Layang-layang Terputus Talinya

Hujan turun agak lebat malam ni. Dengan kilat sabung-menyabung. Terus hilang panas petang tadi. Dalam kesejukan malam, terasa hati ini semakin dingin. Seperti peti ais yang sungguh dingin, saat dibuka keluar asap yang membeku itu menerpa wajah kita. Terasa dingin di wajah. Itulah keadaan hati ai sekarang ini. Terasa baru je semalam mencair diterpa angin musim panas yang membawa keceriaan dan kebahagiaan. Namun rupanya semua tu bermusim, tak pernah kekal walaupun hanya sesaat. Cuma diri ini je terlebih berharap. hmm

Hai, apa khabar. Semoga yang baik-baik saja untuk uols. Kalau mood gloomy macam ai, silalah menangis di bucu katil. Ni post untuk ai mencurahkan rasa hati yang penuh kesedihan. Kalau you tak suka dengan content ni yang sedih dan heavy, mohon pergi main jauh-jauh.


Hidup ini memang susah, buatlah macam mana pun pusing-pusing jumpa jalan yang sama jugak. Rasa macam roller coaster, sekejap begitu sekejap begini. Berpusing 360 darjah. Tak tau nak explain macam mana perasaan ini.

Lea rindukan kehidupan Lea yang simple dulu. Ketika di zaman 2004-2005, everything is fine & we lived in a simple life. Tak lebih dan tak kurang. Biasa-biasa je, so classic. Jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, Lea akan kembali ke masa lalu dan mengubah segalanya. Apa yang ingin Lea ubah adalah kehidupan Lea yang dipenuhi dengan kebencian dan kedengkian manusia. Lea hanya ingin hidup biasa-biasa sahaja, sederhana. Tak ada orang benci, tak ada orang dengki, tak ada orang apa-apakan diri ini. Hanya hidup seperti biasa, seperti manusia yang normal. Tapi itulah kehidupan, kita tak mampu mengubah masa lalu, tak mampu nak padam sejarah yang telah terjadi. Dan tak mampu memadamkan segala kedukaan di masa lalu. Orang kata, jangan hidup di masa lalu nanti kita akan kehilangan apa yang kita ada di masa sekarang. Tak ada apa yang boleh mengganggu masa depan kita. Masa lalu akan sentiasa menjadi yang lalu, takkan pernah berada di hadapan. Dan takkan pernah mampu berada dekat dengan masa depan. So, ai buat yang terbaik living my life to the fullest. Hidup untuk masa sekarang dan masa hadapan, melupakan apa yang terjadi di masa lalu. Make each day count.

Dengan hidup di masa sekarang dan untuk masa hadapan, Lea akhirnya menemui cita-cita baru dan impian yang baru. Cita-cita yang berbeza berbanding cita-cita yang dulu. ai inspire untuk menjadi seperti orang itu, orang ini. Orang yang Lea idolakan, orang itu adalah rahsia. Nanti terbongkarlah rahsia ai apa cita-cita ai. hmm sis malu >﹏<
Setelah lama tenggelam di dalam kesedihan, akhirnya ai menemui sinar cahaya di dalam kegelapan kehidupan. ai rasa bahagia saat dapat melihat sejalur cahaya yang masuk di celah-celah kegelapan hati Lea. Dengan sejalur cahaya itu, ai dapat melangkah ke hadapan semula setelah lama berjalan di dalam kegelapan tanpa tongkat & sinar cahaya. Hanya berpandukan hati ini semata-mata. Terasa gagah tubuh ini saat berjalan ke hadapan. Mencari impian dan cita-cita yang berkilauan seperti bintang. Rasa bahagia sangat. Dah lama Lea tak rasa happy macam ni. Tapi akhirnya, kaki ini mulai terpijak ranjau yang berduri. Lea mulai sedar apa yang ada di hadapan Lea. Rupanya sejalur cahaya yang masuk di dalam hati ini hanya cahaya yang terbias di celah-celah batu. ai perlu tolak batu yang besar itu agar ai dapat keluar dari kegelapan ini. Namun, saat ai menolak batu-batu besar ini, rupanya ai telah mengejutkan raksasa yang tengah tidur. Tak ku sangka ada lagi halangan di dalam hidup ini. ai terlupa pada apa yang ada di masa lalu. Nampaknya, apa yang orang selalu kata itu tak semestinya benar. Tak semua masa lalu itu takkan pernah mengejar masa depan. Kadang-kadang, ia mengikat kemas masa depan kita dan membelit kita dengan cengkaman yang sungguh kuat. Kita yang perlu korbankan diri sendiri untuk melepaskan diri dari lilitan ini. Mungkin tergadai nyawa semata-mata ingin menyelamatkan nyawa sendiri. Tak semua orang menemui kebahagiaan dalam hidup dia. Ada kalanya, dia terpaksa mengorbankan dirinya sendiri untuk menamatkan segala derita ini. Jika tak ada kebahagiaan di dunia ini, mungkin di sana kebahagiaan yang abadi tersimpan untuk kita..

