Selalunya, bila ia dah tak ada baru kita akan mengenangkannya. Mulai menghargainya. Tapi masa ia ada di depan mata tak pernah sekali pun kita pernah ambil kisah atau hargainya. Anehkan manusia?
Kita tak akan pernah mengenal erti hari ini sehinggalah hari ini menjadi semalam dan menjadi sebuah kenangan. Saat ia menjadi sebuah kenangan, waktu itulah baru kita sedar betapa berharganya hari ini. Kerana itulah wujudnya perkataan memoir. Memoir bermaksud sebuah memori terindah yang sentiasa dikenang oleh kita. Memori pada masa lalu yang tak dapat diulangi lagi. Kadang-kadang, mengenang kembali memori di zaman dulu mampu membuatkan kita tersenyum. Saat kita tenggelam dengan masalah, lemas di dalam kesusahan yang tidak berkesudahan , kadangkala mengenang kembali memori itu mampu melegakan kesakitan yang kita rasakan. Mampu mendamaikan hati ini dan membuat kita tersenyum kembali. Indahkan memori ? :)
Selamat petang saya ucapkan kepada semua orang. Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada penduduk Malaysia. Mesti korang tengah menikmati cuti sepuas hati kan? Dari hari Jumaat sampai Ahad, hmm nanti hari Isnin ada lettew Monday Blues. hehehehe. Nikmatilah cuti ni puas-puas, bila dah start keje balik nak rehat pun tak sempat. Mata tu dah macam zombie tak boleh nak katup sebab asyik menghadap kerja je manjang. hehehe itulah kehidupan. Tak kerja kita nak makan apa? Pasir? Pasir pun mahal sekarang ni uols. ahaks
So today ai ingin bercerita tentang kisah lalu ai. Memoir yang terindah di dalam hidup ai, yang ai takkan dapat ulangi lagi selepas ini. Kenangan sepuluh tahun yang lepas.
Sebelum itu mari kita putar lagu fevret ai untuk menaikkan mood. Sesuai dengan situasi yang ai nak tulis tapi takde kena-mengena dengan lagu. Saje nak bagi saspen. hahahahaha
Reminiscence
What is the meaning of reminiscence?
According to Cambridge Dictionary, reminiscence means,
the act of remembering events and experiences from the past
Meaning of reminiscence in English
So today, ai akan ber reminiscence di sini. Mengingati kembali kenangan lalu yang menggamit memori dan memberikan rindu yang berpanjangan. Namun sayangnya kerinduan ini tak dapat lagi diluruhkan kembali seperti yang diharapkan. Sebaliknya luruh di tasik hati yang luas terbentang. Layu di bawah pohon yang menggugurkan bunga-bunga kerinduan, tidak lagi menjadi sebuah kenyataan. Semoga korang turut merasai apa yang Lea rasa :)
Don't forget to play this song while reading this post. Truly make you reminisce every memoir in your life ;)
Farah Asyikin - Dari Sini Ke Bintang-Bintang
Alif Satar - Akhiri Penantianku
Mari kita kembali ke sepuluh tahun yang lepas iaitu tahun 2012. Let's cekidaut ~
Setiap orang mempunyai kenangan mereka masing-masing. Ada orang sepuluh tahun lalu berpindah ke sebuah negeri dan menetap beberapa tahun di sana. Ada orang menyambung pelajaran dan merentas antara dua benua meninggalkan kampung yang tercinta. Ada orang menemui jalan kehidupannya sendiri setelah berpuluh tahun mengembara ke sana sini tanpa menemui penghujungnya. Dan ada orang mencipta memori sebelum terbang pergi.
Dan ai pula adalah orang yang mencipta kenangan sebelum kembali pulang ke kampung halaman. Kita tak akan pernah menyedari betapa bernilainya masa sekarang sehinggalah ia menjadi hari semalam dan seterusnya menjadi sebuah kenangan sepuluh tahun akan datang. Itulahkan kehidupan? Masa ia ada di depan mata kita buat tak kisah je. Bila dah tak ada baru kita nak mengenangkannya, baru kita nak merinduinya. Sayangnya, ia tak akan berulang kembali kepada kita. Sebab ia hanyalah sebahagian dari kehidupan kita, takkan pernah berulang kembali dalam hidup kita di masa depan. Jadi, hargailah setiap momen yang kita ada sekarang walaupun ia hanyalah sekecil tapak tangan. Kerana yang ada sekarang itulah akan menjadi perkara yang sangat berharga di masa depan yang kita tidak mampu lagi membelinya dengan wang. Itulah yang dinamakan sebagai memoir.
Sepuluh tahun lepas, waktu itu ai berumur 14 tahun. At that time, everything is so simple. Takde insta, takde tiktok, takde nak kejar views atau populariti. Paling hit pun just main fb je, interact dengan orang sana sini. Other than that, everything seems normal. Tak ada orang yang buat content merepek semata-mata nak kejar views atau nak dapat perhatian orang. Semua orang hanya hidup sederhana, menjalani everyday life dengan rutin hidup yang biasa. Relax je semua orang.
Everyday, ai pergi sekolah dan balik sekolah. Pagi-pagi bangun bersiap cepat-cepat lalu pergi ke sekolah menumpang jiran sebelah. Petang balik dengan mama dan cikgu. Setiap hari ai usahakan buat kerja sekolah dengan terbaik dan bila hujung minggu ai relaks. Buat hobi sendiri such as baca novel, melukis & tengok cerita korea dan oppa korea. Simple je hidup. Sometimes, ai balik ke kampung dengan mama.
Lepas habis sekolah di hujung minggu, kitorang akan menumpang kawan mama pergi ke stesen bas kemaman. Bukan dekat Chukai tapi dekat bandar Kemaman betul-betul. Stesen bas itu kecil je, hanya menempatkan bas SP Bumi je. Bas itu hanya ada di Terengganu je, selain dari itu ai tak sure ada tak kat negeri lain. We call it as bas lompat-lompat. Kalau naik bas ekspres, lambatnya sampai ke kampung. Tapi kalau bas lompat-lompat, pantas je sampai ke kampung. My cousin yang study dekat Dungun la yang ajar ai. So, weols naik dekat Kemaman sampailah ke bandar Kuala Terengganu. Sampai kat sana, kami akan beli tiket bas ekspres Tranasional atau bas Mutiara pastu naik pukul 5 petang sampailah ke Kota Bharu. Tengok kau punya melompat macam katak uols. Tapi sampai awal ai tell you. Pukul 8.30 malam konpem sampai. Kalau naik bas ekspres, tak lompat-lompat ceni pukul 10.30 baru sampai. Itu kalau bas tak lambat. Ada time lagi teruk bas rosak sampailah weols pukul 11 malam dan ke atas. Seram kan sampai lewat-lewat camtu? Dulu-dulu bolehlah kalau nak sampai lewat sebab uncle ai Ayah Jie akan jemput kitorang dekat stesen bas. But, lepas dia meninggal kitorang mula berdikari. Kitorang mula belajar cara naik bas lompat-lompat. Camtulah kitorang survive dalam hidup kat negeri orang ni chuols.
