Have you ever had someone who was an inspiration in your life? Seperti seorang suri teladan?
Well, mesti semua orang pernah kan? Seseorang yang kita jadikan inspirasi, bukannya cinta macam that girl like that boy. Tapi macam seorang gadis suka dekat seseorang yang boleh dijadikan suri teladan dalam hidupnya. Contohnya someone yang mempunyai karakter yang bagus dan tokoh yang disegani ramai. Contohnya Prof Diraja Ungku Abd Aziz, Tun Dr. Siti Hasmah, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Dr Amalina Che Bakri & so on. Seseorang yang kita pandang tinggi dekat dia, yang kita rasa wow dan kagum. Rasa inspired untuk jadi macam diorang.
Dalam hidup ni, mestilah kita perlukan seseorang untuk kita jadikan suri tauladan. Sebab kita sebagai manusia especially waktu kita muda remaja kita tak tahu dunia ni bergerak macam mana. Kita tak tahu kita sepatutnya menjadi macam mana, menjadi baik ke atau jahat? Menjadi rajin atau malas? Menjadi itu atau ini? Waktu itu kita belum menemui identiti kita sendiri lagi. So, dalam pencarian identiti diri sendiri kita mencari apa yang kita perlu jadi dalam hidup ni. Ada orang look up on their friend as their inspiration. Ada orang jadikan cikgu-cikgu dia, senior dia sebagai inspirasi. Ada orang pulak, jadikan orang yang terkenal sebagai inspirasi dalam kehidupan. ai pulak masa zaman-zaman sekolah, waktu baru menginjak remaja umur 13 tahun, ai jadikan TTA sebagai idola ai. ai minta gilerr dengan Tunku Tun Aminah dulu. Well, bagindalah satu-satunya princess dalam kerabat Johor dalam adik-beradiknya. Pastu baginda masa tu femes gilerr. So, remaja perempuan macam ai ni lagilah kann suka bebenor dekat TTA ni. eleh makcik-makcik bawang bolehlah cakap apa lah yang korang agungkan sangat dekat royalties?
makcik, kitorang bukan agungkan. kitorang minat je bukan apa pun. harmless je kitorang punya minat ni, takde menyusahkan orang pun. yang makcik nak kutuk kitorang sangat ni kenapa? minat korea salah, minat artis salah, minat kerabat salah, minat itu ini salah. dah tu nak suruh kitorang minat makcik-makcik yang tahu mengumpat orang menghina orang cerca orang sana sini? memang taklah kitorang nak minat orang macam makcik ni. baik minat oppa korea lagi berfaedah. takdelah terheret sama masuk neraka asyik duk mengumpat orang macam makcik ni. * rolling eyes *
okay, enough pasal makcik bawang yang selalu tak puas hati dengan orang.
so sambung pasal TTA, dolu-dolu memang ai follow up everything pasal TTA kecuali her insta. time tu ai takde insta lagi hehe. memang suka gilerr la dekat TTA, girl crush kata orang. pastu masa baginda kahwin wahh simple je majlis kahwinnya. takde nak grand-grand macam retis melayu selalu buat. baju kahwin pun cantik. i likeee ;)
sekarang dah slow down minat baginda sebab baginda pun dah slow down tak macam dulu lagi. besides, HM dah ada kehidupan sendiri ada anak ada suami. takleh la nak fefeeling remaja cam dolu-dolu lagi hahaha. thank you tuanku kerana pernah mewarnai kehidupan ai waktu remaja dulu <3
so today ai nak cerita pasal seseorang pulak. yang ai panggil sebagai Charismatic Princess. mesti korang nak tau dia siapa kan? herrrrr kalau nak tau sila jangan kemana-mana. kita kembali selepas iklan penaja. aicewwahhh
okay kita kembali semula bersiaran setelah tamatnya iklan penaja. cewwahh fefeeling Rosyam Nor pulak sisterr. kekekeke. saje nak bagi saspen korang. ahaks
so, orang ini adalah girl crush yang terbaru dalam hidup ai. setelah lama ai tak minat sesapa kecuali oppa dan unnie korea ai Super Junior & SNSD. kini kita kembali menginsafi minatlah orang yang di sini pulak sisterr. ah gittcheww
first of all, mohon jangan saman sisturr. ai cuma menulis kat blog je janganlah saman sis kalau tak berkenan dengan apa yang ai tulis. * sobs *
ai adalah tertengok she dekat youtube. asalnya ai tengok adiknya je sebab ai fangirl adiknya. tapi tetiba ai terjatuh cinta pada her pulak. ai tengok dirinya masa berjalan nampak wowww.. charismatic gilerr baii. nampak lebih manly dari orang lelaki. macam Yuri SNSD, sangat karismatik. so, ai pun startlah google pasalnya. hmm.. tak banyak pun maklumat pasalnya. seciput je itu pun nasib baik majalah nona yang cover story. kalau tidak ai tak tahu apa pun lagi tentang dirinya. sedih bebenorr. okay, dia yang dimaksudkan adalah... jeng jeng jeng * labuhkan tirai uolss *
tadaaaaa
![]() |
Orangnya adalah Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Seorang puteri dari kerabat brunei nun sana. hehehe. manis kan tuannya? manis je senyuman tuan puteri hehehe :)
Macam yang ai pernah bagi tahu dalam post yang lepas-lepas, ai ni peminat Putera Mateen. Dah lama lah minat, ala minat macam biasa je bukannya nak kahwin dengan dia pon. apoo
So, sebagai fans adalah sekali-sekala tengok dekat youtube. dulu tengok dekat ig tapi sekarang ai dah takde ig. berhijrah ke blog pulak sis malas nak bukak ig dah so sis slow down minat tuan putera. pastu hari tu ai tengoklah dekat youtube pasal video Pengiran Mateen main polo. and then keluarlah Her Royal Highness sama-sama berjalan dengannya. i was like, woww karismatiknya this woman. Nampak classy je time berjalan tu, nampak aura confident tu. nampak lebih manly dari pengiran mateen tu sendiri. ahaks tuanku jangan marah, ai cuma puji your sister je mohon jangan marah sisterr.
