Apa yang ada dalam hati kita?
Angan-angan?
Harapan?
Cinta?
Kekecewaan?
Menanti sesuatu yang tidak pasti itu adalah satu perkara yang melukakan kita, melelahkan kita, mensia-siakan waktu kita. Buat kita rasa lelah, kecewa dan putus asa. Akhirnya, kita dapat menjangka apakah pengakhirannya. Pengakhirannya tidaklah seperti yang kita harapkan. Akhirnya, kita juga yang kecewa, berjalan di dalam tangisan yang berpanjangan.
Orang kata, inilah waktu yang sesuai untuk berkahwin. Dah masuk umur 20an eloklah tu berkahwin. Tapi ai rasa.. ai tak ada keinginan untuk berkahwin. ai tak percayakan cinta. Kecewa dengan masa lalu. ai tengok dekat twitter, wahh punyalah ramai orang melenting bila ada girls yang tweet mereka tak percayakan true love lepas tengok Mizz Nina bercerai dengan Noh. Bukan main diorang bash kaw-kaw girls yang tweet macam tu, padahal itu adalah hak diorang lah kan nak tulis apa dekat twitter. Bukannya guna duit kau pun nak main media sosial tu. Tapi ramai yang bitter dan baran dengan statement tu. Hmm.. you do you la bro & that so called pick me girl ¬_¬
Actually, apa yang dimaksudkan dengan tak percayakan true love lagi adalah sebenarnya mereka tak percayakan lelaki yang tak guna. That's all. Bukannya tak nak kahwin, tapi hati ni dah tawar untuk percayakan cinta. Kerana, satu ketika dulu hati ini pernah menyerahkan segalanya untuk cinta. Tapi akhirnya disia-siakan jua cinta ini. Hancurnya hati ini hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya, hati ini yang dulunya penuh dengan cinta, bunga-bunga, kemanisan, keikhlasan dan kesetiaan berubah menjadi hati yang dingin. Sedingin lautan ais yang beku di musim salji. Tak mungkin mencair walau disuluh mentari yang hangat membakar. Kerana, hati ini dipatahkan jua oleh orang yang kita sangat sayangi sepenuh hati. Tak ada apa yang tinggal setelah hati ini dihancurkan. Oleh itu, ai rasa cinta tu adalah perkara yang tak logik untuk ai. Cinta sejati tu hanya wujud untuk orang yang selfish je. Yang hanya pilih yang terbaik dalam hidup dia. Dan tinggalkan kita macam tu je lepas beri kita harapan. So, ai sudah tawar hati untuk percayakan cinta.
Sebenarnya bukanlah tak percayakan romance, tapi tak percayakan orang lagi di dalam dunia ni. Kebanyakannya hanya tahu nak permainkan hati kita je, lepas tu tinggal kita macam tu je. Hidup bahagia dengan pasangan pilihan dia tanpa rasa bersalah. Lagi kejam bila dia sanggup bawak wife dia datang rumah tunjuk dekat kita. Tak cukup patahkan hati kita, ditunjuknya pulak wife dia dekat kita. Supaya kita sedar diri dan move on cepat-cepat. Takde hati perut betul kan? So, ai dah tak letak apa-apa harapan pada cinta. Walaupun ai jatuh cinta sekali lagi, ai dah tak letak harapan tinggi. ai tak nak expect apa-apa lagi dalam hidup ni. Kita mengharapkan kebahagiaan, last-last berakhir dengan perpisahan. Ditinggalkan pergi seperti bunga matahari yang kehilangan cahaya mentari saat senja mulai berlabuh. Tegak berdiri menanti mentari, yang datang hanyalah bulan di dalam kegelapan malam. Menangislah kita sendirian. Kecewa itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, ditafsirkan dengan akal fikiran, tidak jua dapat disentuh dengan tangan. Hanya dapat dilihat dengan mata, dan dirasakan dengan hati.
Selepas mengenal apa itu erti patah hati, ai pilih untuk lebih berhati-hati selepas ini. Walaupun ada janji dan cinta yang diberi, ai takkan pernah percayakan semua itu. Kerana akhirnya ai akan ditinggalkan jua setelah ai berharap setinggi langit. Akhirnya ai jua yang kepatahan sayap, jatuh ke tanah, luka dan berdarah dengan penuh kedukaan. Lebih baik ai belajar untuk sedar diri. Supaya tidak diulangi kembali cinta yang dikhianati. Pergi di dalam rembulan malam. Hilang di sebalik bayang-bayang.