https://chasingplaces.com/how-to-get-from-cukai-to-dungun/
Dekat stesen bas Kemaman yang kecil ni, kami menunggu bas sehinggalah waktu bas itu mula berjalan. Stesen bas ini terletak dekat je dengan Pasar Kemaman, lepas dari sekolah cina kat dalam bandar tu. Dekat stesen bas tu ada tasik Kemaman. Bila sampai kat stesen, kami akan letak barang dekat kerusi kayu tempat menunggu bas. Lepas tu, kitorang akan pergi makan dekat kedai makan depan tasik Kemaman. Kedai makan biasa je. Well, rakyat marhaenlah katakan. Sambil makan kita boleh tengok pemandangan tasik berhadapan dengan kedai. Cantikkan pemandangan tasik tu? Luas mata memandang. Tak sangka itu akan menjadi kenangan di dalam hidup ai. Sekarang, ai dah tak ada lagi pengalaman seperti itu. Dan mungkin tak akan kembali lagi di dalam hidup ai..
Dekat tasik itu, ada tempat untuk pengunjung berjalan kaki dan duduk di atas tangga yang disediakan. Melihat pemandangan yang luas terbentang. Di bawah atap zink kedai ini, ai makan nasi goreng ayam yang sedap dan simple air tangan orang Kemaman. Dekat kampung ai, takde dah nasi goreng jenis macam ini. Lain negeri, lain citarasanya dan lain cara memasaknya.
Masih terasa lagi nasi goreng ayam yang sedap tu. Masa itu, henpon belum canggih macam sekarang. ai hanya pakai henpon Sony Ericcson yang slide tu je. Murah je, RM300 lebih camtu. So, at that time kita semua tidaklah melekat dekat henpon macam sekarang kan? Kita akan berborak dengan kawan-kawan, family kita & kekasih kita waktu makan. Lebih santai dan lebih terasa kehidupannya sebagai seorang manusia. Sekarang, semua orang menghadap phone. Teknologi memisahkan kita dari dunia realiti.
![]() |
| my cutie pie henpon zaman dolu-dolu |
![]() |
| and then got this lepas tamat henpon slide |
Lepas makan, ai akan pergi semula ke tempat duduk menunggu bas. mama ai pulak macam biasalah uols, tandas is important to her life. as much as important education in our life. gittew sister kekdahnya. Lepas siap makan, ai duduk dekat kerusi kayu tempat menunggu bas. Dekat tempat tu, ada sebuah gerai kecil yang menjual buku-buku, majalah, suratkhabar dan sebagainya. Macam pakcik yang jual suratkhabar dekat warung kecil. Camtulah gerai kecil tu dekat stesen tu. Mak cik yang menjual buku-buku tu dekat situ. Setiap kali balik sekolah, ai akan simpan duit dan kumpul banyak-banyak. Bila dah cukup, ai akan guna duit tu time ai balik kampung. Dekat gerai suratkhabar tu, ai beli novel la, buku komik doraemon la, majalah dara.com la dan yang paling utama sekali majalah Ujang. majalah Ujang is a must to me. Setiap bulan wajib beli setiap keluaran majalah Ujang. Walaupun mak cik sedara ai cakap majalah Ujang ni tak funny, ai tetap beli je. Sebab bagi ai, ia menghilangkan stres dan menghiburkan ai. Ia takde pun cerita pasal kisah drama megah holding ke, rampas sana sini ke atau cerita yang merepek-repek. Simple je, kartun tentang kisah masyarakat masa kini, tentang everyday life yang simple dan berpijak di bumi yang nyata. Adalah jugak yang funny tu. Yang best sekali kartun yang dilukis oleh kartunis Bawang. Setiap masa mesti kartun yang dilukis olehnya ada pengajaran yang kita boleh ambil. ai selalu tertunggu-tunggu cerita kartun yang akan disampaikannya pada setiap bulan. Sebab ia banyak memberi pengajaran walaupun hanyalah sekadar kartun :)
Selain dari majalah Ujang, ai beli novel-novel yang terbaru yang masih berbalut cantik dalam plastik. Takdelah baru sangat, bukanlah yang latest dari kedai buku. Cuma, ia masih baru sebab tak ada orang yang pernah guna. So, ai lah orang pertama yang akan guna despite harganya yang sungguh murah. Harga novel yang mak cik tu jual murah je, RM10 jerr. Murah kan? Banyak gilerr la novel yang ai beli, cuma banyak jugalah yang ai telah tinggalkan dekat negeri sana. Lepas pindah pulang ke sini, mama jual segala barang-barang kami dekat sana. Tak tinggal satu pun bawa balik ke sini. Kitorang jual everything, ada jugak yang bagi free. Pandai-pandailah cikgu-cikgu lelaki pergi mengangkut barang yang diorang nak. Mahal kalau kitorang nak bawak balik segala barang kitorang ke kampung. Lagipun, kat kampung everything dah ada. Membazir je bawa balik benda yang dah ada kat kampung. cehh
Bila bas nak berlepas, mama akan pergi beli pau panas-panas dekat penjual pau yang ada dekat stesen tu jugak. Pak cik tu jual murah je pau. 50 posen je sebijik. ai beli 3 biji pau kaya, mama pulak 2 biji pau kari. Pau panas-panas dan lembut tu akan jadi bekal ketika kami naik bas pulang ke kampung. ai rindu sangat dengan pau yang pak cik tu jual. Lepas ai balik kampung, ai cuba cari pau yang rasa sama macam pak cik tu buat. Tapi tak ada yang sama macam yang pak cik tu. Rasanya tak mencapai piawaian yang ai inginkan. Ada satu je yang jual sama macam pak cik buat. Pau kaya jenama Kart's, ada jual dalam pek 6 biji dekat supermarket. Bolehlah ada dari takde, sama lah jugak tapi tak sesedap pau yang pak cik tu punya.
Naik je bas, ai akan letak segala barang dekat kaki lepas tu menyandar dekat jendela. ofkos la ai akan make sure ai tarik langsir dulu, panaslah chuols ai tak tarik langsir. Pada pukul 2.30 petang, bas SP Bumi ini pun berlepas. Melihat bandar Kemaman yang kecil dan sederhana ini, tidaklah buat ai impress pun. Tapi sekarang, ai sangat merinduinya dan ingin kembali semula di waktu itu.