so start dari hari tu ai godek-godek lah pasal Puteri Azemah. hmm tapi tak banyak pun post pasal baginda dekat internet. suam-suam kuku je, tak macam adiknya semua tempat penuh dengan gambar dan berita Putera Mateen. nasib baik takde sapa yang buat billboard letak gambar tuanku besaar-besar dekat tepi jalan tu. kalau tak mau ai konpius ini malaysia ke brunei chuols? hahahaha. nasib baiklah adalah info pasal tuan puteri dekat majalah nona. boleh baca dekat sini,
www.nona.my : Puteri Azemah Nimatul
Sebab ini hanyalah entry dekat blog je, ai takkan guna bahasa formal istana. just make it simple je, takde nak over amponnn tuanku beribu-ribu amponn. sembah patik harap diamponnn. apoo kau ingat ni zaman kesultanan melayu melaka ke sisturr? cliche sangat nak berampun-ampun ni. cringe tau tak cringe >﹏< . so, kita tulis secara simple dan bersahaja jelah. bukannya ai nak menulis surat permohonan biasiswa kepada Puteri Azemah. yang tu memang kena formal habis la uols. hahahaha dah kenapa engkauu malaysian nak memohon biasiswa pulak kat negara lain?kekeke contoh sisturr contoh. kita relaks, relaks je jangan terlalu takut sangat sampai guna bahasa rasmi. lagipun ini hanyalah post dekat blog, hanya korang je yang baca. takde pun nak suruh tuan puteri baca. kalau tuan puteri ada baca, itu hak bagindalah kan? jemput masuk tuan puteri ke dalam blog ni. jangan lupa makan goreng pisang sekali time baca blog ni maklumlah Lea ni spesies suka tulis panjang berjela. sedap jugak pekena goreng pisang panas-panas dengan air kelapa yang sejuk ni. hah tu korang tu mulalah tu start enjin kereta pergi beli goreng pisang dekat gerai mak cik kiah. terliur lepas baca apa yang Lea tulis. ecehh
so, marilah kita story mory pasal tuan puteri kita ni ye. ajomm la kiterr.
Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah
Namanya adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Cara panggilannya adalah Yang Teramat Mulia, untuk bahasa pertuturan pulak dipanggil sebagai Tuanku, untuk nama pulak dipanggil sebagai Pengiran Anak Puteri. Itu adalah bahasa orang sana dalam memanggil kerabat sana. Untuk anak lelaki, gelarannya adalah Pengiran yang bermaksud Putera kalau dekat malaysia ni. Untuk anak perempuan, gelarannya adalah Pengiran Anak Puteri yang bermaksud Puteri dekat malaysia ni. Cuma dekat sana adat mereka memang macam tu. Kalau dekat sini Tengku Puteri, dekat sana Pengiran Anak Puteri. Namanya lain tapi maksudnya lebih kurang je. So, jangan tertukar ye uols.
Baginda diputerakan pada 26 September 1984. Dah 38 tahun rupanya umur baginda tahun ni. hmm nampak muda uols. apa rahsia ? cehh
So, umurnya lebih 14 tahun tua dari ai. Boleh dipandang seperti seorang kakak lah kan? yelah takkan grandma pulak hamboi nenek ai ni nak campak mana uols? dalam reban ayam? caitt
Baginda merupakan puteri sulung kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bersama Puan Hjh Maryam binti Abdul Aziz. Baginda merupakan kakak sulung kepada Pengiran Abdul Mateen. Seibu sebapa la camtu sis.
Berdasarkan apa yang ai baca dekat internet & nona.com, baginda menyambung pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang di University of Warwick, United Kingdom
Yang lain, korang boleh baca dekat nona.my . ai taknaklah copy artikel diorang, tak acilah diorang penat-penat cari maklumat tiberr ai copy paste je. ciss ini tidak adil..
https://www.nona.my/lulusan-undang-undang-puteri-azemah-nimatul-bolkiah-juga-hebat-sukan-polo/
Selain dari itu, baginda ni suka main polo tau. Haa.. masa dekat Sukan Sea Games 2017 dekat KL dulu baginda dengan tuanku Mateen mewakili negaranya dalam sukan polo. Pasukan mereka berjaya meraih pingat gangsa. Kalau nak tengok lagi aktiviti polo tuan puteri, korang google jelah sendiri cik kiah cik peah. Dekat youtube banyak je fans yang duk update sukan polo yang tuan puteri selalu join. Dekat ig pun ada, korang boleh pergi dekat ig tuanku mateen pastu korang tekan link yang tuanku dah paste dekat ig baginda. ig polo brunei centu. pepandai lerr engkorang pergi tengok.
cehh.. sembang suruh pergi cari sendiri. last-last ai paste jugak link dekat sini. baik hati kan sisturr? jangan lupa upah 20 posen dekat ai, masuk dekat dalam tabung masjid uols. hahahaha
Itu jelah info yang ai dapat setelah ai google-google sampai habis. Kalau korang nak tau lagi pasal baginda mohon pergi ke istana Nurul Iman sana lepas tu ketuk pintu istana.
