Jacaranda

 I remember back then novel Anis Ayuni will always be my favorite book to read di waktu lapang. Oh, how time flies. Rasa macam baru je umur 14 tahun. Suddenly dah turn 24 year old this year. Macam dalam sekelip mata je umur ai berubah dari angka satu kepada angka dua. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang lebih sepuluh tahun ni. And ai wish to turn back time and live a simple life macam dulu. Kehidupan yang tak mementingkan trend dan obses pada perhatian manusia. Just live your life to the fullest, takde nak compare-compare diri dengan orang lain everytime bukak insta. hmm


* welcome to jacaranda land. ye nak pesan apa ? sky juice? oh ada nanti kejap ye saya tadah air hujan dengan baldi. saya akan sediakan fresh dari langit untuk encik ye. sesuai dengan nama sky juice *









Hi everyone, good morning to readers yang masih terjaga di pukul 2 pagi camni. ahah, i am a night person. selalu jadi burung hantu you know. siang hari tidurrr. hmm bencilah dengan kehidupan camni. whatever lah, nanti sambung belajar nanti takde lah ai jadi burung hantu lagi macam sekarang kan. hiks

I remember masa dulu-dulu, suka sangat baca novel Anis Ayuni time nak makan. well, ai ni seorang yang perlu ada sesuatu yang menjadi peneman waktu makan. Kalau dulu, ai ambil buku atau novel untuk jadi peneman time makan. Sekarang handphone je, bukak drama atau reality show korea yang favorite lepas tu tengok sambil makan. Biasalah takde adik- beradik, gini jelah kehidupan anak tunggal. Lonely gila, memang forever alone jelah sister. hmm

my mum memang selalu beli novel Anis Ayuni ni. novelnya bagus, penulisan yang kemas dan tersusun, maklumlah beliau sendiri pun seorang guru la kan. mestilah bagus penulisan dia since she's a teacher & major in BM. makin la power skil penulisannya. so, ai pun terjebak sama baca novel hasil penulisan AA. yang bestnya novel dia, smooth je jalan ceritanya. tak menyakitkan hati macam sesetengah novel lain. novel Aisya Sofea ai selalu mengucap. eiiii geramnya dengan setiap watak tu.. dengan ai sekali naik darah macam heroin. hishh.. so, sebabkan selalu emo time baca novel aisya sofea ai lebih suka baca novel anis ayuni. at least ai tak naik darah tinggi bila baca novel. hahahaha



all-time favorite <3



novel yang ai paling fevret sekali adalah Bayangan Rindu. actually ada satu lagi yang ai sayang iaitu Saat Kau Kata Cinta. anddd yang paling utama sekali adalah Manisnya Cinta. tapi today ai nak cakap pasal bunga jacaranda so novel Bayangan Rindu jadi pilihan. bagi ai, banyak-banyak novel anis ayuni novel inilah yang lebih membuai. touching gilerr bila baca novel ni. lepas tu novel ni tebal sikit berbanding novel yang lain-lain. ai belum tengok lagi versi movie since my expectation tak sampai bila tengok watak Kiew dipegang oleh orang melayu. sorry, no offense to you Beto Kusyairi cuma ai lebih prefer kalau pelakon cina yang pegang watak Kiew. tapi nak buat macam mana filem malaysia selalunya macam tu. susah nak jumpa pengarah yang letak pelakon sesuai dengan watak bukannya main tangkap muat je asalkan ada. haih malaysia..

enough about the movie and malaysia film. so, novel ni temanya purple. heroin tu selalu duduk dekat bawah pokok jacaranda dekat sekolah dia. and bestfriend dia pun samalah duduk kat bawah pokok tu time melepak dengan dia. setiap kali heroin cerita pasal pokok jacaranda, ai pun macam turut sama membayangkan pokok jacaranda tu. actually ai tak pernah lagi tengok pokok jacaranda ni. tapi penulis pandai memvisualkan ( suka hati aku je masukkan memvisualkan. ahaks )  pokok itu di dalam penulisan. so rasa macam seolah-olah pokok tu ada kat depan mata ai. since ai ni sangatlah menyukai warna purple, ai pun lagilah jatuh cinta dengan pokok bunga ni. everytime ai baca novel ni, ai teringin sangat nak tengok pokok jacaranda ni and duduk kat bawah pokok tu. melihat bunga-bunga jacaranda ungu gugur ke tanah. mesti cantik kan?