Dengan henpon Sony Ericsson di tangan, ai mencucuk wayar headphone lalu memakainya di kepala. Lagu fevret ai dimainkan di henpon lalu ai melihat di luar sambil mendengar lagu yang sama je sepanjang perjalanan.
Sepanjang perjalanan, ai hanya melihat satu perkara sahaja. Iaitu air laut. Sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu hanyalah pantai yang menjadi perhiasan di tepi jalan. Di dalam bas yang tinggi ini, ai dapat melihat air laut yang membiru bergulung menghempas pantai yang memutih cantik. Mendengar bunyi ombak walaupun dengan headphone yang sudah ada lagu, ia masih mengasyikkan jiwa. Cantik sangat pemandangan sepanjang jalan. Sampai dekat Dungun, sepanjang jalan dipenuhi dengan bukit bukau. Di sebalik bukit bukau yang menghijau, ada kabus yang memayungi setiap kawasan bukit. Cantik bergumpal seperti awan. Kadangkala terlihat seperti kapas yang memutih. Saat melihat kabus yang kecil itu, serasa seperti melihat Wonderland dari kejauhan. Sungguh misteri namun mempesonakan. Cantik tidak terkata.
Kalau time raya, kami akan singgah di Dungun lalu mengambil sepupu ai dekat Petronas dan naik bas sama-sama dengan kami. Selalunya sepupu ai dua beradik ni akan ikut kami pulang ke kampung sebelum umi dia pulang dekat nak raya. Naiklah bas together-gether weols semua.
Sepanjang perjalanan, bas ini melalui jalan pesisiran pantai. Bagi orang yang biasa melalui jalan highway, jalan ini menjadi satu destinasi baru untuk kalian. Cantik mempesonakan. Yang best, jalan ini takde tol dan traffic light tak banyak. Kecuali dekat bandar. Yang tu boleh ai katakan Terengganu Darul Traffic Light. Sana sini traffic light. Tapi, bila dah melalui jalan pantai, tiada lagi traffic light yang mengganggu kita. Hanyalah pantai yang membiru bersama pasir yang memutih menemani kita sepanjang perjalanan. Now, I understand why so many mat salleh choose to settle down here. Terengganu for me adalah paradise di dalam dunia ini. Negeri yang sederhana, kos hidup yang tidak terlalu tinggi tidak seperti di Kuala Lumpur, Johor & kotaraya yang lain. Namun dikelilingi dengan alam yang sungguh cantik. Tak ternilai harganya. Seperti berada di Italy atau di kawasan Laut Meditterranean. Namun bezanya di Laut Mediterranean, ia lebih dikenali di mata dunia dan menjadi antara nombor satu pilihan pelancong seluruh negara. Namun, Terengganu ini lebih local dan hanya orang yang berminat dengan Malaysia sahaja yang dapat mengetahui tempat ini :)
Setiap perjalanan, ada tempat jualan keropok lekornya. Cuma, bila ai naik bas ai tak bolehlah sesuka hati nak mintak drebar bas berhenti. So, kalau nak membeli belah tu kena balik naik kereta baru boleh. Banyak-banyak tempat dekat Terengganu, ai paling suka dekat Marang. Cantik sangat pantai dekat situ. Dari dalam bas yang tinggi ini, ai dapat melihat laut yang luas terbentang dihiasi dengan kapal-kapal nelayan yang menjala ikan. Penduduk kampung berjalan-jalan di pesisir pantai menjalani kehidupan mereka masing-masing. Ada yang menangkap ikan bersama kapal nelayan mereka. Ada yang menjemur ikan masin untuk dijual menjadi ikan kering sebelum musim tengkujuh tiba. Ada yang menguli keropok lekor untuk dijual kepada pelanggan. Ada yang berlari-lari anak bermain layang-layang di tepian pantai. Bezanya di sini, layang-layang mereka hanyalah layang-layang biasa. Kalau di Kelantan, kami ada wau bulan. Jika berkunjung di Kelantan, waktu petang-petang bolehlah kita nampak wau bulan terbang tinggi di angkasa. Beza negeri, berbezalah budayanya. Indahnya pemandangan di waktu itu. Tidak mampu dibeli dengan wang ringgit walaupun anda adalah orang yang paling kaya di dalam dunia ini. Kerana, tak semua perkara di dalam dunia ini mampu dibeli dengan wang. Itulah yang dinamakan kenangan. Tidak ternilai harganya, tidak mampu diulangi kembali.
Di dalam bas ini, ai tersenyum melihat gelagat orang di sekitar kawasan. Mereka menjalani kehidupan seharian yang kebiasaan. Tak ada apa yang special pun. Tak ada apa yang menarik pun. Tapi bagi ai, ai menghargai setiap perkara yang kecil di dalam kehidupan. Mungkin ia nampak biasa di mata kalian. Tapi bagi ai, ai melihat setiap keindahan di dalam semua perkara. Tak semua kebahagiaan itu terlihat pada perkara yang besar, yang mempunyai harga yang tinggi dan material yang diingini ramai. Kadangkala, kebahagiaan itu mampu terlihat di dalam perkara yang kecil sekali di dalam hidup ini. Dan, momen yang kecil ini akhirnya menjadi sebuah memoir di dalam hidup ai sekarang yang tak mampu lagi ulangi kembali. Sekadar tinggal menjadi kenangan, tidak lagi berulang walau seribu tahun yang akan datang. Kerana itulah yang dinamakan sejarah.
Pokok-pokok kelapa tinggi menjulang ke angkasa lalu berayun perlahan-lahan ditiup angin. Pelepah kelapa yang menghijau penuh gemalai berayun ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Dari kejauhan, dapat dilihat tali yang sungguh panjang mencecah tanah dipegang oleh seorang pakcik. Seekor beruk sedang mengait buah kelapa di atas pohon dipegang oleh tuannya dengan tali yang panjang. Lalu setelah dikutip kelapa-kelapa itu, beruk itu turun perlahan-lahan dari batang pokok kelapa yang tinggi itu. Memberikan kepada tuannya lalu dimasukkan ke dalam kereta sorong. Sekali lagi ia naik memanjat pohon kelapa satu demi satu sehinggalah penuh kereta sorong itu. Dibawa ke rumahnya untuk dijual kepada pelanggan dan kadangkala dibuat menjadi santan lalu menjadi jualan harian oleh isterinya di gerai kecil mereka. Itulah kehidupan sederhana orang Terengganu. ai tersenyum melihat semua itu. Sungguh dekat terasa di hati saat melihat semua ini. Sederhana tapi membahagiakan.