Raya puasa baru ni, semua orang dah start bercakap soal jodoh. Even sepupu ai yang baru je menginjak umur 20 tahun dah cakap pasal kahwin, nak kahwin dengan boyfriend dia sekarang ini jugak. While me, bila orang tanya soal jodoh ai hanya cakap ai nak kahwin paling awal umur 29 tahun. ai dah tak percayakan lagi cinta dan kahwin ni. Sebab ai tak mahu lagi dilukai dengan harapan palsu. Semua orang di sekeliling ai terbang tinggi ke langit berangan dan berharap mereka akan menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan. ai pulak sebaliknya. ai cakap dekat sepupu perempuan ai yang merangkap bff ai,
Lea lebih suka berjalan di atas tanah dengan selipar berbanding terbang tinggi di langit. Lebih baik berjalan-jalan sahaja di atas tanah dengan selipar. Berjalan mengelilingi taman.. Mungkin Lea tidak dapat melihat pemandangan yang luas saat terbang tinggi di langit. Tapi Lea masih dapat melihat taman yang cantik kehijauan bersama bunga-bunga yang harum. Dapat memetik bunga di taman lalu diselit di celah rambut. Melihat tasik yang luas di depan mata. Lebih baik daripada terbang tinggi di langit kalau akhirnya jatuh ke tanah jua bila cinta tak kesampaian. Sakit sangat bila jatuh di tanah setelah lama terbang tinggi di langit. Berkecai seribu.. patah sayapku ini. At least, kalau berjalan-jalan je atas tanah bila cinta tu tak kesampaian ai takkan sakit sangat sekalipun ai jatuh tersungkur. Kerana ai dah belajar pengalaman yang lalu itu. Cinta ini adalah satu misteri hati. Kita tak tahu apa pengakhirannya, jadi janganlah berangan terlalu tinggi. Kalau jatuh nanti patah sayap kita, sakit diri kita. Lebih baik berjalan-jalan je di atas tanah, selamat dari kekecewaan, selamat dari kedukaan. Siapa tahu akhirnya ai bertemu dengan orang yang sama-sama berjalan di atas tanah macam ai? Mungkin jodoh ai sebenarnya satu haluan dengan ai. Kerana hakikatnya kita semua berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Ada orang naik kereta api untuk sampai ke destinasi. Ada orang naik kapal terbang untuk merentas benua menuju ke tempat yang dicita. Ada orang naik bas merentas antara negeri sehingga sampai ke destinasi. Ada orang hanya berjalan kaki menuju ke tempat yang diingini. Perjalanan kita tak sama, cara kita bergerak juga tidak sama. Yang penting, setiap pergerakan kita ada hubung kait dengan masa depan kita. Satu masa nanti, kita akan sampai juga di depan jodoh kita mengikut cara kita berjalan meneruskan kehidupan. Kerana jodoh itu jua adalah sebahagian dari kehidupan. Cuma kita sahaja yang tak sedar akan semua ini. Kerana kita sibuk dengan kehidupan kita sendiri. Sebab itu ai memilih untuk berjalan instead of terbang. Kerana bagi ai, kita tak perlu paksa-paksa pun takdir itu mengikut kehendak kita. Instead, kita go with the flow je macam air sungai. Sungai itu mengalir perlahan je, tenang je takde rushing-rushing macam kereta api laju. Tapi ia selalu mengalir dan sampai jua ke hilir. Mungkin, jodoh ai sendiri turut memilih untuk berjalan atas tanah. Seperti mana ai sendiri memilih untuk berjalan di atas tanah instead of terbang macam orang lain. Kerana kita adalah cerminan kepada jodoh kita sendiri :)
![]() |
| * berjalan sendirian di taman * |
![]() |
| walaupun ai tak berterbangan di langit macam orang lain dan melihat angkasa raya yang luas terbentang, ai masih dapat melihat warna warni bunga di taman dengan penuh kesederhanaan <3 |
![]() |
| mungkin kita berjalan sendirian saat orang lain berterbangan di langit, tapi kita tak tahu dengan siapa kita akan berjumpa di taman :) |
Itulah yang ai cakap dekat dia. Hehehe.. Cousin ai cakap sweetnya ayat you Lea.. Yang ai tulis kat blog ni panjanglah sikit. Kalau yang dekat whatsapp, ai tulis lagi pendek dan lebih padat. So, lebih touching lah ayat ai tu. Hmm.. itulah yang ai pilih dan yang ai harapkan. ai dah tak mahu lagi mengharapkan bintang di langit. Kerana ai tahu pengakhirannya macam mana. Lebih baik ai bersederhana sahaja, tidak terlalu berharap, tidak juga terlalu merendah diri. Just sederhana je. Tidak expect apa-apa, just go with the flow. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah.
