Song Jae Rim Versi Melayu


Kegelapan di luar memayungi langit sehingga tenggelam mentari di celah awan. Terasa kesejukan saat bayu berpuput masuk ke celah jendela. Langit petang terasa seperti langit malam. Awan gelap berarak di sekeliling memenuhi ruang. Menunggu hujan mencurah keluar dari perut awan




Hai everybody, selamat petang diucapkan kepada kalian. Apa khabar? Bagaimana dengan hari korang pada hari ini? Mesti tengah menghadap jem baru balik dari ofis. Kalau yang cuti hari Jumaat Sabtu, mestilah tengah bersantai dekat rumah melepak depan tv penuh kebosanan. Boring je kan hari-hari cuti camni? Tak tau nak buat apa time weekend. Nak ajak member keluar diorang sibuk, nak keluar dating pakwe takde. Last-last duduk rumah jelah. hmm

Hari ni mood macam sendu sikit. Nak cakap sedih pun tidak, nak cakap gembira pun tidak. Entahlah tak tau nak explain macam mana. Tak sedih, tapi tak gembira. Bukanlah moody putus cinta, bukan jugak happy ada orang datang belanja makan. Takde apa-apa rasa. Entahlah nak explain cane. Korang mesti pernah ada mood macam ni kan? Tak ada ayat yang sesuai untuk describe perasaan ini. So, biar jelah perasaan ini. Nice jugak, takdelah kita hyper sangat sebab gembira. Taklah bersedih hati sangat sebab tengah broken. So so je. gitteww

So, sebab perasaan takdelah touching sangat, takdelah gembira sangat. ai nak tulis post yang biasher biasher jerr. Jomlah kita cekidaut ~


Like ai said on previous post, ai ni peminat Pengiran Mateen     *   awas bukan pengiraan matematik ye chuols   *

So today ai akan bercerita tentang dia. Kat sini ai hanya akan guna bahasa yang biasa-biasa je. Takde nak formal sangat guna protokol istana. ai ni anti sikit bab peraturan segala. ai lebih suka make it simple. Lagipun ni bukan post cercaan, takdenye deme nak menyaman sister setakat tak tulis bahasa istana rasmi. Kosserr nak wat cenggitu. hahahaha

ai ni peminatnya dah lama. zaman 2016 camtu. time tu TM tak popular lagi. biasher biasher je takdelah nak havoc macam sekarang. cool cool je. mula-mula follow ig dia tak tau pun dia tu anak raja. just ingat a random guy yang suka post his everyday life dekat insta. keluar la dekat ig explore. ai pun tengok la sikit-sikit then okay la not bad. bolehlah chuols nak follow tambah pulak time tu masih baru dalam ig. relax je tengok ignya, tenang je tak stres tengok content merepek-repek. paling suka tengok Scarlet, harimau belaan kesayangannya. time tu best je, haters pun taklah banyak sangat pastu makcik bawang tak kenal lagi TM. so, relaks je time tu. followers pun cool je, time balas komen dalam ig masing-masing behave dan relaks. takde nak bercakaran nak marah-marah tm memanjang. yang penting diorang masih center walaupun ada je fans yang cringe tulis komen yang euww bila kita baca. tak tergamak sis nak sebut kat sini. haha

pastu ai don't know la cemana tm boleh tetiba meletup jadi popular. tiberr je masa dia join sukan sea 2017 popular meletup-letup kemain. ai pun confuse time tu. aits cemana member boleh jadi popular gilerr camni? nampak kat dalam ig relaks je? tapi okay lah hiburan untuk rakyat malaysia. takde lah aku asyik menghadap drama sama pajura neelopa patah hak alah balik-balik recycle drama 3 orang ni jerr. dah masuk 2022 pun masih tak move on move on lagi ke? tensen ai baca gosip diorang yang asyik keluar di mana-mana sahaja. eiiii nyampahhh

nice lah jugak bila bamteen kita pulak yang popular. tenggelam sikit drama 3 retis ni. hahahahaha

ai ingat lagi ai mengekek baca komen-komen netizen dekat fb, ig, twitter pasal bamteen ni. kat forum pun sama. siap ada yang buat parodi gambar bamteen lagi. ai ingat lagi tm adalah jadi model cover majalah gq thailand. pastu ada la keluar kat ig explore sorang brader askar ni posing ala-ala tm dalam magazine tu. yang funnynye brader askar tu posing dengan penyapu. ai ketawa guling-guling bila tengok gambar tu. hahahahaha funny gilerrr. jap ai cari gambar dia

ala takde la pulak. menyesal la ai tak screenshot gambar brader askar tu. kalau tak ai boleh tepek kat sini. hahaha tiberr sisturr nak buat parodi dekat sini. hiks


gambar ni la sisturr. alaa kalau ai screenshot gambar brader tu boleh ai buat parodi kat sini.


lepas gambarnya dengan his gf meletup keluar time tahun 2018 kat twitter, terus tenggelam jatuh tm kita. tak popular dah member macam dulu, yelah dah ada orang kat sebelah kan mestilah orang pun akan ciao. orang malaysia ni jenis paham bahasa tau. tengok aje artis lelaki malaysia, time diorang bujang-bujang dulu kemain la meletup-letup nama dia. popular habis, segala drama dia tapau, segala lagu dia nyanyi popular je manjang. tapi once dia jumpa seseorang dalam hidup dia, tak kiralah berkahwin ke atau sekadar ada gf je terussss populariti dia jatuh. memang semua perempuan akan angkat kaki la bila tau dia dah ada partner. tambah-tambah lagi kalau dia kahwin. itulah perangai orang malaysia kita. so, artis lelaki ni korang kerja cari duit gunalah waktu bujangmu sebaiknya. nanti dah kahwin populariti pun jatuh. so kenalah pandai manage kewangan dan kehidupan tu.. takdelah nanti melarat hidupnya bila dah tua. belajarlah dari artis yang lepas-lepas.

