If I Fall In Love

 Have you ever fallen in love with someone? 

How does it feel when you fall in love? Blooming like a flower? Or perhaps the flower withers away with the countless tears. It's fleeting and painful right? Tapi, kita masih tak serik untuk jatuh cinta sekali lagi. Hmm perasaan..


Hello everyone, selamat malam ku ucapkan kepada kalian. Today awal sikit ai tulis blog, tak macam selalu tengah-tengah malam baru ku tulis blog. hiks

Banyak masa ai menulis since sekarang ai menjaga mama dengan mek yang sakit. Adalah  banyak masa menghadap laptop. Selama ni ai hanya menghadap tv je tengok kdrama. Tapi sebab rumah nenek kabel tv rosak, so takleh la chuols nak tengok kdrama. Boringlah saya nak repeat drama Goblin dengan Moon Lover je yang dvd punya. Dah kering air mata chuols tengok dua drama ni yang sedih gilerr dan berakhir dengan sad ending. Heart wrenching betul.

 So today ai nak cakap tentang cinta. wahh dah jadi doktor cinta dah chuols ai ni. blog ai semuanya content pasal cinta. cousin ai selalu cakap ai ni dah macam doktor cinta. dia selalu je refer ai kalau bab-bab cinta ni. dia kata ai pakar bab cinta. hmm yelah tu sisterr. dah tu kenapa aku masih single sampai ke hari ni? di mana jodohku sisterr? ataupun at least boyfriend seketul sisterr? dia duduk kat atas langit ke chuolss skydiving je manjang sampai ai tak jumpa-jumpa lagi dengan dia? ke dia duduk dalam laut chuols scuba diving cari ikan duyung yang very the seksi nak dibuat bini? cis takde kerja sungguh dia tu ye. maroh sister maroh

takpelah asalkan awak bahagia buat hobi awak, awak buatlah sepuas hati. dah jemu nanti pandai-pandai la awak cari saya nanti. hmm

tiberr sangat 


I wonder why cinta buat kita terasa sakit. Padahal kat dalam drama, dalam novel cinta nampak sweet je. Tapi realiti, cinta buat kita terasa perit. Buat hati kita semakin terluka dari hari ke hari. Siapa yang romanticize cinta ni uols? Who said that love is beautiful? For me, love is painful. Break your heart into a million pieces. But, no matter how your heart is broken because of love. I still fall in love again and again. Bodoh je kan diri ini? Tak serik langsung. huhuhu. So that's why ada lagu yang menceritakan tentang cinta sambal belacan. Kelakar gila bila tengok Saiful Apek dengan Yusry nyanyi lagu ni dalam cerita Lady Boss. Dulu masa kecik-kecik selalu ketawa bila dengar diorang nyanyi lagu ni. Now, ai pulak rasa macam relatable bila dengar lagu ni. hmm i'm so stupid you know. cinta boleh buat kita jadi bodoh. weuuuu


Cinta itu..
Boleh diumpamakan bagai..
Makan sambal belacan..

Walau pedas..
Hingga mengalir air mata..
Masih mau dimakan jua..

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang..
Sungguh enak bila makan panas2..
Bila ia sejuk jadi kurang enak.. Hohoho
Hilang sedapnya..!!



but somehow, cinta ni buat ai makin matang. mungkinlah kita rasa bodoh kerana cinta. dah tau orang tu tak nak kat kita, tak pernah sedar akan kehadiran kita. dan mungkin tak akan menjadi milik kita. kita tetap jugak cintakan dia, masih mencintai dia sehingga ke hujung nafas ini. anehkan cinta?

