Stuck In Life

 



setiap orang mempunyai perjalanannya yang tersendiri. ada yang berjalan kaki menuju ke destinasi, ada yang menaiki kereta api menuju ke tempat yang diimpi, ada yang merentas benua dengan kapal terbang selama berjam-jam, ada juga yang menaiki kereta merentasi sempadan. tak semua menggunakan cara yang sama untuk sampai ke destinasi. cepat atau lambat, akan sampai jua ke destinasi itu. cuma yang membezakan siapa yang sampai dulu. itu sahaja. tapi tak semestinya penting pun kan semua tu asalkan sampai?

semalam, sepupu ai yang lelaki rapat sejak kecil sudah pun berkahwin. how time flies, rasa macam baru je kecik-kecik main sama-sama tetiba semalam dah kahwin. khamis baru ni pulak jiran sebelah ai bertunang, kitorang sebaya tapi takde la rapat sangat. ramai rombongan datang untuk majlis peminangan. tahniahlah brother dan sister, dah berkahwin semuanya.

ai melihat diri ai sendiri, masih di sini, keseorangan tanpa teman. dulu dah ada yang berkenan nenek tak bagi. katanya dia tu tak cukup lelaki untuk kamu. akhirnya reda melepaskannya pergi.

 bila melihat semua orang dah settle down, ada pasangan masing-masing, ada kerja tetap, ada ijazah etc ai rasa sungguh ketinggalan. orang lain sebaya ai sudah grad dari universiti, dah mula cari kerja sebagai degree holder. ada yang dah kahwin pun. ai pulak, apa pun takde. kerja takde, ijazah takde, pasangan pun takde. single forever. terasa left out from everything. sungguh, saat semua orang di sekeliling ai dah move forward ke depan, ai rasa stuck dekat tengah-tengah jalan ni. entah tak tahu nak kemana. terasa macam duduk kat tengah-tengah semua orang di sekeliling berjalan ke sini sana dengan tujuan masing-masing. ai pulak alone here, tak ada hala tuju. zero..




masa ai berumur 15 tahun, Tuhan uji ai dengan sakit. saat orang lain kalut menghadapi peperiksaan pmr, ai pulak kalut mencari penawar untuk menyembuhkan sakit. saat orang lain menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang pelajar, ai menjalani kehidupan yang sukar sebagai orang yang sakit. sama macam almarhum Tunku Jalil. cuma ai taklah sakit kanser macam baginda, tapi boleh tahan ai punya sakit ni. saat semua orang lain naik ke tingkatan 4, ai masih stuck tak dapat ke mana-mana. kerana sakit. akhirnya ai hanya sempat bersekolah sampai form 4 je, lepas tu tak lagi pergi ke sekolah kerana sakit yang sangat teruk. mujur panjang umur je. orang lain dapat ambil SPM aman-aman di usia 17 tahun. ai pula ambil SPM penuh kesusahan di umur 18 tahun, dah terlebih umur dah. mujurlah sistem pendidikan kat malaysia ni beri peluang untuk semua orang ambil peperiksaan SPM calon persendirian walaupun dah umur 60 tahun sekalipun. kena pergi JPN untuk memohon menjadi calon persendirian peperiksaan SPM. penuh pancaroba ai amik exam tu, sampai repeat sekali lagi sebab result ai suam-suam kuku. cemana nak cemerlang kalau ai struggle untuk study dalam keadaan sakit pulak tu. ikutkan hati nak berbaring je sepanjang hari tapi sebab exam ai gagahkan jua diri ni untuk bangun dan duduk di kerusi belajar. pejam celik pejam celik, sekarang dah 2022. orang lain sebaya ai dah grad dah, yang study dekat oversea pun dah balik. semuanya sedang mencari kerja dan dah ada kehidupan sendiri. ai pulak zero. disebabkan ai sakit, ai tak dapat masuk universiti sebab kesihatan tak mengizinkan. baru sekarang nak mula belajar balik. orang lain umur 24 tahun dah ada degree, ai pulak baru nak masuk asasi. pastu terpaksa tangguh pulak sebab mama ai kakinya hampir nak patah. tak boleh nak berjalan beberapa bulan. baru sekarang boleh berjalan. so hari ini ai di sini, di depan laptop menulis blog mencurahkan isi hati, bercerita pasal perkara random dan kadang-kadang ai tak tahu nak tulis apa. ada banyak benda nak cakap tapi semuanya terkumpul di dalam hati. rasa nak meletup dada ini. tapi tak terkeluar kata-kata. nak tulis banyak benda, nak tulis semuanya yang ada di dalam hati ini, tapi satu ayat pun tak terkeluar. hanya duduk berdiam diri depan laptop ni. 

