Mungkin kita perlu patah hati banyak kali di dalam hidup ini sebelum kita menemui cinta sejati kita.
Kerana itulah erti sebenar sebuah cinta. Ia tak manis tapi ia mengajar kita menjadi dewasa dengan tangis yang tidak pernah kita jangka.
Hai everyone, selamat malam ku ucapkan kepada korang. How was your day? Hari ni dekat kampung hujan la pulak. hmm asyik hujan je sekarang ni. Petang tadi panas terik betul tetiberr dekat maghrib hujan turun. hmm musim tengkujuh sudah datang. awal ye musim tengkujuh datang tahun ni. tak macam selalu..
So, today as usual ai mula menaip entry yang baru di tengah malam buta begini. Gloomy pulak perasaan ai malam ni. So, disebabkan gloomy macam awan kelabu yang mendung di waktu pagi meh lah sisturr bercerita tentang soal cinta.
Actually ai dah lama dah nak tulis pasal cerita Sindarela. Tapi tertangguh pulak. Entah berapa kali ai repeat tengok drama ni, memang tak pernah jemu. Kali ni ai repeat pulak since dekat rumah tv tak boleh tengok. haih.. melalak sekali lagi chuolss tengok drama ni. So, kononnya ai nak tulislah entry pasal drama Sindarela tu selalu ( maksudnya on the spot lepas habis drama ) . Tapi chuols sedih sangat tengok drama tu sampaikan sis bersedih hati seminggu. Then ai pergi tengok drama korea dan drama Putera Katak yang funny tu. Terus lupa kisah Sindarela tu. aiseh, sorry everybody..
So today ai nak kupas tentang Haidar. Dalam cerita Sindarela ni, Shahrulezad buat cerita tentang tiga watak menggunakan nama Cinderella. Cuma, beliau twist jadi Sin, Dar & Ela.
Kisah tentang Hussein
Kisah tentang Haidar
Kisah tentang Zoela
Bijakkan pengarah Shahrulezad ni? Nama Cinderella pun boleh dijadikan cerita yang mempunyai kisah yang berlainan. Genius gila.
So hari ni ai nak cerita tentang Haidar. Sebab apa ai pilih Haidar dulu instead of Hussein? Sebab kisah Haidar sama sangat dengan ai. Bila ai tengok Haidar, ia terasa dekat dengan diri ai. Memang ai dapat memahami perasaan Haidar bila tengok dia menangis lepas dipermainkan oleh Rania. Kerana ai sendiri jugak mengalami nasib yang sama macam Haidar. Kisah Hussein macam kurang related sangat dengan ai, sebab ai tak couple lama-lama macam Hussein. Kisah Zoela pun macam kurang sama sebab Zoela tu syok dekat boyfriend orang dan dia pun sedar diri. So, kisah Haidarlah yang paling sama dengan ai. Dipermainkan, diberi harapan palsu & ditipu hidup-hidup.
Sakitkan hati ni bila dipermainkan? Sakit sangat...
Jadi, marilah kita bercerita tentang Haidar pada hari ini.
Dalam cerita ini, Tengku Haidar adalah anak bongsu kepada Raja Malik. Kerabat diraja negara Indrapura. Dia mempunyai dua beradik iaitu Tengku Sulung dan dirinya. Masa dia berumur 17 tahun, dia dipaksa bertunang dengan Puteri Rania, kerabat diraja Pura Cendana. Sebab abangnya Tengku Sulung dah lari keluar dari istana. Sebenarnya, Tengku Sulung adalah putera mahkota negara Indrapura dan dialah yang sepatutnya mewarisi takhta seperti anak-anak raja yang lain. Tapi sebab tetiba dia kena paksa bertunang dengan Rania, dia rebel dan melawan perintah ayahandanya. Ayahandanya memberi amaran, selangkah kakinya keluar tinggalkan ayahanda, dia bukan lagi darah keturunannya. Tengku Sulung pun dengan rasa marah dan kecewa tinggalkan ayahandanya dan fly ke Malaysia. Tinggallah Haidar adik bongsunya terkontang-kanting di sini. Disebabkan Tengku Sulung dah keluar dari istana, segala tanggungjawab Tengku Sulung jatuh ke tangan Haidar yang masih muda ketika itu. Bonus, dia dipaksa bertunang dengan Rania kerana ingin menutup malu dengan apa yang Tengku Sulung dah buat. Sepatutnya Tengku Sulunglah yang kena tunang dengan Rania tapi sebab dia dah ciao so adiknya la terpaksa ganti tempatnya.
Apa lagi member, meroyan la uols kena paksa tunang dengan Rania. Dia benci gilerr dekat Rania tu siap panggil Rania perempuan mereng. ai selalu ketawa bila Haidar selamberr je cakap Rania ni perempuan mereng. Sebab apa dia benci Rania? Sebab Rania ni gila kuasa and nak sangat jadi permaisuri. Ambitious sangat uols. Lepas tu dengan perangainya yang sombong, double standard & terlalu ikut protokol istana lagi la Haidar tak suka. Dah macam robot bergerak katanya. Hahahaha kelakar gila Haidar dalam cerita ni. Dialah putera raja paling sempoi yang ai pernah jumpa. Tapi dalam drama jela kan? Dalam realiti ada ke putera raja sempoi camni uols? Kalau ada ai memang tabik spring dekat dia. Sebab Haidar ni sempoi sangat dan kelakar gilerr. hahahaha. my style..