mungkin kita nampak bodoh kerana cinta. tapi ai rasa, kerana cintalah ai belajar banyak perkara. ai menjadi semakin matang dan semakin dewasa kerana cinta. kalau dulu rasa macam remaja je penuh dengan riang ria tak tau erti dewasa. bila kena hit with reality, sakitnya patah hati sampai bertahun ambik masa nak recover. baru ai belajar erti kedewasaan. sekarang ai lebih mature & lebih cool bila berhadapan dengan soal perasaan. tak lagi keanak-anakan macam dulu. i became more wise and berfikir lebih mendalam bila melibatkan sesuatu perkara termasuklah perkara yang tidak berkaitan dengan cinta. ai remember baru-baru ni, ada sesuatu perkara terjadi pada ai. and ia melibatkan dengan ex. boleh ke dahku panggil dia ex? dah tu takkan ai nak panggil dia pak mat tempe pulak halaaa.. and then ai refer dekat bff ai, mencurah perasaan cerita pasal perkara yang terjadi. tak ku sangka tak ku duga aku harus hadap perkara yang tak dijangka. so ai ceritalah pada dia, minta solution. then ai cakap tentang buah fikiran ai. my cousin said, ai dah matang lah. she impressed with my words. ada bunyi kematangan di situ. i just like, woah okay.. dah dewasa lah kan? pengalaman mematangkan kita. so, that's why lah kot ai mampu bercakap dengan penuh kematangan. sebab ai belajar dari yang lalu. hmm.. cinta ini benar-benar melukakan kita..

after all, hidup ni perlu diteruskan. sampai bila perlu berpaut pada kenangan? tak ada guna mengharapkan cinta yang tak akan pernah jadi kenyataan. sebab walau selama mana pun kita menanti dia penuh kesetiaan, dia tak akan pernah berpaling kepada kita lagi. kerana kita sudah pudar dari jiwanya, dah tak ada ruang untuk kita di hatinya dan matanya sudah kabur tidak mampu lagi melihat kita. lebih baik kita berjalan pergi meneruskan kehidupan. yang patah tumbuh, yang hilang berganti. saat ini mungkin kita kecewa kerana cinta yang diharapkan tidak kesampaian. tapi satu hari nanti, kita akan menemui jua cinta milik kita. jodoh yang sudah ditentukan oleh Tuhan. saat itu, berakhirlah pencarianku. tak ada lagi tangis dan duka di jiwaku. yang ada adalah masa depanku bersamamu. hingga ke syurga. inshaa Allah :)




so today, ai nak cerita what if i fall in love again? dari pengalaman yang lepas, ai belajar tentang kekurangan ai dalam meraih cinta. selepas tengok movie Crazy Little Thing Called Love, ai belajar kekurangan ai dalam menghadapi cinta. kekurangan ai adalah ai terlalu perahsia, tak pernah sekali pun ai jujur dengan perasaan ai. ai belajar dari Nam, walau awak usaha setara mana pun untuk dapatkan cinta sampaikan ubah diri jadi cantik dan bijak. kalau tak pernah confess perasaan sendiri, tak pernah jujur dan berterus terang dekat lelaki yang kau suka. cinta tu takkan ke mana. so, perkara yang sepatutnya kau buat untuk dapatkan cinta adalah berjumpa dengan lelaki tu secara berhadapan, lepas tu cakap terus terang perasaan kau. nak nangis pun nangislah sisturr time tu, tak payah malu. walaupun mungkin kena reject, tapi at least kita usaha. takdelah kita sekadar berharap jodoh tu jatuh dari langit. langsung tak buat apa-apa. last-last melepas. padan muka kita, bodoh sangat kan mengharapkan cinta itu tergolek pada kita. ia takkan pernah tergolek pada kita dalam realitinya, kita yang harus berlari mendapatkannya. kerana pencinta sejati adalah orang yang berusaha mendapatkan cintanya. bukannya hanya duduk diam saja memendam rasa. tak ke mana pun perasaan tu. akhirnya kita yang terluka dan kecewa. sakitkan cinta? buat kita menangis seribu tahun, buat hati kita jadi dingin dan beku seperti pulau ais, lautan yang luas mata terbentang namun kebekuan. orang ajak kahwin pun kita buat dono je sebab hati dah beku. cinta itu boleh mengubah seseorang. jadi, kali ini ai akan berusaha untuk mendapatkan cinta ai. 

