but suddenly you come into my heart and shake my heart. like a wind entering the window, you enter my heart softly like wind & remain inside there forever
~ Lea ~
good evening to everyone. seems like the cloud end the day with unending rain, hiding the sun behind.
hello everyone, thank you for coming to my blog. how was your day? kat sini hujan je sejak tadi. so as usual sunset tak dapat dilihat because awan memenuhi segenap ruang. hmm seems sweet but sad right? but it's okay. kalau dekat luar negara, sekarang dah masuk autumn. kalau dekat sini, sekarang dah masuk musim tengkujuh.
what is the meaning of musim tengkujuh?
okay, musim tengkujuh maksudnya musim hujan. untuk orang pantai timur dan kawasan sekitarnya, bulan September sehinggalah Januari bermulalah musim tengkujuh. musim ini, nelayan dah tak turun ke laut. sebab merbahaya. ombak bergelora & angin sangat kuat pada musim ini. sepanjang hari akan hujan aje tanpa henti. dan selalunya banjir pun datanglah musim macam ni. sebagai orang pantai timur, semua ini adalah perkara biasa bagi kami. banjir itu adalah sebahagian dari hidup kami. jadi kami tak gelabahlah kalau banjir datang. sebab dah biasa melaluinya dan dah tahu cemana cara nak survive di musim banjir. siap bergembira lagi dengan air banjir yang datang. mandi manda sepuas hati di dalam air banjir.
tapi awas.
mungkin ada haiwan yang merbahaya dalam air tu contohnya buaya ke ular ke. dulu pernah ai dengan sepupu nak keluar rumah untuk mandi banjir. pastu paksu ai dapat mengesan kehadiran ular di bawah beranda rumah. teruslah dia bunuh ular tu sebelum benda tu masuk rumah. bahaya tau chuols dengan mister uuu tu musim-musim camni. so, be careful okay ?
I can feel the coldness when the breeze enters through the window. now I understand why some people do not bathe when winter is coming. sejuk gilerr sisterr. sanggup tak mandi walaupun mashem.. but kebersihan dan kewangian tu lebih penting bagi ai. okay.. terpaksa pejam mata jugak mandi. hmm
bila musim sejuk seperti ini datang, hati pun terasa sayu dan sedih. betul tak?
terasa segala kenangan mulai berputar kembali di fikiran walaupun sudah lama dilupakan. ketika waktu ini, hati mulai berduka dan kita selalu termenung sendirian melihat ke luar. anehkan perasaan? boleh berubah mengikut musim. musim dingin mampu menjadikan hati turut sama dingin, lalu angin menderu masuk ke dalam hati menjadikan hati ini semakin kedinginan. kenapa semua ini perlu berlaku? entahlah, ai pun tak tahu. itulah misteri hati, lebih misteri dari lautan yang bergulung-gulung itu.
untuk merasai suasana hati yang kedinginan, let's play my favourite song, sesuai dengan mood. hope you like it ;)
Shaheizy Sam & Yana Samsudin - Beginilah Caranya
yang terasa indah itu perasaan
yang terasa manis itu cinta
yang terasa pahit itu kenyataan
yang terasa berduka itu perpisahan
walking on the street with the leaf fall unto us, the street seems like an endless road that brings us into endless thought. why do I have to go through this?
my heart says I love you, my brain says you will never get him
should I let it go?
or should I let myself go?
I don't know what the answer
apa kata hati?
it's seems a while ago I let my feelings go into the ocean of sadness. lenyap di dalam kesedihan yang berpanjangan setelah ditinggalkan tanpa salam perpisahan. akhirnya setelah berjaya membina balik tembok keyakinan, hati ini digugah kembali dengan perasaan yang tidak dijangkakan. anehkan cinta?
