adalah A Hard Day, Cho Jin Woong pelakon utama cerita tu. wuishhh filem tu sampai kita nak nangis tengok macam mana jahatnya villain sanggup bunuh orang macam tu je. untuk cerita tu ada ramai scriptwriter yang bergabung tulis cerita tu. memang mantap habis 🌟
HEBAT
tu je yang boleh cakap pasal cerita A Hard Day
tengoklah sendiri macam mana cerita tu. memang adrenalin kencang habis youu tengok cerita tu. memang besttt percayalah cakap ai. kecuali kalau korang sejenis sentimental tak minat cerita pasal jenayah & heavy macam ni. kalau macam tu, ai suggest korang tengok filem lakonan Son Ye Jin. haaaa sentimental lahh puas-puas sisturrr. beli sedozen tisu pun tak cukup asyik nangis je haha. The Last Princess cerita yang paling terbaik untuk ai, memang Son Ye Jin betul-betul keluarkan segala bakat yang terpendam dalam diri dia. hebatttt
satu lagi cerita yang bagus, pasal budak sekolah yang dibesarkan untuk jadi pembunuh. wahhh cerita tu best!! Hwayi: A Monster Boy , tajuk filem tu. memang best cerita ni, tak sangka Yeo Jin Goo yang tua setahun je dari ai boleh bawak watak power macam ni dalam usia muda sangat. memang talented habis dia ni, woww
dan untuk drama pulak ~
Mr. Sunshine
walaupun ai belum tengok lagi semua episod cerita ni, ai tahu cerita ni gempak gilerr. belum sempat tengok lagi cerita ni, sempat tengok dekat shorts youtube je. tengok tak sampai dua minit pun ai dah tahu cerita ni memang classy. apatah lagi Lee Byung Hun yang berlakon lagilah kita tahu yang cerita tu high quality. Lee Byung Hun antara artis high profile dekat Korea. dia jarang berlakon drama, hanya filem je dia berlakon. kalau dia berlakon drama, maksudnya skrip drama tu memang mantap. lagi pulak ada pelakon fevret ai Byun Yo Han. wowww dia ni kalau berlakon memang ada CLASS. walaupun muka dia bukan muka tipikal kpop muka putih bibir merah tapi lakonan dia memang wow hebat gila. takde sape boleh challenge dia bab berlakon. pastu dia jarang betul berlakon drama, susah nak cari drama yang dia berlakon. kalau dia berlakon drama tu memang tak boleh dilepaskan lah peluang tuuu
![]() |
| muka dia ada iras Kim Seon Ho lah |
kiranya dalam cerita ni pelakon tu adalah antara list pelakon high profile yang jarang-jarang berlakon drama. Kim Tae Ri pun ada dalam cerita ni. lepas tengok perfomance dia dalam filem The Handmaiden ai just wowwww
dialah pelakon perempuan muda yang paling terbaik ai pernah jumpa setakat ni
tiada siapa boleh lawan Kim Tae Ri. memang mantaplah lakonan dia walaupun dia tu muda lagi, even child actor yang berlakon sejak kecik sampai besar pun tak boleh lawan dia. contohnya pelakon very the kayu kita Park Shin Hye. hype sebab berlakon the heirs je dengan lee min ho. lakonannya pulak hauk ke lautan sunda. takde makna ai nak minat dia kalau lakonan sekeras kayu. kayu jati dekat borneo pun boleh potong buat kerusi, buat almari bagai. siap boleh ukir lagi walaupun keras. tapi pelakon kayu, potonglah macam mana pun, ukirlah macam mana pun tetaplah tara tu jugak. hmm entah la labu
Lee Byung Hun ni walaupun muka dia macam rohingya kerja dekat stesen minyak petronas kau jangan main-main lakonan dia memang mantap beb. setaraf dengan Tom Hanks, Leonardo Dicaprio & ai rasa lagi bagus kot. lakonan dia memang sungguh berkelas, next level lebih tinggi dari mana-mana pelakon terbaik Korea. dia tu bukan lagi tahap Korea je, tapi tahap international terus. sangatlah hebat lakonannya rugi kalau korang tak tengok cerita dia berlakon. cuma tulah, kalau bab skandal dia dalam private life tu buat kita turn off sikit. tapi tulah dah namanya retis ofkos lah kann ada skandal masing-masing. even Remy Ishak pujaan malaya pun serupa je ada skandal jugak inikan pulak dia. setiap pelakon ada kelemahannya tersendiri, terpulang kepada kita sebagai penonton sama ada ingin menerimanya atau menolaknya terbuang sampai ke laut dalam. pilihan itu di tangan kamu :)
