back to december

                     Clear blue water

           High tide came and brought you in            And I could go on and on, on and on, and I will            Skies grew darker            Currents swept you out again            And you were just gone and gone, gone and gone
            In silent screams            In wildest dreams            I never dreamed of this
            This love is good             This love is bad                This love is alive back from the dead, oh, oh, oh                    These hands had to let it go free, and
                        This love came back to me, oh, oh, oh                            Ohh                                Oh, oh, oh

            This Love ( Taylor's Version )

this november rain truly cold and wrap us with unspeakable wind. almost suffocated because of that ~
bulan november, december, bulan yang paling depressing untuk setiap tahun. isn't ?
it's been a long time since i've write a new page in this blog. menghilang dengan angin gitu je macam tak pernah wujud. eheeeee at least ai update jugekk poem dekat sini ekk? kikikiki

haluuuuuuuuuuuu everyone
how was your day? oh i'm fine (cewwahhh kununnya )
welp, actually quite depressing jugak. but what to do, cuaca dah macam ni kita hadap jela. at least tak se depress luar negara, sekarang dah nak masuk winter. angin sejuk mencengkam tulang ni memang boleh mengubah suasana hati kita. including song jae rim
sighh...
i baru je borak-borak pasal dia dulu. takde la baru sangat, dua tahun lepas jugak. tak sangka dia pergi dengan keadaan macam tu. sedihnya.. orangnya happy go lucky, selalu je senyum-senyum tak pernah pun buat muka masam. dekat variety show dahlah kelakar gilerr. tapi tulah member tak popular mana, walaupun dah lama dalam industri but still.. susah nak dapat tempat. job berlakon pun tak banyak. variety show tu pun kira bertuah la. dalam keadaan ekonomi macam ni, siapa yang tak depress. lebih sedih bila baca kisah sebenar dia, sangat struggle kena jadi breadwinner dalam family sampai kena dropout university, semata-mata nak bagi laluan kepada adik dia sendiri supaya berjaya dalam hidup dan akademik. he sacrifice a lot, bila kerja sebagai artis, job pulak tak banyak back to back. yelah cane nak dapat kalau produser asyik bagi dekat top idol je. balik-balik muka artis yang sama je atas alasan muka jambu dan hensem, boleh tarik international fans walaupun berlakon kayu sekayu kayu jati. hampeh betulll. pelakon yang talented pulak dibiarkan.. akhirnya diorang jobless. terlalu ramai dah pelakon sendu yang meninggal sebab.. yeah you know if you know
poor you jae rim
you seorang anak yang baik, sanggup korbankan masa depan sendiri demi nak sara keluarga. sanggup tak kahwin sebab nak cari duit demi keluarga. tapi begitulah, hidup ini keras, hidup ini tidak adil. walau sebanyak mana pun kita berusaha, belum tentu kita akan berjaya..
orang kata kaya tak semestinya bahagia
tapi bagi ai, miskin pasti derita
tengoklah jae rim.. kerana tiada duit akhirnya itulah pengakhirannya. kecewanya tengok orang yang macam dia susah payah struggle, masih jugak tidak berjaya. walaupun dah lama berlakon, masih tak dapat tempat, walaupun kelakar dan talented dalam variety show, masih tak pernah ada rezeki untuk jadi permanent member kat mana-mana variety show atau at least jadi tetamu. hanya sekali sekala je, itu pun nasib baik. ai ingat lagi episod dia sebagai tetamu dalam variety show Sixth Sense. kelakar gilerr dia dalam tu, siot la selamberr je dia bahan Jessi dengan member yang lain. punya la kelakar. tapi tulah, dia tak ada nama. so sebab tulah susah nak naik. kalau bukak variety show, balik-balik muka orang tu je. yelah anak orang kaya la katakan. walaupun muka tak hensem langsung, tak kelakar pulak tu & sangatlah annoying. masih jugak ada muka dia di mana-mana, sebab ada kabel. untunglah ~
kamu jae rim, kamu takde kabel. sebab tu kamu tak berjaya. haihh.. bukan kat malaysia je guna kabel, kat korea sinun pun sama. sedihnya kehidupan ni...
apakan daya, jae rim dah pergi.. terpaksalah melepaskan dia walaupun sedih di hati. terima sahajalah kenyataan yang dia sudah tiada. ai tak nak komen kehidupan dia di alam sana nanti. itu antara dia dengan Tuhan. ai sendiri pun belum tentu pengakhirannya so jangan sibuk nak judge orang. apa pun.. ai akan kenang senyuman & kebaikannya. he's so warm & kind, sangat gentleman tak pernah pun menggatal dengan artis perempuan. sangat caring dan baik, berbudi bahasa dan penyabar. dia seorang yang baik budi. cuma tulah.. kalaulah dia luahkan apa yang dia rasa, pasti kita semua boleh beri sokongan pada dia. tapi takpelah nak buat macam mana. hanya mampu berserah sahajalah..
selamat tinggal wahai song jae rim ku  🥀