ai sebenarnya malu nak mintak pada Tuhan agar Dia jodohkan ai dengan orang yang ai cinta. ai hanya berdoa pada Dia agar ditemukan dengan orang yang ai cinta. dan diberi peluang untuk ai berusaha dapatkan dia. ai tak nak paksa Tuhan jodoh-jodohkan ai dengan orang yang ai suka gilerr. ai nak, biarlah perasaan tu lahir dari hati dia sendiri. bukan sebab siang malam ai duk doa ' Ya Allah jodohkan dia denganku. kalau dia bukan jodohku, jangan jodohkan dia dengan sapa-sapa ' . bukan sebab macam tu. ai nak biar cinta tu datang dari lubuk hati dia sendiri. bukan sebab doa ai, bukan jugak sebab orang paksa dia, tapi kerana dia sendiri yang terpaut pada ai. pada kejujuran ai & kerana ai adalah ai. jatuh hati pada personaliti ai sendiri, yang tak berpura-pura menjadi sesiapa & tidak berpura-pura menjadi perempuan idamannya. hanya menjadi diri sendiri. biarlah dia cintakan ai kerana sebab yang macam tu. cinta yang datang dari lubuk hati dia sendiri. cinta yang tiada paksaan. effortless gittew. 



Crazy Little Thing Called Love


so, inilah yang ai akan buat andai ai jatuh cinta sekali lagi. untuk mendapatkan cinta, kita tak hanya perlu berdoa je, kita juga perlu berusaha. barulah doa itu seiring dengan usaha, lepas tu kita tawakal. kalau ada, adalah. kalau tak ada, tak adalah. kalau dia bukanlah jodoh ai, ai terima. ai redha dengan ketentuan Ilahi. yang penting ai dah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan cinta. tapi kita tak boleh paksa hati orang kan? kerana hati itu adalah satu misteri yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tak dapat dibuktikan dengan sains. kita tak boleh paksa orang untuk sukakan kita. yang kita boleh buat adalah berusaha mendapatkan cinta, tapi tak pernah memaksanya. semuanya diserahkan pada Yang Esa. percayalah pada kuasa Tuhan ;)


If I Fall In Love 


1. I will write a book full of poems about him 

















Lea seorang yang sangat suka menulis puisi. ever since I was a teenager, form 1 lagi ai dah menulis puisi. ai write on the book, buku-buku latihan yang murah-murah tu beli dekat kedai buku. kadang-kadang menulis dalam jurnal. and then ai showed to my friends & my junior in high school. semuanya suka dengan puisi yang ai tulis. ai ingat lagi junior ai yang gila-gila, bukan main la dia suka membahan ai. tapi bila dia start baca puisi dalam buku ai, dia terus terpegun. tak jadi nak membahan ai. dia cakap ai sangat pandai menulis dan ia sungguh puitis. so touching bagi diorang. so grateful bila ada orang puji macam tu. since ai pandai menulis puisi, ai akan menulis puisi untuk lelaki yang ai cinta. ai akan cari buku yang cantik dan sederhana besar. lepas tu, ai akan tulis puisi tentang perasaan ai terhadapnya dari muka surat satu sehinggalah akhir muka surat buku tu. setiap kali hati ai terasa menusuk sehingga nak nangis, ai akan tulis semuanya yang ai rasa ke dalam buku tu. tulis puisi dengan sepenuh hati, tak tinggal satu perasaan ini. selepas itu, ai akan bungkus buku ni cantik-cantik. dan hadiahkan kepada dia. ai ni tak pandai dalam berkata-kata, ai tak mampu nak cakap kata-kata cinta pada dia. ai tak mampu nak ungkap perkataan I Love You pada dia. so, ai akan cakap pada dia ini adalah perasaan ai untuk dia. andai dia terima cinta ai, ai lah manusia yang paling bahagia sekali dalam dunia ini. andai dia tolak cinta ai, ai sedar siapa diri ai. dan ai terima semua tu dengan hati yang ikhlas. walaupun ai tak dapat cinta dia, ai okay sahaja kerana sekurang-kurangnya ai dah jujur dengan dia tentang perasaan ai. ini bukanlah kali pertama ai patah hati. ai dah biasa dengan semua itu & ai tahu macam mana nak handle patah hati ini. like i said, kalau ada, adalah. kalau tak ada, tak adalah.