for tm, takpelah dia anak raja so walaupun popularitinya dah jatuh semua tu tak jejaskan apa-apa dalam hidupnya. sebab dia tak bergantung hidup dengan mencari makan menggunakan populariti seperti artis. bukan mengharapkan fans sebagai lubuk rezeki dia. so, takde masalah lah kan walaupun tak lagi popular cam dulu. cuma mestilah jauh di sudut hati terasa sedihlah jugak dulu orang duk sanjung-sanjung sekarang orang dah tak sebut apa-apa dah pasal dia. begitulah kehidupan. ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. kita sebagai manusia relaks jelah, adatlah hidup di dunia ni. artis yang paling popular pun pernah melalui zaman kegemilangannya. bila dah tak popular, kembalilah dia hidup seperti biasa. itulah erti sebuah populariti. tak kekal lama pun. biasalah hidup  :)

so, today ai nak bercerita pasal tm yang ada iras macam retis korea ni. saje, nak santai-santai menulis kat sini. kita relaks je okay baca post lea yang santai ini. hiburan hujung minggu  ;)

kat dalam blog ni, ai akan namakan tm sebagai bamteen. simple je, inilah nickname dia dalam blog ni. kenapa bamteen? okay, jom kita tengok nama dia ~

mateen

kalau sisturr amik nama *  mat  *, jadilah bammat

awhh chuolss klasik habis nama mat. sungguh kemelayuan sisturrr nama mat

kalau sisturr amik nama kat hujungnya *  teen  *, jadilah bamteen

ceyyy sungguh remaja uols namanya tu. *  teen  *. fefeeling remaja chuols kekonon sweet seventeen hahaha. cantik namanya, ada gabungan klasik dan urban. pandai familynya pilih nama  :)

kenapa chuols namakan dia bam? sisterr, kat malaysia ni kitorang panggil abang sebagai bam. contohnya fattah kita dipanggil sebagai bamtah. somel kan uols? dahtu takkan lerr nak panggil kaktah pulak chuols? hahahaha very the mak cik kiah propa uols

so, kita panggil dia sebagai bamteen je. simple uols

ai ni malas orangnya nak panggil nama orang tu panjang-panjang dalam satu nafas. ai suka ringkaskan semua perkara termasuklah nama orang. jadi, simple je ai buat nickname untuk tm kita. simple dan comel. kekekeke

ai pernah baca satu blog ni. dia fan hard die bamteen, siap beli tiket balik hari pergi Brunei semata-mata nak pergi tengok bamteen main polo. dahsyat sisturr sanggup kau pergi merentas benua dalam masa sehari je semata-mata nak amik gambar? takpela asalkan kau bahagia sisturr

pastu aii tengoklah apa yang dia tulis. perghhhh satu nafas ai sebut nama penuh bamteen termasuk dengan gelarannya. bapak panjang beb, mau tergeliat lidah aku. yang penting, sisterr gigih habis tulis nama dia berulang kali dalam post tu. hebak boh cek mek molek ni. woooo

kalau ai takde makna nyee nak tulis nama pepanjang camtu. walaupun hobi ai menulis entry panjang-panjang tak semestinya ai suka tulis nama penuh orang tu panjang-panjang. apa kau ingat aku ni kerja dekat Jabatan Pendaftaran Negara ke? segala nama orang ai kena catat walaupun panjang sampai tak cukup satu ic nak letak nama tu. memang taklah chuols nak tulis nama pepanjang camtu. baik ai ringkaskan je asalkan kau paham. memang sifat ai suka meringkaskan sesuatu benda supaya orang mudah faham. gittew

so, marilah kita memanggilnya sebagai bamteen. sisterr takde makna nyerr nak panggil amponn tuanku beribu-ribu ampun. nak dipanggil camtu sila pergi ke istana sana. di sini no entry. ada pehemm

so, let's cekidaut ~


ada lerr satu tweet ni ai baca dekat twitter. sorang ni cakap muka bamteen memang sebijik sama macam sorang artis korea. Song Jae Rim namanya. ai was like, eh eh betullahhh. patut la bila tengok muka bamteen selama ni macam familiar je tapi ai tak boleh nak connect dengan siapa. rupanya sama macam SJR. patutlah...

okay siapa Song Jae Rim ni? okay mai ai citerr

Song Jae Rim ni seorang pelakon dekat korea. dia selalu la jugak masuk Running Man. kalau korang fans variety show korea Running Man, mesti korang rasa familiar je dengan SJR ni. dia main best jugak, pastu dia funny. pandai bercakap dengan orang, tak macam guest lain mudah sentap mudah marah bila main game dalam RM. Song Jae Rim ni mata sepet, tinggilah tuannya dan quite handsome la bagi ai. yelah, seorang model jugak ofkoslah hensem bila jadi retis korea ni uols. cuma, SJR tak popular macam Park Seo Joon. kalau sebut nama Park Seo Joon, orang yang tak minat korea pun tahu pasal dia. popular habess. tapi SJR pulak tak popular sangat kat sini dan kat korea sendiri. dia artis yang biasa-biasa je tahap popularitinya. mungkin dia belum dapat drama yang boleh buat nama dia hit dan melonjak naik macam PSJ. takpe la, bersabarlah bro. asalkan ada job sudah. dari setakat popular je tapi job takde buat apa? choiii sangat

SJR ni adalah berlakon dalam banyak drama. tapi ai tak pernah tengok lagi drama yang dia berlakon so ai tak boleh komen tahap lakonan dia. ai hanya pernah tengok dia jadi guest untuk rancangan variety je macam RM, Sixth Sense camtu. funny gilerr dia tu. menariklah jugak orangnya. engkorang kalau nak tahu lebih lanjut mohon google sendiri. ai bukan PA dia nak bagi tau serba serbi pasal dia kat sini. kat sini cerita pasal bamteen je senanya, SJR hanyalah watak tempelan je dalam blog ni. tiberr pulak ai nak kupas pasal Song Jae Rim kat sini. hahahaha


hensem Song Jae Rim ni. kurus tinggi orangnya. pastu funny. ai memang camni chuols, asal lelaki tu funny memang auto hensem di mata ai hahahaha