okay, back to the story

best tak lagu this love taylor swift tu? best kannn

tu lagu fevret ai, bila release tu ai terus dengar. tenang je lagunya, antara yang old version dengan taylor's version. ai suka yang taylor's version lagi. sebab yang ni lebih bright and rasa positif berbanding yang lama. yang lama tu rasa sedih gilerr. yang ni rasa happy tapi enchanting. rasa cam dengar sambil berjalan masuk ke dalam enchanted forest waktu lepas hujan gittcheewww. ai memang shukeee lagu ni, underrated dan tak ramai yang tahu. dulu lagu enchanted underrated, hari-hari ai dengar. tapi tiberrr boom meletup tak tahu dari mana. cissss tak pasal-pasal lagu tu dah tak underrated dah. so ai lompat pergi ke lagu-lagu dia yang tak popular sangat tu. biar swifties je yang tahu lagu-lagu dia yang special tapi underrated. biorrr lerr kami duduk dalam sarang arnob diam-diam kat bawah ni sambil dengorr lagu taytay yang best tapi tak popular. gitcheww

mohon jangan popular lagu this love ni yachhh


ai lupa ai nak cakap apa sebenornyerr yach. aiseymen

tapi takpelah kita hentam jelah. tadi petang ai pikir nak update new entry yelah maklumlah lama bebeno belog gue ini tidak dihapdet. dah ada idea dah tadi tu, tapi tulah skang dah pukul 1 pagi lebih ziss sudah luperr apa yang ku hingin update. hentam sajalah labuuuu


dalam keadaan hujan lebat macam ni.. 

tetiba ai ingat kisah ai di waktu lalu, sepuluh tahun lepas. rasa macam kejap je masa berlalu. ingatkan baru sepuluh hari tapi rupanya dah sepuluh tahun. sigh..   cepatnya masa berlalu


kalau ai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, ai ingin kembali ke masa empat belas tahun lepas. i want to erase everything, i want to change everything, i want to stop myself dari berjumpa dengannya. so ai takde la perlu menderita macam ni sekali. berapa banyak air mata telah dikuras keluar sehingga terasa hampir tercabut keluar jantung ini..

tak lama lagi, akan masuklah anniversary yang ke sepuluh setelah lama berlalu. tak sangka, dah sepuluh tahun ai berpisah dengan seseorang. pilihan ai sendiri, ai yang memilih untuk berundur. pilihan itu adalah untuk kebaikannya sendiri jugak. bukan untuk sesiapa, bukan untuk ai sendiri, tapi untuk dia. kalau ai tak buat macam tu, tak berkorban macam tu, hidup dia akan susah bila berada dengan ai. so ai pilih cara sebegitu supaya dia pergi buat selama-lamanya dari hidup ai.

            i'd burned the bridge before he even could reach me

i'm so sorry...

kalau you duduk dekat tempat ai pun, you akan buat benda yang sama.

tak ada sesiapa yang nak orang yang dia sayang hidup susah dengan dia, korbankan segala-galanya untuk dia termasuklah cita-cita dia. semata-mata hanya kerana dia

so, sebelum semua itu berlaku lebih baik ai mengundur diri

kejamnya pilihan ai time tu.. tapi kejam lagi kalau ai bersama dengan dia. so lebih baik ai tinggalkan dia dengan cara macam tu..

                                                Yesung - It Has To Be You


pilihan ai tu sangat kejam, cara ai buat pun tersangatlah kejam. tapi ai terpaksa jugak buat cara macam tu. supaya dia benci ai, berpaling pergi dari ai, dah tak akan tengok ai lagi dan pergi buat selama-lamanya dari hidup ai. lebih baik dia benci ai daripada dia berada di sisi ai dengan keadaan yang sedih dan hopeless

malam itu adalah malam yang paling hopeless bagi ai. perhaps di bulan december atau mungkin penghujung november. ai dengan berat hati buat keputusan macam itu walaupun terasa macam separuh mati. ai masih ingat ai pandang dia buat kali terakhir pada malam itu. mata ai beri seribu jawapan untuk dia. mata yang menghantar bahasa cinta, ' selamat tinggal kekasihku, semoga kamu baik-baik saja tanpa aku. biarlah aku mengundur diri, pergi buat selama-lamanya dari hidupmu. selamat tinggal cinta '