sungguh susah mengutip diri ini kembali setelah dikhianati dengan cinta. akhirnya diri ini mulai menjadi orang yang prejudis terhadap cinta dan perkahwinan. orang bertanya pada aku bila nak berkahwin? sudah ada temankah di hati? aku membalas pertanyaan itu dengan mata yang dingin walaupun diiringi dengan senyuman
" umur 29 tahun paling awal mak cik "
but deeply inside my heart I said
" cinta itu hanya hadir untuk orang yang selfish. orang yang hanya pilih yang terbaik untuk dia, bukan yang setia mencintai dia dan menanti dia. cinta sejati itu hanyalah sebuah kepalsuan yang diwarnai dengan keyakinan bahawa dia selamanya milik kita. cinta itu bukanlah milik kita "
as it easy to find it and let it stay by your side forever
hanyalah sebuah dongeng
ya, sungguh prejudis terhadap cinta bila dikhianati dan dilukakan. dingin sedinginnya hati ini. sehingga tidak terbuka lagi untuk lelaki dan tidak lagi mengharapkan kebahagiaan. lebih memilih untuk berpijak di bumi yang nyata dan membiarkan kehidupan berjalan seperti kebiasaan. tanpa keindahan, tanpa keajaiban. sekadar kesederhanaan
tapi, siapalah kita untuk melawan takdir Tuhan?
ia bukanlah datang secara tiba-tiba, bukan juga datang dalam sekelip mata. tapi, ia datang perlahan-lahan lalu menghuni di dalam hati ini selamanya. anehkan cinta?
datangnya hanya sesaat, namun kekal selamanya di jiwa
tak pernah ku minta semua ini, tak pernah ku bayang semua ini
tapi dalam sekelip mata ia menghuni di dalam jiwa tanpa dijangka, tanpa disedari
puas dicuba untuk disingkirkan perasaan, namun tetap kekal di dalam hati
puas menangis saat melihat dia bahagia bersama orang lain, namun tetap tertawa saat dia hadir di dalam jiwa
anehkan cinta?
people said, when you fall in love, you will feel the pain and willing to let it remain in your heart forever. because you were enchanted with the love. full of magic. that's what we called love
magical and enchant you
and you willingly to fall into the lake of wonderlove
even you know you will get hurt, you still choose to fall
because you already drown into the sea of love, your own feeling
even a thousand time hati ini dipatahkan berulang kali,
diri ini tidak pernah serik untuk jatuh cinta sekali lagi
benarlah,
cinta boleh buat seseorang itu jadi bodoh
I wonder, apa yang ada di hadapan ai? apakah pengakhiran cinta ini pada kali ini? sedihkah? gembirakah?
berakhir ke pelaminankah?
atau berakhir dengan perpisahan?
yang mana satu akan menjadi pengakhiran?
entahlah, susah diri ini untuk meneka apa yang akan terjadi di depan sana. hanyalah Tuhan yang tahu jodoh pertemuan seseorang
Zhang Yuan & Vicky - Sunset & Whale
ada kalanya, diri ini cuba membuang segala perasaan yang ada di dalam kalbu. dihumban semuanya ke tanah, dihancurkan dengan penuh tekad dan air mata yang berpanjangan. namun, ia tetap sama. semakin dihancurkan, semakin ia kembang berbunga memenuhi taman hati.
semakin ingin dilupakan, semakin ia datang memenuhi fikiran
entah yang mana satu perlu ku lakukan
ingin mengejarnya, namun terasa jauh beribu batu
ingin melupakannya, namun terasa hilang separuh nyawa sehingga akhir hayatku
hidup ini hanya sekali, pilihan juga hanya sekali
satu pilihan akan menentukan pengakhiran hidup kita
pilihan yang bagaimana yang kita inginkan?
ada banyak orang di dalam dunia ini
ada 7 bilion manusia menghuni bumi ini
sekarang sudah masuk 8 bilion
jadi, hakikatnya kita tak perlu risau jika kita hilang dia
masih ada berbilion yang kita boleh cari
tapi, hati ini tetap jua bergolek kepadanya
anehkan perasaan?
kadang-kadang rasa nak nangis
tak tahu kenapa nak nangis sedangkan jatuh cinta ini manis
mungkin kerana kita sudah dewasa jadi kita tahu apa erti cinta?
selama ini kita masih muda remaja, merasakan cinta ini hanyalah penuh dengan gula dan warna warni pelangi
bila sudah meningkat dewasa, baru kita mengerti apa itu cinta
cinta itu menyakitkan, cinta itu melukakan, cinta itu membuatkan kita tenggelam di dalam tangisan yang berpanjangan
namun cinta juga membuatkan kita sering mengharapkan
mengharapkan dia menjadi sebuah kenyataan, masa depan di dalam hidup kita
orang kata, dalam cinta jangan pernah mengharapkan. nanti kita yang akan ditimpa kesusahan dan akan berduka lara saat cinta itu tak kesampaian.
