catterfield and happy demara
life goes on their way
looking up to the sky
bluest in every part of it
with a blemish and puffy clouds ☁️
what a time to be alive and breathing with exhausted voice and unlovely air
that's what we call
Live
in front of me,
air laut membiru luas mata memandang
bergelombang menghempas pelabuhan
air laut biru yang sungguh gelap di bawah langit yang membiru dan matahari cerah menyinar
bersama awan ☁️ yang memenuhi langit
terasa sempit di dada namun tak mampu melepaskan diri
terasa bergoyang di jiwa namun tak mampu melarikan diri
terasa tenggelam di dalam kekeliruan namun tak mampu menyelamatkan diri
akhirnya walau berlari sehingga ke hujung dunia
tetap jua sampai ke destinasi yang telah ditetapkan
Takdir
tiada siapa yang mampu melawan takdir
walau sejauh mana kita berlari
walau sekuat mana kita berusaha
walau sesedih mana kita menangis
walau selemah mana lutut kita bergoyang sehingga akhirnya kita jatuh terduduk ke lantai
walau seribu daya sudah dicuba cara dan diusahakan sepenuh hati
jika Takdir berkata Ya
tidak kira sejauh mana kita berlari
akhirnya kita bertemu jua
tidak kira sejauh mana jarak memisahkan antara dunia dan langit
akhirnya bertemu jua
tidak kira selama mana waktu bergulir
walau seribu tahun sekalipun
akhirnya bertemu jua
Ikan di laut
Asam di darat
Dalam periuk,
Bikin muafakat
Ikan di laut
Asam di darat
Dalam periuk,
Bertemu jua
angin itu berhembus kuat
laut bergelombang menghempas pelabuhan
berdiri di hujung pelabuhan ini sambil memegang kotak kayu yang berat
tiada apa yang mampu menggoncang jiwa waima ombak yang kuat bergelora
terpercik air laut setinggi pohon
namun ku tetap berdiri teguh di penghujung pelabuhan
melihat air laut yang membiru
luas mata memandang
langsung tiada penghujungnya
hanya awan dan matahari menjadi saksi
hanya langit menjadi pemisah bagi lautan
akhirnya..
walau sejauh mana kita berlari
jika sudah Takdir
menangislah selama seribu tahun sekalipun
berlarilah sampai ke hujung dunia sekalipun
menghilanglah walau seribu batu sekalipun
jika sudah Takdir
bertemu jua
jika sudah sampai masanya
walau menghilanglah selama mana
akhirnya bertemu jua
tiada apa yang boleh mengalahkan takdir
walaupun kita berusaha sehabis nyawa
jika sudah sampai masanya
akhirnya datang jua kepada kita
Jodoh dan Ajal
kedua-dua perkara ini memang tidak boleh dilawan
tidak lambat walau sesaat
tidak cepat walau sesaat
tidak sesat walau seribu tahun
tidak hilang walau separuh nyawa melarikan diri
jika sudah sampai masanya
ia akan datang tepat ke tangan kita
Tiada siapa yang boleh melawan jodoh
Tiada siapa yang boleh lari dari ajal
bila sudah sampai,
ia tetap akan sampai jua ke tangan kita walaupun kita melarikan diri sampai ke hujung dunia..
Begitulah..
Jodoh dan Ajal
Takdir itu milik Tuhan
bukan milik kita ...
Cinta itu mungkin bukan milik kita
Tapi jodoh itu milik Dia Yang Maha Esa 🍁
Tiada siapa yang mampu melawan-Nya
waima sultan, raja dan penguasa dunia
jika sudah sampai masanya
akhirnya datang jua semua itu kepada kita
baik jodoh
baik ajal
begitulah kehidupan ini..
tidak lari gunung dikejar......
tidak hilang cinta di hati....
