Hola everybody. Apa khabar chuolsss
Assalamualaikum& hai everybody. Selamat petang ku ucapkan kepada tuan-tuan, puan-puan. Jemput minum petang makan jemput-jemput panas dengan kopi o, cicah dengan biskut tawar aka biskut empat segi. Sedap ni makan petang-petang camni. Kalau nak fefeeling ala-ala mak datin, makanlah croissant dengan macaron chuols, pastu minum americano no sugar gittew. feeling sangattt. padahal sama jurr americano dengan kopi o tu. helehh
Okay dua hari lepas ai dah cerita pasal charismatic princess. Kemain semalam update yang baru ejas sana sini 3 jam aku menghadap laptop uols. Dari post yang pendek terus jadi panjang berjela dan kurang merepek. ceyyy.. terus naik views ye. ingatkan kalau tulis post bukan pasal cinta sendu lerr post tu. naik rupanya views post tu, itu pun lepas ai ejas yang baru. biar nampak realistik sikit walaupun masih funny. silap-silap tuan puteri pun dah datang blogwalking kat sini. ahaks
ai hope entry yang itu buat korang sedarlah tentang perkara yang berkaitan dengan idola. buat korang rasa terinspirasi dan dalam masa yang sama tidak over. nanti susah pulak diri kita tau nanti. semoga bermanfaat ;)
okayyyy
sempena dengan bulan kemerdekaan.. cehh tiberr.. ai berazam nak tulis entry pelbagai genre. tak mau la asyik pasal chennttaa jurr. biarlah ada macam-macam jenis entry ai tulis. boleh jadi perkara yang bermanfaat untuk korang. ai share macam-macam ilmu kat sini. lagipun tujuan asal ai buat blog ni bukan nak tulis pasal cinta. tapi nak tulis blog macam kak Fatin Liyana, kak Tiara Fazlin. tulis perkara yang menarik tapi kelakar. nak hilangkan stres, takdelah nak serius je memanjang. biar korang release stres bila baca blog Lea. takde lah hari-hari rasa nak marah je. bila datang sini rasa serabut pun hilang bila baca ayat yang Lea tulis. kadang-kadang puitis, kadang-kadang funny. orang sekeliling Lea selalu cakap Lea ni funny. kalau first time jumpa dengan seseorang, diorang akan cakap Lea ni funny. hmm funny? ai cuma cakap apa yang ai fikir je. ai rasa nenek ai sepuluh kali ganda lebih funny. yang tu lagilah memanjang buat lawak sampai ai dah tak ketawa dengar nenek ai buat lawak. dah boring uols dengar dia buat lawak. please lah * tangan ke bahu mata ke atas *
tapi mungkinlah husband ai nanti di masa depan mesti asyik nak datang je rumah nenek ai. dengar nenek ai bercakap pot pet pot pet. memanjang buat lawak. kalau boleh setiap nafas dia tu mesti dia nak buat lawak. habis semua keturunan satu fesyen macam nenek ai. kuat bercakap dan suka buat lawak. nenek ai ke, mama ai ke, pak sedara ai ke mak sedara ke sepupu ke semua sama. spesies cakap banyak dan suka buat lawak. kadang-kadang rasa nak salotep je mulut diorang
* berhenti bercakap everybody berhentiii. ai dah rimasss *
gittew sis buat announcement time jumpa sedara mara. dah macam buat pengumuman raya pulak. hahahahaha
ai boleh jamin dekat my future husband, if you baca post ni kan. nanti kalau you kahwin dengan ai percayalah you akan rasa happy duduk dengan family ai. semuanya banyak cakap pot pet pot pet dah macam bertih jagung. pop sana pop sini dah macam popcorn tengah masak dalam periuk. dahlah sorang-sorang suka buat lawak entah hapa-hapa. you dengar mama ai bercakap pun ai rasa you dah sakit perut berguling-guling. yang tu lagilah, bukan setakat cakap banyak, siap buat demo lagi nak explain sesuatu perkara secara detail. happening habess
boleh keluar hingus youuu kalau duduk dalam family ai. diorang punya banyak cakap dan kelakar tu buat kita ketawa sampai keluar hingus. hahahahaha. silap hari bulan adik beradik husband ai nanti nak datang rumah nenek nak dengar nenek ai bercerita. funny sangat hahaha
cehhhh tiberrr uolss ai bercerita pasal family ai yang riuh rendah tu uols. tajuk kemain la pasal ostrich tetiba bercerita pasal bertemu sanak saudara di hari yang mulia. mohon maaf ku pinta selamat selamat hari raya. hahahahaha. ni lagu raya punya pasal la ni naikkan mood raya. ai saja pasang lagu raya jadi background. nak bagi mood naik sikit. ini tidak, asyik dengar lagu sedih-sedih je time tulis blog. maunya tak touching uols. so hari ni ai nak tulis post yang funny funny sikit. ajomm lerr kita pasang lagu raya nak bagi happening sikit sambil baca blog. aicewwahh
okay chuols bersempena dengan bulan kemerdekaan ini ai berazam untuk membebaskan diri dari penjajahan lemak badan. ah gittew ayat tak boleh blah kita. sebagai seorang manusia, kita perlu mendapatkan kemerdekaan menentang penjajahan lemak badan. gitthcewww sisterrrr penuh keazaman ai bercakap. sangat patriotik uols dia punya bercakap nak membebaskan diri dari kegemukan badan. sebagai manusia kita kena hidup sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat uols. kalau gemuk nanti kita yang susah, kita yang sakit. betul tak?