                                  

macam muka Minhyuk CNBlue pulak





ai suka lelaki yang rambut panjang flowy-flowy macam pelembut Downy. memang my style  \^o^/ 



tengok chuols persamaan antara Song Jae Rim dengan bamteen. sama kan uols mata diorang ?





muka korea yang penuh kemelayuan ai tell you



fan mana pulak yang pergi whitewash gambar bamteen ni. kau ingat bamteen ni artis korea ke woii nak whitewash segala? ini bukan fansite uols manjang nak whitewash. ke uols guna henpon Oppo? hmm make sense jugak kalau henpon Oppo. auto cerah everybody 



omaigad so unbelievable. sama gilerr uols muka diorang. eh korang adik beradik ke uols muka serupa? omg...











perghh rasa macam tengok filem P Ramlee pulak. filem pasal P Ramlee jadi anak raja gilerr kentang sis boleh tengok live selama ni tengok filem melayu hitam putih je chuols kat tv 





kalau jumpa tepi jalan ai ingat dia ni orang cina atau orang korea. sepet habis mata sampai ai confuse dia ni melayu ke tidak. hahahahaha






memang muka diorang lebih kurang. takdelah nak kata sama macam adik beradik. tapi ada lerr iras-iras tu uols. pandai fans yang cakap bamteen sama macam Song Jae Rim. memang tajam mata dia boleh nampak muka artis korea dalam diri bamteen. cuma uols, SJR tadee la popular macam Park Seo Joon. so korang takde la nak wow sangat kan. cuba kalau rupa bamteen sama macam Gong Yoo atau Ji Chang Wook. konpem tujuh hari tujuh malam korang berzikir muka bamteen sama macam Gong Yoo. dah tak ingat dah gf dia kat sebelah tu sebab ada Gong Yoo kat malaysia. hahahahaha


*  konon sangat  *


dulu pernahlah famous sorang cashier dekat kfc filipina ni, katanya muka macam Gong Yoo. ai time tu skeptikal, yeke macam Gong Yoo? tak cayelah..


pastu tengoklah gambar dia yang orang ambik. hahh.. seperti yang dijangkakan. Gong Yoo la sangaaat  *  rolling eyes  *


propa je lebih


tapi kat sini kita tak propa. bukti bergambar pun ada. pandai-pandai la korang tilik muka diorang berdua ni. kalau tak sama itu korang punya pasal la. itu bukan masalah saya  :)



haa kat sini nampak la rupa macam oppa korea. katanya dalam google bamteen baru berumur 21 tahun time ni. comel orangnya ye dulu-dulu  (✿◡‿◡)


uiii naperr muka terkejut tu uols. harga minyak turun ke cemana uols terkejut camtu sekali. ahaks



dulu-dulu ai selalu tertanya-tanya naperr muka bamteen macam thailand, macam cina. tak macam melayu langsung. ai memang curious gilerr time tu naperr bamteen muka tak berapa melayu. rasa macam nak je pergi dekat bodyguard dia pastu interview bodyguard


*   abam bodyguard kenapa muka tuanku tak berapa melayu? cepattt bagi tau saya kenapa mata dia sepet   *

                goncang bahu abam bodyguard macam Fazura goncang bahu Shaheizy Sam dalam cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia

*  manalah saya tahu bukannya saya yang lahirkan tuanku  *

*   ape lah abam ni ke hulu hilir sama-sama dengan tuanku takkan benda simple gitu pun tak tau  *

*   nak tau pasal muka tuanku yang tak berapa melayu ni tak termasuk dalam job scope saya. mohon ketepi sisturr   *


confirm la soalan cenggini akan di bolayan kan aje you.. ai redho  *  mengelap air mata di hujung mata dengan kain langsir opah  *

so setelah 6 tahun ai jadi peminat dia, baru tahun ni ai tahu kenapa bamteen mukanya tak berapa melayu. kau bayangkan noks 6 tahun jadi fans baru tahun 2022 kau tahu asal usul rupa bamteen ni chuols. sis sungguhlah tidak percaya. tidak percaya dengan siapa? tidak percaya dengan sendiri uols. hahahaha   *  tangan ke bahu mata ke atas  *

ai ada lah terbaca dalam satu artikel ni tahun ni. TAHUN NI UOLS. yang bamteen kita sebenarnya berdarah japanese, scottish etc etc. ya rabb, setelah berzaman baru ku tahu sebabnya naperr tm mukanya very the thai very the korea sometimes very the kemelayuan berubah-ubah dah macam chameleon pulak hahahaha. patut laaaaaaaaaa

masa ai baca artikel tu ai was like

OOOoooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh patutlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tak perlu lagi sister pergi goncang bahu abam bodyguard bamteen nanti. hahahaha selamat uols. ahaks





eh eh muka macam Sunny pelakon thailand yang funny tu. ala yang berlakon cerita i'm fine, thank you i love you tu



ada lerr sikit iras tu. sama la kot. kot?








inilah gambar yang ai cakap brader askar buat parodi dulu. kalau kat sini memang boleh nampak la tm very the hensem. tapi kalau yang dekat ig dulu brader askar punya parodi tu buat ai ketawa berguling-guling