sungguh ramai pujangga yang berkata, lepaskanlah, kerana dengan melepaskan itu bermakna kita ikhlas dalam mencintai seseorang. cinta itu tak perlu dipaksakan, jika benar ia jodoh kita, ia akan kembali jua kepada kita walaupun kita melepaskannya. jika ia bukan jodoh kita, walau dipaksakan, walau menghabiskan separuh waktu bersamanya, tetap jua tidak menjadi kenyataan. kerana itulah hakikat sebuah percintaan, hakikat sebuah kehidupan
ya, benar. aku akui apa yang dikatakan itu betul. aku jua turut melepaskan pergi cinta sejati satu masa dulu. namun entah kenapa kali ini, semakin ingin dilepaskan semakin kuat hati ini ditarik untuk mendapatkan apa yang diinginkan. seperti ada seutas benang melilit di hatiku lalu mengikat kemas dan sering sahaja ditarik-tarik. semakin cuba untuk dilupakan, semakin kuat ia ditarik oleh benang itu. mengapa ia sering terjadi? mengapa diri sendiri tidak boleh memilih keputusan sendiri? mengapa hati ini sering sahaja bermain dengan diri ini sehingga tergugah dan sering kalah. walaupun seribu kali sudah cuba ku sanggah.
haih, sungguh aneh sekeping perasaan ini
Yoon Mi Rae - You Are My World
adakah aku orang yang pentingkan diri sendiri andai kali ini tidak akan ku lepaskan cinta ini walau berdarah tangan ini memegang tali layang-layang yang hampir terputus dibawa angin yang kuat?
melepaskan itu adalah satu tanda keredaan. hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu melakukannya
namun kadangkala, aku merasakan ingin ku mempertahankan cinta ini, menggenggamnya erat dan tidak dilepaskan selagi tidak sampai ke penghujung. kerna aku juga manusia biasa. sebagai manusia, tipulah kita tidak menginginkan apa yang diharapkan dan diidamkan selama ini. pastilah kita akan cuba mendapatkannya walaupun di dalam diam. kerana, kita juga masih manusia biasa. walau seikhlas mana seseorang itu, pasti ada keinginan yang tak tertahan di dalam lubuk yang paling dalam. yang ingin digenggam, yang ingin dipegang sehingga akhir hayat
yang ingin dijadikan masa depan dan selamanya di dalam hidup kita
itulah cinta
saat ia berterbangan pergi , terasa hilang separuh jiwaku ini
tanpa kata, tanpa berfikir panjang
kaki ini melangkah ke arahnya
berlari ke arahnya tanpa melihat ke mana-mana
yang ada di mata hanyalah dia
tidak sanggup kehilangan dia
tidak sanggup berpisah dengannya
walaupun ditawarkan dunia dan seisinya agar meninggalkan dia
walaupun dia hanyalah sederhana dan tidak menjanjikan apa-apa
tetap jua hati ini berlari ke arahnya
tetap jua kaki ini melangkah ke arahnya
tanpa kata, tanpa bicara, tanpa janji manis
hanyalah dia yang ku pilih, yang ku inginkan
walaupun tiada apa yang istimewa di dalam dirinya
sanggup dilepaskan apa sahaja di dalam genggaman
asalkan cinta itu menjadi kenyataan
sungguh,
cinta ini membahagiakan
cinta ini membinasakan
jika pilih orang yang baik, maka cinta ini akan menjadi bahagia
jika pilih orang yang tidak baik, maka cinta ini akan menghancurkan kita
yang ada di dalam hati kita tidak sama seperti yang ada di dalam hati dia
hanyalah Tuhan yang lebih mengetahui
saat angin menerpa masuk ke dalam hati
terasa kedamaian dan kebahagiaan yang tidak terlihat oleh mata
saat cinta ini mengisi ruang di jiwa ini
aku mengharapkan cinta ini akan berakhir dengan kebahagiaan
tiada lagi duka dan lara
tiada lagi sakit dan kecewa
tiada lagi pengkhianatan dan penipuan
tiada lagi dipermainkan dan ditinggalkan
semoga ia berakhir dengan penuh kebahagiaan dan keindahan
bersama di syurga sebagai pasangan
cinta sejati yang ku harapkan ..
Love,
Lea <3




0 Comments