gittew sister punya motto pada bulan ini
✨ Merdekakan diri anda dari kegemukan badan ✨
so raya puasa baru ni uols semua orang boleh balik kampung setelah dua tahun berkurung dalam rumah tak boleh balik kampung. so tahun ni semua orang pakat serbu balik kampung lerr chuolss. dah lamerr tak jumpa ni semua orang pakat terkejut tengok ai. diorang kata ai kurus gilerr. dah nampak kerempeng tak lagi macam dulu besorr lerr tak pernah small. ai pun cam oh okay..
sebenarnya camne ai boleh jadi kurus camtu sebab ai depress teruk. maklumlah sejak 2020 lagi kan kita pkp, pastu masa start pkp tu umur ai baru je 22 tahun. banyak benda la ai nak buat, ada banyak cita-cita ai nak capai. tapi bila covid hit us so badly, semuanya hancur musnahlah kan? including million people out there yang kehilangan nyawa kerana covid. itu lebih tragik :,(
ai sendiri pun ada banyak masalah. bila terkurung camni lagilah tak tahu cemana nak lepaskan apa yang terbuku dalam dada. akhirnya ai depress teruk, tak makan, jarang mandi, tidur pun tak. hanya terbaring kat lantai macam mayat hidup. teruk gila situasi ai time tu. disebabkan nak beraya je ai terpaksa gagahkan diri untuk bangun and berjalan macam biasa. sepanjang tahun ini, ai hanya makan sekali sehari je. paling banyak dua kali. ai makan pada pukul 6 petang, ai bangun dari tidur pukul 1 petang pastu termenung pastu mandi dan solat. pastu termenung lagi depan tv. lepas siap solat asar baru ai makan. iaitu pukul 6 petang. pastu ai tak makan dah pastu. makan kudap-kudapan je. bila perut ai rasa lapar je baru ai makan pada pukul 2 pagi. ai tak makan apa-apa sebab ai sangat-sangat depress.. takde semangat nak hidup, takde semangat nak makan. ai terpaksa makan sebab tubuh ai rasa macam melayang-layang je pastu kepala ai rasa berpusing-pusing macam kena gempa bumi. berjalan pun terbongkok-bongkok berpaut pada dinding dan kerusi. tak ada tenaga you.. pastu tambah pulak dengan puasa lagilah kita tak makan kan? so, itulah punca berat badan ai jatuh secara mendadak. don't tell me it's dangerous makan pukul 6 petang je. awak tak tahu cemana kena depresi ni, so awak tak tau apa yang saya rasa.
