haluuuuuuuuuuuuu
hola hola hola
yeahhhhhhhh sempena kita beraya hari shabtuuuuuuuu
so hari ini ai akan berkongsikan resepi biskut raya untuk uolssss
sempat le memasing pergi beli bahan untuk buat biskut raya. itupun kalau uols nak buat. kalau tidekkkkk
maybe next time
ehek ehek dah nak raya baru nak bagi resepi
puasa baru ni awal-awal tak nak bagi kalau tidak dah boleh buat jualan sempena puasa
begitchewww macik macik bawang membebel bila baca resepi hahahahaha
maaf le macik bukan sengaja tapi lupa ada resepi biskut ni
ingatkan dah hilang dah resepi 🥹😂
sooooooooooooo
sempena hari raya di hari sabtuuuuu
ai haplod resepi mak sedara ai dan resepi dari fb yang pernah dikongsi oleh friends masa ai ada fesbuk dulu. ai simpan le resepi she tu and buat le. memang sedap lagi devasssssss
kalau resepi macik ai, biskut tu cuma dapat maybe 30 pcs je
kalau yang dari friends dekat fesbuk, boleh dapat almost 60 pcs
banyak bebeno adunan biskut sheols tu sampeee boleh buat banyak pieces
kalau sesetengah resepi tu halehhhhhhhhh beria menguli last-last dapat 25 keping jurrrrrrrrr 🤧😪
kalau yang macik fesbuk ni, dapat banyak oiiiiii
ni baru betul resepi
penat-penat menguli akhirnya dapat jugekk buat berbijik-bijik biskut sampai tak cukup dulang
baru reallllllll
puas hati membakorrrr panas-panas menghadap oven
phewwww
okayyyy tanpa membuang masa membuang tenaga mehhhh la kiterrr membuat biskut raya semperit dahlia kegemaran ramai ~
ore klate kato,
sekut semperit
gituuuuu
weols panggil sekut ye chuolsss
uolsss pulak panggil apa ?
meh kita sesama share cara panggilan makanan aka loghat atau dialek sesetengah negeri bagi makanan ~
okayyyyy marilah kita membuat biskut raya
lezzzzgoooooooo
✨🕌🌙 Seloka Hari Raya 🌙🕌✨
halo halo halo kembali bersiaran semuanya berbekalkan senduk kayu dan mangkuk besar biasa je kat dapur
ya bersama chef Lea di sini yang hanya menggunakan senduk kayu sebagai mikrofon dengan gaya santun dan penuh gemalai bercita-cita untuk menjadi seperti Chef Wan dan Chef Ismail yang selalu menjadi pengacara untuk rancangan masakan di tv
yaaaaaaaaaa bersama chef Lea kita hari ini yang akan mengajar macik-macik dan ahkak ahkak semua yang memikir biskut raya apa aku nak buat? biskut raya baru-baru ni aku buat semuanya dah habis kena makan dengan kucing kepala hitam
* sakit hati *
😤
tetapisssss memandangkan raya hari sabtu so sempatlah macik-macik semua buat yang baru
jadi apa lagi semuaaaaaa
mari kita membuat biskut bersama Lea ✨
Riang Ria Di Aidilfitri bersama Semperit Dahlia
Resepi Pertama ~
🌸 Resepi Makcik Sedara Saya 🌸
dengan penuh gelabah dan sibuk membawa troli sambil berlanggar dengan customer bila pergi ke rak akhirnya semuanya kosong habis stok sakitnya hatiku
yeahhhhhhh inilah bahan-bahannya
tak perlukan Bake With Yen, Bake Boss, Citarasaku atau mana-mana bakeri