* kuk kuk kuk... assalamualaikum.. kami datang nak beraya niii.. *
kalau pintu istana bukak tahniah lerr engkorang dapat jugak interview tuan puteri. dahsyat ye uols guna ayat kami datang nak beraya pun pintu boleh terbukak untuk korang. apa rahsia hampa uii?
so, tuan puteri masih single. belum berkahwin lagi chuolss. biasalah sister, kita ni sebagai manusia walaupun setinggi mana pun darjat tak boleh lawan kuasa Tuhan. kalau Dia kata belum sampai jodoh, tak sampeeee la uols walaupun kamu mandi bunga 40 hari 40 malam. relaks jelah, enjoy your single life.
* abang nak berkenalan lah dengan tuan puteri. Lea takde ke riki riki pasal tuan puteri? *
* apa dia? abang nak berkenalan dengan tuan puteri? naperr, abang masih single jugak ke? *
* haah, abam masih single. so bila dengar tuan puteri masih single ni nak mencuba nasib la jugak. mana tau jodoh *
* oh.. ada, ada nombor telefon dia. kejap ye saya check. haaa cepat abang cari pen cari kertas tulis cepat saya nak bagi tau ni *
* haa okay okay *
* kosong satu empat, TEKAN TEKAN TAK DAPAT *
* hek eleh budak ni, main-main pulak dia *
* bang oi, brader ingat saya ni PA tuan puteri ke? manalah saya tau pasal tuanku. bukannya saya ni mak inangnya jaga baginda sejak kecik lagi. saya ni cuma peminat je menulis kat sini. haperr la bang *
* sedih... menyingle lagi lah abang jawabnya tahun ni. nak jawab apa pulak time raya bila makcik bawang tanya *
* apa susah, abang cakap je saya tunggu nenek saya kahwin sekali lagi. maklumlah nenek pun dah lama menyingle. kita dahulukan yang tua dulu. gittew jawapan kita tuntas dan bernas gittew *
* banyak lah kau *
cehh.. terkubur angan-angan brader sekalian nak meminang tuan puteri. acececeh.. takpe bawak bertenang sekalian. single adalah trend zaman sekarang. jodoh kita semua mungkin tengah study dekat kolej wawasan kot. buat revision SPM tahun ni maklumlah budak SPM kenalah rajin. bawak-bawaklah bertenang kakak dan abang semua. cececece
Why ai minat dekat princess ni?
Sebab Her Royal Highness ni adalah satu sifat yang boleh kita jadikan contoh. Baginda ni rajin orangnya, tengoklah bersungguh-sungguh sambung belajar sampai master. Padahal dah kaya dah kenapa nak sambung belajar tinggi-tinggi? Tapi baginda tak pernah buang masanya and tak sia-siakan kekayaannya. Masih sambung study walaupun baginda boleh je pilih untuk tak sambung belajar. Why ai highlight part sambung belajar? Sebab anak-anak muda zaman sekarang dah ramai yang give up nak sambung belajar. yelah kan bila kita tengok graduan-graduan universiti belajar tinggi-tinggi ada degree, master, phd last-last tak kemana pun ijazah diorang tu. tetap struggle nak cari kerja. so, budak-budak muda especially budak sekolah tak ada semangat lah kan nak sambung belajar sebab tengok senior-senior diorang tak ada hala tuju yang pasti. terpaksa struggle usaha sana sini untuk menampung kehidupan. lebih teruk, bila influencer, instafemes zaman sekarang ramai sangat yang encourage budak-budak supaya tak sambung study. diorang cakap tak pandai takpe janji kaya. walhal ilmu tu sangat penting dalam kehidupan.
ai pun ada jugak terfikir untuk give up dalam pelajaran bila tengok cousin-cousin ai macam tak kemana pun diorang walaupun dah study susah payah kat uni. last-last kerja lain bidang. ai ingat lagi sepupu lelaki ai dia cakap sia-sia je dia sambung diploma masa umur 16 tahun last-last sijil dia tak boleh guna pun. kalau camtu baik dia masuk sekolah biasa je amik spm. menyesal tak terkata. kesian la jugak bila dia cakap camtu..
ai pun ada terfikir yang sia-sia je kita study ni, tak kemana pun ijazah kita. akhirnya kerja bidang lain jugak, ijazah ni pulak jadi hiasan dalam almari.
pastu..