baru sekarang ai start makan balik. itupun sebab kena jaga nenek dan mama. nenek ai selagi anak cucu dia tak makan selagi tu dia membebel. so sebab bebelan dia ai start makan balik. kalau dulu pukul 6 petang, sekarang dah awal sikit, pukul 3-4 petang. pastu malam pun awal lerr sikit. dahsyat kan depresi ni kann? boleh membunuh orang secara senyap. huhuhu
sooo... sebab badan ai tiberr jadi slim dulu pakai baju saiz xl sekarang baju dah tak boleh pakai. longgar habis dah macam khemah pulak belum lagi seluar asyik nak tercabut je bila pakai. sekarang ai boleh pakai baju saiz xs. tak percaya gilerr ai boleh pakai baju saiz xs. dolu-dolu saiz s pun tak lepas, m pun sama. kena L paling kecik. sekarang saiz xs pun ketat sikit je. punya la kerempeng ai ni sekarang. tak percaya bethoollll. ai tak pernah imagine ai boleh pakai baju saiz xs. and ai tak pernah harap ai akan jadi kurus boleh pakai saiz xs sepanjang hidup ni. sebab badan ai jenis badan besar. tak ku sangka sekarang ai sudah slim seperti kerengga. so unbelieveable ⊙.☉
memang cool la uols bila jadi kurus ni. nak berjalan pun terasa ringan je, nak beribadah pun senang. pastu kena tiup angin pun ai boleh terbang. hahahaha. yang bestnya, muka ai jadi tirus macam artis kpop youuu.... selama ni tengok Song Hye Kyo je muka tirus bentuk V. sekali ai pun dapat muka bentuk V jugak, tirus habiss. tak ku percaya semua iniiii
semuanya ohsem lerr uols, badan kurus, lengan kurus takde dah lengan sado macam orang lelaki badan six pack, perut pun kempis takde dah macam mak buyung, pipi pun tirus takde dah double chin uols. chin pun hampir takde uols. very the kurus I tell you..
TAPI........
kaki ai la pulak tak kurus-kurusnya. halaaaaaaaaa
menten je youuu kaki gajah. tak mungkin berubah menjadi kaki zirafah mahupun kaki ostrich. ya rabb, dah macam anak gajah dah kaki aku ni. * sobs *
so... ai pun inginlah mencari jalan untuk kuruskan kaki jugak. dah alang-alang kurus ni, baik ai eksesais sekali uols kuruskan kaki ai biar tiada lagi kaki gajah berubah menjadi kaki panjang lagi kurus very the sexy seperti ostrich. ececece...
so baru ni, ai ada la masuk satu kedai yang jual barang kesihatan. ala, macam masuk gym la uols. mengkome tengok lerr bila masuk gym segala alat kesihatan ada dalam tu. haaa camtu la kedai kesihatan yang pergi hari tu. ai masuk kedai tu sebenarnya nak cari alat stepper pastu ai nak cari alatan senaman yang sesuai untuk mama ai. sebab dia sekarang dah boleh berjalan, tapi kaki tu masih tak boleh berjalan elok sangat lah. so, ai nak cari la alat kesihatan yang sesuai untuk orang yang pernah cedera. pastu, orang yang kerja dalam tu pun mulalah datang dekat ai. explain itu ini. ai tanya dia alatan senaman yang mana yang sesuai untuk kuruskan kaki. sebab kaki ai spesies anak gajah ni uols so ai nak kuruskan la kaki ai ni. dia pun explain kalau nak kuruskan kaki better ambik basikal senaman. basikal senaman sesuai untuk kuruskan badan sebab ia tak penat sangat macam treadmill. yang tu memang lencun habisss satu badan you kalau berlari atas tu. dia explain itu ini bab tentang berat badan ni. cemana cara nak kuruskan badan dan cemana cara nak gemukkan badan. tapi ai lupa nak catat hari tu. konon balik tu nak update la entry baru dekat sini cerita pasal apa yang dia explain tentang cara nak kuruskan badan. tapi nan hadooo.. ai pergi tidur adalah.. pastu luperrr nak cerita dah pasal ni. hahahaha sorry...
so hari ni ai akan cerita la sikit apa yang ingat pekerja kedai hari tu explain dekat ai. ai hanya tulis apa yang ai ingat je la. pastu ai akan include sekali tips dari uncle gugel. banyak la kan tips kuruskan badan ni kan? tapi hari ni ai nak cerita pasal tips kuruskan kaki.
mengubah kaki anak gajahmu itu menjadi kaki panjang lagi selim seperti ostrich uolssss
ajommm lerr kita..
