butterfly
sunshine
wind
waterfall
berry
and
garden of morning breeze
everything comes along with sunshine and white clouds
but the land and yellowish field still clawing everything that is come towards it
sometimes the universe itself rejecting everything even though it's good for us ~
matahari sedikit berjarak dan menghilang apabila awan yang bergumpal dan bergulung datang memenuhi langit yang biru
cahaya mentari sekadar menyisip masuk di celahan awan kelabu
angin yang kuat mengibarkan segala yang ada di sekeliling sehingga tumbang tiang yang teguh berdiri
aku sekadar melihat sahaja di pangkin kayu
sudah mengerti dengan apa yang berlaku
walau seikhlas mana pun aku
walaupun aku berusaha bersungguh-sungguh
walaupun aku hidup dengan penuh kejujuran
tetaplah jua aku yang kalah dan dihancurkan
walaupun aku tak pernah mengganggu sesiapa
waima membalas dendam kepada mereka walaupun sedikit di hujung jarum
tidak pernah pun aku membalas
namun manusia yang membenci tak pernah berhenti menzalimi
lalu apabila aku mula bersuara mereka mula menitiskan airmata dan mengatakan aku ini terlalu mengikut perasaan
lalu bagaimana dengan ku yang menitiskan air mata apabila kamu menzalimi saya
apa lagi yang tidak cukup untukmu sampai begini hancurnya saya diperlakukan oleh kamu
kamu semua sudah cukup lengkap kehidupannya
anak-anak ada, suami ada, isteri ada, pasangan masing-masing pula baik dan taat pada keluarga, karier pun ada, akademik juga ada, kehidupan yang baik juga ada
apa lagi yang kamu semua mahu dengan saya
tidak cukupkah kamu menghancurkan saya sampai ke tulang belulang
akademik saya telah kamu hancurkan
usia saya yang muda remaja hancur di tangan kamu yang berdengki dan obsesi
ke sana ke mari saya pergi menjelajah negeri mencari ubat dan penawar
di saat orang seusia saya sedang gembira dan ceria menikmati kehidupan biasa sebagai pelajar
saya di sini tunggang terbalik hidup di dalam kesakitan dan berusaha keras mencari penawar
di saat semua orang menjejakkan kaki ke menara gading
saya di sini tersekat pada tembok yang tinggi semata-mata kerana kekejaman kamu yang tidak boleh melihat saya berjaya
di saat semua orang memakai topi dan jubah konvo bergambar di sana sini dengan jurukamera
mama saya melihat mereka dari jauh dan tidak berganjak walaupun sibuk ingin pergi membeli barang
kerana sayu di hatinya dan besarnya cita-citanya mengharapkan anaknya ini akhirnya memakai jubah konvo seperti mana yang orang lain pakai
titisan air matanya itu tidak terhitung oleh laut
tidak terlawan oleh pepasir di pantai
tidak terbias walaupun disuluh oleh cahaya mentari yang menyinar
betapa sedihnya dia
namun kamu semua di sini masih tak berhenti menzalimi
sanggup bekerja siang malam mengumpul duit
semata-mata ingin berjumpa dengan mak esah demi menghantar something something pada saya
betapa tak bergunanya manusia seperti kamu
di luar nampak baik dan sopan santun suci murni
di dalam penuh dengan dendam kesumat dan kebencian
sesuatu yang saya tak pernah buat pada kamu
tapi datang dengan sendirinya kepada kamu semata-mata kerana tak boleh melihat orang lain lebih dari kamu
apa sudah tidak cukup menderitakah saya sampai begini kamu buat saya
kini satu dunia melihat semuanya
malu saya tak tahu nak letak muka dekat mana
kamu di sana semuanya bertepuk tangan
puas hati kerana berjaya menghancurkan saya
untuk apa lagi kamu buat begitu pada saya
kami sudah berdamai dengan kamu
memaafkan kamu
menuruti segala kehendak kamu
tapi begini akhirnya kamu membalas pada saya
apa lagi yang kamu mahu
betapa tak gunanya manusia seperti kamu
berhati iblis tetapi menggunakan orang lain untuk menunjukkan perangai sendiri
semata-mata kerana ingin menghancurkan saya
sesungguhnya saya sudah penat
penat dengan semua ini
walaupun kita berjuang separuh nyawa
sentiasa optimis Tuhan sentiasa berpihak pada kita
tetapi akhirnya kita tetap kalah
dan orang jahat seperti diorang berjaya
untuk apa berjuang kalau akhirnya hancur lebur dikalahkan
untuk apa optimis kalau akhirnya terpisah tulang belulang dari tubuh kerana betapa kerasnya dizalimi
di mana perjuangan itu
di mana kejayaan itu
kenapa akhirnya orang yang jahat itu berjaya dan hidup bahagia
sedangkan yang baik pula hancur lebur sehingga terkorban
mengapa yang jahat selalu hidup bahagia dan senang lenang
manakala yang baik hidupnya susah dan langsung tak bahagia walaupun setitis
di mana keadilan itu untuk kita semua ?