akhirnya mampu berdiri di sini
melihat air laut yang bergelombang
melihat matahari yang bercahaya menyinari alam
melihat awan ☁️ yang berarak sampai ke hujung
melihat bayangan sendiri di laut yang berkilauan
berdirinya daku bersama kotak kayu yang berat
mata yang sedih
wajah yang bermuram durja
hati yang kecewa
akhirnya kotak kayu yang berat itu dilepaskan
tenggelam ke dalam laut yang bergelombang
hanyalah lautan yang berlapis-lapis itulah yang layak menerimanya
kotak kayu yang penuh rahsia
kotak kayu yang berisi dengan jiwa
akhirnya terasa bebas
walaupun lenguh di tangan masih terasa
namun di jiwa sudah tiada lagi berat yang membebani
semuanya telah pergi bersama kotak kayu ke dalam lautan
kini aku berpeluk tubuh
membiarkan angin kuat mengibar-ngibarkan bajuku ini
membiarkan angin berpuput menerpa wajahku ini
air laut masih bergelombang kuat
masih deras bunyinya menghempas pelabuhan
namun berat di hati tidak lagi sedalam lautan ini
tidak lagi sekuat ombak yang bergelombang
bergulung menghempas pelabuhan..
begitulah kehidupan..
apabila seorang manusia itu akhirnya menerima kenyataan dan berhenti berlari
akhirnya semuanya terhenti dan tiada lagi yang menghimpit hati
tiada lagi yang menyempitkan diri
Menerima kenyataan dan menerima apa yang bakal datang
tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan
tidak mampu dibayangkan apa yang akan terjadi di masa hadapan
tidak tahu semua itu
namun diri ini sudah belajar untuk redha
dan akhirnya menerima kenyataan dan belajar untuk menerima apa yang akan terjadi
melarikan diri tak mampu menyelesaikan masalah
berdirilah dengan tenang dan hadapilah semua ini dengan hati yang berani
Jujur dan Ikhlas
walaupun kita tak tahu apa yang akan terjadi
walaupun kita tak boleh bayangkan apa pengakhirannya
namun tidak mengapa
tidak peduli apa yang akan terjadi selepas ini
bagaimanakah permulaannya
bagaimanakah pertengahannya
bagaimanakah pengakhirannya
yang penting kita sendiri memilih untuk berdamai dengan takdir
dan belajar untuk melangkah masuk dan berdiri dengan teguh di atas muka bumi ini
berdepan dengan takdir
hidup ini tidak semestinya perlu jadi sempurna
kadang-kadang kita hanya perlu menjadi diri sendiri sahaja
dan berdepanlah semuanya sebagai diri sendiri
tidak takut pada permulaan
tidak sedih pada pengakhiran
sederhana sahaja
Happy Ending
Sad Ending
Bittersweet Ending
Sad Love
Sorrowful Love
tidak kisah apa pengakhirannya
yang penting..
pilihan kita yang pertama adalah..
menerima takdir itu sendiri..
dan menerima buku baru..
walaupun datang dari orang yang lama
tapi tak semestinya kisah yang sama akan berulang
buku ini masih baru
masih bersih
belum ditulis lagi
pena sudah ada di tangan
yang perlu ada kini hanyalah..
keredhaan seorang perempuan dan keterbukaannya untuk menulis buku baru
menerima semua ini dengan hati yang lapang walaupun air mata masih ada di hujung mata ini
mungkin air mata itu menitis di atas lembaran baru ini
mungkin tulisan pertama yang diukir di dalam lembaran ini diiringi dengan air mata
pena ini tercoret dengan dakwat dan tertumpah air mata
namun dengan hati yang ikhlas dan jujur
tidak peduli walau sesedih mana pun permulaannya
bila kita ikhlas dan jujur..