hanya perlukan kedai runcit tepi-tepi jalan je dan pokok ceri di seberang jalan jangan lupa mintak izin nak petik buah ceri 🍒 ye kekekekekeke
alaahhhhhhh kalau takde kat kedai beli je dekat kedai buah-buahan mesti ada tuuuuuu buah ceri 🍒 ~
* rentap buah ceri 🍒 dekat pokok belakang sekolah lama kita dolu-dolu *
bahan-bahannya adalahhhhhhhhhh 🥁📯📢🎞️🎬
🍒 250 gm butter 🧈
🍒 170 gm gula kastor
( kalau takde, just ambik je gula pasir yang biasa kasar tu dekat dapur.. lepas tu mesin dengan blender. zreng zreng zrenggggg siaplah uolssss gula kastor aka gula halus. kalau rajin nau hengko ambik lesung dan hempaslah gula itu dalam lesung batu kepus kepas kepus kepas melepaskan perasaan stres dan membayangkan apa sahaja yang menyakitkan hati korang selama ini. ini adalah satu terapi. baik untuk kesihatan ✨ )
🍒 1 biji telur 🥚
jika stok telur sudah tiada di kedai suruhlah ayam 🐔 🐓 dalam reban 🪺🛖 uols bertelur. banyak cantik makan tidur makan tidur. dahhhhhh keluarkan hasil tu biar bertelur barulah boleh tuan rumah nak makan biskut. cepattttttt bertelur sekarangggggg tuan rumah nak buat biskut
🍒 1 sudu teh esen vanilla
tanpa esen vanila hanyirlehhhhh adunan uolsss. kecuali kalau telur tak ada lepas tu ayam korang tak nak menetaskan telur protes kerana baju raya diorang tak siap lagi
soooooooooo bila tak ada telur barulah tak ada esen vanila
tapinyehhhhh biskut tu nanti kurang kick lah uolsss
pepandai koranglahhhh
🍒 secubit garam halus
ia bagi rasa masam-masam manis giteww. barulah fun biskut korang tak adalah manis sangat......
sesuai untuk orang yang suka cut sugar itu cut sugar ini
cut sugar bergantang-gantang
10 gantang sugar di cut
tapi muka masih macam cekodok pisang 🍌
motiffffff cut sugarrrrr
sentappppppppp acik acik twitter yang suka cut sugar lepas tu post muka sendiri kat twitter nak bagi tau betapa berubahnya muka diorang selepas cut sugar 10 gantang
berubah ????.........
apa yang berubahnya kakkkkkk
muka masih berkilat gebu-gebu shinyyyyy bright like a diamond seperti cekodok pisang gebu-gebu panas-panas angkat dari kuali
apa yang berubahnya sisterrr
mohon jangan berangan kuat sangat nanti kami judge akak macam acik acik porum uols jangan overconfident ohkeyyyy
* sentappppp deyols yang cut sugar tu tapi muka masih cenggitu *
hahaha jangan marahhhhsssss
🍒 125 gm tepung kastard
ai suka pakai tepung kastard jenama King. tapi kengkadang ai pakai jugekk jenama Bird yang warna biru tu. tapi ai lebih suka King sebabbbbbb......
🍞 wangiiiiiiiiiiii
bila bakar biskut tu uolssss terus semerbak harummmmmmm satu rumah bau tu keluar dari oven. memang lurveeee sangettttttt uolss
🍞 warna keemasan seperti diraja
hew hew hewwww tak payah lagi bersusah-payah mencari pewarna kuning nak bagi up sikit kaler biskut tuuu...