ai tengok kehidupan orang instafemes so called influencer ni. kaya memang kaya tapi kan ai tengok, kekayaan tu tak boleh beli class. tak boleh beli kecerdikan. nampak bodoh je semuanya. so bila ai tengok orang yang kaya-kaya ni tapi takde pelajaran pastu hasut pulak budak-budak jangan sambung belajar. buat ai rasa, tak penting pun kita ni kaya atau tak. yang penting kita ada ilmu. so, ai jadi naik semangat balik untuk sambung belajar. naik semangat balik untuk sambung degree macam yang mama ai dan mek harapkan. arwah atuk ai pun mesti harapkan ai jadi bijak pandai macam anak cucu dia yang lain kan? so, ai akan cuba sehabis daya untuk habiskan pelajaran walaupun zaman sekarang krisis ekonomi makin meruncing, ramai graduan yang menganggur walaupun dah usaha mencari kerja. mungkin sekarang ni macam takde harapan je untuk orang yang belajar tinggi, tapi siapa tahu di masa depan kan? mama ai selalu cakap dekat ai setiap kali ai rasa give up nak sambung belajar sebab krisis ekonomi zaman sekarang,
" Mungkin sekarang semua orang tengah struggle dengan kehidupan sebab ekonomi ada naik turun. Lea pulak baru nak sambung belajar. Tapi siapa tahu lepas Lea dah habis belajar nanti ekonomi akan kembali stabil? Mama dulu sambung belajar dekat UPSI masa krisis IMF, takut jugak sebenarnya. Tapi lepas mama habis belajar, krisis IMF pun habis ekonomi pun kembali stabil. mama pun akhirnya dapat jadi cikgu setelah pulun belajar dulu. Mungkin Lea pun akan sama macam mama jugak, "
So, ai pun rasa macam okayy.. betul jugak kan?
Bila ai mula kenal tuan puteri Azemah ni, ai pun macam wow bila belajar pasal latar belakangnya. hmm.. so inspiring. Siapa cakap tak perlu belajar hanya kerana kaya? See, even the princess pun belajar tinggi-tinggi walaupun boleh je nak duk goyang kaki dekat istana tak payah susah-susah belajar. So, ai rasa statement instafemes tu langsung tak boleh dipakai pun. Sedangkan tuan puteri pun sambung belajar apatah lagi kita? Andd yang paling boleh dijadikan suri teladan adalah adindanya Pengiran Mateen. Tengok, walaupun baginda ni femes dan boleh je jadi orang yang takde usaha apa-apa dalam hidup. Baginda buat sebaliknya. Masa umur 18 tahun masuk royal military, punyalah susah training askar tapi sekali pun tuanku tak pernah lari dari kem askar. Baginda usaha sampai habis. Sampailah ke hari ini di usia 31 tahun baginda masih training sebagai askar yang profesional. Dah 13 tahun pengalaman tu. Hebatkan? Belum lagi kira achievement yang lain, dengan terbangkan helikopter la, jet pejuang la, itulah inilah. Serba boleh uols. Langsung tak goyang kaki. So ai rasa, both prince and princess boleh dijadikan sebagai suri tauladan. Kerajinan mereka, dedikasi, usaha keras, ketabahan & kecekalan boleh dijadikan inspirasi.
Sebab tulah ai minat tuanku mateen & tuanku azemah :)
Bukan sebab mereka berharta atau ada pangkat pengiran dekat depan. Tapi kerana diri mereka sendiri. Rajin berusaha, rajin belajar, sangat lasak & aktif dalam sukan, baik hati, tak sombong, selalu senyum-senyum & friendly dengan rakyat. Bukan setakat dengan rakyat brunei je, dengan rakyat malaysia & negara lain pun baginda tuanku friendly je layan macam rakyat sendiri. Sungguh humble :)
![]() |
| maniskan senyuman tuan puteri? rupa pun rupa perempuan melayu klasik macam kita tengok dalam cerita filem melayu zaman 60an. manis je ;) |
Andd yang paling ai suka sekali pasal Puteri Azemah adalah, baginda ni suka senyum-senyum. Lepas tu senyumannya tak cover-cover. Memang betul-betul senyum dari hati. Sampai ai cuak takut rahang tuan puteri patah. nebes sisterr tengok tuan puteri senyum lebar-lebar camtu. Bertenang tuan puteri jangan senyum sampai terpatah rahang. takut ai nanti hahahaha
* okay gurau *
tuan puteri senyum kan memang manis je, tak cover-cover. ini dinamakan sebagai senyuman tanpa protokol. kalau nak lihat senyuman kerabat diraja sini uols, memang ai katakan senyuman penuh protokol uols. bernafas pun ikut protokol hahahaha. cemana senyuman penuh protokol tu? maksud ai adalah senyuman yang macam nak senyum tapi tak senyum tapi nak kena senyum jugak tapi tak boleh senyum sangat. senyuman penuh protokol uols. dah macam robot aku tengok. maksudnya senyuman yang tak boleh over sangat macam nak mengurat rakyat pulak. padahal okay je kan kalau senyum luas-luas tak payah ikut protokol. bukannya kitorang ni kisah sangat pasal protokol ni.