Sebab Rania ni nak sangat jadi permaisuri, dia mencari jalan untuk tundukkan Haidar. Akhirnya dia belajar untuk memberikan cinta kepada Haidar. Dia berubah menjadi seorang perempuan seperti yang dimahukan oleh Haidar. Perempuan yang simple, yang sederhana, yang sentiasa memberi perhatian kepada Haidar dan tak pentingkan status. ai memang suka dengan perubahan Rania sebab dia nampak lebih cool. tidak lagi mereng seperti yang Haidar selalu cakap. ahaks
So, Rania membawa Haidar ke taman dan membuat surprise dekat Haidar. Dia sediakan makanan untuk Haidar dan buat piknik di tengah taman siang hari buta camtu. Maunya terbakorr kulit Haidar yang sedia gelap ni uols berpanas tengah taman. hahahaha
Haidar mestilah susah nak percaya bila tetiba Rania berubah camni. Buang tebiat ke uols? hahahaha. Tapi Rania pandai berkata-kata so dia cakaplah yang dia ingin hidup sederhana je. Dah boring lah hidup penuh kemewahan ni. cehh
So, Rania pun berdiri dan melututlah dekat Haidar. Dia memberi sumpah cinta kepada Haidar, berjanji bahawa dia akan sentiasa melayan Haidar seperti seorang raja di dalam hidupnya walaupun Haidar bukanlah seorang raja di Indrapura. Haidar selama-lamanya seorang raja di dalam hidupnya. euwww cringe gila chuols ai dengar ayat ni. Tapi nak wat cena dah tu skrip cerita ni. Lagipun Rania kan nak ambik hati Haidar? Mestilah ayat kena gempak walaupun bagi ai ia sungguh cringe. hehehe
Actually, quite touching jugak la bila Rania cakap macam tu dekat Haidar. Kalau ai jadi Haidar pun ai akan cair jugak. Tersentuh hati ini bila orang berjanji macam itu sekali dekat kita. Sungguh tak disangka la kan? So, ai tak pelik pun Haidar boleh touching bila ada orang cakap macam tu dekat dia. Sebab kita masih manusia biasa. Seego mana pun kita, setinggi mana pun darjat kita, kita masih manusia biasa. Tetap mempunyai perasaan. Jadi, tipulah Haidar tidak tersentuh dengan kata-kata Rania. Kerana Haidar masih seorang manusia biasa..
![]() |
| gelojoh betullah Haidar ni. tak sabar-sabar nak makan. eii kalau ai pun ai akan ketuk tangan Haidar sebab tak menyaborr |
So, diorang pun start lah berpiknik pada hari itu. Makan makanan yang dimasak sendiri oleh Rania. Rania masakkan semua makanan fevret Haidar siap buatkan bekal untuk Haidar. Sweet kan? Simple yet memorable. Kalau ada orang buat macam ni dekat kita, kita pun akan tersentuh hati walaupun kita pada mulanya takde apa-apa perasaan pun dekat dia. Kerana dia sudi buat semua perkara tu untuk kita tanpa dipaksa dan tanpa dipinta. So memorable <3
ai suka betul dengan lakonan Remy Ishak. so real...
padahal time ni Remy masih pelakon baru, tak banyak pun drama yang dia berlakon. Tapi dia mampu carry watak tu dengan baik despite dia masih jagung dalam industri seni. Tapi lakonan dia jauh bertiang lagi bagus dari pelakon zaman sekarang walaupun dah berlakon lebih berpuluh drama beratus episod lakonan masih setara tu. very the kayu. emosi betul sis
so, bila tengok Remy betul-betul menjadi Tengku Haidar sampai ai lupa dia tu Remy. ai pun turut sama-sama rasa apa yang dia rasa. Siapa tak touching bila orang layan kita camtu? tengoklah cemana mata Remy tu, memek muka dia. betul-betul menjiwai... cool kan? sebab tu ai suka cerita ni. sebab lakonan diorang sampai...
![]() |
| hebatkan Nadia Aqilah berlakon? berubah terus muka dia lepas Haidar balik. betul-betul menjiwai karakter |
But, of course lah semua tu hanyalah lakonan semata-mata. Dia bukan ikhlas pun buat semua ni. Rania buat semua ni sebab semata-mata ingin menjadi seorang permaisuri. Disebabkan Haidar selalu reject dia and meroyan tak nak kahwin dengan dia so Rania mestilah mencari jalan untuk mendapatkan Haidar. Haidar adalah seorang yang sanggup melepaskan apa sahaja demi cinta. Itu yang dia tak ada di dalam diri dia si Rania ni,
CINTA
Oh well.. macam yang kita jangka. Obviously Rania ni hanya berpura-pura jerr. Apa yang dia cakap dekat Haidar hanyalah skrip yang bondanya dah sediakan. Dia siap cakap pathetic dekat Haidar. yes.. obviously pathetic for someone who never had any sincerity in their heart. seseorang yang hanya pandang pada harta benda je bukan jiwa manusia. realistik la kan ? Rania tetaplah Rania..