Di tepi-tepi jalan, penjual air kelapa dan goreng pisang bertungkus-lumus menjual air kelapa dan pisang yang panas-panas digoreng di kedai. Orang lelaki dengan tangkasnya mengetuk buah kelapa dengan parang lalu dicurahkan air dari buahnya ke dalam jag air yang besar. Lalu dimasukkan ke dalam balang air yang berisi ais. Yang lain mula membungkus air kelapa yang dipesan oleh pelanggan. Gelas jernih sederhana besar diambil lalu dituang air manis sebelum dituang air kelapa berisi ais ke dalam gelas. Segar dari ladang. Para pelanggan tanpa bertangguh terus meminum air kelapa yang segar itu melegakan tekak di hari yang panas. Tersenyum lebar sampai ke telinga. Hilang rasa dahaga setelah penat seharian bekerja. ai tersenyum melihat semua itu. Itulah kehidupan seharian orang di Malaysia ini. sempoi je.
Akhirnya, bas mula menaiki jambatan. Dari kejauhan, dapat dilihat Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan Terengganu. Berkilauan dipanah cahaya matahari. Air laut yang membiru menjadi sebuah cermin kepada masjid itu. Cantik berkilauan terpantul ke dalam air. Orang kata, kalau di waktu malam lagi cantik. Dapat dilihat masjid berkilauan dengan cahaya lampu yang terpancar di sekeliling. Lalu kubah masjid akan cantik mekar berkilauan seperti bunga teratai. Berkembang mekar di waktu pagi. Namun kubah masjid ini hanya cantik berkilauan mekar di waktu malam pula. ala-ala bunga bakawali chuols. ai selalu jugaklah pergi ke Masjid Kristal ni kalau ada kesempatan. Tapi pergi amik gambar jelah, takde buat apa pun. Kadang-kadang, singgah semayang la jugak dekat masjid yang dekat. Tapi, belum pernah lagi masuk ke dalam Masjid Kristal tu sendiri. Maklumlah, sibuk mengambil gambar. Menyesal pulak tak masuk ke dalam masjid. Rugi je datang jauh-jauh tapi tak masuk ke dalam masjid. Takde keje kan? hehehehe
Sambil menunggu bas, kami akan pergi makan dulu kat kedai dalam stesen bas. Biasalah, bila perjalanan panjang ni perut pun lapar. Lepas makan, ai akan pergi dekat gerai jual majalah dan jajan lalu ai membeli majalah Ujang. ai memang tak pernah miss beli majalah Ujang ni terutamanya edisi bumper puasa & syawal. Confirm ai kumpul duit cukup-cukup beli dua buah majalah ni. Selalunya sold out, so kalau takde dekat gerai majalah di stesen bas Kemaman, ai belilah dekat sini. Majalah Ujang tu memang wajib uols. Hanya peminat majalah Ujang je yang paham perasaan ai bila ai cerita betapa gigihnya ai beli majalah Ujang. Berebutlah dengan engkorang ye zaman dolu-dolu tu kan? hiks
Akhirnya bas pun sampai, bergegaslah kami mengambil beg lalu menaiki bas. Tepat pada waktunya, bas itu pun bertolak. Bas itu akhirnya keluar dari kegelapan stesen yang dipayungi dengan bumbung yang tinggi dan luas lalu terlihatlah kembali cahaya matahari di celah-celah awan. Terang bersinar.
Bandar Kuala Terengganu ini ditinggalkan pergi bersama redup mentari. Senja mula berlabuh saat bas menyusur ke jalan raya. Langit mulai beransur gelap ketika bas membelah jalan raya yang panjang ini. Deruan ombak masih kedengaran, namun cahaya matahari mulai berbalam-balam di sebalik awan. Lalu, ombak yang membiru mulai tenggelam di sebalik cahaya matahari yang mulai meredup. Dari dalam bas, ai menyandar di kerusi lalu memandang ke luar tingkap. Cahaya matahari senja sungguh cantik mewarnai langit. Seperti sebuah lukisan yang tidak ternilai dilukis di kanvas langit. Luas terbentang dengan sebuah lukisan yang penuh kesempurnaan. Teringat saat berkunjung ke Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas. Menaiki LRT untuk pulang ke rumah bapa saudara. Saat kereta api kecil ini membelah landasan di waktu senja, dapat terlihat langit yang luas terbentang dengan cahaya yang kemerahan sebelum bertukar keunguan di ufuk barat. Cantiknya tak terkata. Seperti itu jualah perasaanku saat melihat pemandangan di waktu senja di dalam bas. Waktu itu, kamera handphone tidak secanggih sekarang. Belum ada lagi insta yang boleh ku update story tentang video cahaya mentari di waktu senja yang cantik. Waktu itu, yang ada hanyalah kesederhanaan. Jika waktu itu sudah ada handphone yang canggih-canggih seperti sekarang. Sudah pasti ku akan menangkap segala gambar dan merakam setiap detik yang berlalu. Tapi, itulah yang dinamakan peredaran zaman. Mungkin, ai tak dapat menangkapnya dengan kamera handphone yang cantik. Tapi hati ai telah menangkap setiap detik gambar yang berlalu. Lalu dibingkai kemas di dalam hati, tersimpan selamanya di dalam memori. Lalu diabadikan di sini, di dalam blog ini. Indahkan sebuah kenangan? Lebih indah apabila kita mempunyai peti memori yang mampu menyimpan beribu-ribu memori sejak dari lahir sehinggalah kita mati. Itulah yang dinamakan anugerah dari Tuhan. Memoir yang tidak dapat dibeli dengan wang atau berlian.
Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya sampailah jua kami di bumi Kelantan. Dari kejauhan, pintu gerbang Pasir Puteh dapat dilihat. Bas ini membelah jalan melalui pintu gerbang itu. Serasa hilanglah segala kerinduan terhadap kampung halaman. Tak lama lagi, sampailah ai di Kota Bharu. Melalui sepanjang perjalanan ini, dari Pasir Puteh sampai ke Ketereh lalu Melur, lalu sampailah di Kubang Kerian. Lampu-lampu jalan saling bergantungan cantik berkerawang di tiang sepanjang jalan. Di sini, terletaknya istana besar diraja Kelantan. Melihat lampu-lampu yang berkerlipan membuatkan ai tersenyum sendiri. Cantik lampu-lampu ini. Sejak dari kecil sehinggalah besar, ai tak pernah jemu melihat lampu-lampu yang bergantungan itu. Kerana bagi ai, ia umpama bintang-bintang yang ada di bumi. Tidak jauh di langit, sekadar bergantung tinggi di tiang. Dapat dilihat dan dapat dicapai :) . Kalau musim raya puasa, bila balik nak beraya dapatlah dilihat lampu-lampu bentuk ketupat, bulan dan bintang yang bergantungan. Tanda menyambut kedatangan Syawal yang bakal tiba. Seperti adat orang melayu memasang pelita buluh diceracak di sekeliling halaman rumah menyambut kedatangan Ramadan penuh kemeriahan. Cantik berkilauan, menyinari segenap alam. Itulah yang dinamakan tanda menyambut Syawal yang bakal datang. Tak semestinya kita perlu bersederhana dalam semua perkara. Ada kalanya, kita perlu tunjukkan keterujaan untuk meraikan kedatangan sesebuah perkara. Agar mereka dapat merasai yang kita ini benar-benar meraikan mereka. Tidaklah mereka berasa tersentuh hati lalu mulai menjauhkan diri saat mereka tidak disambut meriah kerana kita terlalu mementingkan kesederhanaan sehingga tidak memahami konsep sebenar sebuah kesederhanaan itu. Sederhana itu ada tempatnya wahai kawan. Jangan sampai kita sendiri turut tidak diraikan, baru kita tahu tinggi rendah langit dan bumi.