jenama King sudah buat adunan tu auto warna emas ala-ala diraja gitchewwwww
so no need to put any kind of pewarna for your adunan
warnanya sudah semulajadi ✨
🍞 biskut auto crunchy
bila patahkan semperit tu haaaaaaa macam kapal terbelah dua. krakkkkk patah dua takde pun nak terurai ke apa macam debu baru je picit sikit biskut dah sayonara tak boleh diselamatkan lagi terus fiuuuuuuu jatuh luruh ke bawah macam salji ❄️☃️⛄🌨️
sendu uolss di pagi raya makan biskut centuuu tak sempat masuk mulut
🥲
🍒 125 gm tepung jagung 🌽
yeahhhhhhh ini penting uolssss barulah biskut tak keras sangat. ia balance antara tepung kastard, tepung gandum. so tepung jagung 🌽 ni adalah Downy Soflan versi biskut. melembutkan biskut supaya tak keras sangat. nanti kejung gusi uols makan biskut yang ada adunan tepung gandum dengan tepung kastard jurrr
patah gigi uolss yachhh
tepung jagung 🌽 fentingsssss okayyy
🍒 250 gm tepung gandum 🌾
yang ini scary you know
jangan sesekali letak tepung gandum banyak sangat nanti uols bermuhasabah diri bila nak tekan semperit tu guna acuan
letak sikit-sikit je tepung tu biar sampai tak melekat doh tu dekat tangan
lepas tu STOPPPPPPPP 📢 🛑 🚧
nangis uols nanti kalau terlebih tepung. tekan le cemana pun acuan tu tetaplah tak nak keluar doh tu jadi semperit dahlia yang cantik jelita lagi menawanssss
sebab tu namanya Semperit
sebab betapa peritnya nak menekan acuan tu sampai nak tercabut tangan sendiri
sooooooooooo
tepung gandum tu agak-agak aje yeeeee
jangan sampai 250 gm
200 gm atau kurang, mungkin sudah cukup dah tuuuu
asalkan menjadi rupa doh semperit tu uolsss
tak melekat di tangan
haaaaaa helok dah tuuu
sooooooooo Stoppppppppppp 🛑 📢
jangan letak tepung lagi okayyyy
🍒 ceri
dengan penuh kasih sayang uols petiklah buah ceri di pokok belakang sekolah sesambil bernostalgia zaman dedolu waktu uols muda-muda bercinterrrr dengan abang senior di bawah pokok ceri 🍒 bila waktu rehat dan lepas balik sekolah. wahhhhhh nostalgia gilerrr sesambil memetik buah ceri 🍒. tetiba terjumpa surat-surat cinta yang terbenam dalam tanah yang uols tanam bersama ex ex ex ex ex ex ex ex boyfriend uolsssss zaman dedolu dari form 1 sampai habis Spm hamboihhhh banyaknyehhhh surat cinta yachhhh
kenangan betolllllll
akhirnya uols menitiskan air mata dan mula bernostalgia mengingati zaman itu ketika uols sibuk menulis surat cinta dan mak uols tengah sibuk buat kuih raya dekat dapur lalu sheols membebel kenapa takde sorang pun anak-anak sheols turun ke dapur bantu buat biskut raya
akhirnya dengan satu jeritan serigala uols terus terkezutttttt lalu menggumpal surat cinterrrr itu ke bawah bantal dan terus mencicit lari macam tikus pergi tolong mak di dapur
bila duduk di dapur menguli adunan biskut dan menerap di dulang, uols tersenyum-senyum mengingat marka yang tercinta. mataherrrrr mu yang tertulis di dalam surat itu
betapa penuh cintanya uolsss sampai tak sedar hujung baju dah terbakar kena dekat oven bulat yang berada di tepi uolss
bila dah kena jerit dengan mak barulah uols tersedar baju uols sudah sayonara dibakar bersama biskut almond London di oven bulat zaman dedolu ittewwwww
ohhhhh indahnya aidilfitri di zaman duluuuuuu
kini kita bukan lagi berada di zaman 80an~90an
kini kita berada di zaman 2026
akhirnya uols tersedar dari lamunan dan semuanya menjadi kenangan
sendulah uols di bawah pokok ceri 🍒 itu mengenangkan kisah zaman dedolu
Lalu dengan ini saya perlu balik ke rumah bersama bahan-bahan. lalu terus pergi ke dapur lalu membuat biskut dan membebel kepada anak-anak biarrrrrrrrr diorang turun ke bawah tolong korang buat biskut pulak macam mak korang dolu-dolu
barulahhhhh realllllll aidilfitri korang
hidupkan kembali kenangan raya zaman dulu ✨
siapa lagi nak hidupkan semua itu kalau bukan kita ?