So, for their second date diorang masih pergi piknik juga. Simple je date diorang takde nak pergi ke tempat mahal-mahal walaupun anak raja. Sebab, itulah yang dimahukan Haidar. Perkara yang simple, sederhana dan biasa-biasa di dalam hidupnya. Dan Rania adalah seorang yang bijak so dia memahami apa yang Haidar mahukan walaupun Haidar tak pernah cakap. So, dia bawaklah Haidar pergi dekat taman je instead of tempat yang high class hanya socialite sahaja yang berkumpul dekat tempat tu. Lagipun ni drama, mana lerr cukup bajet uols nak shoot dekat tempat socialite selalu lepak. Unless la ada orang sponsor. hmm
so today, dia bacakan buku untuk Haidar. so sweet la for me. walaupun simple je tapi perkara tu sungguh menyentuh hati saya. simple but meaningful
hmm.. bacakan buku dekat yang tersayang sambil dia berbaring atas riba you ? sweet gilerr you..
sebab cerita nilah ai mula terfikir untuk buat perkara-perkara macam ni satu hari nanti dengan orang yang ai sayang. mungkin sekarang ni ai belum berjumpa dengan dia lagi. but who knows in future right? ai berharap ai akan berjumpa dengan partner yang sekufu dengan ai. yang boleh buat perkara-perkara macam ni dan tak rasa cringe. piknik dekat taman atau dekat mana-manalah kat outdoor yang sesuai. and then ai akan bacakan dia sebuah buku favourite dia atau buku puisi yang ai dah tulis while dia berbaring di atas riba ai. hmm berangan 〜( ̄▽ ̄〜)
I think banyak-banyak jenis date yang ai tengok dalam drama melayu, date yang inilah yang paling sweet untuk ai. Walaupun diorang takde nak shoot kat luar negara macam dekat London ke apa atau dekat Japan, Korea etc. For me ia masih menarik di mata ai sebab walaupun simple je pergi date dekat taman, pakai baju simple-simple je dress dengan selendang and kemeja bunga. Ia masih menarik di mata ai. Sebab diorang buat seikhlas hati, takde nak try hard macam sesetengah drama yang lain. And nampak la chemistry antara Remy Ishak dan Nadia Aqilah. Macam betul-betul pergi date je kan? And, walaupun ai dah tengok berpuluh-puluh drama dan movie melayu. Couple tu pergi date dekat tempat yang hot dan sangatlah wow lah kiranya, fevret semua orang etc etc.. ai masih tak dapat nak tangkap chemistry diorang, feel tu.. rasa macam kosong je. Walaupun diorang tu siap pakai pakaian branded from head to toe, dating kat tempat yang sangat menarik such as kat Eiffel tower, Disneyland, under sakura tree dekat Japan, Nami Island kat Korea etc. Feel tu takde. Tak rasa pun keserasian antara pelakon. Tak rasa pun diorang pergi dating. Instead, rasa macam tengok diorang pergi bercuti je dekat tempat-tempat menarik. Tak rasa macam berlakon. So, ada failed sikit kat situ.
While Sindarela, kebanyakannya diorang shoot kat dalam Malaysia je such as Cherating, Pahang, taman yang cantik macam kat atas tu etc. Tapi feel tu sampaiii... Sama ada Haidar dengan Rania atau Hussein dengan Zoela. Kita dapat rasa feel diorang berlakon tu. Tak rasa pun macam diorang berlakon. Rasa macam diorang keluar date je just like a real couple. Hebat kan? Ini baru betul dikatakan drama, lakonan. Cara mereka berlakon tu sampai.. Bukan nampak fake macam kayu cendana. Real je macam pasangan-pasangan kat luar sana yang bercinta. Inilah baru betul dikatakan berlakon. Terasa sampai ke hati :)
Okay, enough about drama melayu zaman sekarang yang dah tak ada chemistry antara pelakon. Tak semua pelakon zaman sekarang berlakon. Kebanyakannya nak jadi artis je, bukan nak jadi orang yang berseni. So that's why lah pelakon zaman sekarang berlakon tak real. Perasaan tu tak sampai... hmm
After had a great time together, diorang pun nak balik. Akhirnya, Haidar pun mengucapkan kalimat keramat tu. Dia cakap, hanya sekali je dia akan cakap kalimat tu. Sangat special baginya. So, Rania terima jela. Sweet kan Haidar? Dah jatuh hati pada Rania setelah melihat kebaikan Rania. Ciri perempuan idamannya ada dalam diri Rania. Itulah yang dia fikir.