cekidautt
Tips Kuruskan Kaki Very The Sexy Seperti Ostrich
1. Menggunakan alat senaman tanda sebuah kemerdekaan dari penjajahan lemak badan
Gittew sister ayat tak boleh blah. Sebab ai dah pergi ke sebuah kedai kesihatan yang jual alat senaman. So ai belajar banyak benda dari beliau. Pastu ai nak kopipes dari gugel jugak gambor-gambor yang boleh menerangi hatimu mencari alat untukmu menguruskan kakimu seperti anak gajah. gitcheww
First of all, ai nak explain sikit. Kita ni nak kurus tak perlu over pun beli alat senaman mahal-mahal. Just beli yang murah-murah pun okay, asalkan boleh guna lepas tu kita pun rajin guna. Ini nama je alat senaman kau beli beribu riban last-last jadi perhiasan je kat ceruk rumah sebelah almari je. Tak ke membazir tu? So, tak perlulah nak all out beli yang mahal-mahal. Asalkan alat tu boleh berfungsi dengan baik , pastu kita faham kegunaan alat tu takde la menonong je beli tapi satu pun tak paham apa kegunaan alat senaman tu dan manfaat alatan tu untuk tubuh kita. Dan kita sendiri paham konsep untuk kuruskan badan itu dah cukup dah. No need to buy the most expensive one. Just buy yang paling murah dan simple je. Untuk permulaan je sebenarnya. Nanti pepandai lerr korang upgrade bila dah selalu exercise. Okayy?
🎠 Guna alat stepper
![]() |
| okay adik kakak, mari kita mulakan senaman. tarik nafassss.. lepass... okay satu dua tiga pijak, satu dua tiga lepas. pijak sekali lagi adik kakak.. then lepasss |
Okay alat stepper ni adalah satu alat yang sungguh simple dan comel je untuk dipakai. Boleh letak kat celah almari camtu je sebab kecik. Kalau besar pun takde la besar sangat. Camne ai boleh tahu pasal alat ni? Dulu masa ai tengok cerita kdrama While You Were Sleeping, adalah satu episod tu Suzy tengah exercise. Pastu ai tengoklah alat senaman yang dia guna tu. Eh, simple je pijak-pijak camtu je sambil tengok tv. Takde nak susah payah tukar baju, keluar ke taman atau ke pantai untuk jogging. Just duduk dalam rumah je sambil tengok tv you boleh exercise. Simple kan?
![]() |
| you guna alat stepper macam suzy nanti kaki you kurus macam suzy bolehlah uols berjumpa dengan lelaki yang very the handsome macam Lee Jong Suk youuuu |
So ai pun gugel la pasal alat stepper tu. wahh.. banyak rupanya manfaat alat stepper ni. bukan setakat boleh kuruskan badan. malah boleh kuatkan jantung jugak. pastu otot takde la cedera sebab alat ni takde la pressure sangat dekat otot kita. tak macam alatan senaman yang kita tengok dekat gym tu. heavy sungguh, ai sebagai perempuan fikir sepuluh kali nak cuba alat tu. mana mungkin chuolss ai yang perempuan ni boleh exercise dengan alatan camtu. ai tengok artis lelaki yang bersenam dengan Kim Jong Kook pun diorang separuh nyawa kena training dengan Jong Kook. inikan pulak sister yang perempuan je ni chuols. berangan jela you nak exercise kat gym. ai cuma nak kuruskan kaki jerr, bukan nak dapat body six pack macam Ok Taecyeon. * sobs *
![]() |
| you nak dapat body six pack macam ai ke you? jangan la pandang-pandang ai ceni ai malu la |
![]() |
| ohooo ai nak jadi captain korea macam Taecyeon ke you? wuuuuu very the manly chuolss |
![]() |
| cool gila Taecyeon ni |
![]() |
| uuuuu ai tak mau la training dekat gym. nanti dapat body terlalu manly macam Taecyeon dengan Nichkhun |
![]() |
| walaupun you tak pakai baju kecik saiz baby, you masih boleh kelihatan sexy. look at him, how effortless Taecyeon nampak sexy dan manly walaupun baju dia pakai tu tak ketat |