![]() |
| walaupun mukanya seperti brader rohingya keje dekat stesen minyak tapi lakonannya meletop-letop |
![]() |
| tengok ekspresi muka dia, mantap ! kalau nak harapkan cha eun woo memang sampai kucing bertanduk lah muka dia tetap sepesen gituu |
![]() |
| lelaki kalau pakai vest memang nampak auto hensem di mata ai walaupun rupa dia biasa-biasa je. naik seri diorang bila pakai vest ✨ |
![]() |
| patutnya citer mr sunshine la yang keluar dekat tv3. ini tidak, drama cinta kebudak-budakan tu jugak yang diorang tayang dekat tv. tak patut sungguh ~ |
![]() |
| lelaki yang berkulit gelap ni nampak seksi dan manly rupanya. ai je yang tak pernah sedar selama ni. hmm |
okay, sampai sini sajalah ai rant about korean film & drama fevret ai. ada banyak lagi list drama fevret ai tapi tak muat pulak nak tulis dalam post ni. nanti ai tulis dalam post yang lain ye pasal fevret drama ai. tapi drama korea lah bukan drama negara lain. sorry ~
kalau dulu drama mexico lah yang top dekat malaysia. tapi sekarang drama negara sana dah takde dah kat sini. ala biasa la meleis kalau telenovela negara mexico tunjuk sekali lagi kat sini maunya ummah meleis malaya hencap kata haromm haromm. habis tu yang diorang buat perangai haram jadah dalam kehidupan seharian tu boleh pulak? eleh sungguh tidak adil. choiii
sekarang musim korea tengah melanda dunia. musim sepanyol dah habis berzaman dah, bagilah can dekat korea pulak kann. lagipun kualiti drama & filem dari negara sana memang next level habisss. genius, itulah perkataan yang sesuai untuk pengarah dan penulis skrip dari negara korea. kerana diorang, ai inspired untuk menjadi penulis terbaik seperti diorang. inshaa allah one day ai akan jadi penulis yang terbaik seperti diorang. tulis karya yang berkualiti ✨
kadang-kadang dengan menulis ni ai boleh escape dari realiti. lupa pada masalah sendiri, lupa pada kehidupan sendiri yang sungguh sedih ni. bila menulis, idea mencurah-curah sampai ai lupa pada keadaan sekeliling. terus menulis dan menulis sehingga beratus muka surat. semoga impian ai untuk menjadi scriptwriter & penulis buku akan tercapai suatu hari nanti 💖
thank you kerana sudi berkunjung ke blog ai. walaupun siapa pun korang, semoga korang rasa happy setiap kali bertandang ke blog ai. mungkin ai jenis old school tulis entry panjang-panjang instead of bergelek depan henpon menari lagu korea. sorry ai tak minat nak bergelek. not my style ~
walaupun ai lebih dari pakar bab kpop ni, segala steps koreografi lagu korea semuanya dah ada dalam kepala. pejam mata je kalau nak menari lagu kpop ni tapi ai lebih suka menulis blog. dari zaman remaja sekolah lagi dah minat menulis. dulu-dulu zaman blog tengah meletup ai selalu follow penulis blog yang best-best. berangan nak jadi penulis blog macam diorang jugak cehhh. tapi waktu tu laptop belum ada, kalau ada pun internet waktu tu tak laju macam sekarang. setakat boleh on facebook je cemana nak menulis blog you. sekarang jelah baru boleh bukak blog sendiri sebab internet dah laju gilerr sekelip mata je boleh surf macam-macam benda. cuma tulah blog dah tak meletup macam dulu. tapi ai peduli apa, asalkan ai bahagia menulis blog itu dah cukup. it's doesn't matter you are on the top or not. as long you happy with what you've done that's matter the most
kalau nak popular bukaklah ig posing macam artis. jadilah instafemes
kalau nak popular dan jadi pujaan orang bukaklah tiktok. bergelek sakan dan ramai orang minat sebab kita pandai menari
kalau nak popular dan kaya bukaklah youtube. buat content yang bagus dan menarik biar semua orang tertarik. bukan setakat popular, duit pun masyukk
tapi ai tak minat untuk jadi popular. tak semua orang sukakan perhatian
lebih suka hidup low profile walaupun kadang-kadang sendu sebab tak join the hype.