Akhirnya, sampai jua kami di bandar Kota Bharu. Waktu itu, stesen bas Kota Bharu yang menempatkan bas Tranasional dan bas-bas milik syarikat SKMK masih meriah. Kini, setelah sepuluh tahun berlalu semuanya jadi kenangan. Covid memusnahkan semuanya, termasuklah perniagaan syarikat bas yang telah beroperasi sejak berzaman. Susahkan kehidupan?
Setelah bas berhenti di stesen, para penumpang mulai berdiri mengambil barang masing-masing lalu turun dari bas. Turun sahaja dari bas, pakcik-pakcik drebar kereta prebet mulai bertunggu bertangga di depan bas. Menanyakan kepada setiap penumpang nak pulang ke mana. Dekat Kelantan ni kami tak pakai teksi, kami pakai kereta prebet je. Murah je, RM2 setiap seorang. Mungkin sekarang dah naik hargalah sikit kot sebab harga minyak pun dah naik. Kereta prebet ni biasa-biasa je keretanya, memang kereta yang agak buruklah kalau bagi orang-orang bandar. Tapi bagi kami warga Kelantan, itu adalah perkara biasa untuk kami. Takkan nak expect kereta Maserati kot dari pakcik-pakcik ini? amboii chuols ingat ni Dubai ke? Kamon sistahh
Naiklah kami kereta prebet ini setelah mama berurusan dengan pakcik prebet. Tawar menawar harga apa-apa hal dulu sis. Jangan nak main naik je, tawar dulu harga biar dapat yang murah. Ingat tu!
Stesen bas ni dekat je dengan rumah nenek. 10 minit je terus sampai kat rumah nenek. Nama je kampung uols, tapi kampung ai ni tak berapa kampung pun. Pinggir bandar chuols. Kalau nak yang betul-betul kampung tu, haaa pergi ke Manek Urai dekat Kuala Krai sana. Yang itu memang betul-betul kampung uolsssss. Serious ai tell youuu
Sampai je depan pintu rumah, ai sebagai anak tunggal yang sejati ini no brother no father mengangkatlah segala barang-barang chuols semuanya dalam satu genggaman. Hebat tak chuols muda-muda dah workout mengalahkan jantan? Kalah Taecyeon uolss workout dekat gym. ai sebagai perempuan angkat segala beg dengan barang dengan sepasang tangan ni jerrr. Kenapa ai angkat banyak-banyak barang walaupun berat gilerr beg tu padahal boleh je angkat satu satu? Sebab ai nak jimat masa. Ini dinamakan life hacks. ala seminit je uols mengangkat barang-barang yang berat mengalahkan gajah tu. Bukannya lama pun. aterrr cuba kome tengok ahli angkat berat time sukan aderr diorang angkat berat lama-lama sampai sejam? Takde kan? So relaks ah kita angkat barang-barang ni sekaligus walaupun berat nak mampus. Takdelah nak berulang-alik jauh banyak kali nak mengangkat barang. ai dah lama hidup dekat perantauan, so ai dah tau jalan spelek nak kasi pantas mengangkat barang tanpa menyusahkan diri. Apakah itu jalan spelek? Ore kelate panggil spelek maksudnya jalan pintas uols. Pantas dan efisien tak payah menyusahkan diri guna jalan yang biasa. Itu dinamakan life hacks youu. Hidup ni jangan ikut peraturan sangat. Kena pandai jugak mengelak uols. Baru thrilllll
Okay back to the topic. Kat rumah nenek, selalunya ada moyang perempuan. Moyang ai yang lelaki dah lama meninggal masa mama ai masih small small lagi. So ai tak sempat tengok moyang lelaki. Moyang perempuan ai memang panjang umur. Umur 100 lebih masih hidup lagi uols. Dari zaman penjajahan Jepun ai tell you dia punya dah khatam tu. So, we call her mok. Kat kelate ni, kami panggil ibu kami sebagai mek, mok, mama, umi etc. Kalau orang zaman-zaman dulu panggil mek atau mok. Camtulah cara ore kelate panggil ibu atau nenek atau moyang. Tapi boleh je chuols nak panggil Grandma. Kelainan gittew sisterr. Jangan lupa sediakan butter cookies. Baru feeelingg omputeh uols, England gittew.
So, naik je rumah lepas letak-letak barang kat tempat yang sepatutnya ( yang penting bukan kat dalam rumah jiran ). ai pun pergilah masuk bilik salam and peluk cium mok. mok ofkoslah dah menanti ai bila dengar bunyi kereta dan pintu rumah dibuka. mok pun sukalah bila cicit dia yang jauh ni pulang. mok ni comel tau, kurus je badan dia pastu kulit dia putih bersih dan mata dia sepet-sepet ala-ala cina cenggituu. somelll orangnyerr
Bila jumpa moyang kat depan mata, mestilah kita sebagai cicit akan melepaskan kerinduan kita pada mereka. Kalau korang tak pernah jumpa moyang sebab diorang dah meninggal, korang boleh bayangkan jumpa dengan atuk dan nenek. Gitulah sister perasaannya. Bila balik ke kampung, jumpa dengan moyang yang sekali sekala ada dekat rumah, mesti masa dihabiskan dengan dia. ye dak? Untuk orang yang ada moyang seperti ai, kami selalu habiskan masa bersama-sama. Sebab kitorang tau bila-bila masa je moyang akan pergi. Lagipun moyang bukannya muda. Dia waktu itu dah berumur 100 tahun lebih. Kitorang tak sure umur dia yang sebenar berapa, sebab zaman dulu belum ada sijil lahir. So, kitorang agak-agak dalam lebih kurang 100 tahun lebih. Mesti korang susah nak percaya kan? Memang susah nak percaya, tapi memang ada je pak cik mak cik luar sana yang berumur 100 tahun lebih. Lebih sihat dari orang muda pulak tu. Ajal maut hidup mati adalah milik Tuhan, bukan milik kita sebagai manusia. Kita ni hanyalah hamba jerr.