so, bagi ai alat stepper ni sesuai untuk kuruskan kaki. tapi bukan setakat kaki je, badan pun boleh. for me, alat ni sesuai untuk permulaan orang-orang yang berisi untuk kuruskan badan. sebab alat pun simple, lepas tu tak terlalu memenatkan kita. anddd , korang boleh buat dalam rumah je. sambil tengok tv, sambil main henpon etc korang berdiri je atas alat stepper ni pastu korang pijaklah sampai puas. tak payah pening-pening kepala nak beli baju sukan, kasut sukan etc. beria sungguh. hahahaha
kalau korang jenis pemalu nak keluar exercise dekat luar. mungkinlah badan korang agak heavy so korang rasa maluuuu sangat nak keluar bersenam nanti kena bahan dengan semua orang. nak pergi gym upah personal trainer korang takde duit pulak. korang boleh je beli alat stepper ni. murah je. yang ai tengok dekat mall hari tu dekat kampung ai, harganya dalam RM100. kalau dekat shopee lagi murah. ai tengok hari tu dekat shopee dalam RM60++ . around RM60 - 200 camtu. korang boleh google sendiri. murah je kan? kalau korang jenis bukan dari kalangan orang ada-ada bolehlah beli alat ni. kumpul duit sikit-sikit lepas tu belilah nanti. exercise puas-puas dengan alat ni. sebab alat stepper ni pun affordable, semua orang boleh beli. takde lah semua orang tapi maksudnya taklah semahal treadmill RM2000++ tu kan? so, kiranya semua orang boleh beli alat ni sebab tak mahal sangat. lepas tu mudah je nak guna, mudah je nak simpan. takdelah menyempitkan kawasan rumah korang :)
korang boleh google sendiri tentang kegunaan dan manfaat alat stepper ni. lagi banyak korang boleh tahu. semoga usaha korang untuk kuruskan badan berjaya. fighting !
🎠 Berbasikal
okay, since ai ada beritahu kat atas yang ai pergi kedai alat senaman. so ai nak explain dekat sini apa yang staf kedai bagi tau ai hari tu.
disebabkan kakimu itu seperti kaki anak gajah wahai Lea so ai berazam untuk mendapatkan kaki yang panjang melentik ala-ala ostrich. very the sexy gittew
![]() |
| sisterr, gajah ni memang comel. tapi yang tak comelnya bila kita jadi macam gajah. memang very the hauk la sister kalau kaki you macam gajah. mohon kuruskan kakimu itu sisterrr |
dari apa yang brader kedai alat senaman tu cakap, untuk kuruskan kaki kita perlu guna alat kardio la camtu. senaman kardio lah lebih kurang. senaman yang membakar lemak, bukan yang membina otot. dia cakap, jangan tertukar antara dua tu. dia kata, ramai orang yang bersenam beria-ia tapi akhirnya tak kurus pun kaki tu. sebaliknya kaki tu menten je jadi besar. sebab mereka telah buat senaman yang membina otot, bukan yang membakar lemak. kalau senaman yang membina otot, ia takkan pernah kuruskan badan kita sebaliknya ia akan kuatkan otot kita. so, badan kita akan nampak tough macam lelaki sado. kalau untuk lelaki, itu adalah benda yang baguslah sebab korang kan nak sangat badan sado? tapi kalau untuk perempuan, itu adalah benda yang tak bagus sebab kita perempuan secara fizikalnya badan halus je. takde nak besar gedabak dan nampak kekar macam jantan. kita bentuknya lebih kecil. bila kaki kita nampak tough, nampak tak nice la kan untuk kita sebagai perempuan. inilah yang dikatakan
✨ KAKI GAJAH ✨
berapa ramai perempuan kat luar sana yang selalu kena hina sebab kaki macam gajah? ai lah antara perempuan tu. family ai diorang semua jenis badan kerempeng lepas tu pendek-pendek semuanya. ai pulak tinggi pastu badan besar. diorang selalu kutuk-kutuk ai kaki besar la, paha besar la, punggung besar la. sedih la jugak kan dengan mulut diorang tu? hmm.. sedih tu memang sedih tapi ai takkan biarkan apa yang diorang kata masuk di dalam hati ai. hanya masuk dalam telinga je pastu keluar ikut telinga. tak payah menetap dalam hati. ai taknak stres - stres dengar mulut diorang tu. asalkan ai bahagia sudah. gittew sisterr motto kemerdekaan hari ini.
