elon musk dah limitkan twitter user from scrolling twitter 24/7 to 600 tweets only a day. mangkuk betul punya elon. heyyyyyy kitorang ni dahlah sendu, twitter jela tempat kitorang have fun. kenapa nak block orang single dari main twitter? come on musk, kenapa nak jadi firaun ni?
PASTU KITORANG NAK MAIN APA PASNI? MAIN MASAK-MASAK KUMPUL RANTING KAYU DENGAN DAUN KERING PASTU BAKAR LETAK PERIUK KECIK DENGAN BATU-BATA ISI AIR KONON-KONONNYA HARI INI KITA MEMASAK UNTUK BAPAK-BAPAK YANG BARU PULANG KERJA
cenggitu ke bob? hampeh punya elon 😤
tengok ~
dia dah limitkan pengguna twitter bukan setakat tak boleh nak scroll. nak like, tweet, retweet & bookmark pun tak boleh. dasar pengecut punya elon ! tau pun takut lepas kena backlash dengan semua orang. terus dia block semua orang dari guna twitter. dasar pengecut punya jantan. cissss hampeh kau elon 🗡🗡
pheww~ lega dapat melepaskan apa yang terpendam..
haiii everyone
pekabar chuols? lama sis tak bukak blog. biasalah hidup tak semestinya kena online je tiap masa. kehidupan offline tu lebih penting dari online. tak semua orang ada masa untuk online.. hidup ni memang sukar.. huhuhu
okay ~ dekat twitter ada seorang mamat ni mempersoalkan why barbie nak buat movie nak masuk malaysia etc etc. bukannya ada market pun. helloooo
this world not revolve around you broooooo
ramai kot perempuan dekat malaysia ni fan hard die Barbie including me
kalau you tak minat barbie haaaa you ni bukan malaysian, you seorang spy ehhh
cakap cepattt
* tarik rambut orang yang cakap tak minat barbie *
kitorang minat barbie sejak lahir kottt. kalau boleh keluar je dari perut mak tu kitorang nak kendong doll barbie je terus. haha tengok punya la kitorang minat gilerr dengan barbie. anddd kitorang lebih minat barbie dari disney. sebab barbie tak perlukan lelaki untuk selamatkan diorang. diorang usaha sendiri dalam semua perkara. walaupun diorang tetap jatuh cinta dengan lelaki, diorang tidak bergantung pada lelaki sebaliknya diorang berdiri teguh dan sungguh berdikari. seorang yang sungguh berprinsip. tak macam disney, lemah, tak kuat semangat, terlalu dependent pada orang, tak berdikari & mengharapkan prince charming untuk selamatkan diorang. langsung takde usaha untuk ubah nasib sendiri. snow white terlalu bodoh mudah-mudah je percayakan orang langsung tak berhati-hati dengan orang sekeliling. aurora langsung tak fight untuk diri sendiri, biar je diri sendiri kena sumpah sampai philip terpaksa bergadai nyawa untuk selamatkan dia. cinderella pulak terlalu tabah & langsung tak fight untuk diri sendiri. padahal dia boleh je lawan balik mak tiri dia and halau diorang keluar dari rumah dia. bukannya mengharapkan charming datang dalam hidup dia and selamatkan dia. charming mungkin ikhlas betul-betul cintakan dia, but how about cinderella? betulkah dia terima charming sebab dia cintakan putera charming atau sebenarnya sebab nak selamatkan diri dari mak tiri dia? ai memang sering tertanya-tanya perasaan sebenar cinderella. ai tak rasa dia betul-betul cintakan charming. mungkin dia enchanted dekat charming tapi untuk katakan jatuh cinta tu macam tak realistik. ai believe cindy had something in her head but obviously not love but to escape from her stepmum
oh yeahh cenggitu je ai shade disney ahaks. mesti peminat disney marah dengan ai sebab selamberr je kritik disney tanpa rasa bersalah. ai cuma cakap benda betul. ai taulah disney tu untuk budak-budak je bukannya suruh jadi matang cepat dewasa ke apa. but at least, biarlah setiap watak untuk cerita disney tu berdikari. jangan dependent sangat pada orang. look at ariel, sanggup dia buang ekor dia, family dia demi putera sampah tu. akhirnya dia berubah menjadi bubble semata-mata nak selamatkan putera raja kabaret tu. oh my, you are sooo pathetic ariel. now and foreverrr. langsung tak sayangkan diri sendiri. ai sungguh kecewa dengan dia. and lebih sedih, ramai je kat dalam realiti perempuan macam ariel ni. sanggup korbankan diri sendiri untuk lelaki. sanggup buang segala-galanya demi lelaki. oh, how pathetic you woman! di mana maruah kamu? di mana harga diri kamu? sedih sungguh tengok perempuan macam ni. the worst part is, si lelaki tu tak pernah pun hargai pengorbanan perempuan yang mencintai dia. sebaliknya dia pergi mencurang cari perempuan tagune yang tak pernah berkorban apa-apa pun untuk dia. GARBAGE