kalau boleh ai tak nak buat semua tu. separuh mati rasanya saat ai buat keputusan macam tu. tapi, begitulah, itulah pilihan ai, begitulah cinta ~

kalau diberi pilihan sekali lagi untuk kembali ke masa itu, ai tetap akan buat pilihan yang sama. cuma kali ini, ai akan cakap dekat dia kenapa ai perlu pergi. kali ini, ai akan bagi dia peluang untuk dia buktikan dia boleh buat apa saja untuk ai walaupun ai akan constantly reject him. cuma begitulah.. kita memang tak akan mampu kembali ke masa lalu..


                                    Amy Mastura - Hanya Mimpi


                               Amy Mastura - Siapalah Aku


hajat ai hanyalah sederhana saja.

ai nak dia hidup bahagia walau di mana sahaja dia berada. walaupun bukan berada di sisi ai. biarlah dia naik ke langit dan terbang ke angkasa raya sana. dan ai pulak, biarlah di sini, di bawah sini, hanya mampu melihat dia terbang di langit dengan orang lain. untuk ai pulak, biarlah ai berada di bawah sini. ai tak mampu terbang. sayap ai sudah patah, lumpuh sepenuhnya. kalau ai ingin terbang, ai perlu terbang dengan sayap yang baru. dan, untuk menunggu sayap yang baru itu ia mengambil masa yang sungguh lama. sebelum terlambat, biarlah ai patahkan dulu apa yang ada di antara kami berdua. supaya dia tidak jatuh ke bawah bersama-sama dengan ai. biarlah ai seorang diri sahaja di sini. hajat ai sederhana sahaja, ai ingin dia hidup bahagia, berjaya di dalam hidupnya, berjaya mencapai cita-cita dan hidup dengan selesa dan senang. ai tak nak dia hidup susah dengan ai. bukan setakat susah, cita-cita dia pun takkan tercapai kerana ai punya pasal. so, lebih baik ai lepaskan dia pergi. walaupun dengan cara yang sungguh brutal. hanya cara seperti itu sahaja yang boleh buat dia pergi untuk selama-lamanya. tidak lagi memandang ai, tidak lagi mengingati ai, tidak lagi merindui ai, tidak lagi menunggu ai, tidak lagi mengharapkan ai. dia akan move forward dan move on melupakan ai sepenuhnya. memulakan hidup yang baru dan membuang ai sepenuhnya dari hidupnya. lenyap dari ingatan dia, lenyap dari hatinya, hilang dari jiwanya. biarlah dia meneruskan hidupnya tanpa mempedulikan ai lagi. maju ke hadapan dan hidup normal seperti orang lain. berjaya di dalam hidupnya seperti mana susah payah mamanya membesarkannya, mendidiknya dan berkorban segala-galanya sampai menghantar dia belajar ke luar negara supaya berjaya di dalam hidup. dia patut menghargai hasil usaha mamanya, bukannya pentingkan cinta sejati yang belum tentu akan beri kebahagiaan dan kejayaan di dalam hidupnya. biarlah ai yang sudah kepatahan sayap ini berundur diri supaya ai tak menyusahkan dia atau sesiapa sahaja. cukuplah ai saja yang sengsara, dia tak patut terheret sama. itulah pengorbanan ai untuknya sepuluh tahun lalu..


            ╰⊱♥⊱╮ღ꧁ ͜͡.:。 . ✿`°¤,¸.•*´¯



                                    Amy Mastura -Kasih Ku

                               

                         Amy Mastura - Kasihku Sinar




            ・ 。
 🕊∴。 *
 ・゚*。🕊・
  ・ *゚。   *
  ・ ゚*。・゚🕊。
   🕊・。°*. ゚
*  ゚。·*・。 ゚*
   ゚ *.。🕊。🕊 ・
  * 🕊 。・゚*.。
    * 🕊 ゚・。 *  。
    ・  ゚🕊 。 ・ 。
 🕊∴。 *
 ・゚*。🕊・
  ・ *゚


















                                      











                                    begitulah cinta - Hingga Jumpa Lagi     


                                         

                              