2. I will make a playlist full of songs that remind me about him & then burn it into a cd














Lea adalah seorang yang sangat sukakan music. Music is a must in my life. Walkman tu wajib ada dalam tangan. Kalau dulu ai guna handphone je penuh dengan playlist lagu. Sekarang dah ada duit, Lea beli sendiri walkman tu and letak segala lagu-lagu favorite Lea. andd.. setiap kali kita dengar lagu, ada sesetengah lagu tu macam related je dengan kita. ada sesetengah lagu tu benar-benar menggambarkan perasaan kita pada seseorang. saat kita dengar sesebuah lagu, lagu itu buat kita terkenangkan dia. buat kita rindukan dia dan rasa berbunga-bunga. tak semua orang mampu mengungkapkan perasaannya. jadi, lagu ini kadangkala mampu menceritakan suasana hati seseorang saat pendengar itu tak mampu nak ungkapkan rasa melalui kata-kata atau tulisan. tapi penulis lirik itu mampu menggambarkan apa yang kita rasa melalui lirik lagunya yang puitis dan menusuk ke dalam hati. ditambah pulak penggubah lagu mampu compose lagu biar ia jadi sedap didengar dan sesuai dengan lirik. plus point penyanyi pulak menyanyi dengan penuh feel dan suara bak buluh perindu. benar-benar membuai perasaan. so, ai akan buat playlist lagu yang menceritakan perasaan Lea pada dia. lagu-lagu yang dapat menggambarkan perasaan sebenar Lea & yang buat Lea terkenangkan dia saat mendengar lagu ini. lepas tu, Lea akan burn it into a cd. buat cantik-cantik cd tu, bungkus kemas-kemas dan biar nampak menarik. lepas tu Lea akan hadiahkan dekat dia. Lea akan tulis nota cinta yang ringkas diselit pada bungkusan hadiah itu. telling that this is my feelings towards you all this time. every song in this cd adalah perasaan Lea untuk you. semoga you sudi dengar lagu-lagu ini dan you faham apa yang I cuba maksudkan disebalik lagu-lagu ini. if you masih stupid tak paham sampai ke sudah perasaan ai, mohon jangan makan kepala ikan lagi supaya tidak jadi orang yang bodoh. ketuk kepala dengan senduk kan baru tahu


p.s.

inilah lagu yang benar-benar menggambarkan perasaan Lea pada seseorang bila Lea jatuh cinta. macam nilah perasaan Lea saat Lea tenggelam dalam perasaan sendiri. ada waktunnya terasa sakit, ada waktunya terasa sedih, ada waktunya terasa manis, ada waktunya terasa rindu. terasa seperti hati ini dihujani dengan perasaan bila musim cinta itu sampai ke dalam hati. ada waktu terasa takut dan gementar, saat ada orang lain hadir di dalam hidup orang yang ai cinta. seperti yang dinyanyikan oleh SNSD Tiffany,

    " The wednesday yamanai

     * The wednesday an unending rain *

      Ame nanka nai janai

    * There's no such thing, right ? * "

segala perasaan Lea benar-benar tergambar di dalam lagu ini. SM ent memang bagus dalam menulis lirik lagu. sudahlah puitis, realistik pulak tu sama macam apa yang kita rasa. tapi kita tak tahu nak gambarkan ia macam mana & tak tahu nak luahkan ia dengan cara yang bagaimana. tak ada ayat yang mampu menggambarkan perasaan kita. tapi lagu ini benar-benar menggambarkan perasaan ai sendiri. so touching ;)

 Girls’ Generation (少女時代) – Everyday Love Lyrics (KAN/ROM/ENG)


3. I will write a love letter


Son Ye Jin dalam cerita The Classic


Cinta itu indah. Hadir di dalam gundah, menjengah saat kita ditimpa dengan masalah. Membuatkan kita terasa bugar. Lalu mekar berbunga disinari mentari pagi. Cinta itu hadir tanpa dipaksa. Hadirnya ia secara tiba-tiba. Hadir tanpa dijangka.. Itulah cinta 

Love, Lea





how classic it is bila laci kita dipenuhi dengan surat-surat tulisan tangan. teringin nak ada koleksi macam ni