baru hari ni ai menulis pulak post yang baru. itu pun selepas melihat gambar kahwin sepupu ai yang boleh ai katakan best friend ai. dia tu lelaki tetapi pemalu betul, dengan cousin ai yang perempuan tak pernah pun bercakap. malu katanya.. baru setahun dua ni baru dia bercakap dengan sepupu- sepupu perempuan yang lain. ai ingat lagi sepupu ai yang perempuan cakap wah inilah kali pertama dia bercakap dengannya. wow dahsyat sistur.. dengan ai je rupanya dia rapat. hmm.. and now dia dah pun kahwin. tahniah bruh

ai ingat lagi sepupu ai yang lelaki sebaya dengan ai. dia cakap dengan ai, Lea jangan sedih sebab tak sambung belajar lagi. tak ada apa-apa lagi dalam kehidupan. tak apa, nanti satu masa nanti Lea akan ada lah semua tu. ai call him Abe since he is the oldest one in his family. 

" Kawan abe ramai je yang macam Lea. sambung belajar umur lewat, kerja umur lewat tapi berjaya jugak akhirnya. Lea mungkin start lewat tapi tak semestinya Lea gagal. satu masa nanti kejayaan tu akan datang juga pada Lea. percayalah pada takdirNya,"

ai suka bila abe cakap camni pada ai. kebanyakan family member ai yang lain semua merendah-rendahkan ai. cakap ai takde masa depan, cakap ai ni bodoh orangnya sebab tak mengaji tinggi ( maksudnya dalam kelate tak belajar tinggi ), takde harapan dalam hidup and akan gagal buat selama-lamanya. siap ada yang suggest, senang-senang kita kahwinkan ajelah dia. dah sakit tak tahu apa lagi masa depannya, baik kahwinkan aje dia. haih, itulah kata-kata hinaan yang ai selalu dapat sepanjang ai sakit selama ni. hampir 10 tahun ai sakit, itu bukanlah satu masa yang singkat. dah banyak jatuh bangun ai dah lalui. sampai hati ni dah jadi dingin dah. no longer impress with obstacle & hardship in life. angin ribut yang datang dalam hidup ai sekarang ni pun ai dah santai, kosser aku nak kesah dengan semua tu. relax, relax sudehh. when abe gave me his honest opinion, hati ai terasa sejuk sikit. ai bukannya nakkan nasihat sangat. ai cuma nak orang memahami ai. tak menasihat takpe, just jadi pendengar di dalam hidup ai. tapi tak semua orang faham konsep tu. semua orang tahu nak bercakap je brainwash ai puas-puas. tapi takde satu pun di antara mereka yang sudi mendengar apa yang ai nak cakap. sedih kan?


tak ada yang indah di dalam hidup ini


semuanya susah, semuanya gundah. hanya kita sahaja yang mampu menentukan cara kita menghadapi dugaan ini. kat luaran mungkin banyak dugaan, tapi kalau dalam hati penuh dengan ketenangan, tak ada apa lagi yang mampu menggugah kita.


