ai masih ingat hari itu. Sekeping kad kahwin sampai ke rumah ai. Nenek ai cakap ini kad kahwin untuk kita. Dia jemput semua orang. ai langsung tak pegang kad tu, langsung tak jamah walau satu saat. Langsung tak pandang walau hanya sekejap, menjeling apatah lagi. Hati ai hancur berkecai. Hancur.. hancur sangat-sangat. ai tak tahu nak cakap macam mana, terasa macam hati ai ni terbang tinggi ke langit.. lepas tu jatuh terjunam ke tanah dan berkecai sejuta keping. Hancur sehancurnya. Seperti mana pesawat yang besar terbang ke langit bila terjunam jatuh hancur berkecai menjadi serpihan bersama mayat penumpang. Macam tulah hati ai, hancur berkecai menjadi serpihan yang tak boleh dicantum kembali.
Mulai hari itu, hati ai telah tertutup rapat dan menjadi dingin seperti ais. Tidak terbuka lagi sehingga ke hari ini. Saat ia terjadi di dalam hidup ai, barulah ai mengerti apa itu cinta. Seikhlas mana pun kita mencintai dia, selama mana pun kita menanti dia, sejujur mana pun perasaan kita pada dia, sekuat mana pun perasaan rindu kita pada dia, setia berapa lama sekalipun kita pada dia walaupun selama seribu tahun, sebanyak manapun pengorbanan kita pada dia, andai dia memilih yang terbaik, segala usaha kita akhirnya menjadi sia-sia. Seperti habuk sahaja di mata dia. Langsung tiada nilainya. Hakikatnya, seseorang itu memilih pasangannya bukan kerana orang itu mencintai dia setulus hati, bukan kerana orang itu ikhlas padanya, setia padanya beribu tahun. Tapi kerana dia rasa orang itu adalah yang terbaik untuknya. Walaupun dia hanya berjumpa dengan orang tu baru beberapa bulan. Sekelip mata je usaha kita lenyap tanpa bayang, kerana dia sudah mengalihkan pandangan. Dekat mata dia, kita sudah mulai pudar. Yang dia nampak hanyalah orang yang terbaik untuknya. Akhirnya, dia tinggalkan kita saat dia memilih orang yang sempurna untuknya. Cinta itu benar-benar menyakitkan hati kita kan? Dalam sekelip mata je segala usaha kita berkecai menjadi abu. Segala perasaan kita hangus terbakar melayang ke udara menjadi habuk-habuk dan puing-puing api yang hancur. Hari itu, barulah kita sedar apa itu cinta. Hari itu, barulah kita belajar apa itu patah hati. Sakit sangat-sangat.. tak tahu nak cakap macam mana.. Terasa seperti hati ini dicengkam kuat, dirobek-robek & dikoyak seribu. Sakitnya tak terkata.
Cinta ini membunuhku..
Mulai hari itu, ai tak lagi berharap pada cinta. Saat dia melangkah ke pelamin bersama pasangannya yang tersenyum sampai ke telinga, ai menutup rapat-rapat pintu hati ai untuknya. Tidak lagi wujud pintu hati ini untuknya. Tidak lagi ku mengharapkan cinta ini, tidak lagi ku menantikan cinta ini. Ku lepaskan pergi cinta ini seperti layang-layang, tidak lagi kembali kepada tuannya. Terbang ke langit setinggi yang mungkin, lalu pergi di dalam gumpalan awan. Tidak lagi terbang kembali kepadaku. Walaupun untuk seribu tahun akan datang, ai takkan pernah mencintai dia lagi. Walaupun hanya satu saat, dia tak akan pernah ada lagi di dalam hati ai. Hati ai sudah tertutup rapat untuknya. Sudah tak ada rasa di dalam hati ini. Kosong.
Tawar hati
Saat seseorang itu sudah tawar hati, kau buatlah macam mana pun ia takkan pernah menjadi seperti dulu lagi. Seperti mengorek pintu istana yang tinggi dan besar, kau kikis lah macam mana sekalipun ia takkan pernah tembus. Akhirnya tangan kau jua yang terluka. Kerana hati ini sudah tawar. Kecewanya tak terkata, sudah mati rasa..