Bagi ai, jodoh ini adalah rahsia Tuhan. Semuanya adalah milik Tuhan, bukannya milik kita. Makin kita paksa, makin ia tak datang kepada kita. Tapi kalau kita biarkan sahaja, melepaskan tanpa perlu memaksakan, dengan sendirinya jodoh itu akan datang kepada kita. Itulah misteri kehidupan. Makin dipaksakan, makin terbang menjauh dari kita. Andai dilepaskan & diikhlaskan, dengan sendirinya ia datang secara bersahaja kepada kita tanpa kita jangka. Walhal kita tidak minta pun, tidak pernah sekalipun membayangkan. Kerana di dalam hati kita sudah ada keikhlasan dan keredhaan. Itulah jodoh. Ia bukan datang kepada kita sebab kita desperate sangat nak kahwin, bukan juga sebab kita dah jumpa the true one, bukan juga sebab kita dah masuk dua puluhan. Tapi kerana sudah sampai ketentuan Tuhan. Tuhan merencanakan setiap takdir kehidupan kita dengan penuh kesempurnaan, tersusun kemas. Mungkin bagi kita ia lambat, kerana sifat manusia itu adalah gelojoh dan tidak sabar. Tapi bagi Tuhan, ia sudah cukup sempurna. Slowly but surely. You know kenapa ia datang begitu lambat di dalam hidup kita? Sebab Tuhan ingin memberikan kita pelajaran bagi setiap ketentuan yang datang kepada kita. Tuhan ingin mengajar kita erti sabar, redha, ikhlas & tenang. Pengalaman yang Tuhan berikan kepada kita itu adalah pengajaran yang sangat berharga yang sukar nak jumpa walaupun kita baca seribu buku sekalipun. Kerana erti kehidupan itu datang dari ujian yang diberikan Tuhan, bukannya dengan kata-kata manusia atau buku-buku best seller dekat kedai. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kehidupan yang telah Dia ciptakan. Maka, bersabarlah. Mungkin bagi kita ia lambat, kerana kita dah makin meningkat umurnya sedangkan orang lain yang sebaya dengan kita bahkan lebih muda dari kita sudah kahwin dan ada anak. Kita pula masih single.
Tak apa, bertenang sister, bertenang brother. Memang, orang lain dah settle down, dah ada kehidupan yang serba sempurna. Kita pula masih sama, tak ada apa-apa pun di dalam hidup kita. Bertenanglah, mungkin kita akan sedikit sedih bila makcik-makcik bawang mengutuk kita andartu, bujang lapok dan sebagainya sebab masih tak kahwin. Orang yang sebaya kita menyibuk hal kita dan pandang rendah kepada kita sebab masih single. Tapi percayalah, bila diorang susah, tak ada duit nak beli susu pampers anak. Kita jugak yang diorang cari, kita jugak yang pinjamkan duit untuk diorang menampung kehidupan mereka yang so called sempurna sebab dah kahwin tu. Kita mungkin belum ada rezeki untuk ada pasangan, ada anak, bawak balik menantu dekat mak. Tapi kita ada rezeki dari sudut lain. Kita ada peluang untuk jaga mak ayah sebab masih single, tak terikat dengan komitmen. Kita ada peluang untuk jaga adik beradik kita, bawak diorang jalan-jalan, makan-makan & support kehidupan diorang sebab kita tak ada pasangan dan anak-anak untuk ditanggung. So, kita bebas dan berkemampuan untuk tolong orang lain. Siap pakej boleh tolong orang-orang yang dah kahwin tu bantu diorang untuk survive dalam kehidupan dan menanggung anak bini. So, itulah rezeki Tuhan. Tak lebih dan tak kurang pun sebenarnya, cuma mata kita je yang terlalu tertumpu kepada jodoh. Padahal masih ada nikmat lain yang Tuhan sudah beri kepada kita. Cuma Dia tak bagi kita jodoh je lagi. Bertenanglah, Tuhan tak bagi kita jodoh bukan sebab Dia tak sayang kita. Cuma Dia tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita bertemu jodoh. Mungkin Dia sedang polish jodoh kita untuk menjadi orang yang terbaik di dalam hidup kita. Yang akan menemani kita sehingga akhir hayat kita, hingga ke syurga. Mungkin Dia sedang polish jodoh kita untuk menjadi seperti pasangan yang kita idam-idamkan selama ini. Sebab tulah kita tak berjumpa lagi dengan jodoh kita tu. Sebab jodoh kita sedang belajar dengan kehidupan dan mungkin sedang mencapai impiannya dan sering berdoa agar jangan bagi jumpa dengan jodoh sampailah dia dah sedia. Supaya dia dapat capai apa sahaja impian di dalam hidup sehinggalah dia ready untuk settle down. Sebab tu jodoh kita macam tertahan. Sebab dia yang doa macam tu. Ececece macam betul je kau ni Lea hahahaha