saat melihat orang lain sudah mula berkahwin, sudah mula bertunang, sudah ada kehidupan sendiri. ai sendiri tertanya-tanya pada diri ini. apa yang ada dekat depan? apa yang sudah tersedia di hadapan sana? adakah tetap susah seperti di masa lalu? atau ada kehidupan yang lebih baik di depan sana setelah banyak dugaan yang ai hadapi sejak kecil? entahlah, ai tak tahu apa yang ada di depan sana. adakah impian ai akan jadi kenyataan, adakah angan-angan ai akan jadi realiti, adakah ai akan dapat kebahagiaan ai yang tersendiri? entahlah, ai pun tak tahu apa yang akan berlaku. dulu-dulu, ai selalu mengharapkan masa depan ai akan jadi lebih cerah. setelah banyak ujian dan dugaan ai hadapi di usia yang sungguh muda. tapi, harapan tinggallah harapan. sehari demi sehari, seminggu demi seminggu, sebulan demi sebulan, setahun berganti setahun akhirnya tak ada apa yang berubah. apa yang ada di dalam genggaman semuanya hancur menjadi abu. segala impian yang sungguh tinggi semuanya jatuh menjunam ke bumi. hancur di dalam sekelip mata, tak ada apa yang tersisa, tak ada apa yang tinggal. akhirnya ai yang kesedihan mengharapkan bulan dan bintang masuk ke dalam genggaman. usahkan bulan di langit, berlian di dalam lumpur pun ai tak dapat. akhirnya ai give up, dah tak ada apa yang ai harapkan dalam hidup ini. semakin kita mengharap, semakin kita mendapat kekecewaan yang tidak terhitung. akhirnya biarkan sahaja pergi. kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak adalah. sudah tiada lagi pengharapan di dalam hati, sudah tiada keinginan di dalam jiwa, sudah tiada angan-angan di dalam kehidupan. yang ada hanyalah penerimaan pada sebuah kenyataan yang menyakitkan. itulah erti sebuah kehidupan. realiti itu lebih pahit dari yang disangka.


melihat orang lain menemui kehidupan mereka sendiri, ai tertanya-tanya apa yang ada untuk ai. apakah yang ai akan dapat di masa depan? ai tertanya-tanya kerja yang macam mana yang ai akan dapat? universiti yang mana yang akan ai jejaki? dapat ke ai pakai jubah konvo seperti mana mama ai pakai sewaktu dia grad dari UPSI dulu? dengan siapa orang yang ai akan berkahwin? siapakah dia? jodoh yang macam mana yang ai akan dapat? sungguh, ai tertanya-tanya dengan semua itu. tipulah tak terasa nak ada seperti yang orang lain ada. cuma, belum sampai masanya untuk ai. hmm.. hidup ini tidak seindah yang disangka. 



itulah yang ai rasakan hari ini, saat melihat semua orang sudah ada kehidupan sendiri. ai masih ketinggalan, masih tak mempunyai apa-apa di tangan. yang ada hanyalah diri ai sendiri. stuck in my life. apa pun, kalau ai tak dapat apa-apa dekat sini, kalau ai tak panjang umur ai reda. ai dah cuba yang terbaik dalam hidup ni. cuma ai je yang tak bernasib baik. dalam Quran kata, syurga itu diberikan untuk orang yang sabar. mungkin kat sini ai tak bernasib baik, mungkin Tuhan sudah sediakan segala-galanya di sana. semoga ai mendapat syurga seperti yang dijanjikan untuk orang yang sabar. tak semua orang mampu menghadapi dugaan ini. hanya orang yang tertentu sahaja, orang yang sudah dipilih oleh Tuhan.





