Walking On The Aisle Of Life

What is the meaning of life to you?

yeah it's a complicated question that can't be answered with simple sentences. perhaps you have to answer it with a whole paragraph. perhaps you have to write it on paper and make it a manuscript like a novel. it's so indescribable right? 

haha it's so sudden no intro no salam suddenly I give you a simple question with deep thinking.

hai everybody, how was your day? everything good or not? if it's not then you wash up, eat & get to sleep early. because itu je cara paling simple untuk buat kita rasa tenang and recharge  balik tubuh ni. tak perlu overthinking, just clean yourself, wear a comfy pajamas with a wangi one bubuh satu botol soflan terus time basuh tu hahaha anddd makan malam. makan malam boleh buat kita happy dan tenang walaupun seharian kita rasa stres and sedih. biarkan hari ini berlalu setelah senja itu berlabuh, tak perlu lagi bawa ke hari esok. mulakan hari esok dengan perkara yang baru. seperti matahari yang mulai terbit menerangi alam yang kegelapan setelah malam yang berpanjangan :)

okay, hidup ini memang kita tak tahu cemana nak describe because everything feels so overwhelming and sometimes no words can describe what we felt all along. feels like a puzzle that bercampur aduk semuanya ditimbun sekali. kena cari satu-satu nak susun bagi betul ia punya susunan. sesuailah dengan nama puzzle tu kan? buat kepala otak kita sama-sama puzzle. hahahaha

so, mungkin kita tak ada jawapan untuk soalan ini. sebab kehidupan ini ada 1001 persoalan dan jawapan yang saling bersilang antara satu sama lain. kita takkan menemui jawapan yang sebenar untuk kehidupan ini. sebab everything saling bersilang, saling bersusun dan tak terputus-putus seperti gerabak kereta api. kalau terpisah satu tak berfungsi la kereta api itu. jadi, sebenarnya kita takkan pernah jumpa jawapan untuk soalan ini. sepotong jawapan itu tak mampu kita ucapkan sebab ia memerlukan lebih dari itu. so that's life.

life ni kadangkala simple, hari ini kita bangun, bersihkan diri, solat, makan lepas tu mulakan rutin harian kehidupan kita. and then hari ini habis seperti kebiasaan setelah tamatnya kerja dan rutin harian kita. berulang je sama setiap hari. but, sometimes ia susah. hari esok kita bangun, suddenly kita dapat call family member kita meninggal dunia. sungguh tak terjangka. rasa macam baru je minggu lepas kita jumpa dia and borak-borak dengan dia. sekali, hari yang tak dijangka kita dapat those call yang memeranjatkan kita. just like my late uncle, we call him as Ayah Jie. he so kind, warm hearted, genuine, suka tolong orang and seorang yang boleh diharapkan. he is anak sulung in my family, mek sayang sangat dekat dia yelah anak sulung la katakan. and so us, everyone love him so much because of his personality. selalu senyum-senyum dekat orang, tak pernah tinggikan suara dekat orang, soft spoken, pandai pulak tu belajar tinggi sampai oversea. ai was inspired to be intelligent and belajar tinggi-tinggi macam arwah. impian ai adalah untuk sambung belajar dekat Amerika, sama macam arwah Ayah Jie yang sambung study dekat sana untuk degree. my late atuk and mek berhempas pulas kerja hantar anak sulung diorang ke US. mek cakap, walaupun Ayah Jie dah dapat biasiswa untuk ke sana, semua tu masih tak cukup. parent perlu jugak bagi duit dekat anak sebab struggle tau study dekat negara orang. so when I said I want to further study dekat US, mek cakap your mum tak lama lagi nak pencen. tak cukup nak tanggung Lea study dekat sana walaupun ada biasiswa. yeah, since mama je yang tanggung ai sorang so quite struggle la. so ai think after foundation ni maybe ai kena kerja je dulu. kumpul duit before further study dekat US seperti yang ai idamkan. ceh, kemain kau berangan Lea hahahaha.