enuf said
sebab tu ai tak suka cerita disney, sebab kebanyakannya merendahkan maruah perempuan & watak heroin tu langsung tak mau ubah nasib diorang sendiri. harapkan lelaki je datang selamatkan diorang. whyyyyy
disney can do so much better lahh. tapi tu la walt disney pun dah almarhum so kita tak boleh nak buat apa. bersyukur kerana kita ada mattel yang buat cerita barbie yang sungguh bagus dan berkualiti. kita masih boleh jadi feminin dan tegas dalam satu masa walaupun tanpa pertolongan lelaki. contohnya barbie swan lake. my all time favorite 💖 💖 ✨
Odette, barbie swan lake adalah antara watak barbie yang sungguh relatable. dia seorang yang rendah diri, introvert, tak suka bergaul dengan orang dan ada low self esteem. dia tak berani macam kakak dia yang boleh buat macam-macam siap tunggang kuda ke sana ke mari. dia cuma seorang bakers yang tolong ayah dia menjual pastri di kedai bakeri dan minat ballet dalam diam. tapi tak pernah pun tunjuk skill dekat orang sebab dia pemalu. hehehe real kann
and then, bila dia kena sumpah jadi swan oleh Rothbart dia terus berubah menjadi seorang perempuan yang berani dan cekal menghadapi dugaan. dia berusaha sendiri mencari penawar untuk pulihkan dia dan mangsa-mangsa rothbart yang lain. langsung tak mengharapkan lelaki kottt tunggu prince cermin datang selamatkan dia dekat enchanted forest. * yawn * * aurora * * yawn * * rapunzel * * yawnnn *
waktu dia berusaha mencari penawar barulah dia berjumpa dengan prince charming, Prince Daniel 💞💘 . watak yang paling sweet dalam cerita ni, dia betul-betul berusaha untuk protect odette dari kejahatan rothbart. inilah definisi ✨ LELAKI SEJATI ✨
kalau dalam disney, lelaki sejati bagi ai adalah Prince Philip. so cool sanggup merentas api dan macam-macam lagi lawan Maleficent semata-mata kerana nak selamatkan Aurora. dia lebih bergaya dari Prince Charming dalam Cinderella. tapi semua orang lebih fancy pada charming berbanding philip. haih ~
poor you boy, you deserve so much better. hugs for you philip 💕💟💝
okay untuk barbie swan lake of course lah happy ending. untuk rothbart, endingnya kelakar betul bagi ai. haaa memang layak pun dia kena macam tu. elok sangatlah berubah jadi burung keluar cuckoo cuckoo dari jam. haaa padan muka kau rothbart
puas hati sis ~
cehhh cerita pasal barbie pulak kat sini kekekekeke
saje nak mengimbau kenangan since ada orang condemn pasal barbie. sooo ofkos lah sebagai ahli persatuan barbie di malaysia ai nak bersuara. heiii ingat kitorang nak berdiam diri aje ke bila ada orang pandang rendah dekat barbie? sekius me selama ni barbie tak pernah sakitkan hati sesiapa pun & fans barbie pun chill chill je takde nak gebang satu dunia pasal barbie. tak macam fans lain asyik nak show off je diorang punya idola. kitorang calm je and tak kacau orang. tiberrr hari ini kita diserang oleh seorang lelaki yang acah good good terpaling people rasa barbie tak relevant. excuse me sir, you are the one who are not relevant in malaysia. you are banned from talking bout barbie. remember barbie peeps, block dia and masukkan dia dalam blacklist incase la dia jadi calon suami kita. heiiiiiiii ai takkan boleh terima lelaki yang condemn barbie. you boleh condemn ai minat kpop, minat novel, minat artis, minat royalties etc but not for Barbie. ai akan campak you ke dalam sungai rajang if you rendah-rendahkan barbie. awasss you 🙂🗡🗡
ingat ladies, jika ada lelaki yang rendah-rendahkan Barbie apa yang kita perlu buat ladies?
yesss block dia, blacklist dia forever dan jangan sesekali masukkan dia ke dalam hidup kamu.