my wish is to grow a jacaranda tree in my mini garden. one day, bila ai ada rumah sendiri nanti ai nak tanam pokok jacaranda ungu dekat laman rumah ai. ai akan make sure pokok jacaranda ni akan berdiri tegak dekat dengan pintu pagar atau dekat tengah laman rumah. ermm tak boleh pulak kat tengah, cemana anak-anak ai nak main bola nanti petang-petang? okay okay dekat tepi laman rumah yang penting bukan dalam rumah jiran. ahaks.  biar lawa je halaman rumah ai. berseri-seri dengan bunga yang keunguan memenuhi laman. macam permaidani je kan bila bunga-bunga ini gugur ke tanah? lebih cantik dari bunga kertas tu. apalah yang orang melayu minat sangat dengan pokok bunga kertas tu? baik bunga melur at least wangi jugak uols. hahaha


* adik, adik tengah buat apa tu terbongkok-bongkok kutip bunga. *  * adik nak bagi sekuntum jacaranda dekat budak tadika. adik nak mengurat dia. alah macam papa la mengurat mama hadiahkan pokok jacaranda untuk mama. adik pun nak buat benda yang sama. like father like son *  * amboiiii *







ai tanya uncle ai yang minat menanam ni, mintak dia carikan pokok jacaranda nak tanam dekat belakang rumah nenek. tapi uncle ai cakap rasanya kat malaysia takde kot pokok bunga ni. usually ada dekat negara empat musim je. alaaa tak bestlah camtu, sedih la sister kalau bunga ni takde kat malaysia. hmm.. 

ai adalah cari pokok bunga ni dekat shopee dengan facebook. tapi macam mahal je harga sepasu, dekat rm50 you. huhu dahlah online pulak tu. lagilah ai berfikir banyak kali. ai takut kena tipu je, sekali seller bagi bunga yang ai tak harapkan. tak ke kecewa bayar mahal-mahal last last bukannya jacaranda yang sampai tapi bunga yang entah apa-apa je. hmm so ai hold dulu hajat nak memiliki pokok bunga ni. teringin nak pergi nurseri, cari bunga tu dekat kedai je tengok depan mata. tapi nurseri jauh sikit dari rumah ai pastu kereta takde. ala menciknyaa.. terpaksa lah bersabar sekali lagi hmm

ai teringin nak duduk bawah pokok tu lepas tu berehat di bawah pokok. mungkin kadang-kadang piknik kat bawah pokok ni. tenang je piknik bawah pokok lepas tu bila bunga-bunga berguguran jatuh terasa sentimental je. andd yang lebih ai suka bila boleh menulis puisi under jacaranda tree ni. mesti lebih feeling bila menulis puisi di bawah pokok bunga jacaranda ungu yang berguguran seperti berada di negara empat musim. so touching you :-3





lebih menarik kalau ai bersama dengan orang yang ai cinta. kitorang duduk sama-sama bawah pokok ni, piknik together-gether and then dia tidur di atas riba ai. dan ai akan bacakan buku puisi yang ai tulis while he lay on my lap. mesti dia akan rasa terbuai mendengar puisi-puisi romantik yang ai tulis ni. aww
malu pulak saya sheeshhh ヾ(≧ ▽ ≦)ゝ



aww feeling je kan kalau baca puisi bawah pokok ni bersama orang yang dicintai (╯▽╰ )  


haih, alangkah bagusnya kalau malaysia ni dipenuhi dengan pokok bunga yang berwarna-warni. ini tidak, asyik pokok bonsai je. tak menarik langsung tau bila tengok pokok bonsai jadi perhiasan dekat bandar. macam takde pokok lain. padahal banyak je pokok-pokok bunga yang cantik-cantik macam jacaranda, bunga ros & sebagainya yang ai tak tahu nak mention pokok apa. takdelah asyik pokok bonsai dengan bunga kemboja dan bunga kertas je. boring tauuu. cubalah pelbagaikan sikit pokok-pokok bunga yang jadi hiasan dekat malaysia ni. barulah feel... pelancong pun berminat nak datang sini bila ada spot yang menarik untuk diorang ambik gambar. hahaha tiberr je ai komplen pasal pokok bunga majlis perbandaran. ahaks. mohon baca ye komplen ai ni wahai majlis perbandaran kat malaysia ni. biar meriah sikit malaysia ada pokok bunga macam-macam warna. takdelah asyik pokok bonsai je. dahlah pendek, hodoh pulak tu takde bunga walau sekuntum pun. rumput lagi lawa tauu bagi ai, siap ada bunga dandelion lagi. choii sangat sisturr

