Tiramisu Tiada Di Hatimu

Tiramisu impian ai tidak boleh dijual uols. Can you believe it?

                                *       sobbing         *

nawrrrrrrr

kenapa boleh jadi begini uols? huwaaaaaa


    *  insert  *


                                          Vince - Mengapa Harus Cinta


                            Vince - Mengapa Harus Cinta ( Akustik )



Okay, ai bagi tau mama ai yang ai nak letak kek tiramisu dekat sekolah dia. and then dia cakap sekarang dia tak naik bilik guru sebab mengajar kat surau je. kaki masih tak lepas naik tangga. and then ai cakap la jual dekat koperasi atau dekat surau tu jerr. and she said,

            " Mak cik kantin sekolah mama samseng. Jenis tak bagi semua orang menjual kat sekolah including koperasi. Nanti diserangnya orang yang menjual tu, "

ai was like, nawwwrrrrrrrrrrrrr

mengapa boleh jadi begini chuols mengapa?

ai baru je berangan nak jual kek tiramisu ai yang very the sedap very the simple tu. tiberrr jer semua ini terjadi. mama ai cakap, adalah seorang perempuan muda baru habis universiti jual kek batik seringgit jurr kat sekolah. terus kena marah dengan mak cik kantin. bapak samseng ah mak cik kantin ni. lagi teruk, pengetua ikut je cakap dia siap takut lagi kat mak cik kantin ni. walaupun budak-budak dah complain, cikgu pun dah complain perangai hauk mak cik kantin ni dengan makanan pun tak sedap. pengetua buat dono je tetap pilih mak cik kantin. akhirnya everybody dah give up. ai bersyukur gilerr ai dah habis sekolah. ai tak boleh bayang kalau ai masih bersekolah, konpem chuols sis kebulur sama-sama ngan member time rehat sebab makanan kat kantin very the hauk. kat koperasi pulak tak boleh jual makanan. teruk gila kott perangai tauke kantin ni. over kau nyahhh

mama ai cakap mak cik kantin marah-marah orang yang menjual kat sekolah kata diorang nak caras rezeki dia. heiiiiiii mak cik? kome ingat mak cik sorang je ke very the miskin dalam dunia ni? heiiiiiii orang lain pun takde duit jugaklah kena cari kerja untuk tampung hidup. ingat mak cik sorang je ke yang miskin dalam dunia ni? ishh panas pulak hati aku dengan mak cik ni. kalau aku ada kat sekolah tu, mau bergaduh la beb ai dengan mak cik samseng ni. maunya ai selam muka dia dalam longkang belakang kantin. baru puas hati ai. dasar samseng punya mak cik     (/// ̄皿 ̄)○~

                             (╯▔皿▔)╯


                             

oh mak cik ingat mak cik cool sangat boleh marah orang caras rezeki mak cik? mak cik memang nak kena dengan saya ye mak cik. siap kamu mak cik siappp


so impian ai untuk menjual tiramisu terkubur begitu sahaja. takbir raya bergema ai berdiri di tepi jendela memintal kain langsir dengan penuh kesayuan    

              *  bergenang air mata syawal  *

kenapa perlu jadi begini? mengapa harus cinta? perlu ada yang berpisah wooo ~ 

tak ku mungkin mengerti ~

truly sobbing bila berdepan dengan perkara camni. ai baru je nak menjual cari rezeki yang halal chuols sementara menanti nenekku sihat. hajat ingin membeli kamera fujifilm xa10 akhirnya melayang. pergi meninggalkan ai sendirian di pagi yang sayu di aidilfiri tak mungkin kau kembali

           *  hoiii aidilfitri dah habis la sewel. dah bulan safar dah ni  *

           *  ahhh tepilah kau suka hati la aku nak fefeeling syahdu di aidilfitri. tengah dengar lagu raya yang sedih lagi sayu kot. tepi kau sana  *

ai tak tau lagi cemana chuols nak buat. nak keluar kerja tak olehhh chuols nenek ai cemana, nak jual kek tiramisu diharommkann menjual makanan kat sekolah. hawau punya mak cik kantin. nak buat cod kereta pulak takde chuolss.. entah bila kereta nak sampai halaaaa naperr lama sangat perodua nak hantar kereta ni oiii? ada jugak aku beli kereta kebal je chuols baru puas hati

so ai di sini merenung, meratap, menghiba sambil dengar lagu raya di tepi jendela makan donut bergula bersedih hati kerana tidak dapat mencari rezeki. * sobbing *