Itu jelah pandangan ai tentang cinta dan jodoh. Bukan ai tak percayakan cinta sejati. Cuma ai jadi lebih berhati-hati supaya ai tidak lagi patah hati macam dulu lagi. Bagi ai, lebih baik kalau kita tahan diri kita dari jatuh cinta. Ataupun kalau dah jatuh cinta, kita tahan diri kita dari jadi terlalu over mengharapkan cinta. Kalau akhirnya berakhir dengan sia-sia. Tak sampai ke pelamin pun. So, at least takdelah kita kecewa sangat lah kan? Sebab kita dah belajar erti sabar dan redha. Bertenang dalam apa jua situasi sisturr
Bagi ai, jodoh ni macam vaksin. Ia ada tapi tak tahu bila nak sampai. Macam tahun lepaslah, ai punya la tunggu berbulan-bulan bilalah chuols turn nak dapat vaksin ni chuols. Hmm haramm takde pun update dari mysejahtera. Last-last pergi walk-in dekat Masjid Kubang Kerian chuolss dapat jua sisturr mencucuk dirimu yang ingin bebas dari covid. Orang lain yang dapat turn dari mysejahtera dapat sinovac, ai yang berzaman tunggu vaksin ni dapat pfizer terus. ecececece gebangg sisturr vaksin kayangan uols ai dapat hahahaha. ni ai belum cucuk booster lagi. cousin ai cakap tunggu je dulu lepas 6 bulan, biar habis dia punya effect vaksin yang lepas baru chuols pergi cucuk. Hmm ai rasa dah boleh dah kot ai pergi cucuk booster ni. Hahahaha tiberr chuols cakap pasal vaksin. Masa ai tunggu turn vaksin tahun lepas, ai punya terlintas dekat fikiran
* Hmm tunggu vaksin ni macam tunggu jodoh je chuols. Ia ada tapi tak tahu bila nak sampai *
muahahaha gittew sisterr punya pemikiran. iyerlah khensss lamo bebenorr yob menunggu vaksin ni chuols. Lepas dapat vaksin barulah sisterr lega akhirnya. Camtulah kot sister nanti bila dah dapat jodoh. Lega chuolzzzzz .. Hah engkau pon sama braderr. Mesti feeling dia pun camtu pun nanti kan? ahahahaha jodoh oh jodoh. takpe la chuols biarlah single asalkan bahagia. Mungkin kita boleh buat saving untuk masa hadapan since kita masih single dan tak terikat dengan komitmen. Bila ada saving ni, nanti hidup pun senang ni masa depan. Takdelah kita nak korek sini sana bila ada masalah kewangan. Kalau tetiba jerr jumpa jodoh takdelah kita kelam kabut nak cari duit kahwin. Duit dah ada dah kan setelah saving bertahun-tahun? Hahhh apooo lagi sisturrrr kau lambakkan duit itu untuk majlismu itu sisturrrrr. Tak payah dah nak guna duit mak bapak, guna duit sendiri je sisturr. agitcheww kita membuat pesanan penaja
* mohon saving sisturr walaupun hanya sikit je bulan-bulan. sikit - sikit lelama jadi hantu bukit *
aip aip silappp. Lama-lama jadi bukit. agitteww sis barulah betul menabung. Hanya kerana kita single dan ada duit, tak semestinya kita perlu guna semua duit kita. Kenalah saving sikit walaupun zaman sekarang kos hidup dah naik. Takpelah kita cubalah yang terdaya je untuk menabung. Untuk masa depan kita jugak kan? Gittew sis membuat pesanan khidmat masyarakat. ahaks
Trimas chuols kerana sudi baca blog ai yang panjang berjela ni. Kadang-kadang ai menulis dalam keadaan sedih. Kadang-kadang ai menulis dalam keadaan happy. Depends on mood ai dan lagu yang ai pasang. Kalau mood ai gloomy jerr sedih la content blog ai ni. Kalau mood ai very the happy lompat-lompat sana sini di atas awan zussss gelongsor di atas pelangi. Happy la cerita yang ai tulis dalam blog ni. hahahahaha
After all, life is short. Don't waste your time for grieving on something you never had. Instead, cherish your life and make each day count. Life is full of blessing, don't make it waste just because you wishing for something you really wanted to have. Apa yang ada di dalam genggaman kita itu lebih penting dari apa yang ada di dalam genggaman orang lain. Hargailah apa yang ada di tangan kita sebelum Tuhan tarik semua itu dari kita. Nanti menyesal tak sudah pulak. Hehehe
Thanks for reading ;)
XOXO
Lea <3
🌸 🌸
🌸 🌸








0 Comments