comelnya putera wakeel ni uols. alololo somelll





akhirnya terjawab jugekk uols persoalan ai selama bertahun-tahun ni. nampak sangat ai ni bukan kipas susah mati, benda simple camtu pun ai tak tau. tapi perlu ke ai nak tau serba serbi pasal dia? motif? kamon la chuolss ai ni peminat yang sungguh berhati dingin. mana ku kisah pasal hal ehwal idola aku selama ni termasuklah oppa oppa korea ai yang beratur penuh kat belakang bamteen tu. termasuklah Super Junior Donghae, langsung ku tak pernah ambik tahu pasal diorang. ah lantak lah hidup diorang cemana pun, ai hanya minat lagu diorang je pastu diorang tu funny selalu buat lawak kat dalam tv. menghiburkan ai. selain dari tu, their private life ai tak masuk campur. bagi ai, ada boundaries antara artis dan fans. kita tak boleh cross the limit hanya kerana kita minat seseorang itu. siapa kita nak kawal seseorang itu hanya kerana kita minat dia, kita kenal dia lama ? siapa kita di sisi dia? adik beradik ke? mak bapak ke? tak kan? sedangkan sedara mara kita yang busybody hal ehwal hidup kita pun kita panas, rasa nak marah je diorang sebab busybody hal kita. apatah lagi idola kita yang takde kena mengena dengan kita. lagilah diorang rasa marah, tapi mereka tak boleh buat macam tu sebab fans kat dunia ni ramai yang tak sedar diri suka sangat kawal kehidupan artis. termasuklah fans bamteen sendiri. melampau sangat control hidup bamteen sampai serang ig his gf, kutuk his gf macam-macam. the worst part is, siap buat video pasal his gf dekat youtube, bukak pasal her private life. eh, biadap gilerr fans macam ni. sangat melampau lah bagi ai. kenapa sampai macam tu sekali korang buat dia? melampaunya... kesian gilerr kat his gf, sampai tutup ig. kalau ai, memang ai saman je budak-budak bertuah macam ni. sebab memalukan kita macam tu sekali dan tak henti-henti serang kita. tapi, sebab kerabat sana tu jenis cool, jenis hmm maleh aku layan orang cenggini. bior lerr kome gilerr sorang-sorang. so, fans macam ni selamatlah dari kena tindakan. kalau kena dekat kerabat malaysia especially yang di sana, confirm hari esok tu tak tidur rumah dah. rasain kamu

gituuu kekdahnya kerabat sini uols

bersyukurlah uols minat kerabat sana. takde nak kena saman sebab serang kehidupan peribadi tm. patut sujud syukur sebab tak kena apa-apa. kalau yang sini, kitorang berbunyi sikit ke dalam la jawabnya. hmm

that's why la ai simple kan nama bamteen kat sini. supaya tak ada orang jumpa especially fans nya yang hardcore gila punya fanatik tu. menakutkan betul fans macam ni. kita nak minat chill chill je sekadar melepaskan stres. tapi diorang sampai masuk campur hal kehidupan orang. sama je dengan sasaeng artis kpop. dua-dua psycho, dua-dua menakutkan. hmm.. seram sejuk sis

nak minat boleh, tapi jangan sampai menyakiti idola kita. jangan cross the boundaries, diorang masih stranger untuk kita walau selama mana pun kita minat dia. jangan over


ai ni minat seseorang tu tak kiralah artis ke, kerabat ke sesapa ke ai minat saje-saje je. nak release tension. takde lah sampai over nak kahwin dengan dia. just relax, untuk menghiburkan diri je. takde sebab pun kenapa kita perlu minat seseorang itu. ia datang dengan sendirinya. so kalau orang tanya ai kenapa you minat tuanku mateen? ai akan cakap takde sebab. ia hanya datang dengan sendirinya. termasuklah oppa oppa korea ai






masa ai mula-mula kenal bamteen, ai tak impress pun dengan dia. cuma sukalah content ig dia, rasa tenang je tengok gambar-gambar yang dia update. paling suka tengok scarlet. tapi lepas bamteen popular, adalah makcik makcik bawang kutuk bamteen suka bela haiwan liar. sejak dari tu dia dah jarang post gambar haiwan belaannya. including scarlet. alaaa mak cik ni sibuk jela kenapa nak marah dia? suka hati dialah itu duit dia suka hati dialah nak bela apa. as long dia ada lesen untuk bela haiwan tu so takpelah takde masalah. yang makcik panas ni kenapa? sekarang dah tak boleh dah tengok gambar scarlet. bamteen dah jarang upload gambarnya. hmmm sedih




pastu bila bamteen start popular, ramai la orang interview dia. sini sana ada news pasal dia, meletup-letup chuols mengalahkan nelopa. hahahaha biasalah orang femes, anak raja pulak tu khuenss. lagilah orang tergila-gilakan dia. bolehlah chuols mengisi zaman remaja kita semua untuk dikenang di hari tua. ah gittew sisterr

masa ai nak buat kek, ai carilah surat khabar untuk lapik atas meja supaya meja tak kotor. pastu, ada satu paper ni buat interview dengan bamteen. tak silap ai paper the star ke new straits time camtu. pastu ai bacalah apa yang diinterview tu. dalam tahun 2017 camtu. sooo.. dalam interview tu bamteen kata dia masuk military masa umur 18 tahun. dia kata susah gilerr kehidupan dalam kem askar tu. 18 jam dia tak tidur kena buat kerja. pastu ada la satu waktu dia tersengguk je, TERSENGGUK JE AI TELL YOU terus komander dia marah dia. kena ketuk jugaklah walaupun dia tu anak raja. terus hilang ngantuk baii bila kena jerkah camtu. dia kata susah betul mata dia hampir nak terpejam dah tapi tetap kena terjaga sebab itulah kehidupan seorang askar. akhirnya dia pun sabar jelah harungi kehidupan dalam kem tu dengan penuh tabah. ai terus impress bila baca pengalaman dia. ohh, dia ni bukan je anak raja yang kaya raya tapi dia jugak ada semangat yang kental walaupun dia boleh je ciao tak payah stay dalam kem tu. tapi dia habiskan jugak sampailah ke hari ini. kiranya baguslah, jarang-jarang ada anak raja kuat semangat macam ni. selalunya lembik je, tahu nak hidup senang je takde nak hidup susah camni. so ai impress la, start dari hari itu ai pun mula jadi fans dia yang sejati. sebab kagum dengan semangatnya and kerajinannya. berdedikasi betul