semuanya akan dipermudahkan dan semuanya akan baik-baik sahaja
walaupun hati ini masih terluka
biarlah semuanya diserahkan kepada Tuhan
dan kali ini biar takdir yang membawaku bersama kenyataan
bermula dari hulu
berakhir sampai ke hilir
bermula dengan dayungan yang perlahan
berakhir dengan tali yang akan diikat di pelabuhan
Jodoh itu seperti langit yang luas tidak bertongkat, tidak bertiang
Walau sejauh mana kita berlari
langit itu tetap memayungi kita
Cinta itu seperti lautan
Bergelombang kuat menghempas pantai
Birunya laut penuh kegelapan
Luas terbentang tiada sempadan
Bergulung-gulung sampai ke bawah dan tidak dapat dilihat dan tidak dapat disentuh sampai ke bawah tanah
Betapa penuh rahsianya lautan
Gelap kebiruan
Berlapis-lapis sampai ke bawah
Penuh rahsia tidak terkata
dan tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam lautan itu
Begitulah Cinta
seperti Lautan
Cinta itu mungkin tak semestinya menjadi kenyataan
Cinta Pertama itu mungkin tak semestinya menjadi milik kita
Cinta itu mungkin tak semestinya dimiliki
Cinta itu mungkin tak semua orang mendapatkannya
Namun hanya kerana ia dinamakan Cinta
tak semestinya tak menjadi kenyataan
kadang-kadang Cinta itu datang bersama Jodoh
tak semua orang mendapatkan apa yang ia cinta
Dan tak semua orang bertuah mendapat jodoh yang diharapkan
dan kadang-kadang..
di sebalik Cinta
ada Jodoh yang datang memulangkan walaupun semuanya sudah dilepaskan
akhirnya Jodoh itu sendiri yang datang ke mari
membawa Cinta datang kembali
seperti sirih pulang ke gagang
seperti burung pulang ke sarang
akhirnya Cinta itu kembali jua
akhirnya Jodoh itu sendiri yang datang membawa Cinta
walaupun kita sudah mula melupakannya
mula melepaskannya
anehnya cinta
anehnya kehidupan
anehnya jodoh
betapa anehnya semua ini
walau bijaksana lah orang itu
masih tidak mampu menafsir apakah itu jodoh
apakah itu takdir
betapa misterinya jodoh dan takdir ini
sesungguhnya takdir Tuhan itu sangatlah misteri
melampau logik akal
merentasi langit dan bumi dan kebijaksanaan manusia
akhirnya kepada Tuhan jua kami merendahkan diri dan tersungkur
lalu bersujud kepada - Nya sebagai tanda kehambaan
betapa rendahnya kita sebagai hamba-Nya
langsung tidak boleh melawan kehendak-Nya walaupun kita berusaha sehabis daya
kepada Tuhan kami bersujud
kepada Tuhan kami dikembalikan
🌙🌕🕌
cinta ku selalu abadi
walau takdir tak pasti
cinta matiku..
seraya aku berdoa
merayakan cinta
kau selalu ku jaga
cinta matiku..
begitulah cinta
begitulah jodoh
begitulah kehidupan
begitulah kesedihan
akhirnya..
kepada Dia Yang Maha Esa
ku serahkan segalanya
tidak tahu apa permulaannya
apa pertengahannya
apa pengakhirannya
semuanya ku serahkan pada Yang Esa
namun walaupun hati masih bersedih
tetap jua ku berdoa
semoga ada bahagia di hadapan sana
jangan lagi ada derita
biarlah sampai di sini sahaja
tenggelamlah kamu semua
ke dalam lautan itu
dan semoga segala kejahatan
akhirnya lenyap
seperti mana Dia melenyapkan kaum A`d dan Thamud
lenyapkanlah semua kejahatan dan kebencian
termasuklah makhluk-makhluk-Mu yang dengki, benci, iri hati dan zalim lagi jahat
berikanlah mereka semua pengakhiran dan kifarah yang selayaknya untuk mereka
dan semoga..
yang baik itu menang
yang sejati itu menjadi abadi
cinta selamanya
yang ikhlas dan suci
Cinta Terakhirku
Mungkin ?
Hanyalah Allah yang lebih mengetahui
biarlah lautan menenggelamkan segalanya
dan menghilangkan segala duka ~
Awan dan Langit
Mentari dan Bulan
perempuan di penghujung pelabuhan,
Lea 🍂🌊
❄️ ☄️ ✒️ 📃 💌 📜


0 Comments