You know that, orang zaman dulu-dulu selalu mengutus surat saat bercinta. Zaman sekarang, orang dah tak buat macam tu lagi. Sebab sekarang mudah, dm je dekat insta terus sangkut. Reply story dekat insta pun boleh membawa ke jenjang pelamin. Everything become more smaller and more simpler. Dah takde dah menulis surat cinta berkajang-kajang macam zaman dulu. Dah hilang sentuhan cinta itu. Semuanya menjadi klasik, menjadi kenangan di dalam hidup kita. Sebagai seorang yang sukakan perkara yang klasik & retro, Lea akan menulis surat cinta dari lubuk hati Lea. menulis dengan penuh kejujuran, penuh keikhlasan. menceritakan perasaan sebenar Lea pada dia. Lea akan tulis apa yang ada di dalam lubuk hati Lea yang terpendam paling dalam dan tersembunyi tanpa pengetahuan orang. Lea akan jujur sahaja tentang perasaan ini. takde nak cover-cover lagi. beritahu perkara sebenar di dalam jiwa. betapa Lea sangat mencintai dia, sangat merindui dia walaupun dia sudah ada di depan mata. kerana cinta itu benar-benar dalam sehingga Lea terjerumus jatuh ke dalam lautan perasaan yang tidak bertepi. hanyut dipukul ombak yang beralun, tenggelam ke dasar lautan yang berlapis-lapis. cinta itu adalah penuh misteri seperti lautan. seperti itu jua perasaan Lea pada dia. pada akhir surat, Lea akan tulis Lea sangat cintakan dia sepenuh hati Lea. tak berkurang sedikit pun. dan hanya dia yang Lea cinta. walaupun kat luar sana ada ramai lelaki yang lebih baik, lebih hensem, lebih kaya dari dia, lebih sempurna dari dia. di hati Lea hanyalah dia yang ada. tak ada gantinya, hanyalah dia semata. Lea cintakan dia sepenuh hati bukan kerana dia sempurna, bukan jua kerana dia hebat. tapi kerana dia adalah dia. Lea memandang dia bukan kerana pada namanya yang bermula dari tengku, putera, syed, nik, ungku. bukan jua pada pengakhiran namanya yang berakhir dengan sultan, agong, tengku, syed, dato' atau tan sri. tapi kepada nama dia sendiri, kerana dia adalah dia. Lea tak peduli dia anak siapa, Lea tak peduli pada nama awalan dia. yang Lea peduli adalah diri dia sendiri. kerana dia adalah dia. kerana dia adalah insan biasa. masih manusia biasa walau siapa pun dia. Lea tak peduli kalau dia ini miskin sekalipun, tak ada orang pandang sekalipun. do I care who you are to public? I don't care at all, ada aku kisah beb? I hanya pandang you kerana you adalah you. you mungkinlah bukan siapa-siapa di mata masyarakat. tapi you adalah orang yang sungguh istimewa di mata i. walau seribu tahun akan datang, i tetap akan pandang you. walaupun kita mati hidup semula, walau di dunia yang seterusnya, i tetap akan pandang you. kerana cinta ini hanya ada untuk you sahaja. i pandang you dari mata hati i, bukan dari mata kasar i. inilah perasaan i terhadap you. mungkin you sudah ada orang lain di dalam hati you. mungkin juga you tak pernah pandang pun i selama ini. cuma i nak you tahu, selama ini hati ini penuh dengan cinta untuk you. walau untuk seribu tahun akan datang, cinta ini hanya untuk you. di dalam hati ini hanya ada ruang untuk you sahaja. tak ada yang lain, tidak bertukar ganti. hanya you seorang sahaja di dalam hati ini. inilah perasaan sebenar untuk you.                                                                    

 ai akan tulis surat ini sepenuh hati ai. walaupun mungkin berakhir dengan rejection. sedih betul.. tapi tak apa asalkan kita mencuba. berusaha yang terbaik. tak peduli pada pengakhirannya, tak peduli bagaimana penerimaannya. yang penting saat ini, waktu ini. itulah yang terpenting di dalam hidup ini. selepas itu, serahkan kepada Tuhan. percayalah, Dia akan membuat yang terbaik kepada kita. asalkan kita ikhlas dan berserah pada Yang Esa. ketulusan hati ini cukuplah sampai kepada Yang Esa. jika tidak mampu menyentuh hati yang kita cinta, biarlah Tuhan yang menerima ketulusan hati ini. satu masa nanti akan berganti jua yang lebih baik. yang layak memiliki cinta kita <3