![]() |
| senyuman tanpa protokol uols. manis kan? mohon tabur gula dekat mulut masing-masing kalau nak dapat senyuman manis macam Puteri Azemah. ahaks |
So, inilah dia orang yang ai maksudkan sebagai charismatic princess. Seseorang yang ai boleh jadikan sebagai seorang suri teladan. Setiap orang di dalam dunia ni mesti ada seseorang yang mereka anggap sebagai seorang suri teladan dalam hidup ni. Seperti satu inspirasi. Betul tak? Dalam dunia ni, hidup bukan sekadar berpaksikan cinta & romance je. Lelaki & perempuan, cinta & perhubungan je. Hidup ini lebih daripada itu. Kalau kehidupan ini hanya ada satu garis sahaja, iaitu garis cinta antara teruna dan dara maka kosonglah kehidupan ini. Tak ada warna, tak ada cita. Sifar sahaja. Sekadar berpandukan cinta yang penuh dengan fantasi dan angan-angan. Sedangkan kehidupan ini lebih daripada itu.
Bila kita ada seseorang yang dijadikan sebagai suri teladan, kehidupan kita akan berubah menjadi dari tak tahu apa-apa kepada ingin tahu segalanya. Seseorang yang dijadikan inspirasi boleh mengubah hidup kita dari seorang yang biasa-biasa menjalani kehidupan biasa-biasa menjadi seorang yang mulai mempunyai impian, mula mempunyai harapan dan hala tuju dalam kehidupan. Bergantung kepada siapa yang kita jadikan sebagai suri tauladan. Jika kita pilih tokoh akademik yang cemerlang dalam pelajaran lepas tu menyumbang dalam masyarakat dan negara macam Prof Diraja Ungku Aziz contohnya. Kita akan mula terinspirasi untuk jadi macam dia. So, we push ourself harder untuk jadi orang yang cerdik pandai macam beliau, berpendidikan dan berwawasan macam beliau. Kalau tak sama taraf macam beliau sekalipun, at least kita akan berada di satu peringkat di mana kita berubah jauh lebih baik dari diri kita di masa lalu. Orang di sekeliling pun akan perasan akan perubahan kita. Jika kita pilih instafemes yang menjadi influencer dekat ig, pakai mekap hari-hari etc etc. Maka kita juga akan menjadi seperti mereka. Mula mencari cara untuk menjadi cantik dan sempurna macam dia. Pakai itu, pakai ini semata-mata nak jadi cantik sampai merosakkan diri. Crave for attention, setiap hari upload gambar sendiri yang cantik-cantik dan menginginkan validation dari semua orang. Akhirnya bila apa yang kita harapkan itu tak kesampaian, kita jugak yang jatuh kecewa. Rasa diri ni hopeless, tak ada nilai sebab tak ada orang pandang. Padahal penilaian orang sekeliling tu sebenarnya tak mengganggu pun kehidupan kita. Apa yang ada di dalam hati kita, di dalam diri kita itu lebih penting dari apa yang dinilai oleh orang sekeliling. Sebab, manusia tak akan pernah berhenti bercakap walaupun kita dah cuba sehabis daya untuk please diorang. Malah siap ikut serba-serbi apa yang diorang mahu. Tapi akhirnya mereka tetap akan mengata kita, cakap itu ini dekat kita. Serba tak kena semuanya. Penat kan?
So, tak penting pun untuk jadi orang yang popular, orang yang disukai ramai dan dipuja-puji. Just be yourself. Menjadi diri sendiri itu akan membawa kita kepada satu dimensi baru. Di mana akhirnya kita menemui diri kita sendiri, identiti kita sendiri. Yang tak ada orang lain boleh copy diri kita. Mungkin hanya akan terinspirasi menjadi seperti diri kita. Jadilah orang yang seperti itu.
Meminati seseorang tu tak bermakna kita lupakan Allah dan Rasul. Mengidolakan seseorang itu tak semestinya menyukai seseorang lebih dari Allah dan Rasul. Bukan macam tu. Sebenarnya, kita berasa terinspirasi dengan seseorang itu kerana orang itu ada di depan mata kita. Dan kita menyukai mereka tidaklah sampai mengagungkan. Cuma kita rasa orang itu ada karakter yang tersendiri yang buat kita rasa tertarik. Bukanlah maksudnya ai lupakan Allah dan Rasul. It's not like that. Islam tidak mengehadkan umatnya untuk menjadi seorang yang sempit akal fikiran. Islam mengajar kita untuk menjadi orang yang bebas. Bebas mencari apa itu erti kehidupan, bebas menjadi seorang yang kita bayangkan. Kita adalah hamba Tuhan, tapi bezanya menjadi hamba Allah ini menjadikan kita seorang yang bebas. Bebas akal fikirannya, bebas tubuh badannya, bebas untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya tanpa perlu ikut telunjuk tuan setiap masa setiap nafas. Hanyalah syariat yang menjadi pedoman untuk kita buat itu atau ini. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Once you understand the meaning of Islam, you akan merasakan kebebasan yang tak ada di dalam diri orang lain. Tak ada di dalam kehidupan yang lain. Hidup sebagai hamba kebiasannya tidak bebas untuk berbuat sesuka hati. Semuanya perlu ikut telunjuk tuan. Akhirnya ditindas sehingga kita mulai berjuang mencari sebuah kemerdekaan. Tapi di dalam Islam, hidup sebagai hamba Tuhan bukanlah seperti itu. Menjadi hamba Allah membuatkan kita menjadi hamba yang bebas di dalam dunia ini. Yang tak akan ditemui di mana-mana. Today, you not understand apa yang ai cuba maksudkan. Satu masa nanti, bila kamu menemui makna itu barulah you akan mengerti maksud kebebasan itu. Good luck ;)