okay back to topic, my late uncle ni baik orangnya. dialah orang yang paling boleh diharap. adik beradik dia yang lain semuanya bergantung harap dekat dia since dia adalah anak sulung. walaupun ada 8 beradik and kebanyakannya lelaki, diorang semua meletakkan harapan dekat Ayah Jie. and he is so responsible, semuanya dia buat. dia berusaha sungguh-sungguh menjadi anak yang baik untuk arwah atuk and mek, abang yang bertanggungjawab untuk adik beradik, uncle yang sangat baik untuk anak-anak sedara and suami dan papa yang baik untuk familynya. ai dengan mama lives in somewhere dekat pantai timur but quite jauh la dari kampung. setiap kali weols balik ke kampung naik bas, Ayah Jie akan jemput kami dekat stesen bas. bayangkan pukul 10.30 malam dia sanggup tunggu kitorang sampai. so, ai, mama and mek bergantung haraplah dekat Ayah Jie yang sentiasa pergi hantar dan ambil kami di stesen bas. dia jemput kami dengan anak bongsunya Ayeh, Ayeh tua tiga tahun jerr dari ai. kitorang memang rapatlah sebagai sepupu. mek cakap, Ayah Jie tu apa je yang dia tak buat? setiap kali nak puasa dia akan hantarkan sekotak kurma sebagai buah tangan untuk bulan puasa. nak dekat raya dia akan belikan kain pasang yang cantik-cantik kepada kami untuk dibuat baju raya. dia jugak akan belikan sepasang baju kurung yang cantik untuk ai yang small ni. everytime dia pergi outstation ke mana-mana, dia akan belikan buah tangan untuk kami. memang tak pernah lupa walaupun sekali. mek cakap, lepas mama bercerai, Ayah Jie selalu belikan barang untuk ai. dibuatnya ai macam anak sendiri. sebab ai ni suka gilerr dekat Barbie, dia selalulah belikan Barbie doll untuk ai. setiap kali birthday, mesti dia akan belikan doll yang cantik-cantik untuk ai. masa ai, mama, mek and atuk pergi ke Melaka sebab majlis kahwin anak sedara nenek. weols pergi dengan Ayah Jie. masa jalan-jalan dekat sana, ai berkenan dekat satu alat permainan ni. ai lupa apa nama dia. gameboy kot tak silap. umur ai time tu 5 tahun, bila tengok ai menilik game tu teruslah dia beli dekat ai. hehe, so sweet my uncle ni o((>ω< ))o

but.. suatu hari pada tahun 2009.. masa ai nak tidur, my mum got a call from her sister. and then my mum bursted into tears. ai was like nape mama nanges ni? then mama pun cakap Ayah Jie dah takde. oh my.. tak terkata... mama nanges sepanjang malam and then she packed our bag. esoknya terus uncle ai yang lain datang jemput kitorang untuk balik ke Kelantan. ai remember, uncle ai yang ni sejenis bawak kereta very slow dan berhemah. 40kmj je uols hahahaha punyalah slow. tapi, hari tu dia tekan minyak sampai seratus. imagine la kereta Iswara dia yang manual tu dia tekan minyak sampai 100 lebih. punyalah dia nak kejar biar sempat jumpa dengan jenazah. tak pernah sekali pun dia drive selaju itu. itulah kali pertama dan kali terakhir pakcik ai drive laju gilerr camtu. sekarang back to normal, very the slow macam siput dia bawak kereta. halaaaa rasa nak tukar je driver biar ai jela yang drive. tapi terpaksa bersabar jela kan hehehe.

and mujurlah kitorang sempat jumpa dengan jenazah before dikuburkan. siapa sangka hari itu ai naik ke dalam kereta jenazah dan cium dahi arwah buat kali terakhir. goodbye Ayah Jie, semoga tenang rohmu disana :,)
hari itu cukuplah sayu. everybody crying like tak ada hari esok. menangis semuanya masa kami membaca yasin dekat pusara yang kemerahan. Allahu tak terkata kesedihan tu. semua tu sungguh mengejut. tak ada orang sangka semua ini berlaku. my nenek lembik lutut saat mendengar khabar anak sulungnya meninggal. she said kenapa anak dia yang perlu pergi dulu? bukankah dia sepatutnya yang pergi dulu sebab dia tua? tapi perancangan Allah ini tiada siapa pun yang sangka. hanyalah air mata menjadi hadiah terakhir untuknya. Ayah Jie dimakamkan di sebelah pusara arwah atuk. siapa sangka Ayah Jie yang akan berada di sebelah kubur arwah atuk bukannya mek? menangis bercucuran saat mek melihat anaknya dikuburkan bersebelahan kubur arwah suaminya. hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan seorang ibu yang kehilangan anaknya. I remember one of the quote in kdrama Black, Song Seung Heon berlakon dalam drama tu. one of the charachter said to SSH, anak-anak yang kehilangan ibu bapa dipanggil anak yatim, tapi ibu bapa yang kehilangan anak tiada apa-apa gelaran. kerana kesedihan ibu bapa yang kehilangan anaknya itu tiada tandingannya. sedihkan bila dengar watak tu cakap macam tu. tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan ibu bapa yang kehilangan anaknya. 