sesungguhnya ini adalah ujian yang berat
dan dunia ini adalah sungguh tidak adil
syurga untuk orang yang jahat
neraka untuk orang yang baik..
sesungguhnya saya penat dengan semua ini
dan berharap agar semuanya lenyap dan habis juga
jangan lagi mengganggu kehidupan saya
kadang-kadang kematian itu lebih baik berbanding terus berjuang untuk hidup
untuk apa kita berjuang hidup dekat dunia kalau akhirnya neraka yang kita dapat dekat sini
lebih baik mengalah dan menjadi diri sendiri..
akui diri sendiri juga manusia biasa
inginkan kehidupan yang biasa-biasa..
tidak mahu pun attention dunia
apatah lagi emas permata dan juga segunung berlian
sekadar inginkan kehidupan yang tenang dan santai tanpa kekejaman orang
walaupun kehidupan itu mungkin sederhana dan tak wow seperti orang lain
tetapi sekurang-kurangnya saya bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada
ketenangan jiwa itu lebih penting berbanding kesempurnaan dunia
tiada apa yang kekal abadi di dalam dunia ini
jadi kenapa saya perlu berkejaran
lebih baik hidup tenang dan santai
nyaman sebuah kehidupan itu lebih penting berbanding berkilauan emas permata di tangan
semoga selepas ini tiada lagi sesiapa yang mengganggu saya..
semoga selepas ini semua kekejaman mereka dibongkarkan di mata dunia
walaupun mama tak percaya yang mereka sanggup buat kepada saya
jangan dinilai seseorang pada rupa parasnya dan santun hidupnya
tapi nilailah seseorang melalui hatinya
apa yang ada di luar tidak sama dengan apa yang ada di dalam
hanya Allah lebih tahu setiap hamba-Nya
kita je leka dan lalai tidak perasan pada keadaan sekeliling
semoga tiada lagi kekejaman di sekeliling saya
semoga setiap kekejaman mereka dan kezaliman mereka dibalas balik kepada mereka sendiri
semoga setiap titisan air mata mama saya apabila melihat saya jatuh terguling di lantai simen yang keras dan kasar setelah pengsan
dikembalikan semula kepada orang-orang yang menganiayai kami
biar mereka pula kali ini yang menitiskan air mata melihat anak-anak mereka jatuh pengsan seperti saya
semoga setiap titisan air mata saya setelah mengharungi perjalanan dua puluh tahun dizalimi orang yang dengki dan kekejaman orang lain di sekeliling
semoga dipulangkan balik kepada mereka
semoga setiap makhluk yang menzalimi saya
kali ini giliran mereka pula perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka sudah buat kepada saya
menangislah sepuas-puasnya seperti mana kamu buat saya menangis
terseksalah sepuas-puasnya dan jangan mati walaupun berkali-kali kamu berusaha menghapuskan diri sendiri
kerana kamu perlu hidup untuk membayar segala dosa-dosa kamu kepada saya dan orang-orang yang kamu zalimi
hiduplah walaupun hanya untuk seratus hari
dan terseksalah seperti penyeksaan seribu tahun
kerana itulah hukuman untuk orang seperti kamu
tiada hati perut
semoga Tuhan sentiasa mendengar doa saya
dan semoga titisan air mata ini menjadi doa untuk saya
dan dipulangkan balik semuanya ke tempat asal
biar mereka pula yang pegang apa yang mereka hantar
biar mereka pula makan apa yang mereka racun
biar mereka pula yang menangis apa yang mereka zalimi
kali ini mereka pula yang perlu bertanggungjawab
di atas apa yang mereka dah buat pada orang sekeliling
itulah keadilan yang sebenar
untuk orang yang dizalimi
semoga January tahun ini
menjadi pintu gerbang yang membuka keadilan untuk semua orang
selamat berbahagia wahai puteri impian
walaupun nampak jauh di hadapan
walau tak terjangkau oleh tangan
semoga kebahagiaan yang datang ke dalam hidup saya selepas ini
jangan menderita lagi 🪻🥀🌾
the darling of my heart,
Lea 🪻💌🌺🌼


0 Comments