tapi, bila ai melihat orang lain.. rupanya ada juga yang senasib dengan ai. tak semuanya dapat happy ending seperti yang diharapkan. ada orang yang jauh lebih sempurna kehidupannya dari ai, tetap menghadapi nasib yang sama macam ai. contohnya sepupu-sepupu ai yang perempuan, belajar tinggi-tinggi siap ada master, kerja pun dah ada, hidup pun dah stable. tapi masih sama macam ai, tak ada pasangan pun, tak jumpa jodoh pun. walhal kehidupan diorang jauh lebih sempurna dari ai. tapi tetap jua begitu, tidaklah sama rezeki orang. ada juga yang senasib dengan kita. yang paling boleh dijadikan contoh adalah, orang yang ai jadikan sebagai inspirasi ai dalam hidup. Pengiran Mateen. ai pun fangirl pada baginda. dulu rasa wow tengok baginda ada serba serbi, cukup lengkap hidupnya. tapi sekarang, sama je nasibnya dengan rakyat marhaen. sama seperti ai, sama seperti sepupu-sepupu ai, masih tak bertemu jodoh walaupun kaya raya. bagindalah yang paling sesuai dijadikan contoh. yalah, baginda anak raja terkaya kat dunia ni, ada serba serbi, pun sama jugak tak jumpa jodoh. bila ai tengok baginda pun dapat nasib yang macam tu, barulah ai sedar. jodoh ni bukanlah datang kepada kita sebab kita sempurna, sebab kita ada segala-galanya. tak.. jodoh ni datang sebab sudah sampai ketentuan Tuhan. ada yang ai tengok dalam kehidupan sekeliling, orangnya miskin gilerr, papa kedana kiranya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. eh sampai awal jodohnya walaupun miskin. kalah kami yang ada kehidupan yang stable ni. ada juga yang baru je habis sekolah macam kawan sepupu ai Abe, dah berjumpa jodoh ketika umur 17 tahun. habis je exam spm terus langsungkan pernikahan. even Abe sendiri terkejut tengok member kahwin awal. tapi.. tak lama lepas tu isteri dia pregnant anak kembar lepas tu masa bersalin dia koma. tak lama lepas tu dia pergi buat selama-lamanya. tinggallah kembar dengan papanya tanpa mama. haih sedih gilerr bila dengar kisah mereka. memang famous lah kisah kembar yang kehilangan ibu lepas lahir kat klate ni. tak silap ai, budak kembar tu jadi anak angkat Sultan Kelantan. abe selalu sangatlah cerita kisah kembar tu dekat kitorang. sedih betul boleh buat novel dah kisah mereka. semoga mereka kuat menghadapi kehidupan yang akan datang :,)

bila melihat semua ini, barulah ai mengerti tak ada siapa pun boleh melawan kuasa Tuhan. kau kayalah setara mana pun, walaupun kau berada di puncak paling tinggi di dunia ini kau tetap tak boleh lawan kuasa Tuhan. 

    Kun Fayakun

apabila Dia kata jadi, maka jadilah. apabila Dia kata tidak jadi, maka tidak jadilah. buatlah macam mana pun tetap tak boleh lawan Dia. betapa kuatnya kuasa Tuhan sampai orang yang paling kaya di dunia ini pun tetap tak boleh nak lawan Dia.

jodoh tu sampai kepada kita bukan sebab kita kaya, bukan sebab kita ada banyak duit, tapi sebab sudah sampai masanya untuk kita. orang miskin pun dapat jodoh, Tuhan tak diskriminasi pun dekat orang miskin. siap dapat lebih cepat dari kita pulak tu. ajaib kan?

so bila ai tengok orang lain yang mengalami nasib yang sama macam ai, rasa macam relieved pulak. especially pengiran mateen, tudiaa yang tu jauh lagi kaya tapi nasib pun sama je macam rakyat marhaen. walaupun kita semua berbeza status, kita tetap menjalani kehidupan yang sama. rasa relatable pulak bila tengok TM pun tak dapat jodoh lagi jugak. no offense ai bukan nak menghina tm, cuma nak cakap sedangkan anak raja yang kaya macam baginda pun tak jumpa jodoh gak. inikan pulak kita. 