NO MAN NO CRY
kita boleh hidup tanpa lelaki, lelaki je yang tak boleh hidup tanpa kita. so, flip your hair sistahhh 💅 💃
ahhh sungguh feminist sistahh hari ini. yes ai memang feminist pun so, kenapa tak boleh eh perempuan fight untuk diri sendiri? nak jadi submissive je tiap masa biarkan orang pijak kita macam doormat? kita patut berdiri di atas kaki sendiri, fight untuk diri sendiri dan jangan pernah biarkan orang rendahkan kita. dannn.. jangan harapkan lelaki je dalam hidup ni. kita kena berusaha jugak jangan terlalu dependent pada diorang. you are braver than you think. remember ladies ✨
hehehe kelakar pulak terus keluar mood fangirl bila kena provoke dengan stranger yang entah siapa-siapa tetiba merendahkan barbie. keluar sekali mood feminist lulz
after all, kita tetap manusia biasa. mungkin kadang-kadang kita rasa lemah dan tak berdaya. kita rasa kita tak mampu nak fight untuk diri sendiri. sebab kita fikir kita ni perempuan, perempuan kan lemah mana berdaya nak berusaha mendapatkan apa yang kita nak. hadap ujian yang berat. tapi sebenarnya kita adalah makhluk yang kuat, cuma kita je yang selalu merendahkan diri sendiri. kalau kita tak kuat takde la kita selalu dapat period pain setiap bulan, takde la kita ada rahim dalam diri kita. rahim untuk mengandungkan bayi selama 9 bulan 10 hari. entahkan seorang, entahkan dua orang, silap-silap kembar tiga. haaa kita mana tau apa yang Tuhan telah sediakan untuk kita. Tuhan berikan kita rahim kerana Dia tahu kita adalah makhluk yang kuat. so, janganlah merendahkan diri sendiri ladies. kita sebenarnya kuat, cuma kita je yang tak tahu. berusahalah ladies ;)
bercakap pasal Barbie ni, ai teringat masa kecik-kecik dulu ai suka gilerr dengan barbie swan lake. teringin sangat nak beli rumah barbie swan lake. tapi waktu tu mama tak mampu nak beli sebab dia masih seorang student dekat universiti. lepas tu barbie pulak mahal uolzz. satu patung barbie dah beratus dahh, kalau rumah apatah lagi ~
pastu tak dapatlah beli sebab ai tak mampu. nasib baik uncle ai kaya, dia belikan barbie swan lake untuk anak-anak dia so setiap kali pergi rumah dia ai selalulah main barbie swan lake tu. lip lap lip lap je sayap barbie tu setiap kali ai tekan. pastu rumah barbie doll tu besarrr gilerrrr. woohoooo ai pun main la puas-puas. hehehehe thank chiuuu uncle 💞
pastu kalau pergi rumah nenek sedara kat kl, kat rumah dia ada house doll untuk kanak-kanak. rumah kecik tu sebenarnya milik cucu bongsu dia. tapi cucu dia baik je bagi kitorang main. setiap kali pergi rumah dia ofkos lah ai masuk dalam rumah tu konon-kononnya berangan ai adalah princess paling cantik terpaling bahagia dalam hidup ni. cewwahhh
pastu main masak-masak dalam tu sebab semuanya complete ada dapur, ada tingkap dah macam rumah betul dah. cehhh konon sangat ai dengan sepupu-sepupu main dalam rumah tuu. beruntung la dapat nenek sedara kaya. hehe kiranya hidup ai takdelah susah sangat sebab semua orang bagi je ai rasa kesenangan walaupun mama tak mampu bagi. rinduuuu sangat kehidupan zaman kecik-kecik dulu
sekarang bila dah besar, ai dah boleh beli apa saja yang ai nak sebab mama dah mampu. tapiii... rumah barbie swan lake pulak dah tak ada. yela, zaman ai kecik-kecik tu tahun 2003. masa tu memang Barbie tengah popular gilerr kalah kpop. sekarang dah 2023, Barbie pun dah sendu. tapi masih tak ketinggalan beli handbag Barbie. ahaks
sedih sikit sebab masih tak dapat nak beli toys Barbie. sebab dah jarang ada. unless kalau Mattel kembalikan semula zaman kegemilangan diorang lepas tu produce balik produk-produk Barbie. i'm waiting for you Mattel. please ~ keluarkan balik semua produk Barbie start from Barbie Princess and the Pauper sampailah Barbie edisi terkini. kitorang mesti serbu punya yela masa kecik dulu misekin tak mampoooo nak beli. sekarang dah besar dah kerja mampoooo beli segala-galanya. cuma tak mampu nak beli jodoh jelah, masih single walaupun member semua dah kahwin. kalau jodoh tu ada jual dekat shopee confirm ai add to cart lepas tu beli. hahahahahaha