Nenek selalu jaga moyang gilir-gilir dengan adik beradiknya yang lain. Ikut turn tiap seorang. Camtulah lebih kurang. Moyang paling suka duduk dengan kitorang. Yelah, kami semua perempuan lepas tu rumah pun kecil je takde besar sangat. Kalau rumah orang lain, besar. Moyang nak panggil orang datang ke bilik dia pun susah. Sebab jauh, rumah besar manalah nak dengar suara moyang yang halus tu. Jadi, bila duduk rumah kami ni moyang senang je nak panggil. Ini pun hasil daripada nenek ai yang demand nak rumah yang small small. Dulu rumah pusaka atuk ni besar dua tingkat. Lepas terbakorr mek pun mintak atuk buat yang small small. Menyampah dah dia nak naik turun tangga. Biorr setingkat jurr tak payah nak over besar gedabak. Duduk bertiga je dengan ai apa kes nak buat rumah besar segala. Biorr lerr small small. Takde nak stres kemas rumah, kurang sikit takut bila space rumah pun sejengkal je dapur ke ruang tamu. Gittew kekdahnya.
Bila moyang ada, ai banyak habiskan masa dengan moyang. Duduk dengan dia dalam bilik besar. Kat dalam bilik tu dah ada tv segala. Kalau hari biasa, ai duduk dalam bilik sendiri je. Pastu keluar melepak kat ruang tamu tengok tv drama Ariana Mikhail malam-malam kat tv9. Best gilerr kan cerita tu time tu? ai dahlah fan Nora Danish, drama tu pulak touching gilerr. Confirm ai melekat depan tv time drama tu main. hehehehe kenangan.
Dengan moyang, ai makan sama-sama dengan dia dalam bilik. Tengok tv sama-sama, cam biasalah sisturr drama lah takkan nak tengok bola pulak? Perghh gempak habis mok tengok bola uolss. Maunya melaung gollll setiap kali pemain masukkan gol. Perghhh gila kentang baiii
Hmm takde maknanya moyang ai yang perempuan lagi feminin ni tengok bola. ai tengok bola kejap je nenek dah tukar channel. Tak sempat nak tengok pemain masukkan gol terus nenek tukar channel. Perghh mental habis sisturr time tu. Lepas tu ai tobat tak nak tengok bola. sakit hati bebenor teman nak tengok bola boleh pulak nenek tukar channel. emo la sisterr. hahaha tiberr terluah perasaan.
Segala kerja sekolah ai bawak masuk ke dalam bilik dan buat sambil berborak dengan moyang. Walaupun teacher selalu beri kerja sekolah bertimbun seperti tiada hari esok bagimu harini ku bagi kau kerja sekolah biar kau menginsafi hidupmu belajarlah wahai studentku. ai buat je sambil borak dengan moyang. Time nak ulang kaji untuk exam jela ai akan study pada waktu malam kat bilik sendiri lepas moyang tidur. Itulah masa yang ai habiskan dengan moyang. Yang bestnya moyang ni hobi dia suka mengusik ai. Fevret dia buat ai annoying pastu dia ketawa dengan mata dia yang sepet tu. hehehe somel betul my moyang. Itulah kenangan ai dengan moyang.
Korang mesti pelik tak membazir ke masa duk borak dengan moyang je? Kan lebih elok study untuk prepare exam? Lagi berfaedah. Bagi ai, kita ni student kena pandai bahagi masa. Ada masanya untuk study, ada masanya untuk have fun, ada masanya untuk bergaul dengan family sendiri. Tak kemana pun study tinggi-tinggi ni, masuk dewan exam KO jugak engkauu. Baik kita chill chill je tak payah pressure diri belajar over sangat. Study smart not study hard. Kepandaian itu bukan diukur dari berapa banyaknya pelajaran yang kita dah hafal. Tapi dari berapa banyak yang kita faham dari apa yang dipelajari dan macam mana kita terjemahkan balik apa yang kita dah belajar dengan cara yang paling simple. Less is more.
Itulah kenangan ai dengan moyang. Dua tahun kemudian, moyang pun jatuh sakit dan nazak. Tak lama lepas tu dia pergi buat selama-lamanya. Beberapa hari selepas insiden kapal terbang MH17 ditembak jatuh di Ukraine, moyang pun meninggal dunia.
Now, semua itu dah jadi kenangan. 8 tahun sudah berlalu, yang tinggal kini hanyalah kenangan. ai menyesal dulu ai tak pernah ambik walaupun sekeping pun gambar dengan moyang. hampeh betul. nama je ada kamera, suka amik gambar tapi sekeping pun ai tak amik gambar dengan moyang. Jadi, ai takde gambar dengan arwah moyang. Hanya ada gambar dia seorang diri je. Time kitorang ambik gambar dia, kitorang tak duduk pun sebelah dia. Semua hanya amik gambar dia seorang je. Rugi kan? haihh.. tapi masa tak boleh diputar kembali. Jadi, kenangkanlah dia di dalam ingatanmu dan di dalam doamu :)
Bila cuti hujung minggu habis, kembalilah semula kami ke perantauan. Dari sini ke negeri perantau, kitorang tak naik dah bas lompat-lompat. Kitorang naik bas ekspres je, bas Transnasional di waktu pagi. Naik dekat stesen bas Kota Bharu ni, kitorang akan turun lewatlah sikit. Menunggu di stesen bersebelahan dengan pasaraya The Store yang cukup ikonik di Kota Bharu ini. Bila dah balik kampung ni konpem lah barang bertambah lebih banyak. Kalau boleh mama tu nak bawak barang selori. Nasiblah kitorang ni naik bas. Kalau ada kereta sendiri drive sendiri, maunya sisturr bawak karavan jelah terus boleh bawak semua benda hah sekali dengan tandas. hahahaha
Bertolak dari negeri Kelantan ini, waktunya berubah menjadi waktu siang di sini, waktu malam sampai di sana. Keadaannya masih serupa seperti pulang ke kampung bermula dari stesen bas Kemaman. Cuma kat Kelantan ni lebih banyak kawasan rumah, alam yang menghijau berbanding pantai yang membiru. ai ofkoslah tidur. Dah tu takkan sisturr nak jadi konduktor bas pulak kutip tiket penumpang setiap sorang? hahahaha mohon bagi komisyen ye chuols kalau nak ai buat centu.