surat ni sama ada ai nak tulis dengan tulisan tangan atau tulis guna mesin taip. klasik kan guna typewriter? benar-benar kembali ke zaman dulu, mengimbau nostalgia saat arwah atuk selalu guna mesin taip. ai remember my nenek said dulu-dulu arwah atuk suka sangat menulis menggunakan mesin taip. malam-malam dengarlah bunyi mesin taip diketuk-ketuk oleh arwah atuk. tapi sayang, sebab rumah kitorang terbakar jadi mesin taip tu turut hangus bersama. jadi, tak dapatlah ai guna mesin taip tu. mungkin terpaksa beli yang baru. untuk mengenang nilai sentimental menulis menggunakan mesin taip. retro kan? :)






so classic to write a love letter using the typewriter. mencabar la jugak kalau first time guna mesin taip. tak tahu cara guna. better tulis tangan dulu lepas tu baru start tulis kat mesin taip. incase lupa apa yang nak ditulis sebab busy menghadap mesin taip pertama kali dalam hidup





4. I will sing a song for him











Mungkinlah ai ni bukan penyanyi yang baik macam Anuar Zain, Siti Nurhaliza etc. tapi ai akan usahakan yang terbaik menyanyikan sebuah lagu untuk dia. sesuai dengan suara ai yang biasher biasher ni. ai akan sediakan sebuah tempat untuk dia. ai akan decorate tempat tu sepanjang jalan dengan decoration yang penuh cantik dan sweet. ai akan pilihlah designer yang boleh buat plan yang cantik dan tersusun kemas. ai percaya planner tahu yang terbaik untuk seseorang itu confess pada orang yang dia cinta. ai nak stage tu nampak simple je & neutral. tidak melampau sangat decorationnya dah macam hutan rimba je punya pesyen. biorrr lerr sedap mata memandang. dan ai akan buat private, hanya dia seorang je yang boleh datang kat tempat tu. orang lain tak boleh. biarlah dia seorang je yang tengok semua tu. kerana ai nak confess perasaan pada dia, bukannya kepada sedara mara dia. apa jadahnya sis nak jemput belaka menonton sesi meluahan perasaannya sis? bior lerr ai dengan dia je. takde la ai malu suara ai biasher biasher je. kalau kena reject pun at least ai tak malu. lepas kena reject terus ciao dan nanges la ai kat suatu tempat bersama McD di tangan. ofkos, mcd tu penting sis. nak nanges nanges lah tapi perut tu mesti diisi. hahahaha

pilihan lagu ai adalah lagu yang simple dan manis. lagu favorite ai selama ini. lagunya adalah ~


    RAHSIA


hahaha kena kelentong uols. mana boleh expose dekat sini. tak feel la centu awal-awal lagi dah tahu. tak surprise langsung. ahaks

cinta itu kadangkala manis saat ia diungkapkan melalui lagu. bila kita nyanyikan untuk seseorang dari lubuk hati kita, perasaan itu akan sampai ke dalam lubuk hatinya. kalau tak sampai jugak, hati batu nampaknya dia tu. hmm ai redha


5. I will confess my real feeling to him


                 lebih baik kena reject dari tengok dia kahwin dengan orang lain tanpa sempat confess perasaan








waktu itu hanya berlalu sebentar sahaja untuk kita. saat waktu itu berada di dalam genggaman kita, gunakanlah sebaiknya sebelum ia berlalu pergi. tidak kembali lagi..