haih bestnya reminisce semula kenangan zaman dulu-dulu. rasa macam kembali ke tahun 2003 je, macam naik time machine milik Doraemon. kembali ke zaman kecik-kecik di waktu kita masih happy main-main dengan Barbie dan enjoy dengan kehidupan. langsung tak fikir pasal masalah, langsung tak fikir pasal masa depan, tak fikir nak cari boyfriend, tak ada heartbreak kerana ditinggalkan lelaki yang tercinta, tak ada rasa kecewa dan putus asa sebab gagal mencapai cita-cita, tak ada gaduh dengan sesiapa. just enjoy hadapi hari-hari penuh riang sebagai kanak-kanak ribena. ohhh indahnya zaman kanak-kanak. ai nak balik semula ke zaman tu kalau boleh. bestnyeeee ai rinduuu sangat kehidupan masa kecil-kecil 🌈
sekarang dah besar, macam-macam dah kita hadap. gagal dalam exam, gagal mencapai cita-cita, kena tinggal oleh orang yang kita cinta. asyik nangis je kan kita dalam hidup. sampai depress teruk, dapat eating disorder, ada anxiety dan selalu bersedih dalam kehidupan. adulthood hit me so hard :(
bila bercerita pasal barbie ni tetiba rasa hepi balik. wahhh dah lama tak ada perasaan ni. tiberrr rasa macam kembali semula ke zaman 2003. zaman yang sungguh simple, takde tiktok, takde henpon, takde nak compete dengan semua orang melalui social media. just living your life. make each day count, EVERYDAY IS EVERYAY 🌈
tapi sekarang, nak hadap sehari-harian pun rasa terbeban. rasa nak stop kan aje masa sekejap supaya masa tak bergerak and ai tak perlu rushing dalam hidup. tak perlu stres dan rasa sedih. tak perlu dipersoalkan oleh orang lain kenapa ai masih statik orang lain dah ke depan. hmm timeline kita tak sama..
sedihnya
i'm glad Mattel keluarkan semula Barbie and buat live action. sungguh hepi untuk perempuan dewasa macam ai dapat tengok Barbie di umur cenggini. di dalam umur macam ni, macam-macam dah kita hadap. suicidal thought tu dah jadi makanan kita je. itu yang kadang-kadang ai mereng dekat blog ni. mood tu macam roller coaster, sekali naik sekali turun. kadang-kadang berpusing 360 darjah. sedihkan realiti hidup ni? macam-macam kita hadap, sampai jatuh tersungkur masuk ke bawah tanah terus. oh sakitnya kehidupan. untuk fight dalam hidup tu memang betul-betul susah. tambah pulak zaman sekarang zaman internet. semua benda orang nak share dekat internet. bila tengok orang lain share diorang dah graduate dari uni, ada yang dah grad dari oversea, rasa sedih je tengok. tengok orang lain bertunang, berkahwin, rasa krik krik je. terus bergenang air mata teringatkan dia yang telah pergi dari hidup ai buat selama-lamanya. huhuhu.. terus ai shutdown media sosial, senang tak payah tengok kehidupan orang lain. hah.. rasa lega ~
tapi tak boleh nak escape jugak, dalam realiti orang pulak duk tanya kita itu ini. haiyaa.. acane ai nak buat tak semua orang dah berjaya dalam kehidupan di umur 25 camni. ramai je yang masih terkial-kial. kenapa nak pressure kitorang untuk jadi serba sempurna hanya kerana umur kitorang dah 20an? biarlah kitorang bertatih dalam kehidupan, explore dunia ni, mencari diri sendiri, apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup. mencari siapa sebenarnya diri sendiri. memang ai betul-betul rasa lost di umur macam ni. rasa macam waktu terhenti kejap untuk ai. orang lain waktunya sedang berputar, tapi ai pulak terhenti seperti stopwatch. dalam keadaan macam ni, ai mempersoalkan apa yang ai nak. macam mana ai nak hadap kehidupan ni? dan yang paling pasti, siapa diri ai sebenarnya. ai ingin mencari diri sendiri..