ai memang teringin sangat nak tanam pokok bunga jacaranda. kalau betullah cakap uncle ai, pokok bunga ni tak boleh ditanam di malaysia. nampaknya berhuhu jelah ai. mungkin bila ai pindah oversea baru boleh tanam kat sana. kalau impian ai nak sambung belajar kat luar negara jadi kenyataan. ai akan make sure rumah sewa ai nanti ada ruang tanah, biar ai boleh tanam pokok bunga jacaranda. gittew sisterr kasi meriah halaman rumah dengan bunga jacaranda walaupun rumah sewa jurr. hahaha. takpe, asalkan ada bunga tu uols hehehe






aku tak tahulah aku ni duduk kat rumah sewa ke atau duduk kat taman bunga. kejadah apa la kau ni Lea tanam jacaranda kat semua tempat * bebel housemate ku *



alangkah bagusnya la kan kalau satu masa nanti ada seseorang bawak ai pergi ke suatu tempat. and then dia cakap dekat ai dia tanamkan pokok bunga jacaranda ungu ni untuk ai. sebab ai suka sangat dengan bunga warna ungu especially bunga jacaranda, dia carikan bunga itu untuk ai. lepas tu tanam bunga tu dekat rumah yang dia binakan. lepas tu dia cakap dekat ai, inilah rumah yang dia buat untuk ai bersama pokok bunga jacaranda. mesti touching gilerr kalau dia cakap camtu. walaupun ai tak pernah imagine untuk kahwin dengan dia and tak pernah sangka dia suka dekat ai. tapi dia buat semua tu untuk ai. cewwahhh feeling sangat uols hahahahahaha. kau ni tau berangan je Lea oiii. mohon mengucap Lea kau ingat kau tu siapa? anak raja? ewah ewah bukan main kau nak itu nak ini kau ingat kau ada dayang-dayang nak tunduk sembah dekat engkau bawakan engkau bunga jacaranda ni?

* ini untuk tuan puteri bunga jacaranda yang patik telah petik dari negeri pasir berdengung. lautan kismis sanggup ku renangi demi tuan puteri. silalah terima bunga jacaranda ini wahai tuan puteri. intan payunggg *

* apakah ini wahai dayang-dayang? since when bunga rampai dari majlis kahwin jadi bunga jacaranda ni? *

* maafkan patik tuanku. sebenarnya masa patik on the way nak masuk ke negeri pasir berdengung, ada seorang tuan hamba ini mendengar tentang hajat tuan puteri menginginkan bunga jacaranda. jadi dia berikan bunga rampai dari majlis kahwin kakaknya yang baru je kahwin sebagai tanda perkenalan kepada tuan puteri. dia kata ni bunga jacaranda. patik tak tahu ini sebenarnya bunga rampai. maafkan patik atas kebodohan patik tuanku *

* cis, bunga rampai majlis kahwin kakak sendiri jugak yang dia songlap. kedekut betul, nak mengurat perempuan pun masih nak berjimat ke uols? ini zaman kesultanan melayu hipster la uols. kalau nak mengurat beta pun at least belilah sekuntum bunga ros putih. sekuntum sepuluh ringgit je bukannya mahal pun. bunga jacaranda konon *

* itu lebih baik daripada dia memberi bunga taik ayam kepada tuanku. lebih haru tuanku nanti *

* cis kamu ni tak supporting langsung! beta tengah panas hati ni kalau ye pun sejukkan sikit hati beta ni. baiklah, apa nama tuan hamba itu? apa kerjanya? hensem ke tidak? sepet ke tidak matanya? kalau tak hensem mata pulak tak sepet tauke beras negara pasir menggumam pun beta tak hingin *

* hensem orangnya tuanku. sudahlah tinggi macam galah panjang tuanku. sepet tu hmm tak pastilah pulak patik. yang pasti patik tau muka dia ala-ala Takuya Kimura versi melayu tuanku. very the handsome tuanku sekali pandang terus jatuh cinta. rasanya kalau tuanku jumpa dengan dia hari ni, esok jugak tuanku nak kahwin dengan dia. *

* wow, menarik nampaknya dari cerita kamu itu. persoalannya apa nama dia dan apa kerjanya? *