                             *.:。.✿`°¤,¸.•*´¯ ¸.•*¨*•.¸♥¸.•*¨*•.¸♪¸.•*¨*•.¸



itu adalah pilihan ai sepuluh tahun lepas. tapi ai tak sangka akhirnya dia datang menuntut janji. tak sangka selepas hampir sepuluh tahun berlalu, tiba-tiba dia datang balik. ai bingung, tak tahu nak buat apa. ai sangka dia sudah melupakan ai sepenuhnya. rupanya ai masih ada di dalam hatinya, cuma sudah terkubur jauh di dasar hatinya. bila dia tengok ai masih single lagi sekarang, dia meletup balik seperti gunung berapi. selagi ai tak jawab segala persoalan dia, selagi itulah dia akan pressure ai. banyak cantik muka dia, dia ingat dia tu anak raja? amboi amboi amboi suka hati periuk belanga dia je eh pressure kita balik lepas apa yang dia dah buat dekat kita. MANY PRETTY YOUR FACE  😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤

choiiii suka-suka hati dia je enn pressure kita begitu begini. dah tua-tua pun masih salty dengan ex ke? tak padan dengan badan sebesar beruang kutub tapi hati small macam kuman. jiwang sungguhhh

tapi tulah nak buat macam mana member tak berjaya move on. nak marah dia sangat pun tak boleh. terpaksa jelah terima bila dia tantrum cenggitu. tak sangka la pulak kan selama ni hati dia tak pernah berubah, rupanya ai lah yang bertakhta di dalam hati dia. cuma dia pendamkan saja semuanya di dalam jiwanya. tapi akhirnya dia gagal.. hanya ai sorang saja yang dia cinta. sighh....

lain yang ai buat, lain yang ai dapat

lain yang ai harapkan, lain pulak yang jadi

sis terpaksa berhuhu jela ceni

huk huk

takpelah nanti ai sambung cerita kat sini. dah malam sangat ni ai pun dah mengantuk. cerita pun panjang, memang tak cukup hari ni nak tulis. ai tulis di hari yang lain jela okay. chuolss redo jela aiols tulis pendek je hari ni. nanti di hari lain ai hapdet kisah sedih ni nanti ye. kisah yang cukup sedih, kalau buat filem, mau menangis satu panggung. begitulah cinta... tak semestinya bahagia. ai redo dengan semua ni ~



                                  Dayang Nurfaizah - Dia ( OST Dia ) 





okay, see you next time !


prepare tissue siap-siap bila nak baca entry ni okiess. kisahnya memang sedih. ai dah tepek kisah Hingga Jumpa Lagi tu. ai dah bagi a glimpse of story yang ai akan share dekat uols. tapi kisahnya jauh lebih sedih. ai redha dengan semua ni. ai sudah menerima takdir yang tertulis. sekarang ni, ai pilih untuk move forward. tiada apa lagi yang perlu ditangiskan. tiada apa lagi untuk disedihkan. semuanya sudah berakhir, air mata sudah kering, sudah tiada lagi harapan dan impian. semuanya sudah tiada, ai dah terima semua ini. hajat ai sekarang hanyalah untuk hidup bahagia, tanpa bayang-bayangnya lagi. semoga dia akhirnya pergi dari jiwa ai, dari fikiran ai, dari tubuh ai, dari hati ai. biarlah dia pergi bersama angin buat selama-lamanya. ai tak mahu ingat dia lagi, ai tak mahu kenangkan dia lagi, ai tak mahu jumpa dia lagi, ai tak mahu dengar nama dia lagi, ai tak mahu dengar suara dia lagi, ai tak mahu dengar dia bernafas. cukup sampai di sini. ai tak mahu ada apa-apa lagi dengan dia. dan juga tak mahu lagi dihantui oleh dia. cukuplah segala derita ini. dia hanyalah cinta pertama ai. tak lebih dari itu. ai dah terima kenyataan yang dia bukanlah jodoh ai, bukan masa depan ai, bukan milik ai. ai sudah lama melepaskan dia pergi. cukuplah sampai di sini sahaja. tiada lagi yang ai harapkan. ai berharap, semoga kali ini Tuhan mengabulkan doa ai. biarlah kali ini ai akhirnya tidak lagi mengingati dia, merindui dia dan kenangkan lagi. cukuplah sampai di sini sahaja. kalaulah ai ada sayap, ai ingin terbang jauhhhhhhh pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. biar dia tak dapat jumpa ai lagi, biar dia tak dapat capai ai lagi. cukuplah sampai di sini. tiada apa lagi yang ai harapkan. biarlah bulan dan bintang menjadi peneman untuk ai mengharungi kehidupan ini tanpa dia. tiada lagi yang ku harapkan ~


                                Amy Search - Tiada Lagi



a whimsical heart, an enchanted love 🥀


xoxo,

Lea <3















































0 Comments