jom kita semua hidupkan balik kenangan berpuasa dan beraya zaman dulu-dulu ✨🕌🌙
🍒 cip coklat
oh yeahhhhhh
zaman nau dah advance dah tak pakai dah ceri-ceri ni 🍒
kalau takde stok ceri kat memana walaupun korang cari sampeeeeee ke hujung dunia
korang gunalah cip coklat je
pilih le yang memana asalkan sesuai dengan poket korang
chocolate chip jenis macam mana korang nak ?
itu ikut suka hati korang
mulut korang, perut korang, duit korang
yang penting korang bahagia
pilihlah yang mana sahaja korang suka janji korang hepiiiiiiii
🥣 jadiiiiiiiiiii marilah kita mula membuat biskut Rayaaaaaaaaa 🧈 🌽 🥧
Cara-caranya adalah ~
🧈 gunalah senduk dan hempuklah butter dengan gula sampai gula itu hancur. bayangkan korang tengah bergusti dengan musuh korang yang menyakitkan hati tu haaaaa
dengan menggunakan senduk kayu jurrrr uols mengacau mentega dan gula sampai hancurrrrrr gula itu
hancurrrr hancurrr akuuuuuu
* Estranged ~ Hancur *
kalau uols takde senduk sebab korang urban dan fefeeling guna whisk konon-kononnya
yeahhh gunalah whiskkk
kalau ada mixer korang mesin lah butter dan gula itu seperti mana lelaki-lelaki di luar sana mesin hati perempuan dengan janji-janji manis mereka lalu akhirnya meninggalkan perempuan itu setelah puas. madu diambil sepah dibuang dasar lelaki tak guna lalu hidup bahagia dengan isteri tercinta tanpa rasa bersalah setelah mempermainkan perasaan perempuan-perempuan di luar sana dan disidainya perempuan itu langsung tak masuk meminang dibiar aje tergantung sepi camtu last-last dapat kad nikah hawau tul punya jantan
yahhhhhhhhhh mesinlah butter dan gula itu sepuas hati uolssssss
kalau ada senduk lagi feelllllllllll korang punya mengacau tu sampai sado tangan chuolsss
* aktiviti menguruskan lengan di bulan romadonnnnn *
biskut pun dapat, kurus pun dapat, melepaskan perasaan stres pun dapat
* satu terapi diri tanpa perlu pergi berjumpa doktor dan perlu bayar mahal-mahal sampai kopak poket korang *
🧈 masukkan telur setelah adunan kembang lalu kacaulah sampai adunan menjadi helokkk bersinar lembut penuh keayuan seperti seorang puteri. cantik helok je kejadiannya
mohon jangan overmix ye uols tuan-tuan dan puan-puan nanti sayonara adunan tu herrrr
kacaulah dengan penuh santun dan berbudaya supaya terpancar aura kemelayuan anda
terserlah budi bahasa itu
sungguh budiman ✨
takkan melayu hilang di dunia
gitchewww
🧈 masukkan esen vanila supaya hilanglah bau hanyir telur itu dan tiada lagi duka di hati setelah bau wangi vanila itu menghiasi tamanssss
eh tiberrr
🧈 masukkan garam supaya semuanya sebati. nanti takdelah garam duduk sebelah sana, biskut sebelah sana rasa masin gilerrr... biskut yang lain manis helokk pulakkkk
jadi gaullah garam tu helok-helok ye uols biar semuanya sebati takdelah sini masin situ manis
berdengus tetamu nanti makan biskut semperit dahlia masin
😝🤣
🧈 masukkan tepung kastard dan tepung jagung 🌽