* my feelings right now *






Di dalam kegelapan malam ini, kabut membelah malam setelah hujan yang berpanjangan. Bulan itu tenggelam di celah-celah awan, lalu cahaya yang terbias di celah awan menyinari bumi ini dengan biasan cahayanya yang sedikit pudar. Di dalam kegelapan malam ini bersama hujan yang renyai-renyai, ai berjalan di dalam kesedihan yang berpanjangan. Kesedihan yang tak pernah surut.
Benarlah, tak semua impian itu menjadi kenyataan.

Kadang-kadang, yang kita harapkan sangat itulah yang tak pernah jadi kenyataan. 

Sedihkan kehidupan?

Tak tahu mana arah yang ingin dituju. 

Berjalan ke depan salah
Berjalan ke tepi merbahaya
Berundur ke belakang ada jurang yang dalam
Tidak tahu ke mana arah yang ingin dituju

Dunia ini luas, tapi ia terasa sungguh sempit bagi Lea.
Terasa seperti berada di dalam kubur. Kiri kanan depan belakang dihimpit dengan tanah di dalam keranda. Sempit dan menyesakkan dada.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini.

Bila dikenangkan balik, ada kalanya kita perlu melepaskan apa yang kita mahu. Walau kita menggenggamnya erat, mengharapkan ia menjadi masa depan kita, menginginkannya setulus hati, kalau bukan takdir kita.. Harusku lepaskan segalanya. Demi keselamatan dan kebahagiaan diriku. Terasa sedih diri ini, tidak boleh berbuat apa-apa, tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana dunia ini bukanlah milik kita. Akhirnya ai perlu melangkah pergi. Melepaskan semua impian-impian ini walaupun ia baru sahaja tercipta, baru sahaja diimpi. Dan penuh susah payah dibina sepenuh hati. Dalam sekelip mata je ia terpaksa dimusnahkan, seperti dejavu. Melihat impian-impian yang dulu hancur berkecai menjadi abu. Hari ini ia berulang kembali. Sungguh, tidaklah menitis air mata ini melainkan kerana duka menghadapi kenyataan yang tidak berpihak kepada kita. Tidaklah sengsara jiwa ini melainkan kerna kehidupan ini sering menghunjam kita seperti hujan batu. Berketul-ketul menimpa kita dengan kuat, sehingga sakit tubuh ini. Dengan penuh kesedihan, ku lepaskan ia pergi seperti layang-layang. Melepaskan pergi tali yang mengikat kemas di jari jemari ini. Lalu layang-layang itu berterbangan di udara, membelah awan, terbang tinggi di langit biru. Tidak lagi kembali walaupun seribu tahun ku menanti. Layang-layang itu akhirnya satu masa nanti akan terkoyak dibelah ranting-ranting pokok yang tajam. Lalu jatuh ke tanah dengan penuh kesayuan. Reput di celah akar pohon di tepi pantai. Hancur dimamah tanah dan angin yang bertiup kuat. 