✨ Merdekakan diri anda dari kutukan manusia ✨
so, staf kedai tu cakap untuk kuruskan kaki kita kena fokus dalam membakar lemak. bila tubuh kita membakar lemak badan automaticcally badan kamu akan jadi kurus. sebab segala lemak sudah dibakar masa senaman dan berdiet. * mohon ampun jika sis salah bagi info. sis hanya bagi tau apa yang sis belajar dengan staf hari tu *
jadi, fokus je dekat proses membakar lemak. jangan tersilap memilih senaman yang tak kuruskan badan pulak. setiap senaman tu ada banyak jenis dan ada banyak fungsi. eloklah kita belajar dengan personal trainer atau orang yang mahir bab ini. diorang lebih tahu dan lebih arif. nanti diorang akan guide korang cemana cara nak kuruskan badan ke, nak gemukkan badan ke cane. pepandai la diorang ajar kamu nanti.
ai tanya la alat senaman yang mana yang sesuai untuk kuruskan kaki ? dia pun tunjuk la dekat ai contoh alat senaman yang boleh digunakan untuk kuruskan kaki.
Berdasarkan apa yang brader tu cakap hari tu, berbasikal boleh kuruskan kaki. Tapiiii...
Ada caranya. herrr.. apa caranya tu uols? haa.. camni caranya.
✨ Berbasikal secara perlahan-lahan penuh gemalai penuh kemelayuan ✨
Dia cakap, untuk kuruskan kaki kita tak perlu over berbasikal laju-laju. Just tenang-tenang je uols, santai.. Dia cakap, kalau kita kayuh laju-laju nanti otot kita jadi kuat lepas tu kaki pun tak kurus seperti yang diharapkan. Kalau kayuh pelan-pelan je nanti kaki akan menjadi kurus. Sebab ia tak akan pressure otot kita lepas tu kaki kita selalu aktif bergerak walaupun perlahan. So, ia akan membakar lemaklah. Yang penting kena konsisten time kayuh tu, jangan malas. Kalau sekali kayuh sekali berhenti memang tak ke manalah kaki kita tu. Kuncinya adalah kerajinan. Bila korang malas, kayuh seminggu sekali je maka uols takkan dapat hasil tu ye uols. So, mohon rajin ye uols. hahahaha
Berbasikal ni tak semestinya kena guna basikal senaman. Kadang-kadang basikal biasa yang ada dekat luar rumah kita selalu kayuh pergi kedai runcit tu pun dah okay dah. Korang tak payah gelabah tiberr cari basikal senaman kat dalm shopee ke apa. Check dulu kat dalam stor ada tak basikal senaman? Kalau takde dalam stor, tanya bapak uols tu. bapak-bapak always membeli alat senaman ni uols. Diorang bab menjaga kesihatan memang mantopp. Tapi tulah diorang guna sekali je pastu alatan tu diorang simpan buat perhiasan kat dalam stor. Gittew la fesyen orang melayu kiterrr
So chuols jangan gelabah start kereta pergi kedai cari basikal. Relaks brader relaks sister. Check dulu uols kat rumah tu, tanya mak ayah dulu tanya kakak abang. incase lah diorang dah beli. takde la korang berhabis duit beli itu ini last-last barang dah ada rupanya kat rumah. tak ke membazir tu chuols? so, mohon buat spot check dulu macam pengawas sekolah buat spot check time sekolah dulu. * awas, spot check sedang on the way menjemputmu ke bilik disiplin *
So, basikal dah ada dah kan? herr ajom lerr kita berbasikal. Inilah tipsnya berbasikal bersama cik Lea kita pada hari ini.
okay makcik, kakak, adik-adik semua mari kita tarik nafasss. Lepas tu lepassss. mari kita buat stretching dulu supaya otot kita tak cedera time bersenam nanti. haa.. dah siap stretching kan? ajomm lerr kita naik atas basikal masing-masing. terpulang lah basikal jenis apa sekalipun basikal tua zaman penjajahan jepun pun kita onzzz. asalkan bukan basikal curi. okay, sudah sedia semua? okay dengan kiraan satu, dua, tiga mari kita mula. sebelum tu jangan lupa pasang lagu yang tenang-tenang feeling- feeling supaya kita dapat berbasikal dengan santai. tak perlu stres-stres, kayuh je perlahan-lahan seperti hari ini harimu yang punya. ahh gittcheww. tekan radio everybody. jom, kita putarrr lagu indah-indah Halim
Bersenamlah perlahan-lahan macam pergi bersiar-siar dengan crush di waktu petang. macam naik basikal dengan crush la.. Bawak basikal perlahan-lahan supaya masa tu bergerak perlahan jurrr boleh luang banyak masa dengan crush. Kalau bawak laju-laju nanti kejap jela masa dengan crush. Tak sempat nak dating lama-lama dengan dia.