dengan penuh keazaman dan keyakinan bahawa kain langsir makcik tahun ini adalah kain langsir paling cantik di hari raya ini di semesta alam setelah berhabis duit rm 18k untuk membeli kain langsir ajerrrrrrr sampai botak suami macik kena swipe kad kredit membeli kain langsir harga rm 18k yang tak ada faedahnya ituuhhhhh
yahhhhhh
gaullah tepung-tepung itu seperti mana macik konfiden yang kain langsir raya macik kali ini penuh devassssss dan terpaling divaaaaaaa tiada siapa boleh kalahkan kain langsir makcik waima First Lady sekalipun
kacaulah tepung-tepung itu ke dalam adunan sampai cantik helok kejadian adunan biskut itu
bling bling shineeeeeeee
🧈 pengumuman - pengumuman, 📢
mohon ahkak ahkak abang abang yang baru belajar nak masak tu bersiap sedia dengan tepung gandum ye seperti bersiap sedia demi persiapan banjirrrrr
yeahhhhhhh dengan ini kita mula memasukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan
penuh hati-hati ye seperti korang menarik duit sedikit demi sedikit dari wallet korang untuk membayar bil setelah mendapat gaji
dengan penuh perhatian dan debaran korang memasukkan tepung gandum itu ke dalam adunan dan tak akan membiarkan ia terlebih
seperti mana korang menjaga duit korang dari terkeluar setelah sebulan korang hidup berjimat cermat hanya makan megi patahkan dua makan pagi satu malam satu demi menjimatkan wang kerana gaji tak masuk lagi
akhirnya gaji pun masukkkkk
tetiba kena keluar juga duit tu untuk bayar bil
seperti mana korang dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian tak mahu bagi duit tu terkeluar lebih dari sepatutnya
seperti itulah korang dengan penuh santun, penuh kasih sayang dan berhati-hati memasukkan tepung gandum ke dalam adunan. tidak terlebih, tidak terkurang
✨ sedang-sedang aje ✨
lalu setelah adunan itu menjadi doh dan tidak lagi melekat di tangan..
korang tidak lagi memasukkan tepung gandum itu lagi seperti mana korang tidak lagi mengeluarkan duit untuk membayar apa-apa yang tidak berkaitan. semuanya tersimpan kemas di dalam poket jangan pergi ke mana-mana lagi wahai duit
seperti itulah jua korang menyimpan tepung gandum itu ke dalam cawan
walaupun masih banyak lagi baki tepung gandum,
ingatlah hanya kerana ia ada lebih tak semestinya ia kena digunakan
kadang-kadang lebih baik simpan daripada diguna lalu kita pula bermuhasabah diri selepas itu
cinta tidak semestinya dimiliki
🧈 ya begitulah kehidupan. penuh onak dan ranjau. terpaksalah terima apa sahaja pengakhirannya
cinta tak semestinya dimiliki
lepaskanlah dia pergi jika dia bukan jodohmu
belajarlah untuk redha tak semua yang kita nak kita akan dapat
termasuklah cita-cita kita dan impian kita
lepaskanlah pergi apa sahaja yang kita sayangi
termasuklah orang-orang yang telah meninggal dunia dan pergi ke alam abadi
cinta tak semestinya dimiliki
lepaskanlah dan redhalah dengan ketentuan Nya
pasti dia di alam sana akan bahagia bila kita redha dengan pemergiannya
lepaskanlah dia pergi..
usahlah meratap lagi..
berdamailah dengan takdir.....