Ketika kita mula jatuh cinta, kita pastilah tidak akan segan silu untuk mengatakan apa yang kita rasa. Terutama sekali bila kita yakin yang dia itu jodoh kita, akan menjadi masa depan kita. Lagilah kita tidak teragak-agak untuk cakap yang kita cintakan dia. Sebab dalam kehidupan, bila kita mahukan seseorang kita perlu lafazkan apa yang tersimpan di dalam hati kita. Barulah orang itu dapat tahu perasaan sebenar kita dan mula yakin tentang hubungan ini. Kalau tak, sampai bila-bila dia akan merasakan kita ni tak ada apa-apa dengan dia. Sebab kita tak pernah berikan sebuah kepastian kepadanya.
So, when you fall in love with someone never let the time passes without you say those kind of word. At least, cakaplah yang you inginkan dia, tak boleh kehilangan dia dan ingin hidup bersama dengannya buat selama-lamanya. Barulah dia mula yakin dengan you.
Remember this, when a woman mula berhenti berharap, berhenti menunggu. Saat dia berpaling, dia tak akan kembali lagi. Walaupun seribu tahun akan datang sekalipun, selama ini sekalipun you menanti dia, dia tak akan pernah kembali lagi. Kerana itulah fitrah perempuan. Bila dia sayang, dia sayang sangat-sangat. Takkan pernah tinggalkan you walau seburuk mana pun kelakuan you pada dia. Walaupun seribu kali you buang dia. Dia tetap akan kembali kepada you. Sebab perempuan boleh jadi bodoh kerana cinta. Dan dia rela diperbodohkan asalkan dia dapat bersama dengan you.
Tapi, saat dia sudah tawar hati, tak ada apa lagi yang boleh hidupkan kembali hatinya. Once she realized her worth, bila dia sedar betapa bodohnya dia mengharap sesuatu yang tidak pasti, betapa hancurnya hatinya dipijak oleh you. Dia akan angkat kaki dan tidak lagi kembali kepada you buat selama-lamanya. You pujuklah dia macam mana sekalipun, dia takkan termakan pujuk lagi. Kerana hatinya sudah mati. Tak ada lagi ruang untuk you di dalam hatinya. Sorry not sorry.
Kalau dalam drama, dalam novel, yes dia akan terima you balik. Sebab yang menulis cerita macam tu tak pernah lagi rasa macam mana hati ini dihancurkan oleh seorang lelaki yang amat dia cintai. Sebab penulis tu tak pernah rasa dan tak pernah alami. Syok sendiri.
Tapi kalau dalam realiti, berangan sahajalah bang nak dapat happy ending dengan dia. Kau jugak yang hancurkan hati dia, tiba-tiba kau expect dia melutut kat kau and nak bersama dengan kau. Excuse me, are you smoke or what? Perasan much
Boleh blah lah jantan perasan syok sendiri macam ni. Dahlah hancurkan hati perempuan, langsung takde rasa bersalah, minta maaf pun tidak. Tiberr expect dia tu tergolek terguling dekat kau. Pergi mampus la kau brader
So, back to the topic. Rania akhirnya mula rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Haidar. Since Haidar benar-benar ikhlas mengucapkan kata cinta, Rania mula ingat balik apa yang dia dah buat. Dia mula rasa bersalah kerana mempermainkan Haidar. Dia tak sangka Haidar boleh jatuh cinta macam ni sekali dengan dia. Dia mula sedar dengan kesalahan dia. Akhirnya dia plan untuk confess pada Haidar yang selama ni dia cuma tipu Haidar. Dia hanya berpura-pura je selama ni semata-mata untuk mengambil hati Haidar. Sebab dia nak jadi permaisuri. Kalau dia terus dengan perangai lama dia tu, memang tak la Haidar nak kahwin dengan dia. Sampai bila-bilalah Haidar akan gantung Rania camtu je, rela tak kahwin & single forever dari kena paksa kahwin dengan Rania. Jadi, Rania perlulah buat sesuatu.
Tapi sekarang ni tiba-tiba dia rasa bersalah pulak. Dia mula sedar yang dia ni selfish sanggup permainkan Haidar demi takhta. Akhirnya dia mula berfikir untuk memberitahu perkara sebenar pada Haidar. Tapi bonda Rania memang bangkang apa yang Rania nak cuba buat. Sebab dia nak Rania jadi permaisuri dekat Indrapura. Sepatutnya dialah dulu yang jadi permaisuri negara Indrapura di sisi tuanku Raja Malik. Tapi sebabkan tuanku Malik nak kahwin dengan bonda Haidar, seorang cikgu tadika & rakyat kebanyakan je. Lepas tu Tengku Adnan pulak kahwin lari dengan Sarimah orang gaji istana. Maka, wasiat tu diperturunkan kepada anak-anak tuanku Raja Malik. Berputih matalah bonda Rania tak dapat jadi queen. So, that's why dia push Rania supaya menjadi seorang queen. Untuk mencapai hasratnya selama ini.