dimanakah dirimu wahai Lea? where are you?
so, bila Barbie muncul semula, wahhh rasa macam ada satu cahaya masuk ke dalam kehidupan ai yang sungguh gelap gelita. seperti cahaya mentari di ufuk timur, setelah malam yang berpanjangan akhirnya muncul sang fajar membelah malam yang gelita. bersinarlah mentari menghiasi bumi yang penuh warna ini. thank you sooo much Mattel. muncul di waktu-waktu sebegini ~
hanya orang yang berada di dalam situasi ai je yang faham perasaan ai. kita sememangnya masih struggle dalam hidup kan? semoga korang kuat di dalam hidup korang 💖
waktu sedih-sedih begini, tetiba ai teringat pada lagu nidji ~ laskar pelangi. lepas tu ai terus bukak youtube dengar lagu ni. rasa hepi balik bila dengar lagu fevret masa sekolah dulu-dulu. betul-betul naikkan balik semangat ai yang dah jatuh ke bawah tanah ni. hati yang sedang rapuh akhirnya terasa kuat semula. laskar... pelangi... takkan terikat waktu ~ 🌈
ai harap Mattel keluarkan movie baru. kalau boleh buat Barbie yang berimpian & tak pernah mengalah dalam mengejar mimpi. kalau diorang boleh buat Barbie Mariposa yang ada impian untuk explore the galaxy, mesti diorang boleh buat Barbie yang mengejar impian menjadi seorang pilot. since ai punya impian adalah menjadi seorang drebar bas, mestilah ai hepi kalau Mattel produce cerita tentang Barbie yang jadi pilot. yela, orang kan selalu skeptikal cakap perempuan tak boleh jadi pilot. kalau boleh, biar Mattel buat cerita pasal Barbie yang mengejar cita menjadi seorang pilot. ambik inspirasi dari kisah Amelia Earhart. mesti best punya cerita tu, menunjukkan seorang perempuan yang berani dan sangat adventerous suka mengembara. orang perempuan pun boleh jadi pilot jugak. ai nak Mattel ambik kisah Amelia Earhart lepas tu jadikan sebagai watak utama dalam Barbie. kali ni, kita bagi happy ending untuk mendiang Amelia Earhart. biar jadi inspiration untuk perempuan kat luar sana.
hehe panjang pulak cerita ai hari ini. mengenang kembali zaman kanak-kanak suka bermain Barbie. lepas tu kembali semula kepada realiti hidup yang sungguh menyakitkan. haih hidup ni memang terlalu sukar ~
dalam situasi macam ni, ai tak berminat untuk menjadi kaya dan berharta. ada handbag branded dan pose dekat ig. apa yang ai inginkan sekarang adalah ketenangan dan kebahagiaan yang tak perlu diukur dengan material. bila ai tengok cerita Titanic sekali lagi di umur dewasa cenggini, baru ai tahu perasaan sebenar Rose. dan barulah ai tahu cerita Titanic tu bukanlah bercerita tentang kisah cinta Jack dan Rose. tapi menceritakan kisah Rose yang kehilangan dirinya sendiri, menemui dirinya sendiri, kehilangan Jack & hidup dengan penuh kebahagiaan walaupun tanpa wang
To make each day count
ai patut hidup seperti Rose, bukanlah kekayaan itu yang menjadikan kita bahagia dan hidup sempurna. tapi kesederhanaan dan mencipta setiap kenangan dalam hidup. keluarlah, mengembaralah, capai segala cita-cita dan jadi seorang yang carefree dan adventure. jangan takut dan stay dalam comfort zone. cabar diri sendiri, keluar dari cengkerang sendiri dan terbanglah tinggi mencapai mimpi. jangan takut pada cabaran, jangan takut pada kegagalan, hanya kerana kita perempuan tak semestinya kita akan selalu berada dalam kesusahan. kita boleh buat punya 🌻🌼
jangan kejar duit, jangan kejar kekayaan, jangan kejar harta, jangan kejar kejayaan, jangan kejar lelaki kaya, jangan gadai maruah diri untuk harta yang melimpah ruah