* ah gittew tipsnya untuk menguruskan kaki *
Bawak basikal slow-slow je macam pergi bersiar-siar dengan crush. feeling kan..
Bila naik basikal pergi bersiar-siar dengan crush hati pun rasa berbunga-bunga jerr.. Terus terdengar lagu cinta yang sweet muwitt tu uols. Feeling habesss dengar lagu ost descendant of the sun ni chuols. ahaks.
Korang pun teruslah fefeeling time berbasikal sorang-sorang kat rumah tu macam pergi bersiar-siar dengan crush padahal hakikatnya korang tengah tersengih-sengih dekat ruang tamu tu. haa cuba tengok cermin ada orang tengah sengih-sengih sambil berbasikal nak kuruskan kaki. haaa awak lettew... ahaks
2. Menari demi menegakkan keadilan dalam mendapatkan kaki kurus sang ostrich bebaskan dirimu dari kaki anak gajah
ye chuols, menari mampu menguruskan kaki. bukan setakat kaki je, dengan badan- badan sekali kurus. mahu atau tidak mahu jerr.
Berdasarkan apa yang ai pernah baca dekat google zaman dolu-dolu, menari boleh kuruskan kaki. Tapi bergantung atas jenis tarian tu chuols. Pilihlah tarian yang menggunakan kaki, sebab bila tarian yang banyak bertumpu dekat kaki automatically kaki kita akan bekerja keras untuk menari. So chuols, di sini ai list jenis-jenis tarian yang sesuai untuk chuols kuruskan kaki. cekidaut ~
✨ Bonus ✨
so chuols, menari ni bukan setakat boleh kuruskan kaki je. kuruskan badan pun sama. sebab ia guna satu badan nak menari ni chuols. dari atas sampai ke bawah kau menari, goyang sana sini. ofkos la chuols badan kau akan kurus dari atas sampai bawah. dah penat bergoyang perghh kak Leha dulu badan macam ikan paus kini very the slim macam ikan duyung chuols. very the sexy u know ~
penangan menari lagu-lagu korea tanpa henti sampai semput diri ini. bukan setakat kurus je, badan pun terasa sihat sebab workout tak berhenti. pastu korang rasa hepi sebab menari lagu korea ni kan lagu-lagunya kebanyakannya catchy uols. dengar pun rasa gembira sambil menari. badan pun kurus, stres pun hilang, diri pun jadi lebih happy.
orang kata, kalau kita bersenam aura seri kita akan naik kat wajah. terpancarrr uols bak cahaya bulan. sebab segala toksin dah dibuang masa exercise tu. so, uols bukan setakat akan kurus selim melim macam ikan duyung malah korang akan jadi cantik tanpa perlu cucuk sana sini sebab seri wajah tu naik bila kita selalu bersenam. rajin-rajinlah bersenam uols, ia baik untuk kesihatan ;)
3. Leg workout demi mendapatkan keseksian kaki seperti burung unta
Haa.. selain dari alatan senaman kat atas, leg workout lah paling penting sebab senaman ni memang fokus dekat kaki kita je. Ia akan ejas kaki kita berdasarkan jenis senaman yang kita buat. nak senang, korang pergi je dekat youtube. kat sana, banyak tutorial untuk kuruskan kaki. jenis-jenis leg workout yang ai sendiri lupa namanya pun ada dekat sana. korang carilah tutorial dekat sana. diorang punya explaination tu lebih jelas. jadi, korang lebih mudah faham bila tengok sendiri cara cemana nak bersenam tu untuk kuruskan kaki. diorang ajar satu persatu sampai korang paham. mudah kan?
ai akan berilah link senaman untuk kuruskan kaki macam SNSD. yang ini, personal trainer group SNSD sendiri yang ajar. cemana nak kuruskan kaki biar cantik terbentuk macam SNSD. dulu ai pernah download video tutorial senaman kuruskan kaki macam SNSD. k-style punya. tapi sekarang video tu dah takde kat youtube, so ai tak boleh nak copy link kat sini. ai hanya mampu ambil link yang fans dah bagi. ai pulak tak rti nak upload video dalam blog. ai dah cuba tapi ia jadi error la pulak. hmm..