ohhhhh tiberrrr sendu di hujung ramadhan
* kesat air mata di hujung baju ala-ala telefilem Rashid Sibir *
🧈 lalu panaskan oven selama 15 min dengan suhu 165 ° C
dan sementara menunggu oven panas, teraplah adunan semperit itu ke atas dulang
chuolss boleh guna apa-apa cara
cara pertama ~
gris mentega atau marjerin pada loyang
lalu teraplah doh semperit tu ke atas loyang yang sudah digris ( disapu ) mentega atau marjerin
ai suka cara camni sebab biskut akan menjadi lebih sedap bila ada marjerin lekat kat bawah biskut
shedappppppppp shangatttttttt
cara kedua ~
guna baking paper lalu lapiklah di atas dulang atau loyang
kerat kertas baking tu ikut saiz loyang
jangan terlebih pulak nanti kena oven lepas tu kertas pun terbakar
cara ni lebih jimat berbanding guna marjerin dan lebih ringkas
tak payah nak stres-stres sapu marjerin ke atas loyang berkali-kali
tapi tulerrrrr ai tak feeling dengan biskut yang diterap atas baking paper
tiada aura kemelayuan itu dan terlalu inggeris guna paper bagai tidak guna marjerin planta buttercup kegunaan orang melayu turun temurun sejak zaman berzaman
zisssss lebih memilih cara pertama
kalau guna baking paper nanti biskut kat bahagian bawah tu tak rasa apa-apa
tak macam digris dengan marjerin
terpancar aura kemelayuan tu dan boleh rasa marjerin sedap tu kat bawah biskut 😋
🧈 bakar adunan yang sudah diterap itu dalam suhu 165 ° C, terpulang pada oven masing-masing ~
bakar selama 25 min atau sehingga biskut masak
jangan sampai hangit hokkayyyyyyy
tengok dulu oven korang jenis macam mana
kalau jenis cepat panas, bakar sekejap je
kalau lamberttttt panas, bakarlah lama sikit
ikut cekadak si oven tu nak membakar selama mana
member yang nak membakarnya bukannya kita
jadi ikutlah cekadak pacik oven tu ye
jangan ikut cekadak kita
haha
🤣😝
api mesti slow supaya biskut rapuh & tahan lebih lama
kalau api besar, masa membakar pulak sekejap nanti biskut mudah rosak. biskut masak dengan terkejut nanti
api tu suhu
ore klate panggil api
demo ore luar panggil suhu
gittchewww
biskut kena bakar 1 dulang je
barulah atas bawah masak sekata
pengairan udara tu mantap
takde kena kongsi kalau masuk berdua atau bertiga
satu dulang jerrrr setiap seorang
jangan berebut hokkayyyy
oven sebijik dulang pun satu je ikut kemampuan
kecuali le oven tu sebesar alam so boleh le nak masuk berdulang-dulang
pepandai le korang ehh
kalau korang lorat dan kelam kabut nak biskut tu cepat siap
buat jelah berapa dulang pun masuk oven
tapi setiap sepuluh minit tu korang tukar kedudukan dulang tu supaya dua-dua masak sekata ~
gittewwww
🧈 selepas siap membakar, jangan terus kalut letak biskut dalam balang
tenang-tenang dulu letak dekat luar atas pinggan
biar ia hilang panas dulu sampai suam dan sejuk
bila pegang tu tak panas dah
lepas tu barulah boleh bawak masuk ke dalam balang
barulah biskut tahan lama dan tak mudah lemau
begitulah tips-tips yang diberi oleh makcik sedara ai
inilah tips membuat biskut daripada dia
semoga membantu ✨🍒
soooooooooo sampai sini jela ehhh ai buat biskut dengan korang
tangan ai dah lenguh dah menulis ni
guna henpon pulak
mau tercabut tangan ai uolssss
resepi dari kawan ai dekat fesbuk ai tak mampu nak letak lagi dekat sini
mau patah tangan ai malam ni tulis resepi
next time hokkkkkayyyyyyyyy 🤗😙😚
soooooooooo this is it
sampai di sini sahaja
selamat membuat biskut raya dan selamat berhari raya
aidilfitri mulia
ampun maaf dipinta
mensuci hening dosa
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin 🕌 🌙
tulus ikhlas 🕌
Lea


0 Comments