sebaliknya berdirilah di atas kaki sendiri, berusahalah mencapai impian. jangan pernah menyerah, jangan pernah mengaku kalah. berusaha bersungguh-sungguh di atas titik peluh sendiri. explore the world, pergi mengembara sana sini jangan takut. pergilah skydiving, terjun dan jadilah burung yang bebas berterbangan. jangan takut. pergilah bawak kapal terbang seperti yang kita mahu, kerjalah, kumpul duit dan capai impian untuk jadi juruterbang tu. atau paling kurang, cuba naik kapal terbang kecik tu. don't think, just feel it
make each day count, buat semua benda yang kita tak pernah buat, yang kita sendiri tak pernah terfikir nak buat. berjumpalah dengan segala jenis orang dalam dunia ni. biar minda kita terbuka dan tidaklah hidup dalam pemikiran yang sempit aje. berkawanlah dengan yang miskin dan kaya. kerana mereka adalah manusia biasa. jumpa dengan kanak-kanak istimewa, layan diorang macam anak sendiri, pergi ke rumah anak yatim dan layan mereka macam keluarga sendiri. mereka lagilah sunyi, tiada lagi ibu bapa yang menemani. biarlah kita datang ke dalam hidup mereka dan menjadi pengganti kepada ibu bapa mereka. sayangi mereka seperti kita sayang keluarga kita sendiri :)
kebahagiaan tu tak semestinya terletak pada harta benda, pada kemewahan dan kekayaan, pada sijil-sijil yang ada dari universiti, pada lelaki yang kacak bergaya yang duduk melutut menghulurkan bunga
kebahagiaan tu sebenarnya terletak pada semua yang ada di sekeliling kita. senyuman orang tua yang kita lihat ketika kita berjalan-jalan di taman. tawa kanak-kanak riang yang bermain layang-layang bersama kawan-kawannya. orang dewasa yang melompat suka bila mereka berjaya mendapatkan apa yang diorang nak. kebahagiaan tu rupanya terletak pada kesederhanaan.
warm meal with our family, warm sunshine at the morning, warm smile from someone yang kita dah lama tak jumpa
every simple moment adalah kebahagiaan yang sebenar untuk kita. cuma kita je yang tak sedar kerana kita selalu mengejar
ai tak mahu lagi hidup di dalam keadaan terkejar-kejar. biarlah ai hidup sederhana dan berjalan dengan tenang. melihat keadaan sekeliling dan menghirup udara segar sedalam-dalamnya. capai segala impian dengan tenang. kalau berjaya ai bersyukur, kalau gagal ai bertenang dan tidak lagi bersedih. bukanlah kejayaan itu penentu kebahagiaan kita. tapi sebanyak mana usaha yang kita curahkan untuk segala impian yang kita sudah berusaha keras untuk mencapainya. hargai diri sendiri 🌻 🌼
kita sebenarnya boleh hidup seperti zaman kita kecik-kecik main Barbie dulu. kehidupan yang tenang, enjoy dengan segala benda yang ada dalam hidup kita waktu itu. tidak craving nakkan sesuatu yang belum tentu mampu kita capai. hidup sempoi je happy-happy main patung Barbie. let's live like that too, simple yet memorable. capture everything with your camera, hargai setiap detik yang berlalu. jangan lagi mengejar, jangan lagi paksa diri untuk menjadi yang sempurna, jangan lagi biarkan orang sekeliling push kita menjadi seperti apa yang diorang nak. biarlah kita sendiri menentukan kehidupan kita. nak hidup macam mana, nak jadi orang yang bagaimana, biarlah kita sendiri yang tentukan. tidak mengapa kalau kita lambat, asalkan kita dapat apa yang kita mahukan. tak perlu sedih yang teramat sangat kalau kita gagal dalam hidup, tak perlu menjadi sombong dan lupa diri kalau kita berjaya dalam hidup. sederhana saja..
tidak kurang dan tidak lebih :)
make each day count
Everyday is Everyay !
thank you for reading
hope you like it!
perhaps, you too can find your own definition of happiness
life is a gift, let's appreciate it as if today is forever. enjoy while it last ;)
xoxo
Lea <3

.jpg)


.jpg)




.jpg)



















0 Comments