* nama dia adalah Hang Jacaranda Berdiri Di Tepi Beranda Bin Di Mana Kau Berada Di Situ Jua Aku Berada *

* wow, jelas dan jitu namanya ya. kerjanya apa? pantang nenek moyang aku kahwin dengan boboi anak papa langsung tak kerja harapkan harta papa je *

* kerjanya memangkas daun pokok bunga jacaranda tuanku *

* amboi semuanya berkaitan dengan jacaranda je. tahap kronik nampaknya tuan hamba angankan beta. baiklah, katakan saja beta hanya inginkan bunga jacaranda yang sebenar bukannya bunga rampai yang diambil dari majlis kahwin kakak sendiri. aperr kedekut gilerr brader nak mengurat pun tapau yang kakak punya. tak meyakinkan langsung! beta ingin jual mahal dulu baru dia tahu bukan senang nak mengurat perempuan ni *

* tuanku jangan lupa tuanku ni anak dara. kalau jual mahal sangat nanti single forever *

* cis kamu ni memang nak kena ni. ada jugak nak kena potong gaji ni. kamu sendiri pun single forever apa kurangnya kamu? jangan nak banyak cakap pergi mengadap dia sekarang *


bunga rampai jugak yang dia bagi dekat beta. apa dia ingat dia tu Bront Palarae ke nak bagi beta bunga rampai di musim tengkujuh? cis pantang nenek moyang aku kena ngurat dengan bunga rampai




kakak kau punya majlis pun boleh dijadikan modal nak mengurat ye. effort tu ada tapi tak kena situasi. ciss





awas ye kamu lelaki kalau nak mengurat perempuan. jangan sekali-kali bagi bunga taik ayam. esok jugak dia halau kamu ke negara pasir berdengung. cium dulu bau bunga tu sebelum nak bagi dekat perempuan. ada pehemm




ini adalah bunga jacaranda. you jangan tertukar dengan bunga rampai atau bunga taik ayam. hari ni jugak kita putus tunang kalau you bagi bunga bukan-bukan dekat ai * awas my future husband *





sisturr, kalau Kimura Takuya yang datang meminang ai esok jugak ai kahwin you




sis, kalau Kimura Takuya yang very the handsome mengurat ai. ai tak kisah kalau dia kerja tukang kebun sekalipun asalkan dia hensem. takpe sistur boleh upgrade dia jadi lebih tinggi. ai hantar la dia masuk universiti belajar tinggi-tinggi pastu jadilah dia orang yang educated. shiaperr katerr orang perempuan hanya nak kahwin dengan lelaki kaya jurr? heiii ai dengan pak guard pun okay asalkan hensem you walaupun mama ai akan baling kasut sebab ai tak memilih. asalkan dia cari rezeki yang halal youuu dari ada harta melimpah ruah tapi cari rezeki dengan cara yang harommm




inilah dinamakan Tokyo Style. ai memang cair dengan lelaki rambut panjang flowy- flowy ni lembut macam pelembut Downy. my style uolss. Cha Eun Woo who? takde sape yang boleh kalahkan Kimura Takuya. full stop




inilah kejadiannya bila berkahwin dengan lelaki hensem macam Takuya Kimura. menjadi uols kacukan tu hahhh. biar tak kaya asalkan hensem. aaaa tudiaaaa rupa diva the vasss



  * sis memang sengaja letak gambar Kimura Takuya besar-besar. Biar engkorang cerah bijik mata dapat tengok lelaki hensem. cerah mata korang ye tengok lelaki hensem. cuci mata uols  (づ ̄ 3 ̄)づ  *



hahahaha apa benda la yang ai merepek pepagi buta ni hahaha. mohon terhibur la dengan sketsa ai yang merepek meraban ni. maklumlah dah pagi buta. mata pun dah mengantuk. okay sampai sini sajalah ai cerita pasal pokok jacaranda. nanti next time kalau ada masa and kalau berjaya jugak beli bunga jacaranda ni tanam tepi rumah. ai akan story mory dekat sini ye uols. terima kasih sudi baca post yang merepek-repek ni hahahaha. semoga satu hari nanti impian ai untuk tanam pokok bunga jacaranda menjadi kenyataan. hmm harap-harapnya lah..

okay selamat malam semua. byeee .. semoga mimpi yang indah - indah

XOXO

Lea <3

0 Comments