sedangkan oppa oppa ai ramai yang meroyan tak nak masuk askar yang memang diwajibkan untuk semua orang lelaki dekat korea. alah 18 bulan je bukan lama pun. dulu lagi lama, 2 tahun lebih. sekarang je jadi lebih pendek. tapi ramai yang meroyan tak nak masuk. sampai ada yang keluar dari negara Korea then amik citizenship negara lain semata-mata tak nak serve dekat military. poyo je kan diorang tu? takde rasa tanggungjawab langsung. nak serve the country for 18 months pun tak sanggup, inikan nak hidup dalam askar macam bamteen. tapi bamteen cool je, takde nak meroyan macam tu sekali walaupun dia boleh je buat. tambah pulak dia ni seorang anak yang manja, lagilah mencabar nak hidup sebagai askar. ramai anak manja dalam dunia ni yang tak tahan dengan pressure yang tinggi, yang bukan anak manja pun sama je dua kali lima. tapi bamteen telah buktikan yang dia boleh survive dan jadi orang yang kuat mental dan fizikal walaupun seorang anak raja & quite manja dalam family dia. itulah dinamakan seorang yang bertanggungjawab  :)

sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara walaupun itu bukanlah bidang dia selama ni dan dia tak tahu apa-apa pun pasal bidang tu sebelum ni. tapi dia buat jugak sungguh-sungguh sampai habis, takde nak buat sekerat jalan.

inilah dinamakan orang yang amanah dan bertanggungjawab

dia tahu apa yang diamanahkan untuknya, dia tahu apa yang dipertanggungjawab untuknya. dan dia buat sehabis baik walaupun mungkinlah kadang-kadang adalah kurang di mana-mana. yelah kita sebagai manusia bukanlah sempurna. tapi dia dah cuba yang terbaik. baguslah tu kan  ;)

bukan setakat untuk bamteen je, untuk orang di luar sana pun sama jugak. ai impress dengan korang yang sentiasa bersungguh-sungguh buat kerja walaupun korang sebenarnya tak minat pun kerja tu. tapi atas dasar tanggungjawab, korang buat jugak yang terbaik. korang sememangnya seorang yang bertanggungjawab. tabik spring untuk chuols  :)


so, dah 6 tahun dah ai jadi fan dia. haih cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam je umur ai 18, sekarang dah 24 dah. hmm.. rasa nak balik je ke zaman lalu, zaman di mana kita masih budak-budak tak tahu erti kehidupan tak tahu erti kedewasaan. penatlah jadi orang dewasa ni. huhuhu

sepanjang 6 tahun ni, ai tengok banyak benda dalam diri bamteen. dari seorang yang happy go lucky gembira je bila jadi popular waktu umur dia 26 tahun. sekarang dah jadi dewasa lebih serius dan lebih matang dalam hidup diumur 31 tahun ni. tak pernah berhenti pun dari military. dia dah berada di pangkat yang jauh lebih baik. sangat berbangga la ai sebagai fans tengok pencapaian bamteen dah sampai setara ni. segala penat lelah titik peluh dia akhirnya berbaloi. ajomm lerr kita tepuk tangan untuk dia.

                             *  tepuk tangan everybody pak cik mak cik kiah yang jual goreng pisang  *

                                                      *    pom pom bunyi mercun   *               

                 *    mak cik kiah buat akrobatik ala-ala ketua cheerleader dengan baju cheerleading  🤸‍♀️   *

















semoga satu masa nanti ai pun boleh jadi macam bamteen. berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara dan berjaya mencapai impian. impian ai nak jadi pilot macam bamteen. bila ai tengok bamteen selalu share gambar dan video dia bawak jet, helikopter kat ig ai memang inspire betul nak jadi macam dia. rasa seolah-olah macam ai yang terbangkan heli tu. ai akan usaha sungguh-sungguh untuk capai impian ai. tapi, kalau ai gagal, tak berjaya untuk mencapai impian untuk menjadi pilot. ai okay je. dalam hidup ni, tak semua impian jadi kenyataan. dan ai dah terima hakikat tu..

dulu dalam tahun 2019, ai pernah apply cadet pilot MAS. ai ada tengok iklan permohonan cadet pilot MAS pertama untuk perempuan dalam 10 tahun ni dekat suratkhabar. selama ni diorang hanya recruit orang lelaki je. kali ni dalam 10 tahun, akhirnya diorang bukak untuk perempuan pulak. ai pun apa lagi mohon jela kan mana tau rezeki. lepas mohon tu, beberapa bulan kemudian dalam bulan september ai dapat emel dari Malaysia Airlines. diorang telah luluskan permohonan ai dan ai dapat panggilan interview dari diorang. kena pergi KLIA dekat sepang dalam hari isnin camtu untuk interview. ai pun melompat gembiralah bila baca emel tu. ai pun tunjuk la dekat mama dengan mek. mek pun impress tengok ai dapat tawaran interview tu. gila gempak beb. 

tapi sayangnya, tarikh untuk interview tu dekat sangat. tak sempat nak prepare apa-apa. dapat emel hari khamis, hari isnin kena pergi dah. pastu mama ai cakap dia tak boleh hantar ai pergi sana, dia tak pernah pun pergi KLIA so dia tak tahu apa-apa pasal klia. ai time tu memang nangis you, peluang seumur hidup sekali ai dapat. tapi akhirnya ai terpaksa lepaskan. Tuhan sajalah yang tahu betapa sedihnya hati ai

and then, seperti yang dijangkakan ai tak sempat nak pergi kl. sebab suntuk sangat masa tu. bila hari isnin tu sampai, ai nangis teruk kat sini mengenangkan impian ai yang tak kesampaian. seperti mana ai menangis saat cinta pertama ai berkahwin dengan orang lain, seperti itulah juga ai menangis terpaksa melepaskan pergi cita-cita ai. hanya kerana dalam hidup kami ni tak ada orang lelaki. tak ada orang yang boleh guide kami, bantu kami pergi ke tempat tersebut. menangisnya ai sepanjang minggu tu. tak terkata..

