In life,
kita adakalanya perlu belajar untuk jatuh..
agar kita dapat mengerti nikmat berdiri dengan tegak..
adakalanya kita perlu belajar untuk menangis..
agar kita dapat mengerti nikmat tertawa..
tak semuanya berjalan dengan lancar,
tak semua yang diinginkan menjadi kenyataan..
ada kalanya kita jatuh tersungkur tanpa sempat menggapai impian..
ada kalanya mimpi-mimpi ini bertaburan di tanah & menjadi serpihan yang tak dapat dicantum kembali..
Menangislah,
menangislah seperti tiada hari esok
Kelak,
tangisan ini akan berhenti dengan sendirinya
kering dengan sendirinya
Tika itu,
kita akan tersenyum bahagia..
ketawa kembali setelah lama berduka..
Hati kita akan kosong tanpa derita & kecewa..
Yang terisi adalah keredaan & mengikhlaskan..
Saat itu kita mula belajar, tidak semua impian menjadi kenyataan..
Dan itu bukanlah satu kesalahan..
Bukanlah satu kesalahan gagal dalam kehidupan..
ada kalanya kita perlu hidup sederhana saja..
agar kita belajar bahawa dunia ini bukanlah segalanya..
agar kita mengerti bahawa tak semestinya kita perlu hidup sempurna..
ada kalanya kita perlu hidup biasa-biasa sahaja..
kerana ketika kita menjadi orang yang biasa-biasa,
kita akan mula sedar kebahagiaan yang ada di sekeliling kita..
kecil tapi bermakna, small but significant..
Hidup ini seperti pelangi,
setelah hujan yang berpanjangan..
Hadirlah pelangi yang mewarnai bumi
~ Lea ~



0 Comments