Sampai kat kawasan Terengganu je baru boleh tengok pantai. Bermula dari Jerteh, Terengganu sehinggalah Kemaman, Terengganu. Pantai ajelah sepanjang jalan. Highway ada, pilih jalan LPT sana. Tapi time tu LPT baru nak siap. Bas pulak jarang lalu highway. Selalunya lalu jalan pantai jerr, tak pun jalan kampung. Nak mengelak dari jem dan traffic light. Tapi jalan pantailah yang paling best. Takde nak pening kepala lalu jalan bersimpang siur, takde nak berombak beralun lalu jalan yang hauk, berlumba-lumba bawak laju dengan driver myvi supercar malaysia kat highway. Just tenang-tenang jerr lalu dekat jalan pantai. Sampai dekat Kerteh, lepas dari Dungun ai dapat melihat api keluar dari corong dekat kawasan petroleum Kerteh. Kalau waktu siang hari tak feel sangat. Bila lalu waktu malam macam ni, korang akan rasa wow. Sepanjang perjalanan ni bermula dari Kerteh, ai dapat melihat api yang keluar melalui corong asap setiap tempat. Kiri kanan jalan semuanya ada. Cantik sangat api itu, seperti melihat bintang-bintang yang berjutaan jatuh dari langit lalu berkilauan di sekeliling kita. Itulah perasaan ai saat melihat api yang keluar dari corong asap itu. Sepupu ai yang duduk Dungun paling suka tengok api-api itu bila nak hantar kami pulang lepas pergi berjalan ke rumah diorang. Cantik je api yang keluar dari corong asap pada waktu malam. Seperti sebuah magikal yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran selama ini. Semuanya magis. Akhirnya, semua itu tamat setelah bas memasuki Kijal. Meninggalkan Kerteh di belakang.
Dekat Kijal ni best, ada gerai lemang sepanjang jalan. Kalau kitorang balik ke kampung dengan kereta, kitorang selalu singgah dekat gerai lemang kat tepi jalan ni. Lemang yang dijual sepanjang jalan di Kijal ni sedap. Sudahlah putih bersih, tak melekit pulak tu. Lepas tu lemang dekat Kijal ni tak mudah basi. Bila dipotong, pulutnya tak berderai dan berterabur. Cantik je potongannya. Sesetengah lemang tu, bila kita potong nanti pulutnya agak terabur. Macam tak masak dengan elok. Dahlah tak sedap pulak tu. Menyesal pulak beli
Tapi kat Kijal ni lain, lemangnya sungguh sedap. Belilah gerai yang mana-mana pun, semuanya sedap. Tapi kalau orang yang selalu beli dekat situ, mesti tau gerai mana yang jual lemang paling sedap. Tak sempat pulak ai nak menuntut ilmu dengan diorang. hehehehe
Bagi ai, tak ada lemang yang lebih sedap dari Kijal. Cousin ai cakap lemang kat Serembanlah paling sedap. Tapi bila ai cuba lemang tu bila singgah Seremban dulu, expectation ai tak sampai. Sedap tu sedap, tapi tak boleh nak lawan lemang dekat Kijal. Pastu lemang dekat Seremban tu mudah basi. Kitorang pergi Melaka pada waktu pagi pastu belilah lemang tu dekat Seremban, petang tu tak sampai pukul 3 dah basi dah chuols. Tak sempat ai nak habiskan. aishhh sedihnya. Lemang dekat Kijal pulak lain. Dua hari pun tak basi lagi, elok je dalam buluh tu. Tapi kenalah letak dalam peti ais you. Maunya basi jugak kalau dibiar camtu je kat luar. hehehehe
Selain dari lemang, selalunya kalau kitorang balik kampung dengan kereta kitorang akan singgah dekat Kelulut. Dekat dengan Marang, Terengganu. Dekat Kelulut ni, ada satu kedai berwarna hijau dua tingkat jual keropok lekor sedap gilerr. Kitorang kalau balik dengan kereta memang tak miss beli keropok dekat sini. Satu kemestian untuk kitorang. Sekarang ni tak sure lah kedai tu ada lagi ke tidak kat Kelulut tu. Perhaps, dah tukar warna kot jadilah warna apa-apalah kan yang diorang suka. Lagipun, ni kisah sepuluh tahun lepas. Sekarang mesti kedai tu dah upgrade, tak pun dah pindah kat memana cari kawasan yang lebih besar. Laku tau jualan keropok lekor kat Terengganu ni. Tak perlu nak over bukak bisnes besar-besar, bukak bisnes keropok lekor pun boleh maju. Asalkan keropok lekor tu sedap, berkualiti, harga berpatutan dan customer service bagus. Ini dahlah mahal, tak sedap pulak tu, customer service hauk. Cemana nak maju kalau kualiti pun centu? Sampai bila-bilalah kedai tu duk takat tu je kalau diorang takde nak improve apa-apa. Nak berbisnes ni dia kena tau cara nak pikat hati pelanggan. Pelanggan ni sumber rezeki korang. Korang buat hal dengan pelanggan melingkuplah bisnes korang. Melingkup bisnes makan pasir jelah korang. Bukannya kerja makan gaji pun dekat gomen. Ingat tu sisturr, customer first ye sisturr kalau nak buat bisnes. Tiberr sis bagi nasihat pasal bisnes pulak. hahahaha
Disebabkan kami ni duduk agak dekat dengan Kuantan, setiap kali bulan puasa kami akan pergi berbuka puasa dekat Indera Mahkota. Kami akan pergi dengan kawan-kawan mama yang sama-sama single macam mama. Ada yang ibu tinggal * ahaks suka hati je ai * yang husbandnya keje askar kena kerja outstation dekat tempat diorang. Ada yang keje navy kat laut. Jadi tinggallah weols tanpa suami di sisi termasuklah mama yang single ini. ah gittew
So apa lagi? Keluarlah member bersama-sama ke bandar Kuantan together-gether sampai ai naik menyampah nak pijak bandar Kuantan. Dah takde tempat lain ke nak pergi? Bukannya best pun, apa pun takde. choiii sangat. Tapi terpaksalah chuols ikut. Sisturr mana berani duduk sorang-sorang kat rumah. Maklumlah budak lagi time tu. So, setiap kali bulan puasa memang satu kewajipan kami mencemar duli pergi ke Dataran Indera Mahkota. Bersebelahan dengan Masjid Indera Mahkota. Dekat dataran yang luas tu, kami duduk bersila di atas tikar untuk berbuka puasa. But, of course sebelum tu kitorang pergi membeli makanan dekat bazar Ramadan yang besar gilerr tu dekat Indera Mahkota. Lepas tu pakat makanlah kat atas tikar bila azan maghrib bergema. Ingat, azan maghrib ye chuols baru chuols boleh buka puasa. Korang jangan nak tertukar dengan azan Asar pulak kang ai sekeh dengan senduk buat biskut semperit ni kang. Awas uols awas
Dekat padang Indera Mahkota yang luas ini, semua orang duduk di atas tikar masing-masing memenuhi setiap tempat. Ada yang duduk atas rumput je, mesra alam katanya. Makanlah kami di atas padang ini disinari cahaya lampu dari Masjid Indera Mahkota. Cantik tau pemandangannya. Berada di bawah langit yang luas, cahaya matahari beransur-ansur hilang diganti dengan gelapnya malam. Cantik tak terkata. Tapi awas tau uols, ada sesetengah pengunjung tu suka sangat main mercun. ai selalu mengelak dari mercun dah macam askar dah uols ai ni mengelak ranjau yang berduri. Korang nak fefeeling macam askar bolehlah pergi ke padang Indera Mahkota ni time bulan puasa. Konpem mengucap bila mercun lalu kat depan mata. hahahaha.