akhirnya penghujung 2019 covid pun datang dekat Wuhan. masuk tahun 2020 covid pun menyerang seluruh dunia. then, impian itu hanya tinggal kenangan. ai dapat tahu dari grup fb cadet pilot calon-calon yang pergi interview cadet pilot tu tak dapat masuk pun. sebab covid datang menyerang, so MAS dah cancel everything included cadet pilot. haih sedih.. ada hikmahlah kan ai tak sempat pergi interview tu. at least ai patah hati awal-awal, tak macam orang yang dah pass interview tu. mesti menangis melalak-lalak bila dapat berita camtu. hmm dugaan..

masa 2019 time raya, cousin ai yang rapat sangat dengan ai sebab kpop punya pasal dia dapat tau la yang ai nak jadi pilot. nenek ai punya pasal le ni semua orang dia bagi tau yang ai nak jadi pilot. halaa nenek ~

pastu cousin ai tu dia perempuan lah, dia cakap

    *  kau kahwinlah dengan lelaki yang boleh bawak kapal terbang. biar dia yang jadi pilot pastu kau duduk la belakang dia   *

   *   kepala otak kau kenapa pulak aku kena jadi camtu? baik aku jadi pramugari la kalau camtu  *

   *   kau tak payahlah susah-susah jadi pilot. biar suami kau je yang jadi drebar, kau duduk je kat belakang santai-santai jadi penumpang. biar dia je yang terbangkan  *

   *  banyak la kau sisterr. manalah sama perasaan jadi pilot dengan jadi penumpang. yang nak bawak kapal terbangnya aku. dah kenapa laki aku pulak yang kena jadi drebar?  *

    *   kau kan perempuan. kau jadilah penumpang   *

    *    hawau   *

begitulah kekdahnya ai punya conversation dengan dia. apa daaa manalah sama perasaan chuols diri sendiri yang bawak kapal terbang dengan laki yang bawak. apoo sisturr dah kenapa aku kena duduk belakang laki aku? hanya kerana aku ni perempuan???

ai memang tak boleh naik brain dengan konsep yang dibawakan oleh cousin ai tu. banyak la kau sisterr biar husband yang jadi pilot. yang nak jadi drebar bus tu saya, bukan suami saya. dah naperr ai nak husband ai pulak yang jadi drebar? eiii you tak paham perasaan ai uols. mana-mana girls yang nak jadi drebar bas ni paham la kan perasaan ai yang nak jadi drebar airbus ni khuenss. kita je yang faham perasaan sendiri. bawak kapal terbang ni bukan untuk orang lelaki je. orang perempuan pun boleh jugak. kita pun nak jadi pilot uols  ;)

ai memang nak ketawa jugak dengan cadangan cousin ai tu. oi semek, kau ingat senang ke nak cari lelaki yang boleh bawak kapal terbang? apa kau ingat nak cari husband yang drebar bas ni macam korek cacing dalam tanah? korek-korek terus jumpa. banyak la kau sisterr. usahkan drebar bas, keje gomen pun belum tentu lagi nak jumpa. banyaknya yang gebang ai ada audi ai ada lamborghini padahal keje mengedar dadah adalah. drebar bas konon.. 

mimpi jela chuols nak cari husband keje pilot ni

   *  tangan ke bahu mata ke atas  *

bertuah sangatlah uols kalau ai dapat husband si drebar bas ni uols. macam jumpa berlian dalam tanah uols. unbelievable, upredictable tidak ku percaya semua innniiii

hahahaha tiberr pulak ai melalut cerita hal lain. lain yang ku cerita lain yang menjadi penamatnya. tiberr ai terluah perasaan cita-cita ai yang tak kesampaian ni uols. ahaks

sorry everybody

apa pun, bila dah besar ni ai dah mula belajar erti kenyataan. tak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. tapi tak bermakna kita gagal, cuma itu adalah sebahagian dari kehidupan. jadi bersabarlah bila kena uji dengan perkara macam ni  :)

ai baca dekat grup fb cadet pilot, ramaiii sangat pilot-pilot yang bagi nasihat dekat anak-anak muda ni supaya jangan sambung bidang ni. pergilah cari keje lain atau sambung bidang lain. diorang kata diorang sendiri kena buang keje time covid macam ni, struggle gila hidup jobless tapi masih ada komitmen yang perlu dibayar itu ini. susahnya diorang hidup cari keje itu cari keje ini sementara nak tunggu covid ni habis. so, ai pun berfikir jugaklah kan. betullah tu apa yang abam pilot cakap. diorang bukannya tak bagi nak jadi pilot. cuma diorang tak nak kitorang dapat nasib yang sama macam dia. diorang suruh kitorang buatlah keje lain dulu, bila covid dah reda, ekonomi dah stabil waktu tu barulah sambung balik impian untuk jadi pilot tu. hmm betul jugak apa yang dia kata tu.

had umur untuk masuk cadet pilot MAS dengan AA adalah 27 tahun. ai dah berumur 24 tahun, tinggal 3 tahun lagi untuk sampai had umur itu. sekarang ni krisis ekonomi tengah meruncing. memang takde harapanlah kan kalau nak hidup senang tu, capai impian kita. sekarang ni kita kena fikir pasal survival dalam hidup je. impian tu kena letak tepi. sebagai orang yang meningkat dewasa, ai dah tahu apa pengakhirannya. ai tahu yang ai takkan sempat untuk jadi pilot. impossible. dari segi masa, ekonomi dunia & kewangan kita sendiri. semuanya impossible. ai tanya mama ai, boleh ke dia hantar ai masuk akademi penerbangan swasta? kos pengajian lebih kurang rm300k. mama ai cakap tak mampu, sebab dia sorang je keje. ai pun haih.. kena jugak terima kenyataan walaupun pahit. ai sedar diri..  :)

so sekarang, ai terpaksa melepaskan pergi impian ai. kali ini, hati ai dah tak sesedih dulu lagi. sebab ai dah matang, dah dewasa dan sudah belajar dari pengalaman. ai terima dengan hati terbuka  :)

ai akan berusaha sungguh-sungguh dalam pelajaran, lepas tu sambung degree. kalau nak kerja dulu ai kerjalah kan. lepas tu sambung degree ke luar negara macam yang ai inginkan. ai dah cakap dekat mama, mama nanti simpan duit sponsor ai sambung study oversea macam arwah ayah jie. dia cakap okay. belajarlah bersungguh-sungguh. 