Kadang-kadang, cara yang simple itu lebih berkesan berbanding cara yang lain yang extravagant tu. Less is more. Bila kita luahkan dengan kata-kata, ia lebih berkesan sebab kita communicate dengan dia depan mata kita. Kita cakap terus terang dekat dia apa yang kita rasa. Ajak jumpa sekejap dan hanya berdua je dekat tempat yang privasi. Tak nampak dek orang supaya tak malu kena reject. sobs. Lepas tu cakap terus terang kepadanya apa yang ai rasa. Nak nanges time tu nanges lah sisturr. Biarlah dia fikir apa pun. Dia akan paham dengan perasaan kau. Sukar sebenarnya menanggung perasaan cinta ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu beratnya perasaan ini. Jadi, luahkan seikhlas hati pada dia. Jujur sahaja dia, cakap apa yang kita rasa jangan fikir apa-apa lagi. Peduli apa orang kata, asalkan kita dapat beritahu perasaan sebenar kita pada dia. Masa ini adalah penentuan kepada masa depan kita. Jika diterima, maka bahagialah kita. Jika tidak, bersabarlah kita menanggung beban perasaan yang tidak berbalas. Redhalah, satu masa nanti Tuhan akan berikan kepada kita yang terbaik untuk kita. Cinta itu adalah melepaskan. Itulah erti cinta yang sebenar. Cinta itu melepaskan, cinta itu mengikhlaskan. Kita mungkin memiliki perasaan sebesar galaksi, berkilauan dengan bintang-bintang yang berjutaan di langit. Tapi kita bukanlah malaikat yang mempunyai kuasa sakti. Mampu mengubah jiwa manusia dari biasa-biasa menjadi suka kepada kita. Belajarlah menerima dengan ketentuan Tuhan. Cinta ini tidak boleh dipaksakan. Jika diterima, maka diucapkan segala pujian kepada Tuhan. Jika ditolak, kita akan tersenyum manis kepadanya dan menerima dengan setulus hati. Mendoakan yang terbaik untuk dia. Lalu berpaling darinya pergi bersama air mata yang bercucuran seperti air hujan. Tidak henti-henti mengalir di kolam mata. Membasahi pusara jiwa yang telah terkubur dengan kenyataan yang memeritkan. Kesedihan ini tidak akan berpanjangan. Bila sudah tiba ketentuan Tuhan, bertemu jua dengan jodoh yang sudah ditentukan. Itulah kehidupan.


Bulan itu hadir bersama bintang

menyerlah di dalam kegelapan malam

Mentari itu hadir bersama awan

menerangi bumi lalu bersembunyi di celahan awan

Adam itu hadir bersama Hawa

menghuni bumi ini lalu menjadikan bumi ini luas dengan lautan manusia yang mempunyai kisah yang berbeza

Cinta itu hadir bersama angin

menderu masuk ke dalam hati saya lalu membuatkan hati ini sering berpuput dengan angin cinta

Inilah perasaan saya untuk awak, penuh kejujuran, penuh keikhlasan

Saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak, 

mungkin juga bukanlah idaman awak

Tapi ingin saya katakan kepada awak hari ini, jauh dari lubuk hati saya

Awaklah orang yang saya cinta, yang saya rindu, yang saya angankan, yang saya impikan & mimpikan di dalam jaga dan tidur

saya mungkin hanyalah orang yang sederhana di mata awak

bukanlah perempuan yang sempurna

bukanlah perempuan yang cantik jelita

bukanlah perempuan yang ada segalanya

saya hanyalah perempuan yang biasa-biasa sahaja 

Namun ingin saya katakan dari lubuk hati saya

saya mencintai awak setulus hati saya

saya tak memandang awak akan apa yang awak ada

tapi saya memandang awak sebagai diri awak sendiri

walaupun awak hanyalah orang biasa-biasa sahaja di mata orang lain

awak adalah orang yang luar biasa di mata saya

saya mencintai awak setulus hati saya, seikhlas hati saya

walau seribu tahun akan datang, saya tetap akan memilih untuk mencintai awak seorang sahaja

tiada yang lain, tiada galang gantinya

hanya awak seorang

Di dalam jaga saya merindui awak

Di dalam tidur saya memimpikan awak

Di sepanjang hari saya mengingati awak

Di setiap waktu saya hanya membayangkan wajah awak

Walau awak sudah berada di depan mata

saya masih merindui awak,

kerana cinta ini benar-benar menyeksa saya

Saat awak tersenyum pada orang lain, memandang orang lain

Hati saya dihujani dengan kesedihan yang berpanjangan

Terasa dingin hati ini disapa angin yang sejuk membeku

Kerana sedih dan berduka lara saat awak tenggelam di dalam cinta sendiri

Namun saya sedar siapa saya

saya bukanlah siapa-siapa di mata awak

saya hanyalah insan biasa

tiada kuasa ke atas awak

Oleh itu pada hari ini saya ingin mengatakan kepada awak

betapa saya cintakan awak

Perasaan ini terasa hingga ke tulang

Membasahi hati dan menembusi sukma

Hanyalah awak yang saya cintai sepenuh hati

Namun saya mengerti jika awak tidak menerima cinta ini

Kerana cinta itu tidak boleh dipaksakan

Ia hanya mampu dirasakan namun tidak boleh ditentukan sama ada sebagai sifar atau jutaan