Okay, melalut pulak masuk bab lain. Ai cakap macam tu sebab takut lah ada yang judge " heiii sisturrr harommm sisturr mana boleh mengidolakan orang sisturrr " . Tak paham konsep orang ni uols. Jadi, ai kenalah explain siap-siap incase ada yang tak puas hati mulalah up dekat facebook buat karangan panjang berjela nak kritik post ai. Hmm.. sejenis manusia yang ikut kata hati tapi tak pernah guna otak sendiri. Katak di bawah tempurung. Mehhh... (*  ̄︿ ̄)  ̄へ ̄
So, inilah orang yang ai rasa boleh dijadikan inspirasi di dalam hidup. Dalam hidup korang, mesti korang ada kan seseorang yang korang anggap mereka sebagai inspirasi di dalam hidup? Ada orang, jadikan crush dia sebagai inspirasi hidupnya. Ada orang, jadikan orang yang rapat dengannya sebagai satu contoh inspirasi dalam hidup. Ada orang, jadikan seseorang artis tu sebagai inspirasi dalam hidup untuk menjadi orang yang lebih baik. Hanya kita sahaja yang tahu siapa orang itu. Betul tak? :)
Siapa pun inspirasi kita, pilihlah orang yang baik-baik. Jangan pilih orang yang ada sikap yang buruk, yang talam dua muka, yang gunakan agama untuk kepentingan diri dia. Kita tak semestinya perlu agungkan seseorang yang beragama dan kita anggap sempurna hanya kerana dia tu menutup aurat, ikut perintah Tuhan etc etc. Kita jangan pernah menilai seseorang melalui luarannya. Tapi nilailah seseorang itu dari akhlaknya. Siapa dirinya. Bila kita menilai seseorang itu dari hatinya, maka kita akan menemui permata atau kaca di dalam dirinya walaupun pakaiannya serba sempurna. Kerana kita juga manusia biasa
Untuk Puteri Azemah, di dalam dirinya apa yang nampak adalah baginda mempunyai karisma yang tersendiri. Yang ada keperibadian tersendiri, tak ada nak copy-copy orang lain. Tak try hard untuk jadi sempurna dan dipandang orang. Menjadi seperti orang itu, menjadi seperti orang ini. Contohnya, ada orang yang try hard nak jadi macam Fazura. Serba serbi copy Fazura sampai gaya rambut pun ikut Fazura. Sampai hilang identiti sendiri. Padahal boleh je jadi sendiri kan? Tapi, kalau jadi diri sendiri tak popular la pulak dia nanti. So, kenalah jadi macam Fazura. Gitu kekdahnya mentaliti orang yang suka copy orang ni. Puteri Azemah pula relaks je, tak over. Sempoi je uols. Takde nak up benda bukan-bukan dekat public, post benda-benda tak semenggah dekat ig. Cari gaduh dengan netizen dan pertahankan diri sendiri hanya kerana tak boleh terima pendapat orang lain. Bila kalah, terus mintak polis catch netizen yang serang dekat social media and sumbat dalam penjara. So childish. Tuan puteri pulak takde buat benda-benda macam tu. Bagi ai, tuan puteri mempunyai akal yang sihat & otak yang cerdas. Nampak macam manusia ye, bukan macam monyet bertopengkan manusia. * suka hati je aku ejas peribahasa *
Nampak cerdiknya di situ, classy orangnya kan? Tengok sajelah adindanya, masa adindanya meletup-letup dekat Malaysia dulu tahun 2017. Ramai lerr netizen mesia yang kritik alah putera raja muka average. biasherr biasherr jerr. Satu malaysia kutuk you... Tapi, ada tak pengiran balas? Takde kan? Relaks je takde nak sentap ke atau marah ke. Paling-paling pun mungkin lerr malam-malam menangis kat bucu katil. Tipu lerr chuols tak sentap baca komen netizen kutuk muka kita tak hensem macam Brad Pitt. Mestilah sedih jugak kan? * eleh yang mengutuk tu pun muka macam rojak jawa ada hati nak mengutuk orang. choiiiiii sangat *
TAPI....
Ada tak kerabat brunei saman orang malaysia sebab kutuk putera raja diorang? Takde kan?
Cuba kalau kerabat diraja pasir berdengung pasir menggumam yang kutuk putera diorang camtu. Maunya 32 juta rakyat malaysia kena masuk penjara. Tak ke lawak chuols habis satu malaysia kena sumbat dalam penjara kat sana sini? Mana muatnya uols hahahaha
Tapi takde pun kerabat sana buat camtu dekat kita. Okay je bila orang malaysia kritik. Sampai sekarang diam tak berkutik. Takde pun nak marah-marah. Cool je.. Sangat penyabar macam Fattah Amin. Sebab tu ramai orang yang suka kerabat sana. Walaupun muka tidaklah diva the vass macam Miranda Kerr atau macam Robert Pattinson ke takde pun orang kisah pun. Kecuali orang yang memandang rupa. Bukanlah rupa diorang yang buat kita tertarik. Tapi perangai mereka tu.