Tapi masalahnya sekarang ini dia tak cintakan Haidar. Rania tak pernah cintakan Haidar walaupun selama ni dia ambitious gilerr nak jadi seorang queen. Cinta itu tak boleh dipaksa
Datanglah hari bersejarah itu. Haidar telah membelikan cincin untuk melamar Rania. Dia juga dah confirm dengan bonda dan ayahandanya untuk menerima takhta dan menjadi seorang raja di Indrapura dan mengambil Rania sebagai isterinya. Ibu bapa dia mestilah happy akhirnya Haidar terbuka hati untuk menjadi raja dan berkahwin dengan Rania seperti yang telah ditetapkan oleh mereka selama ini.
Tapi, kadang-kadang realiti itu tak seindah mimpi. Kita bermimpi akan sesuatu yang indah dan mendapat kebahagiaan yang berpanjangan. Apabila kita terjaga dari mimpi, yang ada di depan mata kita hanyalah sebuah duka dan derita yang tiada penghujungnya. Harapan kita hanya sia-sia gugur layu di tasik hati.
Lain yang datang, lain yang diharapkan. Siapa sangka Haidar selama ini kena tipu hidup-hidup?
Haidar telah terlewat untuk datang melamar Rania. Tapi sekurang-kurangnya dia dapat tahu perkara sebenar di depan matanya sendiri.
Melihat lelaki lain menghulurkan cincin dan melamar tunang kita itu cukup menghancurkan hati kita. Lebih parah bila tunang kita yang kita anggap mereka cintakan kita rupanya mencintai orang lain. Lebih sedih bila dia berkata yang dia sangat-sangat sayangkan lelaki itu dan tak dapat berkahwin dengannya kerana keadaan mereka yang tak mengizinkan.
Sakitkan hati Haidar?
Selama ni dia sangka Rania ni benar-benar cintakan dia, ikhlas dengannya. Tapi rupanya dia silap. Lebih duka apabila dia rupanya selama ini hanyalah pilihan terakhir. Sedangkan si dia sudah ada yang berpunya dan sangat in love dengan kekasih hatinya. Haidar sungguh tertipu. Hancur hatinya dipermainkan oleh Rania. Terasa seperti runtuh langit ini saat melihat semua ini terjadi. Siapa sangka yang Haidar terpaksa melalui semua ini ? Benarlah, orang yang menghancurkan hati kita bukanlah orang yang kita benci. Tapi orang yang paling kita sayangi. Merekalah orang yang menghancur lumat hati kita setelah diberi janji dan harapan. Kecewa kan kita bila hadap perkara macam ni? Rasa macam tak percaya..
![]() |
| hancur hati Haidar saat menyaksikan semua ini. hancur sangat-sangat... |
![]() |
| ai faham perasaan Haidar saat melihat semua ini. kerana ai sendiri juga mengalami nasib yang sama. ditipu dan dipermainkan... |
Dalam hidup, kita tak perlukan penjelasan saat kita mendengar sendiri apa yang orang itu kata tentang kita. Tak ada lagi yang boleh nafikan semua ini saat kita sendiri melihat dengan mata kepala sendiri dan mendengar sendiri kata-kata itu. Itulah pahitnya sebuah kenyataan..
![]() |
| it's too late Rania... too late.. |
![]() |
| saat seorang lelaki mengalirkan air matanya, ia bermakna hatinya benar-benar hancur.. |
There is no point for us to stay in the relationship when we get the betrayal from the one we loved the most. Tak ada gunanya lagi terus setia kepada orang yang mengkhianati cinta kita. Tak ada gunanya berharap pada orang yang tak pernah cintakan kita. Sebaliknya sudah ada orang lain di belakang kita. Kita jugak ada maruah diri. Don't let people take us for granted, pijak-pijak kita sesuka hati dia. Dan gunakan kita kerana kepentingan dirinya sendiri. So selfish
![]() |
| tak ada gunanya lagi untuk sesali apa yang telah berlaku Rania.. |
![]() |
| tiada maaf bagimu lagi Rania |
![]() |
| selamat tinggal kekasih |
Setinggi mana pun darjat kita, serendah mana pun darjat kita. Setiap orang pasti akan mengalami patah hati di dalam kehidupan. Kerana itulah realiti di dalam dunia ini. Mana ada pun happy ending forever after macam Cinderella dengan Charming. Hakikatnya, hancur forever after adalah. Bak kata Haidar, disaster forever after.
Setiap orang ada kisahnya tersendiri, ada perjalanannya tersendiri dalam kisah percintaan diorang. Bergantung kepada siapa dan bagaimana kita menghadapinya. Dan inilah kisah Haidar.
Sebagai seorang yang pernah dipermainkan, kisah Haidar ni dekat sangat di hati ai. ai tahu macam mana perasaan dipermainkan, diberi harapan lalu ditinggalkan. Ditipu hidup-hidup rupanya selama ini, kita je yang perasan dia sukakan kita. Rupanya, kat belakang kita dia sudah ada orang lain. Kita ni hanyalah pemain simpanan je di dalam hidupnya. Kita je yang berharap lebih-lebih.
Betapa hancurnya hati kita bila mengetahui perkara yang sebenar. Sakitnya bila dipermainkan. Sakit sangat-sangat... Rasa hati ini dihancur lumat lalu dilempar ke tanah. Tak terkata..