13 tahun sudah berlalu sejak arwah pergi. sekarang ni my nenek dah tak nangis bila sebut nama arwah. everytime dia sebut nama arwah, dia sentiasa tersenyum. baru-baru ni mek cerita pasal Ayah Jie. dia terkenangkan arwah masa raya puasa baru ni. dia cakap, selalunya time raya camni mek akan pakai baju raya yang arwah beli untuk dia. sekarang semua tu tinggal kenangan. tapi mek tersenyum je bila sebut nama Ayah Jie. walaupun arwah atuk, mek masih tak boleh nak sebut namanya sebab sedih. tapi dia masih mampu menyebut nama arwah Ayah Jie dengan senyuman di wajah. mengenangkan anaknya yang seorang itu. tak ada siapa pun yang dapat tandinginya. walaupun dia dah tak ada, dia sentiasa hidup di dalam hati kami semua. orang yang baik ni selalunya meninggal awal. Ayeh bagitahu dekat kami rupanya papanya ada penyakit jantung. selama arwah hidup, arwah berjaya menyembunyikan penyakitnya dari semua orang including him and adik beradiknya. lepas meninggal baru diorang dapat tahu yang papanya ada sakit jantung. tu pun sebab masuk pejabatnya nak ambil barang-barangnya. penuh botol-botol ubat dalam biliknya. oh, ini sungguh sedih.. pandainya Ayah Jie sembunyikan sakit :,)

ai sangat inspired untuk jadi orang yang macam dia. baik, sopan santun, berbudi bahasa, rajin, bijak & sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam kehidupan. and ai nak cari suami yang ada ciri-ciri macam arwah Ayah Jie. ai tak berminat nak cari a bad guy yang nampak hot dan cool tu, ai nak cari a nice guy sama macam arwah Ayah Jie. he so kind and sweet you know. dahlah hensem pulak tu. full package betul <3
so I promised myself, ai takkan pernah buat majlis kahwin dalam bulan Mac sebab arwah meninggal pada bulan Mac. ai akan sentiasa ingat tarikh, bulan dan tahun dia pergi. ai tak sanggup nak sambut hari kebahagiaan ai di bulan arwah pergi. sedih di hati tu tak terkata. so ai decide nak buat majlis bulan Mei, bulan ni pun cuaca elok. kalau bulan November banjir lerr pulak uols. maunya meredah banjir weols time kahwin. saje nak menempah bala hahaha. so better bulan Mei, hujan takde, ribut takde tapi jerebu tu maybe ada kalau rumah sebelah kita membakorrr hutan seperti biasa. awas uols awas
dia adalah seorang idola yang I looked up untuk jadi inspirasi dalam hidup ai. ai nak jadi orang yang pandai belajar macam dia, study tinggi-tinggi macam dia, humble macam dia walaupun dia kerja pangkat tinggi, dan sentiasa mengutamakan keluarga sebelum diri sendiri. dia sangatlah special di mata ai. sayang umurnya tak panjang. semoga Allah meletakkan beliau ke darjat yang tertinggi bersama orang-orang yang beriman.

so inilah makna kehidupan untuk ai. walaupun Ayah Jie hanya dipinjam sekejap je kat dunia ini, tapi dia menjadi impak yang sangat besar di dalam hidup ai. semua orang sayang dia. sampai ke hari ini orang masih puji-puji dia, tak ada satu pun perkataan buruk keluar dari mulut orang. hanya kata-kata baik je untuk dia. menunjukkan betapa baiknya arwah sepanjang hayatnya selama ini. so, marilah kita berusaha menjadi orang yang baik, warm hearted, genuine dan polite supaya hidup kita aman tenteram dan orang pun tidak menyampah dengan kita. tak mahal pun harga untuk menjadi orang yang baik. ia percuma sahaja, tak perlu bayar pun. tapi nilainya tinggi. tak macam jadi orang jahat, harganya terlalu mahal untuk sebuah keegoan. nilainya pulak terlalu rendah sehingga di bawah tapak kaki. sewaktu hidup orang benci, bila mati orang caci. jadi, tak perlulah kita jadi orang yang berperangai buruk. semua itu tak berbaloi pun walaupun nampak cool dan hebat. hakikatnya ia sungguh menghinakan dan nampak murah. tak ada sebarang makna pun.

okaylah, sampai sini saja ai cerita tentang makna kehidupan pada ai. a simple thought about life and wonder how you should led your life until your last breath. semoga korang suka dengan post ni. thank you for reading my post. until we meet again. love you alls <3

XOXO 

Lea <3

0 Comments