CLASSY
Mereka itu ada keperibadian yang baik. Sopan santun, berbudi bahasa, selalu senyum-senyum, tak sombong dengan orang, ada sifat yang menyenangkan. Sebab tu lah orang sayang. Kerana mereka itu sungguh menyenangkan. Bila kita berjumpa dengan orang yang ada sifat yang menyenangkan ni, walaupun rupa mereka mungkinlah tak wow sangat. Kita akan rasa tenang je, aman damai je dengan diorang. Sebab perangai mereka tu sendiri. Kalau kita berjumpa dengan orang yang ada perangai yang menyakitkan hati, rupa macam bidadari pun kita masih rasa sakit hati. Sebab perangai diorang tu yang buat hati kita serabut dan menyakitkan jiwa. Tak cantik tak apa asalkan perangai tu cantik.
Kecantikan itu bukanlah terletak pada wajah, tapi terletak pada hati seseorang.
Jangan mencari rupa yang seperti bidadari, tapi carilah orang yang baik budi pekerti. Nescaya senanglah hati kita nanti ;)
Itulah yang ai nampak di dalam diri tuan puteri. Keperibadiannya yang menarik hati ai, mungkinlah baginda tak popular macam adindanya. Tapi, baginda ada peribadi yang menarik yang sesuai dengan jiwa ai, yang buat ai rasa tertarik. Setiap orang ada citarasa tersendiri dalam kehidupannya. Termasuklah ai sendiri. Mungkin ai suka, tapi mungkin korang tak suka. Mungkin korang suka, mungkin ai tak suka. Setiap orang ada citarasanya sendiri, kita tak boleh nak paksa orang ikut citarasa kita. Termasuklah ai sendiri. hehehehe
Princess Azemah and Prince Mateen Interview Sea Games 2017
Setiap orang ada suri tauladannya sendiri. Cuma, kita sebagai manusia pilihlah orang yang baik-baik untuk dijadikan inspirasi. Dan janganlah taksub sangat seseorang itu sampai memuja, sampai berhala, hanya kerana orang itu beragama dan serba sempurna di mata kita. Kerana mereka tetap manusia biasa. Bersederhanalah dalam semua perkara. Bila kita bersederhana, kita tidak akan jadi orang yang over. Dan, bila orang yang kita sukai itu rupanya ada sifat yang buruk dan buat benda yang buruk, kita tidaklah patah hati sangat. Sebab kita sudah belajar untuk bersederhana dalam semua perkara. Sebagai seorang yang sangat sukakan korea sejak umur 9 tahun lagi, ai belajar banyak perkara sepanjang menjadi seorang fans kpop ni. Berapa kali hati ai hancur bila mendapat tahu oppa yang ai sayang buat benda bukan-bukan dekat belakang kami. Ada yang sampai buat benda tak senonoh dekat fans bawah umur, ada yang buat benda jahat sampai masuk penjara. Entah berapa kali hati ai terkejut-terkejut bila dapat tahu oppa buat itu buat ini. Sejak dari itu, ai mula belajar untuk menjadi orang yang sederhana. Jangan over lagi dah. Relaks, relaks sudah. Nanti kita jugak yang kecewa frust menonggeng bila dapat tahu idola kita buat benda bukan-bukan dekat belakang kita. Kita jugak yang susah. Relaks, relaks je okay. Sederhana.. :)
Dalam hidup ni, kita kena pilih orang yang berjenis dan ada sifat peribadi yang baik untuk dijadikan contoh tauladan. Jangan pilih berdasarkan rupa, apa yang dia ada, harta dan pangkat dia dan apa yang dia selalu tonjolkan di dalam hidup dia. Tapi pilihlah berdasarkan akhlaknya, pencapaiannya dalam hidup, sumbangannya terhadap masyarakat. Jangan tersalah pilih.
Sebelum kita menemui identiti kita sendiri, kita cenderung untuk sukakan orang itu, orang ini sebagai inspirasi. Jadi, pilihlah orang yang kita boleh jadikan pedoman. Nescaya hidup kita akan jadi lebih baik. Sebab kita pilih orang yang baik-baik je untuk dijadikan tauladan. Apa yang kita pilih akan menentukan siapa diri kita di masa akan datang. Jadi, pilihlah yang baik-baik je okay? :)
Kalau kita tersalah pilih, tak apa. Jangan cemas. Kita masih ada peluang untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik walaupun sebelum ini kita menyukai orang yang salah. Sebab dalam hidup ini kita tidak selamanya akan menjadi orang yang sama seperti sekarang. Setiap manusia boleh berubah. Termasuklah ai sendiri. Kita masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Asalkan kita ada keinginan itu dan kita berusaha untuk berubah. Bukan hanya mengharapkan bintang jatuh dari langit je. Masih belum terlambat untuk kita berubah, selagi kita masih bernafas selagi itulah kita boleh memandu kehidupan kita dengan cara kita sendiri. Cuma, ianya terletak atas diri kita sendiri je. Sama ada ingin mengubah atau hanya biarkan ia kekal di situ sehingga ajal datang menjemput. Semuanya terletak di tangan kita sendiri. Hidup ini adalah pilihan. Kitalah yang menentukan kehidupan yang bagaimana kita inginkan. Kerana pilihan itu terletak di tangan kita sendiri. Bukan di tangan orang lain, bukan di tangan ibu bapa kita sendiri. Tapi di dalam genggaman tangan kita sendiri. Tak ada orang lain, hanya kita sendiri sahaja. So, buatlah pilihan yang terbaik. Pilihan yang baik-baik. Bukan yang sempurna, tetapi yang sederhana. ;)
okay sampai sini sajalah ai cerita tentang charismatic princess. seseorang yang sungguh berkarisma di mata ai dan ada ciri keperibadian yang baik. kalau bab private life tu ai tak masuk campur. ini bukan forum nak bergosip mengutuk menyebar hal aib orang. biarlah kita relaks, relaks je kat sini hanya cerita tentang Puteri Azemah dari sudut pandangan ai. hehehe.. just chill, chill okay? korang jangan nak over pulak bukak benang kat forum mengutuk itu ini. aku sumpah jadi rumput dengan batu tepi jalan kang baru tau?