Dah lima tahun berlalu, akhirnya hati ai tidak lagi dingin dan beku seperti dulu. Ai teringat perbualan ai dengan mama baru-baru ni. Dia tanya pada ai, bila Lea nak kahwin? ai cakap, ai nak kahwin paling awal umur 29. Kalau boleh umur 30 tahun. mama ai cakap, kahwin lewat takpe jangan tak kahwin langsung. Dia betul-betul bimbang kalau anaknya sorang ni berhati dingin sampai bila-bila. hehehehe takdelah mama, takdelah sampai macam tu sekali. Mungkin dulu tu ya, Lea benar-benar berhati dingin, telah mati rasa dan memang tak nak kahwin. Tapi sekarang dah masuk 24 tahun, Lea dah dewasa. Dah belajar apa itu cinta, apa itu takdir, apa itu qada' dan qadar. Lea redha dengan apa yang telah terjadi. Lea tahu hati ini sakit sangat saat cinta tu tak kesampaian. Tapi Lea meletakkan cinta ini kepada Tuhan. Walaupun hati ini hancur seribu, selagi hati ini dipegang oleh Yang Esa, tak ada apa yang mampu menggugah Lea. Satu masa nanti, Lea akan berjumpa jua dengan jodoh sendiri. Dengan jodoh yang sudah ditetapkan oleh Tuhan, sejak di loh mahfuz. Ketika roh Lea ditiupkan ke dalam rahim mama, Allah menetapkan 4 takdir untuk Lea sebagai seorang manusia. Dan salah satu daripadanya adalah jodoh. Mungkin sebab apa cinta Lea tak kesampaian, hati ini hancur seribu sebab Tuhan nak Lea bersama dengan jodoh Lea yang Dia sudah tetapkan. Mungkin bagi Lea, cinta pertama Lea itu adalah yang terbaik untuk Lea. Tapi bagi Yang Esa, apa yang Dia telah tetapkan itulah sebenarnya yang terbaik untuk Lea. Sebab itu Lea akhirnya patah hati, kerana perancangan Tuhan itu lebih sempurna. Cuma kita sahaja yang tak tahu. Takdir itu adalah rahsia Tuhan, hanya Dia sahaja yang tahu tentang takdir yang telah disusun olehNya. Siapalah kita sebagai manusia mampu meneka dan memahami sebuah takdir? Kita hanya mampu menjalani takdir ini seperti yang telah ditetapkan. Lalu kita mula belajar satu persatu apa yang telah diberikan olehNya. Saat itu barulah kita sedar, kehancuran hati kita ini membawa kita kepada sebuah kematangan. Kita belajar apa itu cinta, kita belajar apa itu jodoh, kita belajar apa itu takdir, kita belajar apa itu qada' dan qadar.
Rupanya apa yang mengikat kita antara seseorang itu bukanlah cinta. Tapi jodoh.
Kalau bukan jodoh, walaupun seribu tahun kita menanti. Ia takkan pernah menjadi milik kita, takkan pernah kembali lagi pada kita.
Kalau sudah jodoh, walaupun dia tak pernah kita cintai, tak pernah kita kenali. Ia tetap akan jadi milik kita, hingga ke syurga. Kerana dia adalah jodoh kita.
Itulah erti sebuah kehidupan. Kadang-kadang, yang ada dalam genggaman akhirnya terlerai lalu layu berterbangan ke udara dibawa angin. Kadang-kadang, yang tak pernah kita bayangkan tiba-tiba berterbangan lalu jatuh di depan kaki kita. Walaupun kita tak pernah mintak pun, tak pernah imagine pun. Itulah misteri dari Tuhan. Yang kita jangkakan tak menjadi kenyataan, yang kita tak pernah bayangkan menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Sekelip mata je menjadi milik kita. Aneh kan kehidupan?
Cinta itu wujud bukanlah sebab untuk membahagiakan kita, tapi sebab nak menghancurkan hati kita. Mengajar kita erti kehidupan ini. Tak semua cinta itu berakhir dengan happy ending. Jadi, kita harus menerima kenyataan saat cinta yang kita impikan tidak berakhir seperti yang kita harapkan. Hancur menjadi debu, ditelan masa dan waktu. Bersabarlah duhai hati, tidaklah air mata ini mengalir pergi melainkan kerna akan berganti dengan sebuah senyuman. Satu masa nanti, kita akan menemui happy ending kita sendiri. Satu masa nanti, jodoh yang Allah dah tetapkan akan datang jua kepada kita. Kerana yang menyusun takdir itu adalah Tuhan, bukannya kita. Semua itu adalah rahsia Tuhan. Cuma kita sahaja yang tidak tahu.
Bersabarlah duhai hati, menangislah tanpa henti saat semua ini terjadi.
Biarkan cinta ini pergi bersama air mata itu.
Tidak lagi kembali kepadaku.
Tak lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
XOXO
Lea <3
Soundtrack # 1 - Bau - Warkah
Soundtrack # 2 - Sheila on 7 - Berhenti Berharap




0 Comments