Dream : Impian Untuk Menjadi Penulis Buku Puisi :)

 Oh my, ai dah mengadap laptop sejak pukul 11 tadi lagi. But, satu habuk idea pun tak keluar. Actually, today ai plan nak start menulis manuskrip novel. Since ai dah download apps yang boleh menulis dokumen selain microsoft. So, sis bertapa la depan laptop ni, mencari manuskrip mana yang perlu ai tulis malam ni. Banyak bebenor wishlist novel ni, ada lebih dari 10 idea novel. Tapi satu haram pun tak keluar idea. Pilih dokumen yang ni tak kena, dokumen yang tu tak kena. Last-last ai tengok drama Crash Landing On You. Well, as usual sis selain dari menulis dan main henpon ofkos la ai tengok drama korea. Menonton drama korea tu adalah part of my life. Drama korea penting you know? Hahahaha


Hai everyone, good night to everyone yang masih berjaga menjadi burung hantu pada malam ini. How was your day? So good or not? If not tak apa, hari esok masih ada chuols. Kalau ada bad day, jadilah baddest person everr. Macam lagu CL tu chuols, The Baddest Female. ah gittew sis promote lagu korea kepada korang semua. ahaks



lawa gilerr buku ni chuols. ala-ala buku inggeris dari UK pulak but rupanya based on malaysia. kelas kau nyah * tiber takde kaitan dengan crash landing on you *



Sebab tak keluar idea novel malam ni, cam biasa chuols writer's block. Nak menulis blog pun terkial-kial ai dono nak tulis post pasal apa pulak. So ai pun menggoogle pasal penerbitan buku ni. Since ai dah tau cemana nak hantar manuskrip novel ke syarikat penerbitan buku kat mesia ni. Ai google pulak penerbitan buku puisi. Dulu pernah lah somewhere in 2018 camtu ai dm satu syarikat buku ni. Tanya diorang, ada tak terbit buku puisi bawah mereka? Kalau ada ai nak hantar manuskrip. Diorang cakap takde. Diorang kata orang zaman sekarang dah tak baca dah buku-buku puisi ni. Sekarang buku indie je yang lebih laku. Puisi-puisi ni dah ketinggalan zaman uols. ai pun cam okay la centu ai redho. masyehh balas dm. seperti biasa, ai pun apa lagi


* menangis di bucu katil *


* kenapa chuols, salah ke chuols jadi penulis puisi yang klasik? ai pun nak terbit buku puisi klasik ala-ala zaman dulu. salah ke chuols ? ini tidak adil *


apa chuols ingat zaman sekarang orang dah takde ke nak baca buku puisi klasik macam zaman dolu-dolu? heiiii ramai tau uols yang masih baca. cuma takde yang popular je. hmm itu di zaman 2018 punya ceritalah. now, buku puisi dah jadi trend dah. kalau tengok dekat pinterest, banyak gilerr koleksi puisi dari penulis-penulis yang baru. baru ni ai ada pergi satu kedai ni pastu kat rak tu ada buku puisi Lang Leav. ai pun apa lagi grab pastu pergi tanya harga kat cashier. since takde tanda harga hanya ada harga dalam euro je. mak aiii, rm70 uolsss.. ai baru je nak beli seketul tapi terus kensel. yelah harga mahal kemain tapi nipis je buku tu chuols. dahlah pendek pulak tu buku. the worst part is, buku kemain la kan besar tapi isi secoet je. eh eh membazir kertas betul. maroh sis maroh. ini tidak boleh jadi ni. habis pokok kena tebang semata-mata untuk kertas kosong yang ditulis secoet je? dahlah mahal pulak tu. hangin sisturr tengok buku centu. apalah, boleh je buat small sikit buku tu. macam mini book tapi tulah penerbit buku tak kreatif. orang buat la lelawa walaupun small. takdelah membazir kertas isi secoet je kertas bukan main besarr. cis, dasar pencemar alam betul.


so back to the topic, lepas google ai pun jumpalah satu artikel ni yang mengisahkan seorang penulis yang hantar manuskrip puisi dia ke syarikat penerbitan buku. tapi satu pun takde yang terima. sampailah ada penerbit yang suggest suruh terbit buku tu sendiri. so beliau pun haperr lagi invest duit bukak penerbitan buku sendiri. akhirnya usaha dia tak sia-sia, buku puisi dia terjual lebih 30 000 unit you. kau bayangkan la manuskrip yang kena reject tu akhirnya dapat sambutan hangat dari pembaca. haa gigit jari lettew penerbit buku yang dah reject dia dulu. so ai google websitenya, ada rupanya peluang untuk penulis baru submit manuskrip kepada mereka. mereka memang encourage lah any writer kat malaysia ni untuk hantar manuskrip kepada diorang. sebab mereka sendiri pernah rasa cemana kena reject buta-buta je dari penerbit-penerbit yang lepas. kali ni diorang nak bagi peluang kepada penulis kat luar sana untuk mencuba nasib menghantar manuskrip. siapa tahu ada yang akan berjaya jadi penulis buku puisi? tak perlu takut dengan kegagalan. belum cuba belum tahu. tak payah fikir buat je chuols


so ai pun dah bookmark siap-siap website tu. nanti lepas ai siap tulis manuskrip puisi, ai nak cuba hantar dekat mereka. siapa tahu rezeki ai kan? berjaya jadi penulis buku puisi seperti yang diidamkan. semoga impian ai tercapailah jua akhirnya. ai kalau boleh nak bernaung dekat syarikat penerbitan dulu before buka syarikat penerbitan buku sendiri. ai tak confident untuk terbit sendiri buku dengan duit sendiri. banyak risikonya. ai dahlah bukan penulis yang dikenali. tak pernah sekali pun hantar manuskrip kat mana-mana syarikat. hanya main tulis dalam buku jurnal sendiri jurr. pastu atas kertas a4, buat jadi simpanan sendiri. so tak ada orang pernah kenal ai siapa. mencabar la jugak kalau ai nak terbit sendiri buku. belum tentu ada orang nak beli. lebih baik bernaung di bawah syarikat buku, at least ada orang yang boleh guide kita. hehehe


so inilah websitenya, kalau ada sesiapa yang berminat nak hantar manuskrip puisi silalah cuba. mana tahu rezeki korang kali ni kan? belum cuba belum tahu. semoga korang jugak berjaya menjadi seorang penulis seperti yang diidamkan selama ini. good luck ;)


https://penwings.com/


 inilah kisah penulis yang bukak syarikat penerbitan buku sendiri. kegigihannya akhirnya berbaloi. so proud of her :)


Berkali ditolak penerbit, Charissa Ong nekad tubuh Penwings







 Thank you for reading ;)


XOXO


Lea <3

0 Comments