ai akan kumpul duit sampailah cukup. satu hari nanti, bila dah ada duit ai akan ambik lesen pilot. walaupun mungkin ai dah tak dapat terbangkan airbus, setakat terbangkan heli dengan pesawat ringan jerr ai okay. asalkan ai berjaya capai impian. selagi kita masih bernafas selagi itulah kita masih boleh berangan untuk mencapai impian. usaha keras akan membuahkan hasil. betul tak ?  :)

tapi kalau tak dapat, ai terima. semua yang ada di dalam dunia ini tak semestinya menjadi milik kita. jika kita tak berjaya capai apa yang kita inginkan, redalah. kita tak boleh paksa dunia ini berputar mengikut kehendak kita. sebaliknya kita yang perlu adjust diri kita hidup mengikut putaran dunia ni. itulah kenyataan dalam kehidupan ini. satu masa nanti, kita akan okay je dan bertenang menghadapi dugaan. sebab kita dah dewasa dan dah matang  :)










thank you for reading my post. sorry melalut dari bamteen yang muka sama macam Song Jae Rim tiberr je cerita pasal impian ai. hahahaha langsung takde kena mengena. tapi bamteenlah sumber inspirasi ai selama ni. ai memang nak jadi pilot macam dia, inspire untuk menjadi seperti dia. mungkin dia tu takpelah anak raja petik je jari semuanya dapat. tapi, kita kena tahu untuk jadi pilot ni waima kau anak raja paling kaya dalam dunia ni sekalipun kau tetap tak boleh jadi pilot bila tak lepas dalam latihan tu. susah tau latihan untuk jadi drebar ni. yelah chuols kau bawak nyawa orang kau bukannya bawak kambing. lagi-lagi kau ni nak jadi commercial pilot yang akan bawak 300 orang penumpang kat belakang kau. nyawa tu uols nyawa. mana boleh buat main. jadi, tak semua orang boleh jadi pilot. hanya orang yang terpilih sahaja yang mampu jadi pilot. so, ai impress pada bamteen kerana bukan setakat jadi askar, dia jugak boleh jadi pilot. bawak jet pejuang selamberr je sorang diri. hebat kan? satu pencapaian yang bagus lah dalam kehidupan. bukan calang-calang orang boleh bawak kapal terbang. tapi dia boleh buat. sebab tu ai kagum dengan dia  :)

thank you for tuanku mateen kerana telah menjadi inspirasi di dalam hidup saya. semoga saya pun akan berjaya mencapai impian saya satu hari nanti seperti tuanku  :)

thank you for reading. amponn sisturr suka sangat menulis entry panjang-panjang. memang style ai suka menulis panjang gilerr camni. hahahaha 

sis mohon maaf. hiks

kalau ada yang tak suka ai guna nickname simple sangat, macam langgar protokol je. ai mohon maaf. ai buat nama paling ringkas ni sebab ini hanyalah untuk dalam blog. nak bagi simple dan mudah nak ingat untuk pembaca. and.. sebab tak nak fan hardcore tm jumpa blog ni. so, takde orang yang pernah terfikir dengan nama ni & takde pun fans yang akan search nama ni dekat google. kebanyakannya search dengan nama penuh tuanku atau akronim ig tuanku je. tersorok lah sikit blog ni dari pandangan semua orang termasuklah dari pandangan fans yang quite scary tu. sengaja nak sembunyi dari diorang. mohon jangan marah sis ye sebab macam melanggar protokol istana. ini hanyalah entry dalam blog je, ai takkan guna nama ni bila jumpa tuanku depan-depan. sis masih tahu batas protokol istana okay. cuma kat sini kita nak chill je & tak nak bagi fan yang fanatik serang blog ni. biar yang tahu je tahu. kan?   :)

here ai tepekkan link youtube tentang speech tm semasa lawatannya dalam satu acara yang berkaitan dengan youth. hope this will inspire you to become more better & more stronger   o(^▽^)o

               https://youtu.be/H6aO9sw686o


jangan putus asa dalam mencapai impian. mungkin adakalanya kita gagal, mungkin adakalanya kita terpaksa berhenti sebab ada halangan yang berada di depan kita. kalau itu yang kita terpaksa buat, maka buatlah kerana itu yang lebih penting untuk kamu buat masa sekarang. tapi satu masa nanti, bila line dah clear, semuanya dah selesai dan kamu pun ada peluang untuk buat apa yang kamu suka. buatlah sesuka hati kamu. berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai impian kita. mungkin kita tidak berjaya mencapai impian itu sekarang. tapi siapa tahu impian kita itu akan berjaya dicapai di masa depan? kita tak pernah tahu apa yang ada di depan sana. life is so unpredictable. today we cry like a river when our dream crush into a million pieces. but someday perhaps we smile like sunshine when we stand up on the stage while carrying our trophy. hari ini tidak sama dengan hari esok, hari semalam takkan pernah sama dengan hari ini. menangis setara mana pun kita sekarang tak akan mengubah apa yang telah terjadi di belakang, dan tak akan menghancurkan apa yang ada di masa depan. tersenyumlah setelah penat menangis. one day, kita akan menerima jugak kebahagiaan kita sendiri seperti yang kita harapkan. perhaps, dapat jauh lebih baik dari apa yang kita bayangkan. just don't give up & keep going. mungkin kita berhenti buat sementara waktu ini untuk menyelesaikan perkara yang lebih penting. tapi, bila jalan di depan kita menjadi lapang semula, berusahalah melangkah ke hadapan mencapai apa yang dicitakan. masih belum terlambat untuk mencapai impian, selagi kita masih menginginkan dan mengusahakannya. kejayaan tak jatuh bergolek kepada kita. sebaliknya kitalah yang perlu bergolek berguling mengejar kejayaan itu sehingga dapat. setiap orang ada bola masing-masing untuk ditangkap, cuma atas dirinya sahaja sama ada dia ingin mengejar mencapai bola itu atau hanya biarkan bola itu melantun pergi. pilihan itu di tangan anda. peluang hanya datang sekali, ia takkan pernah berulang lagi di masa hadapan. jadi, pilihlah yang baik-baik  ;)

thank you for reading. semoga korang juga satu masa nanti berjaya capai impian di dalam hidup korang. mungkin bukan sekarang, tapi di masa depan nanti siapa tahu kan? berusahalah sebaiknya  ;)

thanks for reading. hope you like it!