biarlah asalkan ai bahagia. hehehe
best je menulis blog ni, ada je orang yang datang melawat. dan mungkin ada orang yang ai selalu mention dalam blog ni datang melawat blog ai jugak. ampunkan sisterr jika terkasar bahasa. ai cuma menulis untuk suka-suka je, melepaskan stres aje bukannya bukak page anti fan ke apa haha. sis tidak rajin untuk bukak page kutuk public figure yang ai benci. tak kuasa sis nak mengutuk diorang. lantak kau lah labu nak terjun ke nak tergolek ke ada ai peduli? baik ai menulis tenang-tenang je kat sini. citer pasal life sendiri, pasal drama dan filem fav ai, idola kesayangan ai etc. hidup ni sudah terlalu kejam untuk kita. why ai nak spreading hate dekat sini? biarlah tenang- tenang saja. tak marah dan bergaduh dengan orang, tak kacau orang dan bertenang aje kat sini.
cuma tula ai tak rajin update blog macam penulis lain selalu je update post baru cerita pasal itu ini. buat review produk itu ini. alaaa ai malas
lebih rajin tengok drama dengan filem dekat tv. hiks
lepas tu citer dekat sini tehehehe
gambar sendiri pun ai tak pernah post dekat sini. hmm ai jarang la ambik gambar sendiri..
selalu amik gambar orang je, lebih suka jadi photographer dari amik gambar sendiri. itu yang takde gambar nak post dekat sini. sebab memang takde gambar yang diambik pun. alahai ~
ai patut amik gambar diri sendiri lepas ni, buat kenangan simpan dalam album. hargai diri sendiri.. jangan nak amik gambar orang je sampai lupa diri sendiri. huhuhuhu
itulah nasib cameraman uols. takkan pernah ada gambar sendiri sebab sibuk ambikkan gambar untuk orang lain. hoho
okay sampai sini sajalah ai rant malam ni. semoga korang suka dengan apa yang ai cerita hari ni. kalau ada terkasar bahasa atau kengkadang nampak poyo maafkan sistahh. biasalah manusia ada kelemahan sendiri. cehhh
thanks for reading. jangan lupa tengok cerita yang ai dah list kan tu. nanti di lain hari bila ai ada masa ai list kan pulak drama fevret ai. banyak sebenarnya tau, mungkin ai kena listkan dekat side blog ai . senang untuk korang setiap kali datang kat blog tengok je dekat segala pin kat tepi ni list drama yang ai dah siap-siap tulis. settle masalah korang hehehe
apa pun, selamat hari raya. semoga raya tahun ni korang tetap hepilah jumpa ahli keluarga walaupun raya haji selalunya senduuu
okay babai everyone
thanks for reading !
xoxo
Lea <3 🌹

















































0 Comments