Lepas berbuka puasa, kami akan naik ke atas Masjid Indera Mahkota yang luas gilerr tu lalu bersolat maghrib di sana. Kalau korang rajin, tunggu jelah Isyak lepas tu boleh terawikh di sana. Kitorang selalunya lepas solat terus ciao pergi berjalan-jalan dekat sekitar bandar Kuantan. Biasa lerr chuols, mengusha baju raya untuk dipakai time raya nanti. Meriah je bandar Kuantan di waktu malam. Akhirnya, kitorang pun baliklah ke rumah bila dah malam sangat. Takkan nak tidur kat sana pulak? Tidur kat Swiss Garden? amboi uols hang ingat hang tu Tengku Puan Pahang ke cane nak tidur kat Swiss Garden segala? Banyok pitih demo. hahahahaha
Yang bestnya dekat sini, open house sungguh meriah. Kalau dekat Kelantan ni, open house takde. Suram je bila bulan syawal datang, takde open house langsung. Kalau dekat luar Kelantan, open house ada 30 hari 30 malam chuolss. Puas hati ai pergi ke setiap rumah open house orang sana sini. Sedap chuolss dapat makan memanjang free di bulan syawal nan mulia ini. Kini, ai di Kelantan tidak lagi dapat pergi ke rumah member untuk open house. Sebab kat sini tak pernah ada semangat nak beraya. Beraya pun macam tak beraya je. Meriah hari pertama jelah, hari kedua mulai sendu. Sedihhhh
ai di sini kini menatap di luar jendela sambil memegang kain jendela berdiri di tepi jendela dengan baju raya. mengelap air mata yang mengalir di birai mata dengan kain jendela yang baru dipasang hari raya. awas, opahmu sedang berjalan ke arahmu dengan penyapu ingin menebasmu mencemarkan kain jendelanya yang baru siap dijahit untuk raya.
* bergenang air mata syawal *
Sekarang, semuanya telah berlalu. Seperti asap yang berkepul-kepul di udara, tidak lagi kembali kepada api yang membara di atas tanah. Menghilang di sebalik udara bersama angin petang. Semuanya tinggal kenangan. Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan. Untuk kalian, mungkin perkara ini hanyalah biasa-biasa bagi korang. Tapi bagi ai, ia adalah satu memoir yang terindah di dalam hidup ai. Yang ai tak dapat ulangi lagi kembali. Walau seribu tahun yang akan datang, ai takkan lagi dapat mengulang kembali semua ini. Sebab, ai sekarang ini sudah pulang semula ke kampung halaman. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Selepas ini, ai akan mencipta memori baru di negeri baru. Tiada lagi laluan pesisir pantai yang menjadi peneman sepanjang jalan. Ia kini menjadi kenangan terindah di dalam hidup ai :)
Satu hari nanti, kalau ai ada rezeki berkahwin, dapat jodoh sebelum maut menjemput. ai nak ajak husband ai walk down to memory lane. Buat semua benda ini semula bersama-sama dengan ai. Tak kiralah dia tu anak orang kaya ke orang miskin ke. Kalau sekalipun seumur hidup ni dia tak pernah naik bas, ai akan heret jugak dia naik bas. Lepas tu ai akan sediakan plastik untuk dia muntah incase dia mabuk naik bas. ahaks.
Dengannya, ai akan membawanya ke setiap tempat ini. Berjalan ke tempat yang penuh memori di dalam hidup ai, yang telah mengisi kehidupan ai sejak kecil hinggalah meningkat remaja. Mungkin ada sesetengah tempat tu dah takde dah sekarang, tapi tak mengapa. Masih ada lagi tempat lain untuk kita pergi. ai akan bawa dia ke semua tempat yang ai selalu pergi ketika ai membesar di sini. Menunjukkan tempat yang penuh memori bagi ai. Kitorang akan naik bas je, biar sesuai dengan sentimental yang ai rasakan. No myvi, no maserati. Just simple naik bas je, lepas tu pandai-pandailah kita naik grab je atau sewa kereta. apoo sisturr masa dolu-dolu grab pun tak wujud lagi boleh je survive? Takkan sekarang tak boleh survive chuols? choii sangat.. kamon sisturr kamon..
Semoga my future husband okay je ai nak bawak dia pergi ke semua tempat ni. Takpe chuols, lepas kita pergi ke semua tempat ni nanti kita fly ke mana-mana negara yang you nak pergi. Pastu kita skydiving together-gether kat sana. Orait kan baby? Orait, angguk jangan tak angguk kalau tak ai suruh you terjun skydiving tanpa pakai payung. Siap you nanti :P
Terima kasih kerana sudi baca entry yang panjang-panjang ini. Semoga korang sukalah baca post ini. Terasa seperti seolah-olah korang yang naik bas melalui jalan pesisiran pantai bersama-sama dengan ai. Biar ia turut menjadi memori di dalam hidup korang walaupun hanya sekadar membaca di blog ini sahaja. ai cuba sedaya upaya memberi visual seperti seolah-olah berada di tempat itu. Susah nak maintain mood sentimental ni, ada kala ai nak buat lawak yang tak berapa funny ni. Saje nak bagi meriah suasana. Takdelah boring sangat lah kan baca entry ni. hahahahaha
Thank you for reading my entry. Hope you like it ;)
xoxo
Lea <3
Memoir
Kita takkan pernah tahu bilakah ia akan berakhir. Mungkin hari ini, mungkin hari esok. Jadi, hargailah apa yang ada sekarang ini. Kerana mungkin apa yang ada hari ini akan jadi kenangan di masa depan dan tak akan berulang kembali walau seribu tahun nanti.

%5B1%5D.jpeg)






.jpg)

.jpg)










.jpg)



.jpg)
.jpg)








.jpg)
.jpg)






0 Comments