     * mohon amponn jika tm terasa ^_^'' . nanti sister belanja makan cek mek molek kelate yang sedap manis - manis ni yerr. tiberr *

so, bertenanglah. tak payah nak sedih-sedih sangat. tak salah pun nak rasa sedih, biasalah kita manusia biasa. tetap ada rasa sedih bila tengok orang lain dah maju ke depan. dah ada kehidupan yang lengkap. nangis jelah kan bila tengok kehidupan sendiri suam-suam kuku. lagipun menangis ni free tak payah bayar tol. menangis jelah member aperr lagi.. at least bila kita jujur dengan perasaan sendiri, takde nak pendam-pendam rasa kesedihan di dalam hati. legalah jugak kan? rasa macam lepas segala yang terbuku di dalam jiwa bila kita mengalirkan air mata. air mata mungkin tak boleh ubah nasib kita. tapi ia mampu mengeluarkan rasa sedih dan kecewa yang teredam di dalam hati kita. penawar yang percuma :)

perhaps, today our life not moving forward. when everyone hops on their life and catches everything in the blink of an eye. we are still stuck in our life even though we already have everything in our hands. it's not because we are not good enough, not because you have bad luck. but it's because everything comes to you with the path you walk on. mungkin diorang tu berjalan di atas jalan raya yang luas terbentang dan satu hala je. kita pula berjalan di atas pulau ais, perlahan-lahan berjalan kerana takut ais itu pecah lalu kita terjatuh ke dalam lautan yang beku. sebab itu kita lebih lambat dari mereka. cara perjalanan kita tak sama..


 it's not about what you should have, but it's about what you should feel grateful for what you have


kerana dunia ini tak pernah cukup,

kumpullah sebanyak mana pun tetap tak rasa cukup.


hari ini mungkin kita dapat kuih lapis ketika orang lain dapat kek black forest. hari esok mungkin kita dapat nasi minyak dari majlis kenduri kita sendiri. rezeki hari ini tak akan sama dengan rezeki hari esok. cepat atau lambat je. tak penting pun cepat atau lambat, yang penting kita dapat. makin kita kejar, makin ia lari dari kita. makin kita paksa, makin ia tak menjadi seperti yang diharapkan. apa yang seharusnya kita buat adalah bertenang, bersabar dan melepaskan ia pergi. melepaskannya pergi satu hari nanti akan datang jua pada kita. sebab sudah sampai masanya untuk kita. garis masa kita pada masa itu, sudah tertulis apa yang sepatutnya berlaku. rupanya apa yang kita harapkan sangat sekarang ini bukanlah akan terjadi pada masa sekarang, tapi akan jadi milik kita pada masa itu. masa yang sesuai untuk kita. tak surelah bila masa itu, tapi masa yang sudah dijanjikan di dalam kehidupan. seperti yang sudah tertulis di dalam loh mahfuz. sesuai dengan garisan kehidupan yang kita lalui. seperti landasan kereta api, ia panjang dan tidak putus-putus. tapi kita tak boleh pendekkan ia sesuka hati kita supaya cepat sampai ke destinasi. sebaliknya kereta api itu sendiri yang perlu bergerak cepat atau lambat untuk sampai ke destinasi. kalau kereta api kehidupan kita tak bergerak laju seperti yang kita harapkan, tak sepantas kereta api laju di Japan, bertenanglah. mungkin kita boleh relaks dan enjoy je dengan perjalanan ini, melihat pemandangan di luar sepuas hati. ambil gambar di setiap pemandangan yang dilalui. ambil pengalaman di setiap tempat yang kita singgah. bila sudah sampai ke stesen, waktu itulah kita akhirnya dapat apa yang kita harapkan. kuncinya adalah kesabaran dan ketenangan. memaksa takkan buat kita sampai dengan cepat. kerana setiap yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan. seperti yang sudah tertera di dalam Quran, manusia ini sifatnya tergesa-gesa manakala Tuhan sifatnya adalah sempurna. satu demi satu yang akan diberi sesuai dengan waktunya, tidak perlu tergesa-gesa, tidak perlu terlalu gaduh. tenang-tenang sahaja. one day, everything will fall into place. so, untuk sampai ke hari itu kita perlulah belajar untuk bertenang. sedih tu memanglah sedih, tapi satu masa nanti akan sampai juga kan? itulah kehidupan :)


hidup ini umpama kereta api. bergerak di atas landasan sendiri. cepat atau lambat, akan sampai jua ke destinasi. nikmatilah pemandangan sepanjang jalan, tak perlu rasa cemas atau stres. tenang-tenang jer












