Angan-angan Cinta

 Kita tidak perlu memaksa orang lain untuk menyukai kita

Hanya kerana kita menyukai dia

Kalau dia memang benar suka dengan diri kita

Kita tak buat apa-apa pun dia tetap akan datang kepada kita

Kerana hatinya sudah bergolek ke arah kita sebelum sempat kakinya melangkah ke arah kita

Kalau dia memang tidak suka pada kita

Kita buat beribu cara untuk menarik perhatiannya pun dia tetap tak akan kisah dan ambil tahu pun

Kerana hatinya kosong tiada rasa untuk kita

Apa yang kita rasa di dalam hati kita tak sama dengan apa yang dia rasa

Suasana hati kita tidak sama dengan suasana di luar hati kita

Mungkin di dalam hati kita ada hamparan bunga

Tetapi di luar pula adalah batu kerikil di tepi jalan dengan pepasir yang kasar

Tidak sama dan tidak serupa apa yang ada di dalam hati dengan apa yang ada dalam realiti

Cuma kita je yang masih berpegang pada angan-angan

Percaya yang kita akan mendapat apa yang diinginkan

Sedangkan orang itu tak pernah berfikir perkara yang sama seperti yang kita fikirkan

Cuma kita je yang perasan


Itulah cinta

Itulah perasaan

Kita tidak mampu mengawalnya

Kita juga tidak mampu memaksanya

Lepaskanlah

Kerana kenyataannya tidak seindah seperti yang diharapkan

Dengan melepaskan kita akan menemui kelegaan

Walaupun mungkin kita kecewa dan menangis 

Kerana tak semua cinta itu menjadi kenyataan


Mungkin kita tidak mendapat apa yang kita inginkan

Tapi kita mendapat apa yang kita perlukan

Satu masa nanti kita akan didatangi seseorang yang menyayangi diri kita sebagaimana kita pernah menyayangi seseorang itu

Mungkin cinta kita tidak berbalas pada orang yang kita harapkan

Tapi ia berbalas dari orang yang kita perlukan

Kerana cinta sejati itu adalah sederhana

Ia tidak memaksa dan melukakan kita

Sebaliknya datang kepada kita dengan penuh rela dan tidak akan melukakan kita lagi

Itulah cinta


Dalam hati ada taman

Dalam jiwa penuh khayalan

Dalam hidup ada kenyataan

Dalam diam ada jodoh yang datang bertandang


Love

Lea  💌




0 Comments