(╬▔皿▔)╯
thank you for reading. kalau ada terkasar bahasa, tersilap bicara sis mohon maaf. ai ni suka bergurau orangnya. hobi ai adalah buat lawak termasuklah loyar buruk. kekekeke saje nak memeriahkan suasana takde la boring cakap skema je manjang. teheee
kalau korang rasa melalut eleh pepandai lerr korang membacanya. kalau post pasal cinta & heartbreak amboiiii bukan main korang repeat ye baca sepuluh kali sehari. tapi kalau post pasal benda lain, yang takde kaitan dengan cinta pandai pulak korang baca sekali je takde nak repeat-repeat. cehhh.. double standard sangat. * tangan ke bahu mata ke atas *
apa pun, thank you kerana sudi baca post yang Lea tulis. Lea hanya tulis berdasarkan pendapat Lea je, dari sudut pandangan Lea sepanjang 24 tahun hidup ni. mungkin ada yang tak kena dengan citarasa korang, mungkin macam ada kena-mengena dengan korang. terpulang pada korang sahaja untuk menerima atau tidak. setiap orang bebas untuk memilih apa yang kita suka di dalam hidup kita. kita tak boleh paksa orang ikut kita, dan orang lain juga tak boleh paksa kita ikut mereka. siapa kita untuk tentukan hal kehidupan orang? menjaga tepi kain sendiri itu jauh lebih baik berbanding sibuk hal tepi kain orang.
thank you for reading my post. semoga korang menjalani bulan September ini dengan baik-baik sahaja. mungkin ada susah dan senang, tapi kita cubalah yang terbaik. satu masa nanti, kesusahan ini akan hilang jua. ia takkan kekal lama dengan kita. cuma masa sahaja yang menentukan sampai bila sesuatu perkara itu akan terus berada di sisi kita. hidup ini tidak mudah ;)
if tuan puteri ada masuk baca kat sini, saya harap tuan puteri suka dengan post ni. jangan marah saya ye kalau ada yang tak kena di hati. mohon jangan saman sisturr. hehehe. semoga tuan puteri suka dengan post ini kalau tuanku ada join baca. jemput masuk ke blog Lea. jangan lupa makan jemput-jemput ye sedap goreng panas-panas makan bulat-bulat gentel camtu bulan september camni sambil dengar lagu Green Day - Wake Me Up When September Ends . layannn
* sisturr.. anak raja tak makan jemput-jemput sisturr *
* owh yeke hala lupa. ahh yelahh makan Mont Blanc Tart uols. sesuai dengan minum petang diraja gittew sisterr *
semoga tuan puteri nanti dapat jodoh yang baik. inshaa allah, adalah tu rahsia Tuhan nanti sampailah jodoh tu. harapnya nanti media malaysia boleh cover story la dekat sana time tuan puteri kahwin nanti. Puteri Fadzilah hari tu pun takde pun boleh tengok kat media sini. yelah musim pkp masih belum boleh merentas negeri & negara. boleh tengok dekat ig tuanku mateen jela. sedihhh.. harapnya nanti bila Puteri Azemah kahwin bolehlah tengok kat tv macam kekanda-kekanda tuanku yang lain. semuanya masuk dekat tv sini. hehehehe ^_^
\ thank you for reading. see you next time. bye ヾ(^▽^*)))
# sister merasakan diri ini sudah beralih arah nampaknya chuols. dolu-dolu masa muda-muda remaja minat bamteen. sekarang dah masuk 20an lagi 6 tahun nak masuk 30 sister minat tuan puteri pulak. nampaknya ai sudah beralih kasih uols. selamat tinggal ku ucapkan kepada tm, terima kasih kerana mewarnai kehidupan remajaku. sekarang ai dah dewasa ai minat tuan puteri pulak. sudah matang menjadi seorang wanita chuols. babai bamteen, ai minat your sister pulak. selamat tinggal ku ucapkan kepada tm & selamat datang ku ucapkan kepada tuan puteri. cehhh kemain ucapan salam perpisahan. macam ucapan pengetua sekolah nak pencen pulak di hari majlis perpisahan. tak menahan tu uols kekekeke
nanti bila berjumpa dengan mereka. bila nak ambik gambar, ai rasa ai takkan excited untuk jumpa tuanku mateen instead ai akan excited jumpa tuan puteri. tm ai akan mintak dia jadi cameraman ai je amik gambar ai dengan kakaknya. ahaks
~ sampai hati chuols * ucap bamteen di dalam hati *
* lap air mata di kain langsir opah *
thanks for reading ;)
xoxo
Lea <3


.jpg)







.jpg)




.jpg)




0 Comments