             

            Cinta selalu saja misterius

              jangan diburu-buru,

             atau kau akan

             Merusak

            Jalan ceritanya 

            #About Love, Tere Liye


haih, susah sebenarnya nak optimis di dalam hidup ni. ada kalanya kita sedih, ada kalanya kita gembira. bukanlah dengki, cuma terasa sedih di hati. lagi sedih bila makcik-makcik bawang mula mengata pasal kita, mula sibuk hal kita siap suruh kita buat itu buat ini. bila kita menjawab nak suruh dia senyap, dimarahnya kita pula. haih geramlah sister dengan orang macam gini. cili kang mulut tu baru tau

         (╯▔皿▔)╯

 tapi nak buat cemana, kena la stay cool cool je. maroh pong tok degis pong sek dio tu. buat abih air liur jah. ikut mung la senoh. masuk kubur gok mung seksok. herrr tubik sudohh loghat klate ai hahahaha

gitu jelah hidup ni kan? hmm dah namanya kehidupan.. mohon pupus makcik-makcik bawang busybody nak masuk campur hal kahwin orang sekeliling. kang ada aku sapu sambal belacan kat muka hang biorrr pijar muka tu sesuwwaiiiii dengan mulut laser hampa. maroh sis maroh

inilah dinamakan kehidupan. tak semua sempurna. waima anak raja pun mengalami nasib yang sama macam kita. sama je semua orang tak kira status. dah namanya manusia, tetap akan jalani kehidupan yang sama. cuma harta je yang membezakan kita. tapi tetap hadap benda yang sama dalam kehidupan seharian. hmm.. itulah kehidupan. hmm berapa kali sister rewind ayat ni chuolss.. hahaha

terima kasih membaca luahan sendu di bulan september ini. jangan lupa pasang lagu Green Day - Wake Me Up When September Ends . sesuai dengan mood chuols. hehehe. kalau ada salah dan silap, sis memohon amponn. kalau ada yang sentap mohon jangan saman sisturr. mohon bertenang everybody jangan marohh. sis cuma cakap berdasarkan pengalaman je dan dari sudut pandangan sendiri. takdelah nak merempan bitter hari-hari dekat ig. ye dak? hehehe


terima kasih kerana sudi membaca entry ini. see you next time ;) . nanti sis post pasal masak-masak pulak. tunggu ada mood nak memasak kek fevret. kek tiramisu la kot. nanti ai post kat sini ye. babai everyone  ^^


thank you for reading my entry


xoxo

Lea <3


              




p.s.

hampir sajorr sis tertypo nama pengiran mateen jadi pengiraan mateen ⚆_⚆ . hahahaha siot la nasib baik perasan. kalau tak habess sis kena saman nanti auchh. kang ada jugak dari pengiran mateen sis tertulis pengiraan matematik. hahahaha maklumlah bunyinye lebih kurang hahahaha (≧∀≦)ゞ

      sorryy

    

     * mohon tuanku jangan letak nama anak-anak tuanku esok-esok jadi Puteri Mazola atau Puteri Mozarella. sempena dengan nama kuih raya biskut mazola & keju mozarella yang bunyinye ala-ala cinderella. maunya terkujat mak cik kiah kat kampung tengah bakar biskut mazola malam raya bila dengar nama anak tuanku nanti. ku mohon jangan letak nama cenggitu. biskut semperit dahlia takpe. nama dahlia dah selalu orang pakai. ah gitcheww *



        Ada orang-orang yang jatuh cinta

        Tapi tidak ditakdirkan bersama .

       Ada orang-orang yang bersama ,

        Tapi tidak jatuh cinta

       Ada pula orang-orang yang jatuh cinta

            ditakdirkan bersama.


                #About Love, Tere Liye







yang tak kita duga itu selalunya akan menjadi milik kita

yang kita selalu harapkan itu selalunya tak menjadi kenyataan

Itulah kehidupan

  

       ~ Lea ~


0 Comments