But at least, ai tidaklah seteruk Haidar. Walaupun hati ai hancur lumat dan mengambil masa yang sungguh lama untuk move on. Dekat lima tahun lah jugak.. ai bebas untuk memilih siapa sahaja yang ai cinta dan ai inginkan untuk dijadikan pasangan di dalam hidup. Suami di dalam hidup ai, bapa untuk anak-anak ai. Memang hancur hati ini saat dipermainkan. Tapi kesedihan itu hanya sebentar. Ia takkan kekal lama
Satu masa nanti, ai akan menemui pengganti. Tiada lagi sedih di hati
Tapi Haidar pula, nak tak nak dia terpaksa berkahwin jugak dengan Rania. Sebab statusnya sebagai anak raja dan keluarganya sudah berjanji dengan keluarga belah sana yang mereka akan kahwinkan anak mereka dengan Rania. Apa-apa jadi pun, Haidar tetap kena kahwin dengan Rania.
Imagine kamu yang jadi Haidar. Bayangkan..
Sudahlah kena tipu hidup-hidup, terpaksa pulak kahwin dengan orang yang hancurkan hati kita. Keluarga Rania tu pilih Haidar pun sebab Haidar tu anak raja, pewaris takhta. Kalau tak, diorang tak hingin pun. Terang-terang yang diorang tu gila kuasa, tamakkan harta. Itu pun tuanku Raja Malik tak nampak-nampak lagi? Sampai sanggup buang anak kandung sendiri Tengku Sulung semata-mata kerana janji pada keluarga Rania. Betapa egonya dia dan betapa bodoh dan buta matanya sampai sanggup ketepikan perasaan anak sendiri, buang anak sendiri.
Ish, panas pulak hati ai tengok watak ayahanda Haidar. Tipikal perangai bapak-bapak kat luar sana yang suka paksa anak kahwin mengikut kehendaknya.
I'm so grateful tidak menjadi anak raja seperti Haidar. Kalau ai jadi Haidar, mau ai meroyan sepanjang hidup ai. Silap haribulan keluar dari istana seperti Tengku Sulung. Kerana ada parents yang ego seperti ayahanda Haidar.
Malang nasib Haidar, sudahlah dipermainkan Rania, terpaksa kahwin dengan dia pulak tu semata-mata kerana parents, negara dan rakyat. Hancur.. hancur sangat hati ni...
Terpaksa kahwin dengan orang yang mempermainkan kita, menghancurkan hati kita lepas tu tahu yang dia ada affair dengan kekasih gelapnya di belakang kita. Terpaksa tengok semua itu dan tak dapat berbuat apa-apa sebab keluarga kita dah paksa kita kahwin dengannya. How cruel the world it is? Why Haidar perlu melalui semua itu? Apa salah dia? Tak cukup ke dia dah ikut segala perintah istana, ikut serba serbi cakap keluarganya? Salah ke kalau kali ini dia mengikut kata hatinya? Hanya sekali sahaja pilihan yang dia dapat buat di dalam hidupnya. Iaitu memilih siapa yang akan menjadi isterinya, permaisuri hatinya dan permaisuri untuk rakyat. Tak kiralah dari kalangan rakyat marhaen ke, orang kenamaan ke, kerabat diraja yang sama taraf dengannya ke. Asalkan diorang saling mencintai satu sama lain dan ikhlas menyayangi tanpa memikirkan soal darjat dan harta. Itu je yang Haidar mahu. Termasuklah Tengku Sulung. Sekali je pilihan yang mereka dapat buat mengikut kehendak hati mereka sendiri. Sekali je. Itu pun hanya dalam soal jodoh. How nonsense it is bila tetap berpegang pada janji sedangkan kita boleh sahaja memutuskan janji itu secara aman damai. Kita sendiri jugak tahu yang Rania tak pernah cintakan Haidar. Kenapa tuanku Raja Malik perlu paksa anak dia macam ni sekali? Tak cukup ke Haidar dipermainkan dan dihancur leburkan hati ini? Tak cukup ke semua itu?
Sungguh malang nasib Haidar, sudahlah terpaksa pikul tanggungjawab abangnya. Lepas tu kena permain dengan Rania dan dipaksa kahwin oleh bapanya sendiri. Kalau ai jadi Haidar, ai tak tau apa nak buat. Rasa buntu je.
Siapa cakap jadi anak raja ni beruntung? Ada segala-galanya dalam dunia ni?
Bagi ai, diorang pun kadang-kadang tak beruntung macam kita jugak. Sudahlah lahir-lahir je kena ikut protokol, tak boleh bergaul dengan rakyat marhaen. Nak kahwin pun terpaksa ikut kehendak orang lain. Langsung tak ada pilihan sendiri, tak boleh control kehidupan mereka sendiri. Terkurung di dalam sangkar emas.
Hakikatnya kitalah yang lebih beruntung dari anak raja. Mereka mungkin kaya harta, tapi selain dari itu mereka tak punya seperti apa yang kita ada. Sebaliknya kita pula miskin harta, tapi kita punya segala-galanya.