Aku pula berdiri sendirian di tepi pantai ini. Membiarkan angin pantai membelah kesedihan dan kedukaan hati yang tidak mampu dilihat dengan mata, tidak mampu dicoret dengan pena menjadi sebuah tulisan, tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya mampu dirasai oleh angin yang bertiup. Di dalam kesedihan ini, aku berjalan longlai di pesisir pantai. Berjalan tanpa selipar di gigi air, membiarkan ombak menghempas pantai lalu menyaluti kakiku dengan pepasir halus. Kadang-kadang, alam itu adalah teman yang mampu menemani kita yang kesedihan dan menjadi kawan yang memujuk hati. Sekalipun mereka bukanlah manusia. Ombak yang bergulung itu mampu membawa pergi segala kesedihan di hati saat ia menyapa diri ini. Bayu angin ini mampu menghantar pergi segala duka dan kecewa yang mengisi hati. Walaupun kita tak pernah meminta, mereka sudi membawa pergi segala derita ini. Itulah alam, sebahagian dari kehidupan kita sebagai manusia.




Di dalam kesedihan ini, ai berjalan merentasi masa dengan penuh ketabahan. Melupakan apa yang telah berlaku, melupakan cita-cita yang baru. Lalu memilih kehidupan yang lebih sederhana, yang lebih simple, tidak diketahui orang, tidak diambil peduli orang kerana kesederhanaan kehidupan itu. Tak semua impian itu akan jadi kenyataan. Termasuklah impian ai sendiri. Lalu dengan penuh kesedihan, ai berjalan di lorong kehidupan ini dengan hati yang penuh kedinginan. Yang semakin hari semakin dingin. Tiada apa lagi yang mampu mencairkan hati ini, termasuklah segala isi dunia. Kerana kehidupan ini tidaklah seindah yang disangka. 

Jika diberi pilihan, ingin sekali ai menukar kehidupan ai dengan sepupu ai yang happy go lucky tu walaupun hanya sehari. Kehidupan yang bebas, bebas dari kurungan, bebas dari kedengkian manusia, bebas dari kejahatan. Kehidupan yang penuh kemerdekaan. Walaupun dia tidaklah kaya dan ada harta seperti mana yang ai ada. Ingin sekali ai menukar kehidupan ai dengan kehidupannya walaupun hanya satu hari. Itu sudah memadai.
Tapi, itulah kehidupan. Tak semuanya indah, tak semuanya mudah. Banyak yang gundah, banyak yang perlu mengalah. 

                                         



Jika bukan di sini kehidupan ai, semoga Tuhan berikan kehidupan yang jauh lebih baik di akhirat sana. Kebahagiaan yang abadi, yang infiniti, kebahagiaan yang tiada sempadan, tiada putus-putusnya, tiada had masa. Abadi selamanya di sisi Yang Esa.
Hanyalah Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati ini, apa yang diinginkan hati ini dan apa yang telah ditempuhi diri ini. Tiadalah kata yang mampu mengikis kesusahan ini, tiadalah nasihat yang mampu mengambusi kepayahan ini. Hanyalah Tuhan sahaja yang mampu membenamkan segala kesusahan ini. Kerana segalanya hanyalah milik Dia.

ai berharap semoga Tuhan mengangkat segala kesusahan ini, segala kepayahan ini. Jika ada yang masih membenci, jika ada yang masih mendengki, jika ada yang masih tidak puas hati. Hanyalah Tuhan tempat ai berserah diri. Semoga dilepaskan dari segala kesusahan ini. Semoga dileraikan segala kekusutan ini. Semoga terputus jua benang yang mengikat diri ini sehingga terluka tangan ini. Semoga hancur jua rantai besi yang mencengkam kaki ini sehingga terikat ai di palang besi ini. Hanyalah Tuhan tempatku berserah diri, tempat ku berlindung.




Hidup ini memang sungguh sukar

XOXO,

Lea <3



0 Comments