p.s.

sebagai fans tm, ai pikir banyak kali time nak buat lawak. kengkadang chuols tulis yang funny-funny siap post dah. pastu ai mula terpikir balik eish cemana kalau diorang ada baca pastu tak suka. masak sis nanti. hmm ni yang tak gemorr kalau minat orang kayangan ni. kena pikir sepuluh kali sebelum nak cakap apa-apa, nak tulis apa-apa. ada protokol itulah, ada protokol inilah. nak gurau pun tak boleh. tiberr sister terpaksa jadi skema dah macam nak jawab soalan penemu duga pulak tak boleh ada silap dan salah. kena perfect manjang kena nampak macam robot gittchew. nawwrrr sis ni suka bebenor buat lawak, memang sejak lahir lagi suka buat lawak. kengkadang tak buat lawak pun just cakap apa yang ada dalam fikiran je tapi terus jadi lawak. ai donno kat mana ia punya lawak tu ai tak pernah pakai ilmu apa-apa chuols. memang natural gittew sisterr. mesra alam kan? haha

so bila ai buat lawak time menulis pasal tm, mesti ada time ai terpaksa delete balik supaya ia tak menyakitkan tm atau buat tm sentap ke cemana. halaa sisterr kenapa chuols kena minat kerabat yang ada banyak protokol sejak lahir ni? susah sister terpaksa ikut protokol jugak  *  sobs  *

kalaulah tm ni funny macam almarhum tunku jalil..

ai ingat lagi dulu-dulu tunku jalil selalu sangat buat lawak. selalu je ai ketawa guling-guling bila tj buat lawak, belum lagi bab dia prank orang sekeliling. dialah anak raja paling kelakar dalam dunia ni hahaha. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. masih terngiang-ngiang lagi lawak yang tj selalu buat. menghiburkan  ;D . semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh  :)

so, sebagai fans kerabat ai kena selalu be careful dengan kata-kata ai. kang tersyasyul you jugak yang kena warning. sayonara sisturr. huhu sedih tau chuols sedih  *  menangis di bucu katil  *

sistur memohon ampun jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara. ai cuma buat lawak je, selalu saangat masuk air. so mungkin la kan ada waktunya ai terlanggar batas sampai lawak tu mungkin lerr menyakitkan hati korang. ai memohon maaf atas segala silap ai. ai janji akan buat lawak yang lagi funny lepas ni maafkan sister tiada keinsafan dari dalam diri sister. apa guna chuols berpura-pura insaf last-last buat jugak benda yang sama? baik sis cakap je terus terang hahaha

okay tak funny              


            baru-baru ni ai ada beli kad raya. kononnya sister nak tulis kad raya pastu hantar dekat tm time raya puasa. pastu chuols sis rasa malu pulak. ai postpone niat tu ahh takpe kita cuba raya haji nanti sisterr. raya haji pun datang pastu tetiba mak ai dengan nenek sakit. terlupa soal kad raya sebab sibuk hal diorang. pastu ai tengok kad raya yang tak berusik tu. 

nak bagi ke tidak nak bagi ke tidak. 

hmm last-last nan hado.. sisterr malu sisterr malu

            *   sobbing   * 

   *  menangis di bucu katil  *

okay takpe la chuols tak perlu la kot bagi kad raya. dah masuk autumn dah minah raya puasa tinggal berapa bulan je lagi

sekian kisah tom & jerry hari ini


    



thank you for reading !


xoxo

Lea  <3









p.s.     (  mohon jangan marah everybody. cuma my thoughts only, takde pape pun. relaks semua ~ )

since tm suka sangat pose macam model dalam ig, nice jugak kalau dia remake gambar almarhum sultan. ai ternampak la ada orang post dekat twitter satu hari tu. dia tunjukkan kebudayan orang melayu. lepas tu ada gambar almarhum sultan memakai baju melayu dengan gayanya yang tersendiri dekat luar negara. macam mengangkat budaya sendiri la kiranya. di saat yang lain semuanya pakai tuxedo, baginda sultan dengan penuh bangga pakai baju melayu dengan stail yang tersendiri. hebat kan? ai rasa wow bila tengok gambar tu. siapa cakap baju melayu tak nampak classy? classy apa, tengoklah cemana tuanku sultan pakai. bergaya kan?

so, ai teringin la kan nak tengok tm pulak buat remake ala-ala orang zaman sekarang yang suka flashback gambar diorang zaman-zaman dulu. ai ada sepupu dia suka sangat amik gambar yang sama dengan posing yang sama seperti mama dia zaman muda-muda. dia amik gambar dan buat semua benda tu dekat tempat yang sama mama dia amik gambar. rasa cool gila bila tengok dia post gambar macam tu, versi tahun 80an & versi sekarang. nampak klasik di situ. so kalau tm pun buat gaya macam tu jugak mesti mengimbau kenangan. pakai pakaian dengan fesyen yang sama macam yang digayakan oleh almarhum sultan. amik gambar di tempat yang sama dengan gaya yang sama tuanku amik gambar. mesti cool kan? ada aura retro & klasik di situ tapi dibuat versi terkini, versi 2022. mengimbau kenangan sangat  ;)






~ patut la tm suka pose ala-ala model sangat. rupanya nenek moyangnya sendiri suka pose ala-ala model. bergaya sangat you...

















0 Comments