Punya kebebasan hidup, punya peluang untuk bergaul dengan sesiapa sahaja yang kita mahu, punya pilihan untuk menentukan kita ingin jadi apa, belajar dalam bidang apa ( kecuali kalau parents jenis mengongkong ). Dan punya pilihan untuk berkahwin dengan siapa sahaja yang kita suka tanpa perlu dipaksa hanya kerana keluarga kita sudah berjanji dengan keluarga pihak sana sejak kita kecil yang mereka akan kahwinkan kita dengan anaknya. Membesar bersama-sama last-last kena kahwin juga walaupun kita tak cintakan dia dan dia pun tak cintakan kita. Siap ada kekasih gelap lagi tu. Hmm.. how sad it is..
Kebahagiaan tu bukan terletak pada harta, tapi pada apa yang kita ada. Cuma kita je yang tak nampak sebab selalu melihat harta itu adalah segala-galanya di dalam hidup kita. Padahal apa yang Tuhan bagi tu sebenarnya dah lebih dari cukup untuk kita. Cuma kita je yang tak bersyukur kerana kita bertuhankan kebendaan.
Hakikatnya, sederhana itu membahagiakan.
Cuma kita je yang tak nampak :)
Okay back to the topic,
Akhirnya Haidar ciao ke Malaysia macam abangnya. Dan kali ini abangnya pula yang pulang ke Indrapura. Rania memberitahu semuanya kepada bonda permaisuri dan dia sendiri yang putuskan pertunangan itu. Setelah kepulangan Tengku Sulung, akhirnya tuanku Raja Malik mula sedar akan kesalahannya. Siapa sangka yang dia akan minta maaf dengan Tengku Sulung?
Raja yang paling berkuasa di Indrapura meminta maaf dekat anak sendiri
Unbelieveable isn't it?
Itulah skrip yang ditulis oleh Shahrulezad. ai memang nak bagi standing ovation kepadanya sebab buat jalan cerita perfect macam ini. How ai wish every parents in this world realized their mistake dan mintak maaf pada anak sendiri. Tapi siapalah kita untuk mengharapkan semua itu. Terutama sekali dekat Malaysia ni tak habis-habis berzikir tentang anak derhaka. Sedangkan tak semestinya parent betul dalam semua perkara. Kadang-kadang, mereka juga ada salah dan silapnya. Ada juga waktu mereka hancurkan hati anak sendiri dan melukakan mereka tanpa rasa bersalah. Lebih menyedihkan, mereka terlepas dari semua itu kerana negara ini sentiasa bersujud pada ibu bapa. Kalau anak mempertahankan haknya dilabel sebagai anak derhaka. Akhirnya anak-anak dekat malaysia ni terpaksa makan hati dengan semua ini. How sad it is...
So, akhirnya Haidar mendapat haknya balik. Dia tidak lagi dipaksa berkahwin dengan Rania dan bebas membuat pilihan untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja. Atas diri tuanku Raja Malik yang telah menyesali semua ini dan sedar bahawa kebahagiaan anak-anaknya bukan terletak di tangannya. Tapi di tangan mereka sendiri.
Happy ending...
Korang tengoklah sendiri drama Sindarela tu. ai dah paste link drama dari youtube dekat ai punya sidebar dalam blog. Ada sekali dalam list fevret Cinderella story. Menangislah hampa tengok drama tu. ai dah puas nangis dah. hehehehe
Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ini. Dan jalan cerita ini sungguh real, memang betul-betul terjadi di dalam dunia realiti. Memang betul-betul menyentuh hati, terasa dekat je cerita ini di dalam kehidupan ini.
Bagi ai, parents dalam dunia ni patut mengambil pengajaran dari tuanku Raja Malik. Walaupun ini hanyalah cerita je, drama tv je tapi masih relate dengan realiti. Cuma nak dengan tak nak je kita ambil pengajaran.
Secara logiknya, manusia ni kebanyakannya pilih kita sebab apa yang kita ada. Bukan sebab kita adalah kita. Memang susah nak cari orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. Tapi kita sebagai manusia masih mampu untuk menggunakan gerak hati sendiri dalam memilih yang terbaik. Kita tak perlu pilih yang sempurna, tapi pilihlah yang sederhana. Kerana tak ada yang sempurna di dalam dunia ini. Kesempurnaan hanyalah milik Tuhan. Kita hanyalah manusia biasa, seorang hamba di sisi Yang Esa. Setinggi mana pun darjat kita, kita masih manusia biasa di sisi-Nya. Jadi, sedarlah diri kita siapa.
Pangkat dan harta ni tak boleh bawa masuk ke kubur pun. Setinggi mana pun darjat kita di sini, saat kita dihantar ke kuburan. Kita hanyalah manusia biasa yang hanya berkain kafan di dalam keranda. Lalu ditanam ke dalam tanah kedalaman 7 kaki. Tak ada apa lagi yang ada dengan kita waktu itu. Hanyalah amalan kita sahaja yang bersama dengan kita pada waktu itu. Jadi, sedarlah diri kita siapa. Kita hanyalah manusia biasa di sisi Dia.