Hanyalah mampu merasai cinta ini namun tidak mampu memiliki orang yang dicintai

Jadi hari ini, saya luahkan segalanya dari lubuk hati saya

menceritakan rahsia hati untuk awak semata

Terima kasih kerana sudi mendengar luahan rasa ini

Terima atau tidak itu bukanlah persoalannya

Yang penting adalah mendengar dan mengetahui sendiri apa yang saya rasa

Terima kasih kerana berdiri di hadapan saya hari ini

Maafkan saya kerana mencintai awak

Tidaklah mampu saya mengawal hati ini

Kerana cinta itu adalah misteri hati

Tak mungkin dapat ditafsirkan dengan kata-kata

Hanya dapat dirasa dengan jiwa

Itulah cinta


Love, Lea


peluang ni hanya datang sekali dalam hidup. jangan biarkan masa berlalu tanpa sekali pun kita luahkan perasaan kita. belum tentu lagi di masa hadapan kita akan dapat peluang yang sama sekali lagi. hidup ini hanya sekali

Itulah yang ai akan lakukan andai ai jatuh cinta. Simple je perkara yang ai buat. Tak menarik pun di mata masyarakat, tak gah macam orang lain buat. Biasher biasher jerr.. ai memang tak boleh lawan dengan orang lain punya effort. Ada orang sanggup berkorban segalanya untuk orang yang dia cinta. ai belum lagi di tahap tu. ai hanyalah insan yang biasa-biasa je. ai lebih suka menggunakan cara yang sederhana. Sebab ai ni sukakan kesederhanaan. Bagi ai, sederhana itu membahagiakan. Jadi, cukuplah cara yang sederhana ini untuk ai tunjukkan usaha ai pada orang yang ai cinta. Itu jika diberi peluang untuk melakukan perkara seperti ini. Kalau tak ada peluang nak buat macam mana. Tak apalah, tak semua yang kita nak kita dapat. Bertenang sahajalah sisturr. 

Orang kata, kalau kita beria - ia nanti apa pun tak dapat. Selalunya orang perempuan gagal dalam meraih cinta seorang lelaki walau sebanyak mana pun pengorbanan yang dilakukan olehnya. Nak buat macam mana, kita tak boleh paksa hati manusia. Mungkin ai sebagai perempuan akan gagal dalam meraih cinta lelaki yang ai mahukan. Tapi ai tak pernah menyesal, kerana ai telah berusaha yang terbaik dalam meraih cinta yang ai inginkan. Dapat atau tidak itu lain cerita. Yang penting usaha. You don't have to mind the outcome. The most important is you have done your best. Lebih baik buat daripada tak buat apa-apa. Nanti kita jugak yang menyesal. At least, tak ada penyesalan di jiwa kerana you dah cuba yang terbaik. Yang penting effort.

Okay sampai sini sahaja ai menulis tentang what if I fall in love. Mungkin bagi korang rasa macam cringey je bila baca perkara yang ai nak buat jika ai jatuh cinta. Tapi lain orang lain cara dia ingin mendapatkan cinta. hehehe asalkan you bahagia jela kan sisterr hehehe.

Thank you for reading my post yang panjang berjela ni. Semoga you all suka dengan apa saja yang ai tulis dalam blog ni. Kalau ada kena mengena dengan korang, sis mohon amponnn. Sis tak berniat nak lukakan hati korang. sis cuma cerita dari sudut pandangan sis je hahaha. Takde kena mengena dengan orang lain. Just about my life only, my perception & my journey. Open diary for everyone. Semua orang boleh baca, semua orang boleh rasa. Mungkin jugak boleh jadi pedoman untuk korang. hehehe


cinta mampu mengubah seseorang dari biasa-biasa menjadi luar biasa ^_____^ 


Petal Of Flowers : Ost Crazy Little Thing Called Love


Thanks for reading


XOXO

Lea <3







0 Comments