so yang ini ajelah yang ai boleh bagi untuk uols. semoga bermanfaat :)
# untuk SNSD leg workout, senaman itu akan buat kaki korang jadi macam SNSD Tiffany. 5:3:2 leg exercise step tu adalah senaman yang buat kaki Tiffany jadi macam tu. straight cantik je, tak ada menggeleber sana sini. but of course, setiap orang ada jenis tubuh masing-masing. tak semestinya akan dapat kaki panjang & kurus sebijik macam Tiffany but at least akan dapat bentuk yang cantik bergantung pada hasil usaha kita. rajin berusaha, nampaklah hasilnya :) . mudah-mudahan dapat kaki cantik macam SNSD. fighting !
Ini sahajalah tips dari ai dalam mendapatkan kaki very the sexy seperti ostrich.
* disclaimer : ai bukanlah orang yang profesional. ai cuma kongsi dari apa yang ai belajar dekat google & staf kedai alat kesihatan. jadi, jangan anggap apa yang ai tulis ni benar belaka. mungkin ada salah, mungkin ada kekurangan sana sini. ai cuma share apa yang ai tahu je. mungkin lah ada kekurangan sikit, tak semuanya betul. so, better la korang cari orang yang arif. tanya diorang betul-betul untuk kepastian dalam menguruskan kaki gajah uols tu. mungkin diorang boleh bantu apa yang patut. takde la korang menangis meratap menghiba bergenang air mata syawal kerana kakimu tidak seseksi ostrich di aidilfitri nan mulia ini. ah gitteww chuols *
so, ai harap korang sukalah dengan entry kali ini. entry kali ni ai nak kongsi tips untuk mendapat kaki kurus je. yelah ai sendiri pun kaki berisi walaupun badan dah kerempeng. * sobs *
![]() |
| mohon menginsof sistur sistur sekalian. jangan biarkan kakimu sentiasa menjadi kaki anak gajah everyday every year. mohon eksesais chuols |
cuma kan, manusia ni memang tak pernah berhenti bercakap. masa ai berisi dulu, orang selalu mengata ai ni gemuk. lebih gemuk dari mama ai, nampak sangat anak makan banyak mak tak makan apa-apa. itulah yang orang selalu cakap direct depan muka ai. haih sedih sungguh..
tapiii..... bila ai dah kurus sekarang ni sama kurus macam kpop idol. diorang mengata pulak kat ai kenapa kurus? siap marah ai pulak nak jadi kurus kering macam mak kau ke?
laa.... gemuk salah kurus salah. kau nak yang cemana sebenarnya ni? tak paham lah aku
now, bila ai dah kurus baru ai paham perasaan orang kurus. selama ini ai tak percaya bila orang kurus kata diorang selalu kena ejek sebab kurus sangat. diorang stres bila orang kutuk diorang camtu. sekarang, baru ai paham perasaan diorang. ai pulak yang kena kutuk sebab kurus sangat. kerempeng macam lidi. benarlah kata orang, kita tak akan pernah memahami perasaan orang sehinggalah kita sendiri yang menghadap semua tu. hmm..
sedih kan? gemuk pun salah, kena kutuk kaw-kaw sebab kembang. kurus pun salah, kena marah sebab kering macam lidi. kalau centu ai pindah ke planet marikh jelah uols. habess cerita. takde la ai perlu dengar mulut orang sekeliling yang asyik mengata pasal ai. haihh dunia dunia
hmm itulah hidup. kita tak dapat puaskan hati semua orang. jadi, lebih baik kalau kita puaskan hati kita sendiri je. kita pun tak sakit hati. hmm..
terima kasih kerana membaca entry ini. kita bertemu lain kali. semoga entry ini bermanfaat untuk korang :)
thanks for reading
xoxo
Lea <3
![]() |
| ai doakan sister sister sekalian berjaya mendapat kaki very the kurus very the sexy macam ostrich. semoga cantiklah kaki uols nanti. * muahhhh * |


.jpg)


















.jpg)



0 Comments