So, sampai sinilah cerita ai pada hari ini. Kisah Haidar ini terasa sungguh dekat di hati. Kerana ai sendiri turut dipermainkan dan ditipu hidup-hidup seperti Haidar. Jadi ai tahu bagaimana perasaan Haidar. Sakit... sakit sangat.. Hancur lebur hati ini bila diperlakukan seperti itu oleh si dia. And, dah tak ada ruang kemaafan untuk si dia. Kalau satu masa nanti dia nak kembali pada ai, ai akan cakap pintu hati ai ini tidak lagi wujud untuk dia. Walaupun seribu tahun akan datang, ai takkan pernah pilih dia. Walaupun seribu tahun dia menanti, ai takkan kembali lagi. Kerana hati ini sudah tiada lagi untuknya. Cinta itu benar-benar membunuhku..
Thank you for reading my entry panjang-panjang ni. Kali ini entry ai macam biasa, bersoal kisah cinta dan heartbreak. Nanti bila ai ada kelapangan, ai akan buat review tentang cerita Sindarela ni especially kisah Hussein. Heartbreaking gilerr kisah si Hussein tu.
Kepada orang yang membaca post ini, ai harap apa yang ai tulis benar-benar menyentuh hati you. Membuatkan you tersedar dan mengambil pengajaran dalam semua ini. Kalau ada yang mengalami nasib yang sama seperti Haidar, ai hope that ada sinar kebahagiaan di dalam hidup you. Memang susah nak selesaikan semua ini especially bila parents kita tu ada kuasa yang besar dalam hidup kita. Tambah lagi diorang tu jenis kuat mengongkong dan tak pernah dengar kata orang lain including us. Sedih jugaklah kan?
Tapi percayalah, selagi kita masih bernafas selagi itulah kita mempunyai harapan. Hari esok takkan pernah sama dengan hari ini. Berdoalah sepenuh hati kepada Yang Esa, meminta pertolonganNya, meminta agar dibukakan jalan untuk kita. Mungkin kita sendiri ada banyak buat salah, kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna, selalu sahaja berbuat dosa. Tapi, selagi kita masih bernyawa kita masih adad peluang untuk berdoa dan bertaubat memohon ampun kepada Yang Esa. Berdoalah sesungguh hati seolah-olah kita dah tak ada hajat yang lain dah dalam hidup ini. Berdoalah bersungguh-sungguh, kerana sesungguhnya Allah menyukai pada hambaNya yang selalu meminta-minta. Berdoalah seikhlas hati dan berdoalah biarlah kita mendapat pasangan yang baik, yang memilih kita bukan kerana pangkat yang kita ada, bukan kerana pada pangkal nama kita yang bermula dari tengku, bukan jugak pada pengakhiran nama kita yang berakhir dengan nama sultan. Tapi kerana kita adalah kita. Tanpa pangkat, tanpa darjat, tanpa harta dan tanpa nama yang ada gelaran tertentu. Hanyalah sebagai diri kita seorang manusia biasa. Inshaa Allah, kita akan mendapat pasangan yang baik. Bergantung pada bagaimana kita mengusahakannya.
Siapa pun kita, sama ada miskin atau kaya. Kita masih berhak menentukan kehidupan kita sendiri. Kerana kita adalah manusia biasa..
I hope everyone out there mendapat jodoh yang diidamkan. Tidak lagi dipaksa kahwin seperti yang dimahukan keluarga. Berdoalah bersungguh-sungguh, kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan. Semuanya berada di dalam genggaman Tuhan. Berpautlah kepadaNya nescaya kehidupan kita akan lebih bahagia. ai mendoakan yang terbaik untuk korang semua ;)
Perhaps,
a sincere prayer can change your whole life
Thank you for reading. Maaf jika ada terkasar bahasa, menulis perkara yang merepek-repek. ai kadang-kadang ada mood swing yang tersendiri. Maklumlah perempuan.. ai harap korang dapat mengambil pengajaran dalam setiap post yang ai tulis. ai ambik masa lebih tiga hari untuk tulis post ni, sebab ai asyik sakit gigi lepas tu adalah hal lain. Jadi tergendalalah chuols nak siapkan post ini. Akhirnya sisturr dapat jugak siapkan entry ini pada malam ini. Harapnya korang sukalah. Seperti mana korang repeat baca post yang sebelum ni sampai ai tak sangka sebanyak itu orang baca post ai padahal ai dah cuba sedaya upaya untuk hide gambar puteri dan bagi misteri sikit post ai tu. Tajuk pun misteri nusantara jugak. Tapi korang baca jugak post tu sampai post tu jadi trending no 1 dalam popular post. Terima kasih semua yang membacanya. Tak sia-sia ai menghadap laptop berjam-jam menulis. Lagipun sisturr takde buat apa pun sekarang ni. Boleh lerr sisterr menulis panjang-panjang camtu. hehehe
Thank you for reading. Hope you like it :)
Selamat Hari Malaysia diucapkan untuk semua ;)
XOXO
Lea <3















































0 Comments