ai tulis post banyak-banyak kat blog dengan harapan supaya ramai orang tertarik dan datang blogwalking kat sini... google adsense ai pulak masih tak jadi-jadi. halaaaa... sampainya hati chuols tak bagi keluar iklan dekat blog ai ni.. sobs

nampaknya ai perlu sedar diri ai takkan mungkin sempat beli kamera sebelum majlis. mungkin selepas habis majlis baru ai boleh beli. manakan mungkin chuols lagi beberapa minggu je lagi majlis tu. udoh lerr.. tak guna berharap pada cinta tiramisu yang tak kesampaian. wuhuuu syedihnyaa chuols


tiramisu tiada di hatimu. hanya cinta sang kamera fuji sahaja ada di hatiku. * bergenang air mata syawal *


i'm okay but i'm not okay but i'm okay but i really not okay but i'm okay

                            〒▽〒

owh sedihnya sayunya hati ini. huhuhuhu




nak buat cemana uols, bukan rezeki ai nak jual kek tiramisu dekat sekolah mama. tak dapatlah sister mengumpul duit untuk membeli kamera fuji. unless mama ai tetiba volunteer belikan kamera tu untuk ai. hmmm berangan jelah chuolss. manakan mungkin youu

daripada ai mengharapkan bintang yang tak akan gugur, mengharapkan google adsense yang tak monchoolll moncooll kat blog ni lebih baik ai sedar diri. sambung balik menulis manuskrip puisi dengan manuskrip novel. ada banyak faedahnya kan? at least siap jugak nanti manuskrip puisi ai dengan novel ai. cuma tulah..

ai takde idea la pulak nak menulis puisi- puisi cinta yang romantik dan menyentuh hati...

bila ai kira-kira semua puisi yang ai dah tulis dalam buku rupanya hanya ada 30 buah puisi jurrr. tak ku sangka puisi penuh buku tu rupanya hanya termuat tak sampai 50 je. halahhh

nampaknya chuols kena korek idea menulis lagi 50 buah puisi. kalau nak hantar manuskrip puisi ni sekurang-kurangnya kena ada 100 buah puisi. tak boleh sikit. kena banyak chuols. hadehh

ai menyesal tak tulis banyak-banyak puisi dulu-dulu. masa ai tengah deeply in love ai tulis sikit je puisi. sebab ai fikir cinta yang ai rasa tu mesti tak kesampaian sama macam cinta yang lepas. so ai buat dono, cuba untuk move on. sekarang feeling sudah takde ai perlukan feeling tu pulak untuk menulis puisi ni. ai punya prinsip, ai akan menulis bersungguh-sungguh biar bagus hasil penulisan ai tu walau pendek cemana pun. ai akan make sure ai menulis betul-betul dari lubuk hati ai. kalau ai takde perasaan, ai takkan menulis hari tu. sooo... sekarang ai dah takde perasaan kat sesapa. tapi time-time camni la ai perlukan perasaan tu untuk siapkan manuskrip puisi. auchh

haih mohon sesapa lelaki yang single dan hensem volunteer jadi crush ai boleh? muncullah kamuuuuu supaya dapat ku siapkan manuskrip puisi ku innihhh

aww sedihnya chuols


gitu jelah kisah ai hari ini. sedih bebenor yob sis tak boleh nak jual kek tiramisu seperti yang diharapkan. manuskrip puisi pulak tergantung di awan biru kerana sisturr takde idea lagi takde rasa cinta terhadap sesapa akhirnya puisi itu tinggal kenangan. awwhhh kehidupan ini memang sukar. hmm.. takde rezeki ai nampaknya. takpe lah chuols nak buat cemana. nangis dekat hujung katil jela. at least ada lah jugak tempat tinggal makan minum yang cukup. orang lain miskin je nak beli beras pun ikat perut. haihh.. kehidupan kita berbeza..


thank you for reading my entry. hari ni ai nak luah perasaan jurr. sis tak tau lagi cara nak wat cemana. tak tau nak luah kat sapa. luah kat dalam belog je la chuols     *   sobs   *


semoga Tuhan murahkan rezeki buat kita sepanjang tahun ini. semoga Tuhan berikan rezeki yang tak disangka-sangka kepada kita. mudah-mudahan, segala hajat kita akhirnya kesampaian. berdoalah seikhlas hati pada Tuhan. hanya Dia je yang boleh bantu kita, takde dah orang lain. huhuhu


thanks for reading. bye   ^_^


xoxo

Lea <3










0 Comments